Transcript Details
Suruhanjaya Persaingan Malaysia PERSIDANGAN MEJA BULAT AKTA PERSAINGAN 2010, MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU BERSATU (MTEM) Dibentangkan oleh Hasnah Haron, 20 Mac 2014 AKTA PERSAINGAN 2010 DAN IMPAK TERHADAP PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA 1 KANDUNGAN PEMBENTANGAN Latarbelakang Akta Persaingan (CA 2010) dan Peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia Perusahaan Perniagaan Kecil dan Sederhana dan Ekonomi Kelakuan Anti- Persaingan ( Anti Competitive Conduct) Manfaat Akta Persaingan 2010 kepada Perushaan Kecil dan Sederhana Kesimpulan 2 LATAR BELAKANG AKTA PERSAINGAN MALAYSIA 1993 8MP & 9MP 2005 Rang Undang-Undang Perdagangan Adil mula dirangka Mandat untuk penggubalan dasar persaingan Kabinet meluluskan Dasar Amalan Perdagangan Adil 10 Jun 2010 Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 diwartakan 1 April 2011 Suruhanjaya Persaingan Malaysia(MyCC) ditubuhkan 1 Jan 2012 Akta Persaingan dikuatkuasakan 3 AKTA PERSAINGAN 2010 (AKTA 712) Suatu Akta untuk mengalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan, dan dengan demikian itu melindungi kepentingan pengguna dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 4 BIDANG KUASA AP 2010 Tertakluk kepada semua aktiviti komersial, di dalam dan diluar Malaysia yang mempunyai kesan negatif atau anti-persaingan di mana-mana pasaran di Malaysia 5 BIDANG KUASA AP 2010 ( AKTIVITI YANG TIDAK TERTAKLUK) “Aktiviti Komersial” bermaksud apa-apa aktiviti yang bersifat komersial tetapi tidak termasuk:1. apa-apa aktiviti, secara langsung atau tidak langsung dalam penjalanan kuasa kerajaan 2. apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan pada prinsip perpaduan; dan 3. apa-apa pembelian barangan atau perkhidmatan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan barangan atau perkhidmatan sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti ekonomi. 6 BIDANG KUASA AP 2010 (DI ANTARA PENGECUALIAN…) Tidak termasuk aktiviti komersial yang dikawalselia oleh: Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610] Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Peraturan-Peraturan Petroleum 1974 – Pindaan 30 Disember 2013. 7 PERANAN SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC) Adalah satu BADAN1BEBAS yang ditubuhkan di bawah Akta Persaingan 2010 untuk melaksanakan Akta Persaingan 2010. Peranan utamanya adalah untuk MELINDUNGI PROSES PERSAINGAN untuk manfaat perniagaan, pengguna dan ekonomi. 8 Peranan Suruhanjaya Persaingan (MyCC) Menjalankan kajian pasaran Mengenakan penalti Memberikan langkah interim Memberikan pengecualian KUASA SURUHANJAYA PERSAINGAN Mengeluarkan garispanduan Menerima aduan Penggeledahan dan penyitaan Menjalankan penyiasatan 9 PERANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA KEPADA EKONOMI 10 Perusahaan Besar 17,803 (2.7%) Perusahaan Sederhana Malaysia’s Pyramid Source: Department of Statistics, Malaysia (2012) Economic Census 2011: Profile of Small and Medium Enterprises, Table A1. 19,891 (3.0%) Perusahaan Kecil 128,787 (19.4%) Perusahaan Mikro 496,458 (74.9%) 11 PERANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA KEPADA EKONOMI Di Malaysia, perushaan perniaagan kecil dan sederhana merangkumi 97% daripada jumlah perniagaan dan menghasilkan 59% peluang pekerjaan, menyumbang 32% kepada kadar keluaran dalam negeri kasar (gross domestic product-GDP) dan 19% kepada eksport (NSDC, 2012). (%) *2010 (%) *2020 (%) (Targets) 31.9 32.0 32.0 41.0 Sumbangan kepada pekerjaan 55.8 56.4 59.0 62.0 Sumbangan eksport 18.9 19.0 19.0 25.0 +2003 +2005 (%) Sumbangan kepada GDP Pencapaian Makro Perusahaan Kecil dan Sederhana kepada jumlah (Source: +SME Annual Report 2006 and *Economic Census 2011) 12 PERANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA KEPADA EKONOMI (Source: SME MasterPlan 2012-2020) 13 PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN Seksyen 4(1) AP 2010 Suatu PERJANJIAN MENDATAR atau MENEGAK antara PERUSAHAAN adalah dilarang setakat yang perjanjian itu mempunyai MATLAMAT atau KESAN menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara SIGNIFIKAN dalam apa-apa PASARAN bagi barangan atau perkhidmatan. 