Sinopsis Novel Di Sebalik Wajah Bab 1 Di sebalik wab bersalin

Download Report

Transcript Sinopsis Novel Di Sebalik Wajah Bab 1 Di sebalik wab bersalin

SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK WAJAH
BAB 1
DI SEBALIK WAB BERSALIN , HOSPITAL RATU ELIZABETH , KOTA KINABALU , CIKGU SAIFUL
KELIHATAN CEMAS MENUNGGU KELAHIRAN ANAKNYA . DALAM MASA YANG AGAK LAMA ,
ISTERINYA BERADA DI DALAM WAB ITU SEHINGGA CIGKU SAIFUL BERASA BIMBANG . DIA
BERDOA ANAK DAPAT DILAHIRKAN DENGAN SELAMAT . CIKGU SAIFUL AMAT SAYANG ISTERI ,
HALIPAH . DIA BERTIMBANG RASA DAN BERSIMPATI AKAN KESUKARAN YANG DIHADAPI OLEH
ISTERI KETIKA MENGANDUNG . DIA MENIMBAS KEMBALI TENTANG ISTERINYA YANG
MENGANDUNG MENGIDAM DAGING RUSA . SETELAH BERSUSAH PAYAH MENCARI DAGING RUSA
DI SELURUH KOTA KINABALU , DIA TETAP TIDAK DAPAT MENCARI DAGING RUSA SEHINGGA DIA
MEMBELI DAGING ARNAP UNTUK MEMBOHONGI ISTERINYA . TIBA-TIBA NAMANYA DIPANGGIL
OLEH SEORANG DOKTOR INDIA YANG BERNAMA VASUTEVEN BAHAWA ISTERINYA PERLU
DIBEDAH KERANA KANDUNGANNYA SONGSANG . ATAS NASIHAT DOKTOR ITU , CIKGU SAIFUL
SEMAKIN TENANG . DI DALAM MINDA CIKGU SAIFUL INGIN MENAMAKAN ANAK LELAKINYA
SAMA DENGAN ANAK LELAKINYA IAITU , DOKTOR FIKRI . JIKA ANAK PEREMPUAN , NAMANYA
AKAN DISERAHKAN KEPADA ISTERINYA UNTUK MENENTUKAN . KEMUDIAN DIA DIBERITAHU
DOKTOR BAHAWA ANAKNYA SELAMAT DILAHIRKAN . CIKGU SAIFUL BERSYUKUR LALU MENUJU
KE BILIK BAYI . AKHIRNYA DIA DIBENARKAN BERJUMPA DENGAN BAYINYA . CIKGU SAIFUL
TIDAK DAPAT MENERIMA SEORANG BAYI YANG BERAMBUT EMAS , DAN KULIT MERAH DAN
JAUH BERBEZA DENGAN BAYI YANG LAIN . SETELAH DINASIHATI OLEH PARA DOKTOR DAN
JURURAWAT , CIKGU SAIFUL MEMINTA MAAF DENGAN GELAGANYA . DIA BERNAZAR KEPADA
ANAKNYA DAN MENERIMA KEHADIRAN SEORANG ANAK YANG CACAT DARI SEGI KULIT , IAITU
ANAK BALAR . KETIKA ISTERI TERJAGA , CIKGU SAIFUL MENASIHATI ISTERI AGAR MENERIMA
KENYATAAN BAHAWA ANAK MEREKA MERUPAKAN ANAK BALAR . CIKGU SAIFUL MEMBERITAHU
BAHAWA DIA INGIN MENAMAKANNYA DOKTOR FIKRI .
BAB 2
Setelah 14 tahun kemudian, cikgu saiful telah meletakkan jawatan sebagai seorang
guru dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Mereka sekeluarga telah berpindah dari
tuaran ke pekan menggatal, kota kinabalu. Anaknya yang bernama doktor fikri telah
ditempatkan di sekolah menengah kebangsaan menggatal. Doktor fikri telah
ditempatkan di kelas tingkatan dua mawar. Seluruh murid di tingkatan dua mawar
terkejut dengan kehadiran seorang pelajar baru yang disangka sebagai orang putih.
