PERKENALAN KENDIRI (self-presentation) PROF MADYA DR MA’ROF REDZUAN Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan

Download Report

Transcript PERKENALAN KENDIRI (self-presentation) PROF MADYA DR MA’ROF REDZUAN Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan

PERKENALAN KENDIRI (self-presentation)

PROF MADYA DR MA’ROF REDZUAN Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia, UPM

PERKENALAN KENDIRI

Manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap diri mereka

PENGENALAN

• Manusia ingin kelihatan menarik di mata orang lain.

• Manusia bertingkah laku agar dirinya diterima oleh orang lain.

• Manusia bertindak seperti sumpah-sumpah, mengubah warna dirinya bersesuaian dengan persekitaran.

• Mengapa demikian: – Untuk diterima – Menyenangkan hati orang lain – Memperolehi ganjaran – Memperolehi impresi yang baik daripada orang lain • Perkenalan kendiri: tingkah laku seseorang yang bertujuan untuk mempengaruhi impresi orang lain terhadap dirinya.

• Contoh: semasa temuduga; gagal peperiksaan

Face Book: Pengenalan kendiri

HIDUP INI SEBAGAI LAKONAN

• Pelakon cuba menunjukkan lakonan yang baik kepada penonton – untuk mendapat ganjran • Manusia adalah sebagai pelakon – untuk mengawal interaksi dengan orang lain.

• Manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap dirinya.

• Manusia cuba memperkenalkan pelbagai identiti kepada orang lain, bersesuaian dengan “skrip”.

• Pelakon terbaik akan mendapat anugerah

Hidup seperti di atas pentas

• Erving Goffman: The presentation of self in everyday

life.

• Manusia adalah seperti pelakon drama yang cuba mengembirakan penonton • Manusia ingin kelihatan menarik di mata orang lain dengan cara mengemukakan pelbagai identiti (watak) • Untuk tujuan itu manusia sanggup menipu, berpura pura, memanipulasi etc. untuk kelihatan menarik • Kesemua ini bertujuan untuk memperolehi impresi yang positif daripada orang lain.

Penerimaan kendiri yang diperkenalkan

• Manusia mendakwa sesuatu kendiri yang cuba diperkenalkan seharusnya diterima oleh orang lain • Kendiri yang diperkenalkan harus dipersetujui oleh orang lain (adanya konsensus/sepersetujuan) • Namun tidak semestinya begitu – kadang kala ditolak (tiadanya persetujuan) • Kadang kala kendiri tersebut dicabar.

• Sekiranya tidak dapat mempertahankan cabaran, kemungkinan seseorang itu akan merasa malu.

• Ini membawa kepada tindakan penyelamatan air muka.

Perundingan untuk identiti

• Identiti yang diperkenalkan tidak semestinya terus diterima (ditolak), malahan orang lain cuba memberikan identiti lain (tertentu) kepada kita.

• Di sini berlaku “perundingan” untuk identiti yang diperkenalkan itu.

• Sehingga identiti yang diperkenalkan itu diterima/dipersetujui maka barulah interaksi berjalan lancar.

• Sekiranya “rundingan” gagal maka interaksi mengalami masalah.

KLASIFIKASI TINGKAH LAKU PERKENALAN KENDIRI

• Pelbagai cara/kaedah manusia cuba memperkenalkan kendirinya.

• Apa yang kita laku/ucapkan, pakaian kita, kawan, pemilikan kita adalah mengkomunikasikan tentang siapa kita (verbal dan nonverbal).

• Kaedah digunakan bergantung kepada keperluan manusia.

• Kategori: – Asertif: memperkenalkan secara aktif – Defensif: melindungi kendiri yang negatif – Berktaktik: untuk jangka pendek – Berstrategik: untuk jangka panjang

A. TAKTIK PERKENALAN KENDIRI ASERTIF

• Perkenalkan kendiri secara tegas, untuk tujuan jangka pendek.

• Bertujuan memperolehi ganjaran segera.

• Untuk membangkitkan emosi orang lain – supaya disukai, dihormati, diberi simpati.

i. Taktik bermuka-muka

• Cuba menonjolkan kendiri dengan cara memberikan gambaran yang baik tentang dirinya sendiri dan/atau orang lain.

• Tujuannya: memperolehi ganjaran (naik pangkat, dapat kerja etc.) • Bahaya: kemungkinan disedari oleh orang lain tentang gambaran itu tidak benar.

a. Melebih-lebihkan diri sendiri

• • Mengemuka/menunjukkan sifat-sifat diri (rajin, pandai etc) yang boleh menarik orang lain.

Bermuka-muka dengan bakal ibu mertua, bos etc.

