refleksi fokus kajian

Download Report

Transcript refleksi fokus kajian

LATIHAN FARTLEK DALAM MENINGKATKAN TAHAP KARDIOVASKULAR DI KALANGAN PELAJAR- PELAJAR TAHUN 4 ( OLAHRAGA ) SJK (T) BANDAR SPRINGHILL 1.0 PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal. Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. Tujuannya adalah untuk menguji daya tahan fizikal seseorang individu dalam jangka masa yang panjang. Daya tahan kardiovaskular bermaksud keupayaan sistem peredaran darah dan sistem jantung membekalkan oksigen kepada individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Ia juga merangkumi penguncupan otot besar yang memerlukan penyesuaian dengan sistem peredaran respirasi. Dari aspek fisiologi iaitu dari sudut kecekappan daya tahan dan keupayaan maksimum merupakan pengukuran fungsi kardiorespiratori Faria ( 1970 ) menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran intensiti latihan yang dilakukan oleh individu, iaitu semakin tinggi tahap latihan yang dilakukan semakin tinggi tahap kecergasaannya. Acara jarak jauh ialah acara yang merangkumi acara 400m hingga 8000 m. Contoh acara ialah Marathon, lumba jalan kaki, merentas desa, medley relay, 4x1600m, 5000m dan 3000m lari berhalangan. Namun begitu acara sukan seperti 400m , 800m, medley relay, 4x800m dan 4x1600m amat jarang dilakukan dimana-mana kejohanan. Ujian bleep melibatkan larian secara berterusan di antara dua garisan yang terpisah dalam jarak 20 meter. Pelari akan berdiri di belakang garisan pertama dan menghadap garisan kedua dan ujian bermula apabila bunyi “beep” pertama kedengaran. Tahap kelajuan larian agak perlahan pada permulaan ujian. Pelari akan berlari secara brterusan dan perlu menghabiskan jarak larian sebelum bunyi “beep” yang seterusnya. Sekiranya pelari mencecah garisan sebelum bunyi beep, pelari tersebut harus menunggu sehingga bunyi

beep seterusnya kedengaran. Selang masa bunyi ini akan berkurangan lalu memaksa atlet untuk meningkatkan kelajuan larian mereka sehinggalah mereka tidak mampu lagi mengikutinya ataupun selesai menghabiskan ujian ini. Tujuan mengadakan ujian bleep adalah untuk mengira kadar nadi bagi mengenalpasti daya tahan kardiovaskular seseorang.

Latihan fartlek dirancang dengan tujuan untuk membina daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot.Latihan fartlek melibatkan larian yang laju dan larian yang perlahan secara berselang seli.Semasa menjalankan aktiviti ini,individu akan menukar kelajuan mengikut keadaan dan kemampuan diri sendiri.

1.1 REFLEKSI Saya adalah seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban. Pada praktikum fasa tiga (3) ini, saya berpraktikum di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Springhill, Lukut. Praktikum kali ini mengambil masa selama dua belas (12) minggu bermula pada 25 Julai 2016 dan akan berakhir pada 21 Oktober 2016. Pada hari pertama selepas melapor diri, pengkaji telah dimaklumkan oleh guru pembimbing bahawa pengkaji akan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani untuk Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan pendidikan kesihatan bagi tahun 4. Kelas Tahun 2 mempunyai seramai 18 orang Kelas Tahun 3 pula mempunyai seramai 35 orang murid. Kelas Tahun 4 mempunyai seramai 17 orang murid. Selama dua minggu pengkaji telah mengajar kelas tahun 4 yang mempunyai seramai 2 orang responden perempuan dan 6 orang responden lelaki yang melibatkan diri dalam olahraga. Selama dua minggu tersebut saya telah mengajar kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti larian. Selepas aktiviti, responden- responden tersebut telah mengalami keletihan yang teruk. Pengkaji berasa sangat risau setelah melihat responden tersebut kerana, walaupun mereka mempunyai bakat tetapi mereka tidak dapat berlari dengan laju kerana responden cepat letih dan lesu. Pengkaji tidak dapat memahami masalah responden – responden tersebut. Pengkaji berasa sangat kecewa kerana mereka mempunyai bakat tetapi mereka tidak dapat menunjukkan kehebatan mereka dengan sepenuhnya. Bagi menangani masalah tersebut pengkaji telah berbincang dengan guru pembimbing, guru olahraga dan juga guru yang mengajar matapelajaran pendidikan jasmani sebelum ini bagi kelas tersebut. Pengkaji tidak dapat apa jua maklumbalas daripada mereka walaupun mereka pernah mengajar kelas tersebut. Bagi mengatasi masalah keletihan para responden tersebut, sewaktu pengkaji menjalani latihan seperti aktiviti larian pengkaji dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh responden – responden tahun 4. Pendapat pengkaji terhadap responden – responden tersebut sebagai seorang guru pendidikan jasmani, pengkaji beranggap bahawa mereka tidak mencukupi kardiovaskular sebab sebagai seorang pelari mesti mencukupi kardiovaskular yang tinggi untuk berlari jarak jauh. Bagi mengatasi masalah tersebut