Setelah memperkenalkan diri sebagai doktor fikri, semua pelajar ketawa dan mereka
melemparkan pelbagai sindiran dan nama jolokan, doktor fikri sabar dan menerima
segalanya kerana dia sudah biasa dengan layanan sedemikian. Sebelum itu doktor
fikri pun tidak mempunyai rakan dan murid lain sering memingirnya. Ketika masa
rehat, doktor fikri makan bekalan yang disediakan oleh emak sambil membaca novel
yang dipinjam daripada perpustakaan negeri. Hobinya ialah membaca novel. Ketika
itu, seorang pelajar perempuan, josy dari tingkatan dua melati berminat terhadapnay
dan asyik bertanya kepadanya. Doktor fikri memberitahukan keadaan keluarga
secara jujur dan ikhlas. Josy terkejut kerana mengetahui doktor fikri mempunyai
tabung sebanyak RM1000 di bank dan simpanan itu adalah hasil daripada menjual
sayur-sayuran. Pada masa itu, ada tiga orang pelajar tingkatan empat ( Narius dan
rakannya ) masuk ke kelas tingkatan dua mawar lalu mengejek doktor fikri sudah
pandai memikat hati perempuan. Mereka juga menghabiskan minuman dan makanan
bekalan doktor fikri. Gelagat ketiga-tiga murid tingkatan empat diperhatikan oleh
murid tingkatan dua mawar. Mereka menasihati doktor fikri supaya melaporkan
kejadian kepada guru disiplin, cikgu wahad. Doktor fikri berterima kasih kepada
mereka.
BAB 3 :
Josy , Dayang Mahani , Surianti dan Aziz yang gemuk telah mengayuh
basikal ke rumah Doktor Fikir yang berdua tingkat di 69, Taman Richdar ,
Menggatal . Mereka disambut mesra oleh ibu Doktor Fikri . Doktor Fikri
begitu gembira atas kedatangan rakan barunya dan membawa mereka
ke bilik bacanya . Mereka kagum dengan bilik baca Doktor Fikri yang
penuh dengan bacaan . Doktor Fikri tidak keberatan meminjamkan buku
bacaannya kepada rakan-rakannya . Setelah itu , mereka juga dibawa ke
belakang rumah untuk melihat kebun sayur-sayuran dan reban ayamnya
.mereka tidak menyangka Doktor Fikri sanggup menguruskan sayursayurannya dan berbaja taih lembu . mereka bergurau senda dan berjanji
akan membantu Doktor Fikri untuk menjual sayur-sayurannya di tamu di
pekan baru Menggatal pada hari minggu . Ketika melihat kepulangan
rakannya mengayuh basikal , Doktor Fikri ingin meminta kebenaran
ayahnya untuk membeli sebuah basikal .
BAB 4
Keesokan harinya , Doktor Fikri menunggang basikal barunya yang
dibeli dengan wang simpananya . Sesungguhpun Cikgu Saiful
sering memenuhi segala permintaan anak kesayangnya dan
sentiasa membantunya mempraktikkan ilmu yang diajar di
sekolah , seperti menanam sayur-sayuran , memelihara ayam dan
menjual sayuran seperti diajar dalam kemahiran hidup , mala dia
pernah mengumpul taih lembu bersama Doktor Fikri . Ketika
sampai di pintu sekolah , dia mendapati bahawa dia telah lewat
sampai ke sekolah . Pintu pagar telah ditutup . Nasib baik uru
disiplin Cikgu Wahad terkenal sebagai guru yang paling tegas
membuka pintu pagar untuknya dan memberi amaran agar tidak
lewat ke sekolah lagi . Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu
Wahad . Ketika masuk ke kelas tingkatan dua mawar , Doktor
Fikri telah ditegur oleh guru kelasnya Cikgu Asnawi dan
mengingatkan semua pelajar supaya menjaga nama baik
Tingkatan Dua Mawar . Keadaan kelas sangat bising , tetapi
Doktor masih leka membaca buku . Tiba-tiba murid tingkatan
enam masuk ke kelas mereka dan mengingatkan mereka supaya
berlatih sukan pada petang itu memandangkan hari sukan akan
menjelang sebulan lagi . Sanin telah mengajak Doktor Fikri untuk
menyertai pasukannya , rumah Tun Ismail .
