peringkat 3 - WordPress.com

Download Report

Transcript peringkat 3 - WordPress.com

ASU2022 PENGANTAR
FIQH ISLAM
SEJARAH PEMBINAAN
HUKUM ISLAM :
PERINGKAT KETIGA
Powerpoint Templates
Page 1
PENDAHULUAN :
Bermula dari akhir zaman Khulafa’ al Rasyidin
(thn 41 Hijrah) HINGGA awal kurun kedua hijrah
ataupun dahulu sedikit dari kejatuhan Daulah
Umawiyyah.
Fiqh pada zaman ini berjalan sepertimana
dilakukan sahabat, kerana para tabi’en
menerima fiqh daripada mereka serta cara
istinbat hukum.
Powerpoint Templates
Page 2
• Fuqaha’ pada zaman ini merujuk kepada
al Quran terlebih dahulu, kemudian
Sunnah, kemudian ijtihad dengan fikiran
(al ra’yu)samada al Qiyas atau yang lain
darinya.
• Qiyas adalah
menyamakan sesuatu masalah yang
tidak terdapat nas di atas hukumnya
dengan masalah yang terdapat nas
hukumnya, terdapat PERSAMAAN
pada illah hukum.
Powerpoint Templates
Page 3
PERINGKAT PENERIMAAN
HUKUM
RASULULLAH
SAW
TABI’ TABI’EN
SAHABAT
TABI’EN
Powerpoint Templates
Page 4
Perkembangan fiqh pada zaman ini :
Powerpoint Templates
Page 5
• Periwayatan hadis pada masa ini sudah
meluas manakala ijtihad dengan cara
syura yang memungkinkan Ijmak adalah
sukar kerana para fuqaha’ duduk
bertebaran di merata tempat serta
munculnya firqah-firqah baru seperti
Syiah ,Khawarij dan sebagainya.
Powerpoint Templates
Page 6
• Pertambahan keluasan negara islam dari
semasa ke semasa dan banyak peristiwa
berlaku membawa kepada munculnya masalahmasalah baru yang memerlukan jawapan dan
hukum.
• Selain itu, para fuqaha’ juga berbeza dari corak
dan aliran fiqh.Ini kerana ada yang berani
menggunakan ra’yu dan ada yang tidak
berani menggunakan ra’yu sehingga lahir
Madrasah Ahl al Hadith dan
Madrasah ahl al Ra’yu.
Powerpoint Templates
Page 7
Ringkasan perkembangan Fiqh pada
zaman ini
• 1- Keluasan skop fiqh dan perbezaan
pendapat.
• 2- Tersebarnya periwayatan hadith dan
kesannya terhadap Fiqh dan lainnya.
• 3- Munculnya Madrasah ( aliran ) Ahli al
Hadith dan Ahli al Ra’yi.
Powerpoint Templates
Page 8
1- KELUASAN SKOP FIQH DAN SEBABSEBAB PERBEZAAN PENDAPAT:
• a- Bertebaran fuqaha’ Sahabat dan
Tabien di merata negara Islam serta tidak
mempunyai persamaan dari segi fiqh,
penghafalan hadith-hadith dan kadar
kefahaman terhadap Al Quran dan Al
Sunnah yang memungkinkan timbulnya
perselisihan pendapat dalam perkara
yang mereka ijtihad atau fatwakan.
Powerpoint Templates
Page 9
• b- Ijtihad @ ijmak secara konsesus
tidak mungkin berlaku kerana
kesukaran bertemu antara satu sama
lain serta munculnya firqah baru
seperti Syiah dan Khawarij.
Powerpoint Templates
Page 10
• c- Negara-negara yang didiami pleh para
fuqaha’mempunyai perbezaan dari segi
budaya,uruf setempat,sistem muamalat
dsb.Ini akan mempengaruhi ijtihad fuqaha’
kerana mereka akan mengambilkira
waqi’ dan realiti setempat selagimana ia
tidak bercanggah dengan syara’.
Powerpoint Templates
Page 11
2-TERSEBARNYA PERIWAYATAN HADIS
DAN SEBABNYA
• Faktor banyaknya periwayatan hadis :
• a- Umur para perawi yang panjang dan keadaan
memerlukan mereka mencurahkan ilmu yang ada pada
mereka.
• b- Mereka bersahabat dengan Nabi S.A.W dalam jangka
masa yang agak lama seperti Anas b. Malik,Aisyah dan
Abu Hurayrah.
• c- Kejayaan mengumpul dan menghafaz hadis-hadis
Nabi S.A.W seperti Ibn Abbas,Ibn Umar dan Abi
Hurayrah ,mereka berusaha mengumpul dan
mendapatkan hadis Nabi di mana saja mereka berada
dan mengumpulnya.
Powerpoint Templates
Page 12
Kesan berleluasa periwayatan hadis
• a- Hukum-hukum fiqh bertambah luas dan banyak hukum dapat
diistinbatkan dari Hadis.
• b- Munculnya hadis-hadis palsu oleh mereka yang dengki dan benci