14 PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN •Tidak perlu dalam perjanjian rasmi – Kontrak, persefahaman, sama ada sah mengikut undang-undang atau tidak – “amalan bersepadu” atau “gentleman’s handshake” – Keputusan oleh persatuan 15 PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN Perjanjian yang tidak dibolehkan oleh AP 2010: • Contoh- Apabila persatuan alat ganti kereta berpakat untuk menetapkan harga radiatoruntuk kesemua ahli mereka. Mengawal Pengeluaran Menetapkan Harga • • Contoh: Apabila dua pengeluar televisyen LCD berpakat untuk mengurangkan pengeluaran untuk memastikan harga TV dikekalkan tinggi 16 • C Apabila pengeluar minuman buah-buahan Marigold dan Yeoh Hiap Seng berpakat untuk membahagikan pasaran kepada dua- Marigold menjual di pasaran Semenanjung, sementara Yeoh Hiap Seng menjual diSabah Sarawak Tipuan Bida Berkongsi Pasaran PERJANJIAN ANTI-PERSAINGAN • Dua atau lebih syarikat berpakat untuk memasuki tender bagi satu projek binaan. Mereka bersetuju terlebih awal untuk menentukan jumlah harga yang akan diitetapkan bagi memastikan seorang daripada mendapat bida tersebut. Perjanjian jenis ini akan meningkatkan harga di sepanjang rantaian bekalan, menyekat inovasi, mencegah perusahaan kecil untuk menerokai pasaran dan dengan ini mengurangkan persaingan Akibatnya ialah- peningkatan harga kerana pengurangan pilihan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. 17 KEPUTUSAN MyCC TERHADAP CAMERON HIGHLANDS FLORICULTURIST ASSOCIATION (CHFA) Pada 4 Mac 2012, surat khabar The Star telah melaporkan bahawa ahli Cameron Highlands Floriculturist Association (CHFA) telah membuat keputusan untuk meningkatkan harga bunga pada kadar 10%. Berdasarkan laporan di atas pihak MyCC telah menjalankan penyiasatan. Pada 6 Disember 2012, pihak MyCC mengeluarkan keputusan bahawa pihak CHFA harus menghentikan amalan menetapkan harga, pihak CHFA dikehendaki memastikan semua ahli CHFA tidak menjalankan amalan antipersaingan dan pihak CHFA harus mengeluarkan kenyataan surat khabar yang menjelaskan perkara tersebut. 18 CADANGAN KEPUTUSAN MyCC TERHADAP MAS dan AirAsia PADA 9 August 2011, MAS, AirAsia dan AirAsia X (AAX) telah membuat satu perjanjian (“Collaboration Agreement”). Walaubagaimanapun, perjanjian ini didapati mempunyai objek iaitu perkongsian pasaran dalam sektor penerbangan di dalam Malaysia. Membuat pelanggaran Seksyen 4(2) (b) Akta Persaingan 2010 . Pada 2 Mei 2012, rujukan objek dikeluarkan dari perjanjian itu melalu Perjanjian Tambahan. Pada 6 September 2013, cadangan keputusan pelanggaran oleh MAS dan AirAsia dikeluarkan dengan cadangan penalti kewangan sebanyak RM 10 juta. 19 CADANGAN KEPUTUSAN MyCC TERHADAP MEGASTEEL Siasatan keatas Megasteel dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada Melewar Industrial Group Bhd. Megasteel didapati melakukan pelanggaran Sekyen 10(1) iaitu penyalahgunaan kedudukan dominan dengan melakukan “margin squeeze” dengan mengenakan harga yang mahal pada gegelung panas “Hot Rolled Coil” (‘HRC’) – input di bahagian atas rantai pengeluaran yang tidak berkadaran dengan harga outputnya iaitu “Cold Rolled Coil” (‘CRC’) di bahagian bawah rantai pengeluaran. Megasteel didapati mempunyai kedudukan