BAB5 :
Pada awal pagi hari minggu , Josy , Dayang Mahani ,
Surianti , Sanin dan Aziz telah datang ke rumah Doktor
Fikri , setelah bersarapan pagi , mereka membantu
Doktor Fikri menyimbah dan membungkuk sayursayuran , iaitu sawi , kacang bendi , bayam , cili dan
tomato . Setelah itu mereka berbasikal dengan sayursayuran itu ke tamu . Tidak lama kemudian , hujan
turun dengan lebat . Rakan-rakan berasa hampa
kerana sayur-sayuran itu tidak laku dijual . Namun
demikian , Doktor Fikri melihatan tenang dan sabar
kerana untung rugi merupakan fitrah perniagaan .
BAB 6 :
pada petang itu , Narius , Jais dan Jamadi (murid tingkatan )
menghalang Josy , Dayang Mahani dan Surianti untuk
menanyakan Doktor Fikri . Surianti terjatuh lalu mengugut
bahawa dia akan memberitahu Cikgu Wahad tentang
peristiwa itu . Ketika Doktor Fikri melalui jalan itu ke sekolah
untuk mengikuti latihan sukan , dia ditahan oleh ketiga-tiga
murid jahat itu . Mereka meminta wang keselamatan
daripada Doktor Fikri . Apabila mendapati bahawa Doktor
Fikri tidak membawa wang . Mereka memarahinya dan
mengugut supaya membawa wang esok .
BAB 7 :
Perhimpunan khas telah diadakan di
dewan . Pengetua sekolah Puan Hamidah
telah merotan Narius , Jamadi dan Jais di
khayalak untuk memberikan amaran
kepada semua murid agar tidak
melakukan peras ugut di sekolah .
BAB 8 :
Keesokan harinya , Doktor Fikri berkunjung ke perpustakaan
sekolah , dia terserempak dengan Narius , Jamadi dan Jais .
Mereka menyindirnya supaya tidak menunjuk-nunjuk tetapi
Doktor Fikri terus membaca buku di perpustakaan . Di dalam
kelas , Cikgu Wahad membuat pemeriksaan secara mendadak
kerana ramai yang melapor mereka bahawa mereka
kehilangan buku , dompet dan pen di perpustakaan .
Terdapat buku , dompet dan pen yang mahal di dalam beg
Doktor Fikri ketika memeriksa begnya . Seluruh kelas
tergembar kerana tidak menyangka bahawa murid baru ialah
pencuri . Cikgu Wahad mendakwa Doktor Fikri mencuri , lalu
memanggilnya ke pejabat kaunseling . Doktor Fikri
menafikannya tetapi tidak dapat membela diri lalu membisu .
Cikgu Wahad mengambil keputusan untuk memberitahu
ayahnya . Seluruh sekolah tergempar kerana kes Doktor Fikri
. Dayang Mahani , Surianti dan Aziz tidak mahu berkawan
dengan Doktor Fikri kerana berasa kecewa dan marah .
Hanya Josy seorang sahaja yang masih bertegur sapa dengan
Doktor Fikri kerana mempercayainya . Dia turut mendengar
rintihan . Sejak itu Doktor Fikri kelihatan sayu kerana semua
rakannya mendakwa dia sebagai panjang tangan .
BAB 9 :
Sukan tahunan sekolah diadakan secara meriah .
BAB 10 :
Penyertaan dalam rumah Tun Ismail tidak disokong oleh
anggota rumah sukannya . Josy yang merupakan ahli
Bulan Sabit Merah memberi semangat kepadanya . Doktor
Fikri berlari dengan selaju-lajunya untuk membuktikan
keupayaan kepada rakannya tetapi langkahnya semakin
perlahan dan bernafas pantas sehingga jauh ketinggalan .