• Beza dengan tingkah laku membesar besarkan diri (cakap besar, sombong dengan kendirinya).

b. Melebih-lebihkan diri orang lain

• Dengan cara memuji orang lain – menyebut nama orang lain.

• Menyokong kendiri orang lain • Tetapi jika pujian dipersepsi sebagai tidak benar, boleh menimbulkan kesan sebaliknya

c. Pengakuran terhadap pendapat orang lain

• Bersetuju dengan sikap, nilai, dan pendapat orang lain.

• Yes Man.

• Berpura-pura akur.

• Digunakan oleh seseorang yang bergantung kepada orang lain (untuk naik pangkat, tidak dihukum etc.)

d. Berbuat baik

• Membantu orang lain • Berdasarkan kepada prinsip “pertukaran sosial” • Digunakan untuk mempengaruhi tindakan orang lain.

• Contoh: digunakan oleh ahli politik untuk meraih undi pengundi.

ii. Ugutan Pada Orang Lain

• Menggambarkan dirinya kepada orang lain sebagai orang yang digeruni/berbahaya.

• Disertai dengan ancaman fizikal dan lisan.

iii. Rayuan Terhadap Orang Lain

• Menggambarkan diri sebagai seorang yang lemah; bertujuan mendapatkan belas kasihan daripada orang lain.

• Orang yang lemah boleh memperolehi faedah.

• Rayuan yang berjaya: kegagalan/masalah yang dihadapi bukan akibat diri sendiri (dalaman), tetapi di luar kawalan (luaran)

iv. Promosi Diri Sendiri

• Menggambarkan diri sebagai mempunyai identiti yang cekap.

• Beza dengan tindakan bermuka-muka (melebihkan kendiri).

• Promosi diri – mahukan penghormatan pada kebolehan mereka • Melebih-lebihkan diri – mahukan orang lain menyukai dirinya.

• Promosi diri – mencapai objektif segera.

a. Mendapatkan hak

• Mendakwa nama baik yang telah diperolehi.

• Contoh: mendakwa penemuan • Lebih berkesan sekiranya orang lain yang mendakwa untuknya.

b. Melebih-lebihkan diri sendiri

• Memperlihatkan bahawa dirinya adalah lebih berkesan, berkemahiran etc apabila berjaya melepasi cabaran.

• Apabila berjaya dalam ujian, menyatakan bahawa ujian tersebut betul, sukar, payah sah – tujuan untuk meningkatkan kendirinya.

• Kalau tidak berjaya – kata sebaliknya

c. Mengidentifikasikan diri

• Cuba mengaitkan diri dengan sesuatu nama baik (kelompok, gelaran etc) • Menggunakan prinsip “perkaitan” • Untuk memberikan impresi positif kepada orang lain.

• Tujuan: untuk dihormati, disukai, memperolehi ganjaran.

d. Memburuk-burukkan orang lain

• Melebihkan indentiti diri dengan memburukan orang lain.

• Penilaian negatif pada kelompok lawan.

• Ahli politik memburukan parti lawan di mata pengundi.

Percontohan

• Mendapatkan sanjungan dan penghormatan

dengan menggambarkan ciri-ciri positif yang boleh dijadikan contoh.

• Peranan-peranan sosial membawa

bersamanya percontohan; peranan ibu-bapa positif menjadi contoh kepada anak-anak.

TAKTIK PERKENALAN KENDIRI DEFENSIF

• Mempertahankan kendirinya sekiranya dinafikan

atau dipersoalkan oleh orang lain

• Bertujuan mengembalikan identiti yang rosak. • Identiti yang rosak boleh menyebabkan seseorang

itu merasa malu – fakta-fakta mengancam/merendahkan kendiri

• Dengan cuba menyelamatkan air muka yang telah

rosak itu.

Alasan

• Sigmund Freud: mekanisma bela diri • Alasan: penerangan yang digunakan untuk menyakinkan orang lain

bahwa dirinya tidak bertanggung jawab pada apa yang telah berlaku atau yang dilakukan.

• Gagal periksa: soalan yang tidak diajar keluar. • Dua jenis alasan: – Menafikan niat secara sengaja menimbulkan kesan negatif – Mendakwa kurangnya kuasa kawalan terhadap tingkah laku tertentu. • Bentuk alasan: hilang kuasa kawalan fizikal dan psikologikal • Manusia memberi alasan untuk lari daripada memikul tanggung jawab.

Justifikasi

• Memberikan wajaran ke atas apa yang dilakukan

sehingga menyebabkan identitinya rosak.

• Wajaran / alasan diberikan untuk

menutupi/memperbaiki kendirinya yang rosak itu.

