No. Siri No. Fail Pindaan : BP 1/03 : JPA(BKP)548/1/12 : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

Download Report

Transcript No. Siri No. Fail Pindaan : BP 1/03 : JPA(BKP)548/1/12 : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

No. Siri No. Fail Pindaan : BP 1/03 : JPA(BKP)548/1/12 : 00/2009

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN

BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

“JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN

JPA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni penyampaian perkhidmatan.

ke arah meningkatkan sistem Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi.

Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa.

Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi

stakeholders

sentiasa mengamalkan prinsip kepada rakyat. JPA harus

kaizen

bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan.

Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Sekian, terima kasih.

(

TAN SRI ISMAIL ADAM

)

PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN KANDUNGAN MUKA SURAT

1.

2.

Tujuan Kedudukan Di bawah Undang-undang Pencen Tafsiran “Orang Tanggungan” 3.

4.

5.

6.

7.

Anggota Berpencen Yang Mati Dalam Perkhidmatan Anggota Berpencen Yang Mati Dalam Persaraan Pegawai Sementara Yang Mati Dalam Perkhidmatan Atau Mati Dalam Persaraan Formula dan Contoh Pengiraan Faedah Terbitan 8.

Pembahagian Faedah Terbitan Kepada Orang Tanggungan 9.

Pencen Tanggungan 10. Peringatan-peringatan Penting 11. Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank 12. Pembayaran Pencen Kepada Anak 13. Kad Pesara 14. Pertanyaan 1 1 2 4 11 13 14 15 16 17 19 19 21 22

1.

TUJUAN

Panduan ini bertujuan untuk menerangkan pemberian faedah terbitan di bawah undang-undang pencen kepada orang tanggungan

pegawai berpencen

Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri dan

pegawai sementara pekerja berpencen

Perkhidmatan Pihak-pihak Tempatan (selepas ini disebut Berkuasa Berkanun dan “anggota berpencen”) dan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri yang mati dalam perkhidmatan atau yang mati dalam persaraan (selepas ini disebut gemulah) urusan permohonannya.

dan 2.

KEDUDUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN

2.1

Faedah terbitan kepada orang tanggungan anggota berpencen diperuntukkan di bawah : (a) Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Peraturan peraturan Pencen 1980; dan (b) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dan Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990.

2.2

Faedah terbitan tersebut ialah : (a)

Ganjaran Terbitan

diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta 227 atau Seksyen 15 Akta 239;

1

(b) (c) (d)

Pencen Terbitan

diperuntukkan di bawah Seksyen 14 atau 15 Akta 227 atau Seksyen 15 atau 16 Akta 239;

Pencen Tanggungan

diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta 227 atau Seksyen 20 Akta 239; dan

Elaun Bersara Terbitan

bawah Seksyen 25 Akta 227.

diperuntukkan di 3.

TAFSIRAN “ORANG TANGGUNGAN”

3.1

Balu/Duda

(a) (b) (c) Balu/duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang anggota yang diiktiraf mati, di yang mana Malaysia perkahwinannya sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat dan kelaziman.

Bagi orang yang bukan beragama Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], mengkehendaki perkahwinan selepas 1 Mac 1982 didaftarkan.

Bagi orang yang beragama Islan, sekiranya berlaku kematian suami tempoh eddah, maka semasa isteri dalam layak diberi faedah terbitan.

2

3.2

Anak

Anak ertinya anak seorang anggota atau pesara yang mati dan berumur di bawah 21 tahun dan masih belum berkahwin, iaitu : (a) (b) (c) (d) (e) (f) anak kandung; anak tiri tanggungan; anak tak sah taraf, iaitu anak yang dikandung atau lahir sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah; anak angkat, iaitu anak yang diambil sebagai anak angkat oleh anggota itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman; anak cacat, iaitu anak yang tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal, dan tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

Bagi anggota yang dilantik sebelum 16 Mei 1986, syarat terpakai; dan umur 21 tahun itu tidak bagi anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menuju ijazah pertama akan terus diberi pencen terbitan, selagi mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau mendapat ijazah tersebut mengikut mana yang terdahulu.