dominan kerana satu – satunya pengeluar barang input, HRC. Terdapat kekangan import HRC dan HRC adalah bahan mentah utama untuk mengeluarkan output CRC. Pada 1 November 2013, cadangan keputusan pelanggaran dengan penalti kewangan sebanyak RM4.5 juta. 20 LANGKAH INTERIM MyCC TERHADAP SYARIKAT LORI Pada 7 September 2013, surat kahbar melaporkan bahawa “Pan-Malaysia Lorry Owners Association” (‘PMLOA’) telah membuat keputusan untuk menetapkan dan menaikkan kadar harga pengangkutan lori sebanyak 15% di seluruh Malaysia. Siasatan telah dijalankan pada 10 September 2013. MyCC telah mengeluarkan langkah interim dengan mengarahkan PMLOA untuk menghentikan pelanggaran tersebut pada 24 Oktober 2013 21 CADANGAN KEPUTUSAN MyCC TERHADAP PENGILANG AIS 26 pengilang ais telah mengumumkan pada 24 Disember 2013 bahawa akan ada kenaikan harga ais bermula 1 Januari 2014. Siasatan yang dijalankan mendapati bahawa pengilang-pengilang ais ini telah melanggar seksyen 4(2) (a) dengan menetapkan kenaikan harga sebanyak RM0.50 bagi setiap ais tube dan RM2.50 bagi setiap blok ais. Langkah interim dikeluarkan bermula 20 Januari 2014. MyCC telah mengeluarkan cadangan keputusan terhadap 26 pengilang ais dengan penalti kewangan antara RM1,200 hingga RM106,000 pada 20 Februari 2014. KENAPA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MEMERLUKAN PERSAINGAN ? Pasaran domestik kecil Persaingan sengit di pasaran Peluang pasaran yang lebih besar di luar negara – lebih banyak potensi untuk berkembang TETAPI peniaga kecil dan sederhana harus bersedia untuk bersaing dengan pasaran global 23 MATLAMAT & MANFAAT AKTA PERSAINGAN (AP) 2010 Persaingan memaksa perusahaan menjadi lebih CEKAP, INOVATIF dan RESPONSIF terhadap permintaan pengguna. IMPAKNYA: •Harga lebih rendah •Produk lebih bermutu •Pilihan yang lebih luas oleh pengguna •Kecekapan meningkatperusahaan dan ekonomi Mengalakkan Persaingan, Melindungi Anda 24 BAGAIMANA AP 2010 MEMBANTU PERUSAHAAN? Memastikan perusahaan, sama ada kecil atau besar berkelakuan “baik” dalam perniagaan. Perusahaan kecil dan sederhana boleh menggunakan AP 2010 sebagai wadah untuk melindungi mereka dari kelakuan anti-persaingan perusahaan besar yang memudaratkan mereka. Perusahaan kecil dan sederhana juga perlu mematuhi AP 2010. AP 2010 membolehkan mereka meningkatkan persaingan dan dengan ini membolehkan mereka menembusi pasaran antarabangsa dan mempunyai daya tahan untuk menghadapi persaingan. 25 JIKA TIADA PERSAINGAN…. • Perusahaan akan terjejas dengan kelakuan anti-persaingan. • Pengguna akan rugi kerana mereka mempunyai pilihan yang terhad, berdepan dengan harga yang tinggi dan barangan yang mungkin tidak bermutu. • Ekonomi tidak akan berkembang kerana perusahaan baru tidak dapat menembusi pasaran dan perusahaan sedia ada tidak mempunyai insentif untuk menjadi inovatif dan cekap JIKA ADA PERSAINGAN…. • Memastikan perusahaan bersaing secara TERBUKA dan ADIL • Apabila perusahaan bersaing secara terbuka, ekonomi, perniagaan dan pengguna kesemuanya akan mendapat manfaat 26 Komisi Pengawas Perusahaan Usaha- KPPU- INDONESIA A business community survey was conducted to determine business actor’s perception about the implementation of Competition Law. The survey was conducted via direct interview with questionnaires. The respondents represent business actors from various sectors. A total of 300 respondents’ data was collected from five cities. Additional information was also gathered from business expert, academics and public figures. Highlights of the findings from the survey: •54% of respondents claim that the competition is becoming more tight (i.e. increasing competition) •Around 41% respondents say that the product variety is increasing •47% respondents say that they will increase compliance, whereas 37% respondents say they would increase internal efficiency to enable them to compete. •As conclusion, most respondents do feel significant change in business practices and market development because of the Competition Act. 27 Australian Competition and Consumer CommissionBilangan Perusahaan Kecil dan Sederhana Meningkat 2,000,000 1,800,000 1,600,000 1,400,000 1,200,000 1,000,000 800,000 600,000 400,000 200,000 0 1983 Micro/Small Medium Large 1999 2007 Bilangan perusahaan kecil dan sederhana meningkat.. 1995: 930,000 2005: 2 juta …dan perkadaran perusahaan mikro juga meningkat… 1995: 80% of all firms 2005: 84% 28 RUMUSAN MANFAAT AP 2010 KEPADA PERUSAHAAN Meningkatkan pilihan- merangsang lebih banyak produk dan perkhidmatan di perkenalkan Memastikan nilai untuk wang yang dikeluarkan- dengan memastikan perusahaan bersaing beraskan harga dan kualiti Mendorong inovasi dan produktivitidengan menggalakkan perusahaan memperkenalkan produk baru dan mengurangkan kos untuk menambat hati pengguna Menyokong pertumbuhan ekonomi – melalui peningkatan pilihan, nilai, inovasi dan produktiviti KESIMPULAN Pendekatan “Pedang” dan “Perisai” (“Sword” & “Shield”) • Bagaimana menggunakan AP 2010 sebagai “pedang” untuk menentang amalan anti-persaingan pesaing pasaran anda • Bagaimana akta yang sama boleh digunakan sebagai “perisai” untuk melindungi perusahaan anda dari tuduhan menjalankan kelakuan anti-persaingan. “Meneliti semula ” kontrak perniagaan • Meneliti semula perjanjian dan amalan perusahaan anda dan menilai sama ada ianya berbentuk anti-persaingan 30 PESANAN YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri “Persaingan yang sihat diperlukan untuk membentuk ekonomi yang cekap dan dinamik. Dengan ini, Akta Persaingan akan diperkenalkan untuk menyediakan satu rangka kerja kawal selia ke atas manipulasi pasaran dan amalan kartel yang boleh mejejaskan kecekapan pasaran…” 31 KESIMPULAN Persaingan sihat di perlukan untuk menghasilkan ekonomi yang cekap dan dinamik Mengalakkan persaingan di dalam dan di antara sektor dan dengan ini menggalakkan pelaburan dan mewujudkan pasaran yang dinamik AP 2010 menyediakan rangkakerja kawal selia yang dapat mencegah amalan anti-persaingan di pasaran Menghasilkan ekonomi domestik yang kompetitif 32 1 LANGKAH SETERUSNYA… MEMPERKENALKAN PROGRAM PEMATUHAN AP 2010 Mengkaji semula amalan dan perjanjian sedia ada Memastikan semua perjanjian baru yang dirunding dan dimeterai mematuhi AP 2010 • Memastikan program pematuhan AP 2010 yang berkesan: • Melatih kakitangan dengan perkara yang “boleh” dan “tidak boleh” dilakukan (Do and Don’ts) • Menggubal tatacara perlakuan • • i.e. memberikan insentif dan saluran yang berkesan dan teratur untuk para pekerja melaporkan perlakuan anti-persaingan kepada pihak atasan 33 2 • MEMAHAMI AP 2010 Memberi pengetahuan kepada kakitangan mengenai AP 2010 Rasional AP 2010 • Bagaimana pasaran yang kompetitif boleh memberi manfaat kepada masyarakat • Apakah perlakuan yang dilarang oleh akta persaingan • Bagaimana aktiviti perniagaan perniagaan anda boleh menjadi satu aktiviti anti persaingan ( atau yang terlarang) • • Memaklumkan kesan kepada kakitangan jika mereka di dapati melakukan kelakuan anti-persaingan. 34 3 PENILAIAN SENDIRI • • • Membuat penilaian terhadap aktiviti perusahaan sedia ada sama ada ianya adalah aktiviti yang dikatakan antipersaingan mengikut AP 2010 Mengadakan audit persaingan berkala untuk perusahaan anda Jika perusahaan anda di dapati melanggar AP 2010, perbincangan harus dilakukan dengan pihak pengurusan tindakan yang perlu di ambil untuk mematuhi AP 2010 35 BUKU PANDUAN MyCC 36 BUKU PANDUAN MyCC 37 TERIMA KASIH 38