Transcript Document
PN. RABIAH Sistem Ejaan • Sistem ejaan diperkenalkan oleh R.J.Wilkinson pada tahun 1902. • Sistem ejaan rumi mengalami perubahan kepada sistem Ejaan Rumi Za’ba dan diguna pakai sebagai ejaan rasmi agak lama di Malaysia • 16 Ogos 1972 diganti oleh Sistem Ejaan Rumi Baharu BM Pedoman Umum Ejaan dan Sebutan Baku • Abjad – 26 abjad – Vokal – 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ] – Konsonan – 21 – Diftong – 3 [ ai au oi ] – Digraf – 5 [ kh gh ng ny sy ] Pola Keselarasan Vokal 18 pola keselarasan vokal Keselarasan vokal Contoh perkataan a-a amal baka masak a- i masjid balik alih a- u barut patut datuk e (pepet ) – a sedar jelas emak e (pepet) – i elak ekar engkar e (pepet) – u -- telur belum tebus e (taling) –a elak ekar engkar e taling e leleh telek remeh e taling o i-a i-i i- u o-a o-e (taling) o-o u-a u-i u-u esok bilang pilih tidur otak oleh obor ulat ulit untuk bengkok pinang didih hibur rosak boleh borong bulat kulit buluh cedok kilas sirih hidup bosan celoteh keropok ketupat seruling seluruh Kekecualian Keselarasan Vokal bagi Kata Pinjaman Pola Vokal Contoh Perkataan a-e (taling) aneh pamer a-o calon lakon e (pepet) – o gabenor setor e (pepet) – e (taling) gembeleng i- e (taling) simen tiket i-o transistor pistol u-e (taling) tulen subjek u-o kupon konduktor e (taling) - i tesis objektif e (taling) - u spektrum e pepet – e pepet pepet i- e (pepet) iseng filem o-i fosil hipokrit o-u bonus forum u- e (taling) skuter e taling e taling meter o-e pepet Oktober Ejaan Kata Pinjaman a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu - cc- ks access menjadi akses x- ks express menjadi ekspres b) Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama - ff- f traffic menjadi trafik c) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal - ia – ia dialect menjad dialek oo-u boot menjadi but d) Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian - block menjadi blok draft menjadi draf e. Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g] dalam BM - generation menjadi generasi - agent menjadi agen f. Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, --sional -lotion menjadi losen; section menjadi seksyen g. Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism - nationalism menjadi nasionalisme h. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap - pencil menjadi pensel - action menjadi aksi - dial menjadi dail Penulisan Singkatan Kata Ganti Nama • 4 singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nya – Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedari • Mu dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang – Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan. – Mereka memohon rahmat-Nya. Penulisan Partikel 4 partikel - -lah, -kah, - tah, & pun Partikel –lah, -kan, dan –tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya • Contoh: berilah, diakah, manatah Partikel pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya • Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya Partikel pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan, iaitu: • adapun, sekalipun, walaupun, lagipun Penulisan Kata Ganda • Penulisan bagi perkataan bentuk kata ganda hendak menggunakan tanda sempang – daun-daun, bergoyang-goyang, kejarmengejar, serba-serbi Penulisan Kata Majmuk 3 jenis kata majmuk • Kata bebas yang membentuk kata umum ditulis sebagai terpisah – Cth: air hujan, sama ada, luar biasa, terima kasih • Gabungan parataksis atau rangkai kata setara – Cth: hidup mati, ibu bapa, tunjuk ajar, makan minum • Simpulan bahasa ditulis secara terpisah – Cth: buah hati, makan angin, puas hati • Kata umum yang menerima awalan dan akhiran ditulis serangkai – – – – Cth: ambil alih – pengambilalihan Ijab kabul - diijabkabulkan Lipat ganda – melipatgandakan Sama rata – menyamaratakan • Gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata hendaklah ditulis serangkai – Cth: beritahu – pemberitahuan – Kemas kini – dikemaskinikan – Warganegara – kewarganegaraan • Pengulangan kata majmuk – Balai raya – balai-balai raya – Kapal terbang – kapal-kapal terbang – Ketua pejabat kerajaan – ketua-ketua pejabat kerajaan Penggunaan Tanda Sempang • a. Tanda sempang digunakan bagi kata yang diulang sepenuhnya atau sebahagian spt: anak-anak, lauk-pauk, diporak-perandakan • b. Tanda sempang digunakan bagi menghubungkan awalan se- diikuti nama khas dan menghubungkan huruf kecil dan huruf besar spt: se-Malaysia, anti-Rusia, petunjuk-Nya • c. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an dan merangkaikan awalan ke- dengan angka spt: tahun 50an, ke-17, ke-100 • Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata pada istilah spt: alat pandangdengar, perbadanan semi-kekal Latihan • Ramai pelancung dari Luar Negeri dan tempatan yang berkunjung ketaman air tersebut kerana taman itu menyediakan berbagai kemudahan. Di taman itu terdapat pelbagai permainan yang menghiburkan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kemudian tempat berehat dan makan minum juga sangat baik. Layanan para pekerja disana sungguh mesra bersopan dan mengagumkan pengujung. Itu lah sebab banyak orang yang datang berkunjung kesana. • Ramai pelancong dari luar negeri dan tempatan yang berkunjung ke taman air tersebut kerana taman itu menyediakan pelbagai kemudahan. Di taman itu terdapat pelbagai permainan yang menghiburkan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kemudian tempat berehat dan makan minum juga sangat baik. Layanan para pekerja di sana sungguh mesra bersopan dan mengagumkan pengujung. Itulah sebab banyak orang yang datang berkunjung ke sana.