Walaupun jauh ketinggalan , Doktor Fikri tidak berputus
asa dan masih meneruskan pelarian untuk ke garisan
penamat . Hanya berapa langkah lagi , dia jatuh pengsan .
Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah segera mengusungnya
ke khemah rawatan . Ibu Doktor Fikri mendekati dan
bercadang untuk membawanya pulang ke rumah . Ketika
Doktor Fikri mencari basikalnya , dia terkejut kerana
basikalnya telah hilang . Jeritan jauh kedengaran .
BAB 11 :
Semua murid perkatakan peristiwa itu . Rakannya
masih mengata bahawa memang padan kerana
panjang tangan telah dicuri panjang tangan dan
masih mendakwa Doktor Fikri memang suka
menunjuk kebolehan walaupun tidak mampu
seperti menyertai lumba lari .
BAB 12 ;
Doktor Fikri berasa kecawa kerana basikal baru
yang dibeli dengan wang simpanannya
telah dicuri . Dia berasa tidak tenteram atas
kejadian demi kejadian yang menimpahnya .
Lebih-lebih lagi kawan baiknya Josy akan
berpindah sekolah. Apabila termenung di bawah
pokok , Cikgu Wahad memanggilnya dan
memberitahu bahawa basikalnya telah dijumpai
dan pencuri telah ditahan di balai polis . Cikgu
Wahad berasa malu kerana pernah mendakwa
Doktor Fikri mencuri di perpustakaan .
BAB 13 :
Doktor Fikri berasa gembira lalu menceritakan hal
itu kepada ibunya . Setelah ayahnya pulang dia
pun meminta ayah ke balai polis . Ketika di balai
polis , Doktor Fikri melihat Narius menangis
dalam lokap dan ayahnya tidak mampu memberi
wang jamin untuk mengeluarkan Narius .
Doktor Fikri berasa simpati terhadap
keluarganya yang miskin lalu meminta ayahnya
menjamin Narius . Pihak polis terkejut terhadap
tindakan Doktor Fikri dan bapanya kerana
Narius telah mencuri basikalnya . Narius berasa
segan dan terharu kerana dia pernah
menganiaya dan menfitnah Doktor Fikri tetapi
Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan
membantunya .
BAB 14 :
Apabila melihat Doktor Fikri bergaul mesra
dengan Narius , Jamadi dan Jais di sekolah .
Dayang Mahani , Sanin , Surianti dan Aziz
berasa kecewa . Mereka beranggapan bahawa
Doktor Fikri telah dipengaruhi oleh murid jahat .
Surianti berpendapat bahawa mereka ada
tanggungjawab untuk menyelamatkan Doktor
Fikri daripada terjerumus ke lembah hina.
Mereka pun berbincang untuk menyelamatkan
Doktor Fikri daripada bergaul dengan murid
jahat .
BAB : 15
Narius , Jamadi dan Jais meminta maaf dengan pelajar Tinggatan Dua
Mawar mengatakan bahwa mereka telah mencemarkan nama baik
mereka dengan memasukan barang curian ke dalam beg Doktor
Fikri . Semua rakan terharu dengan kemuliaan doktor Fikri dan
selama ini mereka telah salah paham terhadapnya .
BAB : 16
Setba di lapangan terbang antarabangsa Kota
Kinabalu , Doktor Fikri tidak sabar untuk
menjumpai rakannya . Dia menceritakan
pengalamannya di jepun kepada rakanrakannya sambil memaparkan album foto .
BAB : 17
Teringat Fujiyama , Doktor Fikri bercadang untuk
mendaki gunung Kinabalu . Ibu dan bapanya
juga setuju . Setelah memohon cuti di pejabat ,
Cikgu Saiful memberitahu bahawa mereka akan
bertolak keesokan harinya . Doktor Fikri telah
meminta ayahnya membeli jeket dan sarung
muka .
BAB : 18
Mereka sekeluarga bertolak di Taman negara
Kinabalu . Mereka terpesona terhadap
permandangan yang indah dan udara yang
dingin . Pada malam itu , mereka tinggal di
chalet .
