7. pengurusan kes khas

Download Report

Transcript 7. pengurusan kes khas

Pengurusan Kes Khas
Kes Disiplin ( Kes ponteng dan
buang sekolah):
1. Mewujudkan fail Kes Khas Sekolah untuk memfailkan semua
kes ponteng dan buang sekolah
2. Menyimpan senarai nama murid beserta dengan surat
amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah di
dalam fail Kes Khas Sekolah
3. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke
sekolah.Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS
telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.
4. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS
sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS
Sekolah.
5. Skor bagi kompenan Pentaksiran Pusat akan direkodkan
berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid
berkenaan.
Murid yang tidak hadir ke sekolah untuk
tempoh masa yang panjang/lama atas sebab
kesihatan:
1. Mendapatkan surat doktor kerajaan/laporan perubatan
yang mengesahkan murid berkenaan sakit.
2. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke
sekolah.Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS
telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.
3. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS
sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS
Sekolah
4. Skor bagi komponan Pentaksiran Pusat akan direkodkan
berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid
berkenaan.
Murid dari Golongan Orang Kurang
Upaya (OKU):
1. Mengenalpasti kategori murid dari golongan Orang Kurang
Upaya (OKU) .Kategori murid dari golongan Orang Kurang
Upaya (OKU) adalah seperti berikut:Murid Terencat Akal/
Sindrom Down Murid Buta Murid Pelbagai Kecacatan/
Ketidakupayaan lain, murid Disleksia/ Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD)/ Attention Deficit Disorder/
(ADD) Autisme/ Learning Disabilities (LD) Murid Bisu Murid
Pekak Murid Rabun Murid Spastik/ Cerebral Palsy
2. Mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan
murid sebagai golongan Orang Kurang Upaya(OKU). Murid
perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut:surat
pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang mengesahkan
murid Orang Kurang Upaya (OKU);atau kad OKU bagi murid
yang telah mendaftar sebagai OKU
Murid dari Golongan Orang Kurang
Upaya (OKU):
3. Mematuhi prosedur permohonan keperluan khas
berikut:Memastikan murid membuat permohonan kepada
pihak sekolah.
4. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap
sebagai murid biasa.
5. Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang
Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan beserta
dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU
kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran
Negeri.
6. Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang
Upaya (OKU) boleh diperoleh dari JPN atau dimuat turun
daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan.
Murid dari Golongan Orang Kurang
Upaya (OKU):
7. Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan
dalam pelaksanaan PBS.Murid berkenaan akan ditaksir dan
dinilai menggunakan mekanisma yang sesuai.
8. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS
sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS
Sekolah.
9. Pengetua/Guru Besar sekolah menyediakan segala keperluan
khas murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau
perisian khas dalam pentaksiran PBS.
Murid yang bertukar dari sekolah kerajaan
ke sekolah kerajaan yang lain.
Pihak sekolah lama murid hendaklah mengambil
tindakan seperti berikut:
1. Memastikan evidens PBS murid berkenaan telah
diserahkan kepada murid berkenaan atau ke
sekolah baru.
2. Mengemaskini skor PBS murid berkenaan dalam
SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut.
3. Pengetua/ Guru Besar sekolah memaklumkan
pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS Pejabat
Pelajaran Daerah dan Pegawai PBS Jabatan
Pelajaran Negeri.
Murid yang bertukar dari sekolah kerajaan
ke sekolah kerajaan yang lain
Pihak sekolah baru murid hendaklah mengambil tindakan
seperti berikut:
1. Mendapatkan surat rasmi dari sekolah lama murid yang
menyatakan sebab-sebab PBS tidak dapat dijalankan dan
murid tiada skor.
2. Melaksanakan PBS untuk murid berkenaan jika skor semasa
murid tidak dapat dikesan/diterima bagi komponan
Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.Bagi komponan
Pentaksiran Pusat, sekiranya tempoh pelaksanaan dan
penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan
PBS tersebut.
Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam
Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(Sekolah Tunas Bakti, Sekolah Harapan dan
Sekolah Integriti) :
Pihak yang bertanggungjawab ke atas murid berkenaan hendaklah
mengambil tindakan seperti berikut:
1. Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan dalam
pelaksanaan PBS.
2. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan
mekanisma yang sesuai.
3. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS
sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah.
4. Memohon untuk mendapatkan makluman bagi membuat tindakan
lain yang dianggap sesuai dari Pengarah Peperiksaan bagi
melaksanakan Pentaksiran Pusat untuk murid berkenaan.
Atlet yang terlibat dalam kejohanan
Peringkat Negeri / Kebangsaan/
Antarabangsa.
Pihak yang bertanggungjawab ke atas murid berkenaan
hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
1. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke
sekolah.Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS
telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.
2. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS
sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS
Sekolah.
3. Memohon untuk mendapatkan makluman bagi membuat
tindakan lain yang dianggap sesuai dari Pengarah
Peperiksaan bagi melaksanakan Pentaksiran Pusat untuk
murid berkenaan.
Murid yang baru pulang dari
bermastautin di luar negara.
Pelaksanaan PBS hanya dilakukan untuk
tahun semasa.