pengkaji telah bercadang untuk mengadakan ujian bleep. Tujuan mengadakan Ujian ‘Bleep’ adalah, untuk menilai daya tahan kardiovaskular bagi pelajar – pelajar tahun 4 ( olahraga ). Sebelum pengkaji memulakan ujian bleep pada 9/08/2016 di padang sekolah, responden diminta untuk mengira kadar nadi rehat dalam masa 60 saat. Bagi memastikan fokus kajian pengkaji , pengkaji telah mengadakan ujian bleep terhadap responden seramai 8 orang dari tahun 4. Kadar nadi para responden adalah normal sewaktu mereka berada dalam keadaan yang tenang. Manakala , apabila responden melakukan ujian bleep graf kadar nadi menunjukkan sebanyak 230 denyutan. Perkara ini menunjukkan pengkaji bahawa para responden tidak mencukupi daya tahan kardiovaskular yang secukupnya.

2.0 FOKUS KAJIAN

Melalui refleksi pengumpulan data ujian bleep ini, didapati permasalahan yang sering dihadapi oleh responden tahun 4 ( olahraga ) adalah, responden mempunyai daya tahan kardiovaskular yang rendah yang menyebabkan mereka cepat letih semasa berlari. Ini kerana, responden - responden ini kurang diberi latihan – latihan yang perlu meningkatkan daya tahan kardiovaskular mereka. Oleh itu, dalam tumpuan yang jelas, ia lebih memandang ke arah permasalahan dalam tahap kardiovaskular yang rendah yang menyebabkan lapan orang responden tahun 4 (olahraga) tidak dapat . Sistem kardiovaskular memainkan peranan penting untuk mengekal dan meningkatkan pretasi seorang pelari jarak jauh. Dalam acara lari jarak jauh pelajar menggunakan tenaga aerobik. Sistem kardiovaskular menghantar dan membekal keperluan oksigen kepada otot yang bekerja. Pelari yang berdaya tahan tinggi seperti pelari jarak jauh menggunakan sistem tenaga aerobik. Ini bermakna pembekalan oksigen adalah faktor penting dalam proses pengoksidanan phospate. Oksigen dibekalkan kepada otot melalui darah oleh yang demikian jumlah darah kaya oksigen dan jantung mempunyai kesan terus kepada atlet acara jarak jauh. Peningkatan keluaran kardiak akan membawa kepada peningkatan kadar oksigen yang tinggi kepada otot. Seterusnya meningkatkan kebolehan pelajar dan keupayaan pelajar untuk melalukan aktiviti berdaya tahan tinggi seperti pelari jarakjauh .

3.1 OBJEKTIF UMUM

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kardiovaskular di kalangan pelajar- pelajar tahun 4 ( olahraga ).

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus kajian ini adalah: i. Meningkatkan tahap kardiavaskular pelajar supaya pelajar dapat berlari jarak jauh tanpa cepat letih dan lesu.