BAB : 19
Akibat terlalu sejuk , mereka tidak mandi dan teruskan
pengembaraan mereka . Tidak lama kemudian mereka
berasa letih , tercungkap-cungkap , penat , dan terpaksa
melangkah pelahan dan rehat kerana lutut yang sakait .
Dengan pelan sekali , mereka sampai jua di tengah-tengah
lereng Gunung Kinabalu , iaitu Panalaban pada waktu
senja . Ketika itu , banyak pelancong sudah berada di
rumah rehat . Cikgu Saiful menerangkan bahawa mereka
perlu bertolak pada awal pagi sebelum ditedungi kabus
yang tebal dan boleh mengakibatkan kesesatan .
BAB : 20
Ketika pukul 4 pagi , udara terlalu sejuk
dan Doktor Fikri mendapati bahawa dia
telah jauh ketinggalan oleh pendaki yang
lain . Dalam kegelapan itu , dia hanya
dapat mengesan lampu picit yang agak
jauh . Dia berasa cemas dan takut kerana
mendapati dia telah sesat . Tiba-tiba dia
terlihat cahaya merah yang hilang
wujudnya . Dia menuju ke sinar itu . tibatiba dia terlihat seekor naga . Dia berlari
sekuat-kuatnya kerana takut dimakan
oleh naga itu . Belum sempat menjadi
mangsa naga itu , dia telah terhumban ke
dalam gaung .
BAB : 21
Jeritan Doktor Fikri mengejutkan semua penghuni
di rumah rehat itu . Rupa-rupanya dia hanya
bermimpi dan terjatuh dari katil . Doktor Fikri
memberitahu ibu-bapanya tentang mimpi ngeri
itu . Ayahnya menyuruhnya masuk tidur semula
kerana masih awal lagi . Puan Halipah bergurau
bahawa Doktor Fikri bukan jatuh ke gaung
tetapi jatuh bawah katil . Mereka bertiga turut
ketawa .
PEWATAKAN NOVEL DI SEBALIK WAJAH :

Watak sampingan
Cikgu Saiful
Cikgu Saiful merupakan suami Halipah dan ayah kepada Doktor Fikri. Dia
merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Tuaran, Sabah.
Bagaimanapun dia telah meletakkan jawatan sebagai guru dan berkhidmat di
sektor swasta.
Cikgu Saiful juga merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang.
Dia amat sayang akan anak tunggal mereka, iaitu Doktor Fikri. Dia sentiasa
mengambil berat pelajaran dan kehendak anaknya.
Cikgu Saiful juga mudah insaf akan kesilapannya. Contohnya pada mulanya, dia
tidak percaya bahawa bayi yang balar itu adalah cahaya matanya. Setelah
ditegur oleh doktor, dia segera insaf akan kesilapannya lalu menerima hakikat
tersebut. Dia meminta maaf kepada bayi itu atas kezaliman dan bersyukur atas
HALIPAH :
Halipah ialah isteri kepada Cikgu Saiful dan ibu kepada Doktor Fikri. Dia ialah
seorang suri rumah tangga.
Halipah bersifat penyayang. Dia amat sayang akan suami dan anaknya, Doktor
Fikri. Dia sentiasa membekalkan makanan kepada anaknya ke sekolah.
Halipah juga seorang ibu yang mengambil berat pelajaran anaknya. Contohnya
setiap pentang dia pasti memeriksa buku latihan Doktor Fikri dan menemani
anak membuat latihan. Dia berjaya memupuk tabiat membaca kepada anaknya.
Halipah juga seorang yang mesra. Ketika kawan sekelas Doktor Fikri datang ke
rumah mereka, Halipah melayani mereka dengan mesra. Makanan dan minum
segera dihidangkan.
JOSY
Seorang pelajar perempuan di Kelas Dua Melati. Dia
merupakan seorang yang mudah bergaul mesra
dengan orang lain. Dia sanggup pergi ke Kelas Dua
Mawar untuk berinteraksi dengan pelajar baru, iaitu
Doktor Fikri.
Josy juga bersikap setia kawan. Dia menaruh
kepercayaan yang sepenuh kepada Doktor Fikri ketika
Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Dia sentiasa
menasihati Doktor Fikri atas kejadian tersebut.