• Tujuan menggurangkan kejanggalan dan kurangkan

reaksi negatif orang lain terhadap diri.

• Kerjaaan naikkan cukai – justifikasinya untuk

memperbaiki kemudahan awam.

Penyangkalan

• Alasan dan justifikasi yang diberikan terlebih

dahulu sebelum sesuatu kejanggalan berlaku.

• Memberi tahu terlebih dahulu bahawa sesuatu

yang negatif boleh berlaku sebelum sesuatu dilakukan; dan apabila ianya berlaku dirinya tidak boleh dipersalahkan.

• Sebelum belajar program A, beritahu ibubapa

program A sukar. Agar kalau gagal nanti ianya tidak dipersalahkan.

• Membendung impresi negatif sebelum ianya

dialami.

Tingkah laku penghalang kendiri

• Ada manusia yang sengaja menjadikan matlamat

sukar untuk dicapai.

• Manusia sengaja mewujudkan halangan-halangan

dalam mencapai kejayaan.

• Mengapa? Khuatir tidak mampu capai kejayaan. • Dengan mewujudkan halangan, maka kalau gagal,

akan menyalahkan halangan tersebut yang menyebabkan kegagalan.

• Kalau berjaya, kendiri akan semakin bertambah

tinggi kerana berjaya dengan adanya halangan.

Permintaan maaf

• Apabila manusia tidak mampu lari daripada tingkah

laku yang tidak diingini.

• Tujuan untuk mengurankan reaksi negatif orang

lain.

• Bentuk: – Penerimaan ke atas tanggungjawab dan kesalahan yang

tekah dilakukan

– Satu tawaran untuk memperbaiki tindakan salah yang

telah dilakukan

– Satu janji untuk bertingkah laku baik di masa akan

datang.

STRATEGI PERKENALAN KENDIRI ASERTIF

• Taktif perkenalan kendiri asertif adalah untuk kegunaan

jangka pendek.

• Untuk perkenalan kendiri jangka panjang, gunakan strategi

perkenalan kendiri.

• Ia melibatkan “pembinaan kendiri”. • Memberikan fokus kepada pembinaan sesuatu nama baik

untuk identiti yang tahan lama.

• Strategi ini ialah dengan membina ciri-ciri positif pada diri

seseorang- ciri-ciri tahan lama, yang dikenali oleh orang lain sepanjang waktu.

Jenis-jenis

1. Kebolehan: kemukakan kebolehan dalam pelbagai aspek yang positif.

2. Daya tarikan: kelihatan menarik dari segi fizikal, sosial pada orang lain 3. Pendedahan kendiri: maklumat diri yang diberitahu kepada orang lain 4. Status dan martabat: memperkenalkan status dan martabat kepada orang lain demi memperolehi penghormatan.

STRATEGI PERKENALAN KENDIRI DEFENSIF

• Cuba melindungi kendiri yang negatif

daripada dibenci oleh orang lain.

• Agar orang lain tidak memandang negatif

terhadap kendirinya.

Penggunaan alasan patologi

• Patologi – penyakit • Alasan patologi – penggunaan strategi untuk

mengelakkan diri daripada dianggap sebagai bertanggungjawab pada tingkah laku negatif.

• Tanda-tanda alasan patologi: – Kekerapan alasan – Alasan diberikan keterlaluan – Alasan itu akhirnya boleh menyebabkan seseorang

membentuk skema kendiri selari dengan alasan itu.

Penghalangan kendiri strategik

• • •

Seseorang secara sengaja menghalang kendirinya untuk melakukan sesuatu tanggungjawab.

Agar kendirinya dapat dipertahankan akibat tidak melakukan tangungjawab itu .

Di antara penghalangan kendiri: 1. Penagihan alkohol dan dadah 2. Kebimbangan ujian 3. Hipokondrias.

PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PERKENALAN KENDIRI

•

Manusia berbeza-beza dalam cara dan keperluan dalam perkenalan kendiri.

• Keperluan dan cara adalah dipengaruhi

oleh beberapa faktor: 1. Keperluan bergabung dan diterima 2. Pengawasan kendiri 3. Machiavellianisme 4. Kesedaran kendiri awam

RUMUSAN

• Manusia adalah seperti haiwan sumpah-sumpah.

• Hidup manusia adalah berdasarkan “skrip”, berlakun mengikut situasi dan keadaan.

• Manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap dirinya.

• Manusia ingin kelihatan menarik di mata orang lain.

• Manusia menggunakan berbagai-bagai kaedah dalam memperlihatkan diri mereka pada mata orang lain untuk tujuan-tujuan tertentu.