terhadap Islam.
• c- Akibat dari berlakunya pemalsuan hadis,kerja para fuqaha’
semakin sulit serta tegas dalam menerima dan meneliti hadis
khususnya dari segi sanad dan matan sesuatu hadis tersebut.
• d- Lahirnya ilmu Jarh wa al Ta’dil atau Ilmu Rijal dalam memberi
khidmat bedah siasat kepada setiap hadis dalam memastikan
kesahihan,kebenaran dan keadilan para perawi hadis dan serta
status sesuatu hadis.
Powerpoint Templates
Page 13
3- MUNCULNYA MADRASAH AHLI
HADITH DAN AHLI AL RA’YI
• Definisi :
• 1- Madrasah Ahli al Hadith :
Golongan fuqaha’ yang berpegang
kuat pada nas-nas dan athar
sahabat.Mereka tidak menggunakan
pendapat kecuali dalam perkara yang
sangat terdesak.
Powerpoint Templates
Page 14
• 2-Madrasah Ahli al Ra’yi : Golongan
fuqaha’ yang mana disamping
menggunakan nas-nas dalam mencari
penyelesaian dalam sesuatu masalah
hukum,mereka juga banyak menggunakan
fikiran atau ra’yu terutama dalam masalah
hukum yang mana nas tidak dapat
memberi hukum yang jelas.
Powerpoint Templates
Page 15
Perkembangan :
• -Madrasah Ahli al Hadith :
• 1- Berkembang luas di Tanah Hijaz,Mekah dan Madinah.Juga
dikenali Madrasah Hijaz.Dianggap sebagai golongan yang kaya
dengan khazanah Hadith dan Athar para sahabat kerana
terhimpunnya majoriti para sahabat dan Tabiin tinggal di kedua-dua
tempat tersebut.
• Contoh di Mekah : Abdullah b. Abbas
• Madinah : Abdullah b. Umar,Zaid b. Tsabit,fuqaha’ Madinah yang
tujuh seperti Said b. al Musayyib (94H), Urwah b. Zubair ( 94H ), al
Qassim b. Muhammad ( 94H), Abu Bakr b. Abdul rahman (94H),
Abdullah bin Abdullah bin Utbah (98H), Sulaiman b. Yassar (107H)
dan Kharijah bin Zayd bin Thabit .
Powerpoint Templates
Page 16
• 2- Sikap wara’ dan tawadduk para sahabat yang lebih
mengutamakan al Quran dan Al Sunnah berbanding
menggunakan akal fikiran mereka dalam menangani
sesuatu permasalahan yang timbul.
• 3- Kedudukan geografi telah melindungi Hijaz daripada
perkara-perkara baru .Kerana suasana kemasyarakatan
penduduk Hijaz agak tradisional.
• 4- Pengaruh dari cara pemikiran pendukung aliran-aliran
ini seperti Abdullah b. Abbas,Abdullah b.Umar dan yang
lain yang tidak cenderung menggunakan fikiran mereka.
Powerpoint Templates
Page 17
Madrasah Ahli al Ra’yu :
• Perkembangan :
• 1- Berkembang di Iraq.Menurut fahaman
mereka,hukum-hukum syarak itu boleh
dianalisis secara rasional ,mempunyai maslahat
untuk manusia,didirikan atas dasar yang konkrit
serta mempunyai faktor yang menjelaskan
maslahat-maslahat tersebut.
• 2-Terpengaruh dengan pemikiran dan kaedah
yang digunakan oleh sahabat seperti Umar,Ali
dan Abdullah b. Powerpoint
Mas’ud.Templates
Page 18
• 3. Diantara tokoh-tokoh pendukung
kepada aliran ini adalah seperti Alqamah
b. Qais al Nakha’i,Al Aswad b. Zaid al
Nakha’i,Masruq b. Ajda’ al
Hamdani,Ubaidah b.Umar al
Salmani,Syuraih b. Al Harith dan Al Harith
al Ai’war.Mereka ini juga dikenali sebagai
al Fuqaha’ al Sittah di Kufah.
Powerpoint Templates
Page 19
Faktor Pembentukan Madrasah al
Ra’yu :
• 1- Iraq ialah pusat penyebaran fahaman Syiah dan
Khawarij.Kedudukan fahaman siasah yang sedemikian
telah memberi kesan kepada nilai hadith kerana
wujudnya hadis palsu.Maka digubal syarat-syarat untuk
menerima sesebuah hadis.
2-Timbul banyak persoalan baru yang memerlukan
kepada fatwa.Ini kerana Iraq ialah wilayah Islam yang
mengalami kemajuan berbanding wilayah-wilayah Islam
yang lain.
Powerpoint Templates
Page 20
KESIMPULAN
• Peringkat ini berakhir dengan tidak ada
satu pun fiqh yang dibukukan.
• Sunnah juga tidak dibukukan lagi pada
peringkat ini.
Powerpoint Templates
Page 21