DAYANG MAHANI, SURIANI, SANIN DAN AZIK
Mereka merupakan kawan baik kepada Doktor Fikri.
Mereka tidak memandang serong terhadap Doktor
Fikri yang merupakan budak balar. Mereka telah
banyak memberikan bantuan kepada Doktor Fikri.
Bagaimanapun, mereka turut tidak mempercayai Doktor
Fikri seperti murid lain apabila Doktor Fikri didakwa
sebagai pencuri. Mereka juga mencurigai kawan yang
baru ini.
NARIUS
Narius merupakan murid Tingkatan Empat. Dia berasal daripada keluarga yang
miskin dan ayahnya telah manakala adik-beradiknya banyak.
Narius bersifat nakal dan bertindak ganas. Dia dan rakannya, Jais dan Jamadi
merupakan gengster di sekolah mereka. Mereka sentiasa memeras ugut pelajar
yang baru seperti Doktor Fikri.
Dia bersikap menaruh dendam terhadap orang lain. Setelah menyangka bahawa
Doktor Fikri yang melaporkan kegiatan peras ugut mereka sehingga dirotan oleh
pengetua, mereka sanggup menganiaya Doktor Fikri dengan memasukkan
barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.
Bagaimanapun, akhirnya dia telah insaf akan kesalahan setalah dibantu oleh Doktor
Fikri dan Cikgu Saiful dengan membayar wang ikat jamin dari lokap. Sejak itu, dia
menjadi kawan baik Doktor Fikri. Dia memohon maaf kepada semua pelajar Kelas
Dua Mawar kerana telah mencemarkan nama baik kelas mereka .
CIKGU WAHAB
Cikgu Wahab merupakan seorang guru disiplin. Dia
merupakan seorang yang bertanggungjawab. Dia
bersikap serius ketika berhadap dengan pelajar yang
melanggar peraturan sekolah. Bagaimanapun, dia
turut bersikap timbang rasa. Contohnya dia membuka
pintu pagar dan membenarkan Doktor Fikri yang
lewat ke sekolah kerana tidak tahu waktu
persekolahan sekolah barunya.
LATAR TEMPAT DALAM NOVEL DI SEBALIK WAJAH
Hospital Ratu Elizabelt, Kota Kinabalu
Peristiwa yang berlaku di latar tempat ini ialah Cikgu Saiful berasa
cemas ketika berada di luar bilik bersalin. Dia berdoa agar anak
dan isteri akan selamat setelah agak lama isteri dihantar ke dalam
bilik bersalin. Di situ, dia bertemu dengan seorang doktor Melayu
yang bernama Doktor Fikri yang berbudi bahasa dan alim
sehingga dia berhasrat untuk menamai anak yang bakal
dilahirkan itu sebagai “Doktor Fikri”. Yang terpenting ialah anak
Cikgu Saiful dan Puan Halipah telah melahirkan seorang anak
balar di hospital itu. Penulis itu menggambarkan satu latar
masyarakat dalam latar tempat ini, iaitu masyarakat yang
berbilang bangsa, iaitu doktor yang berketurunan India, Melayu
dan jururawat yang berbangsa Cina.
RUMAH DOKTOR FIKRI
Rumah Doktor Fikri terletak di 69, Taman Richdar, Menggatal, iaitu sebuah rumah
yang berdua tingkat. Rakan sekolah telah mengunjungi rumahnya dan disambut
mesra oleh Puan Halipah di ruang tamu. Di bilik bacaan, mereka ternampak
banyak buku yang ada di dalam rak. Mereka
juga meminjam buku daripada Doktor Fikir. Di belakang rumah Doktor Fikri, dia
menanam pelbagai jenis sayur seperti sawi, kacang bendi, tomato, cili dan
menternak ayam. Dia telah membawa rakannya mengunjungi kebun sayurnya.
Doktor Fikri sanggup mengutip tahi lembu sebagai baja tanamannya. Dia menjual
hasil tanamannya di tamu dan menyimpan wang
dalam bank
Tempat yang penting dalam latar tempat ini ialah belakang rumah, bilik bacaan,
ruang tamu, dapur
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGGATAL
SMK Menggatal merupakan latar tempat yang terpenting dalam
perkembangan plot. Di situ, Doktor Fikri menuntut pelajaran. Dia
merupakan pelajar kelas Dua Mawar. Dia mendapat banyak
kawan baru, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz.
Dia juga menyertai lumba lari 1500 Lelaki B sehingga jatuh
pengsan dalam beberapa langkah sebelum garis penamat. Dia
sering mengunjungi perpustakaan di sekolah dan suka membaca
buku di situ, Bagaimanapun dia turut dianiayai oleh pelajar
samseng yang membuat dakwaan bahawa dia telah mencuri pen,
buku perpustakaan, dompet dan sebagainya.
Antara tempat yang penting di sekolah itu ialah kelas Dua Mawar,
pagar sekolah, padang, perpustakaan, dewan, bilik kaunseling
BALAI POLIS PEKAN MENGGATAL
Doktor Fikri dan ayahnya Cikgu Saiful telah ke Balai Polis
Pekan Menggatal untuk mengambil balik basikal yang
telah dicuri. Di situ, Doktor Fikri telah menjumpai
Narius telah ditahan di dalam lokap. Narius menangis
kerana ayahnya yang tua tidak mampu mengeluarkan
wang untuk mengikat jaminnya keluar dari balai polis.
Doktor Fikri segera merayu ayahnya untuk mengikat
jamin terhadap Narius walaupun Narius pernah
memeras ugutnya, mencuri basikal
baharunya dan menganiayainya, iaitu sengaja
memasukkan barang yang dicuri ke dalam begnya.
GUNUNG KINABALU
 Doktor
Fikri dan ibu bapanya telah menginap di sebuah
chalet di Taman Negara Kinabalu. Udara di situ sungguh
nyaman malah dingin dan terdapat pemandangan yang
mempesonakan, iatu Gunung Kinabalu yang tinggi dan
tersergam serta kaya dengan flora yang unik. Ketika tiba
di tengah lereng gunung itu, iaitu Panalaban, mereka
bermalam di situ dan akan meneruskan pendakian
gunung pada keesokan subuh pagi. Bagaimanapun pada
malam itu, Doktor Fikri bermimpi dan mengigau
sehingga terjatuh dari katil
LATAR MASA DALAM NOVEL DI SEBALIK WAJAH

Latar masa pagi

Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah lima orang rakan Doktor
Fikri telah datang ke rumahnya pada awal pagi. Mereka membantu Doktor Fikri
membungkus sayur-sayuran lalu mengayuh basikal ke tamu untuk dijual.
Selain itu, pada waktu pagi hari kedua belajar di SMK Menggatal, Doktor Fikri
menunggang basikal baharunya ke sekolah. Dia terlewat dan pintu pagar telah
terkunci. Akhirnya Cikgu Wahad telah memberikan amaran kepadanya supaya
tidak lewat ke sekolah lalu membuka pintu untuknya.
Seterusnya, pada suatu pagi, Doktor Fikri dan ibu bapanya bangun dengan awal
kerana hendak mendaki gunung. Oleh sebab terlalu sejuk, mereka tidak mandi
lalu mengemaskan semua bekalan untuk menaiki sebuah lori ke kaki bukit.
LATAR PETANG :

Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah lima orang rakan Doktor Fikri telah melawat ke
rumahnya yang dua tingkat. Mereka telah dibawa ke bilik bacaan Doktor Fikri. Mereka juga
mengunjungi kebun sayur-sayuran Doktor Fikri di belakang rumah. Mereka bergurau senda di situ.
Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah sebulan menjelang hari sukan tahunan
sekolah, setiap petang Doktor Fikri dan rakan-rakannya akan pergi ke sekolah untuk menjalani latihan
sukan. Pada suatu petang, dalam perjalanan ke sekolah, Doktor Fikri ditahan oleh tiga orang pelajar
Tingkatan Empat kerana mereka mengugutnya supaya membayar wang keselamatan.
Selain itu, pada suatu petang, Doktor Fikri dan ayahnya telah pergi ke balai polis untuk mengambil balik
basikalnya yang telah dicuri. Di situ dia ternampak ayah Narius yang tua dan tidak mampu mengikat
jamin Narius kerana keluarga mereka yang miskin.

Latar masa malam

Peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah Doktor Fikri telah bermimpi ngeri sehingga dia
mengigau. Dia bermimpi bahawa dia tersesat jalan ketika mendaki gunung lalu bertempur dengan
seorang naga. Untuk mengelakkan serangan naga dia terjatuh ke gaung. Akibatnya dia menjerit
sehingga menjagakan ibu bapanya.
NILAI-NILAI MURNI DALAM NOVEL DI SEBALIK WAJAH
Rajin
 Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan
seorang budak yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan
tanaman di tamu.
Dia juga tekun membaca buku.
kasih sayang
 Kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Mereka sangat
sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan.
Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja
sayur-sayuran ketika diminta oleh anak mereka.
Tabah
 Doktor Fikri merupakan seorang pelajar yang tabah. Dia sabar menghadapi layanan
rakannya yang telah salah faham akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang
buruk daripada murid yang lain.
Sedia memaafkan
 Doktor Fikri mengamalkan nilai sedia memaafkan dan tidak menaruh dendam terhadap
orang yang pernah menganiayainya, iaitu Narius yang meletakkan barang dicurinya ke
dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri bukan memaafkan Narius malah meminta ayahnya
mengikat jamin terhadap Narius kerana terlibat dalam kes kecurian.
Simpati
 Doktor Fikri bersikap simpati terhadap nasib Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya
sudah tua dan tidak mampu mengikat jaminnya keluar dari lokap. Doktor Fikri segera
meminta ayahnya menghulurkan bantuan.
Bertanggungjawab
 Kakitangan perubatan di Hospital Ratu Elizabelt menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab. Mereka melayani keluarga pesakit dengan mesra. Hal ini terpapar oleh
jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful mengucapkan nazar kepada anaknya
yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga menjalankan tugas dengan amanah.
Selain itu pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes
peras ugut di dewan sekolah. Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai guru
disiplin dengan tegasnya.
Berjimat cermat
 Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat. Dia sentiasa membawa bekalan emaknya ke sekolah
daripada berbelanja di kantin untuk menjimatkan wang.
Gigih
 Nilai gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri. Ketika menyertai acara lumba lari 1500
lelaki B, dia tidak berputus asa walaupun lututnya sakit dan berasa sukar bernafas.
Bagaimanapun dia jatuh pengsan ketika mendekati garis penamat.
Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri dan ibu bapanya tidak berpatah
semangat untuk meneruskan pendakian walaupun berasa penat, sejuk, susah bernafas
serta kaki yang sakit.
PENGAJARAN DALAM NOVEL DI SEBALIK WAJAH

Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, pengajarannya ialah kita harus tabah menghadapi segala
cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Contohnya sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit,
Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain.

Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya
Doktor Fikri sedia memaafkan Narius yang pernah memeras ugut terhadap malah meminta ayahnya
membantu Narius keluar dari lokap polis dengan membayar wang ikat jamin.

Selain itu , kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan kita. Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat dan
membawa bekalan ibu ke sekolah tanpa berbelanja di kantin. Wang simpanan mencapai seribu ringgit
di bank. Dia dapat membeli basikal barunya dengan wang simpanan sendiri.

Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Contohnya, Doktor
Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu
sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri.

Terdapat pengajaran tentang ibu bapa harus menerima kelahiran anak yang tidak sempurna dari segi
fizikal. Tamsilnya pada mula Cikgu Saiful sukar menerima bayinya agak berbeza dengan bayi yang lain,
anaknya ialah anak balar. Bagaimanapun atas nasihat doktor, dia telah menyesal atas sikapnya dan
sedia menerima bayi yang cacat dari segi kulit.
Ahli Kumpulan :
-
- Fazierra
- Farhah
- Elviana
Rachel Chua
- Eric Yong