3

3.3

Ibu atau Bapa

Ibu atau bapa ertinya ibu kandung atau bapa kandung kepada anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan.

3.4

Wakil Yang Sah Di sisi Undang-undang

Wakil yang sah di sisi undang-undang ertinya orang yang diberi kuasa atau yang bertindak bagi pihak atau keluarga terdekat kepada anggota berpencen yang mati.

4.

ANGGOTA BERPENCEN PERKHIDMATAN

4.1

YANG MATI Anggota Berpencen Yang Berkahwin

(a)

DALAM

Ganjaran terbitan dan pencen terbitan diberi kepada : (i) (ii) (iii) (iv)

balu duda

yang pada ; atau berada atau dalam selepas 1 berpencen perkhidmatan Julai 1980; dan/atau

anak

; dan

ibu atau bapa

sebanyak 1/10 bahagian daripada ganjaran terbitan sahaja dan tiada pencen terbitan.

4

4.2

Anggota Berpencen Yang Bujang

(a) Ganjaran terbitan sahaja diberi kepada : (i) (ii) ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia); atau wakil yang sah di sisi undang-undang.

4.3

Pencen Tanggungan

(a) Sebagai tambahan kepada pencen terbitan/ ganjaran terbitan syarat-syarat tanggungan yang boleh dan tertakluk ditetapkan, diberi kepada kepada pencen orang tanggungan anggota berpencen yang mati dalam tempoh tujuh tahun disebabkan : (i) (ii) (iii)

kemalangan dalam perjalanan; atau mendapat bencana semasa melaksanakan tugas rasminya; atau mendapat penyakit kerana tugasnya.

dengan syarat kemalangan yang bencana berlaku, kecuaian atau salah lakunya.

yang atau menimpa, penyakit yang dihidapi tidak berpunca daripada kecuaian atau salah laku anggota itu dan tidak menjadi semakin teruk oleh kerana 5

(b) Pencen tanggungan diberi kepada : (i) (ii) (iii) (iv)

balu

yang ;

duda dalam tanggungan

mengalami cacat iaitu duda otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tiada upaya menanggung diri sendiri;

anak

, terhad kepada enam orang sahaja dikira dari yang tertua sekali; dan

ibu atau bapa

(jika ibu telah meninggal dunia) yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar nafkah kepada gemulah.

4.4

Bagaimana Memohon Faedah Terbitan Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan?

(a)

Tindakan oleh Balu/Duda/Waris

Jika berlaku kematian anggota berpencen dalam perkhidmatan, balu/duda/waris hendaklah mengambil tindakan berikut : (i) di (ii) laporkan Jabatan segera kepada kepada Ketua Jabatan.

Ketua mana anggota berpencen berkhidmat; dan memberi kerjasama sepenuhnya

6

(a)

Tindakan Oleh Ketua Jabatan

Borang dan dokumen yang diperlukan untuk memohon faedah terbitan ialah seperti di bawah.

Bagi anggota berpencen yang bujang, borang dan dokumen yang diperlukan ialah yang bertanda (*) sahaja.

(i)

Borang JPA.BP.SPT.B01a

– Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Perkhidmatan*; (ii)

Borang JPA.BP.SPT.B01e

– Maklumat Tanggungan beserta sisipan Surat Akuan Balu/Duda yang sah; (iii)

Borang JPA.BP.SPT.B02

– Permohonan Penjaga jika anak tidak dijaga oleh ibu atau bapa kandung; (iv)

Borang JPA.BP.SPT.B03a

– Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau

JPA.BP.

SPT.B03b

bagi anak yang menuntut di luar negeri (jika berkenaan); (v)

Borang JPA.BP.SPT.B06

– Maklumat Akaun Bank Penerima Pencen dan Salinan muka surat yang mengandungi maklumat nama dan nombor akaun bank;

7

(vi)

Borang JPA.BP.SPPP.B04

– Notis Pelepasan/Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan pengiraan Pekerja faedah perlu ditandatangani)*; untuk persaraan tujuan (tidak (vii)

Borang JPA.BP.UMUM.B01

– Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang*; (viii)

Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin

– Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan di bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan)*; (ix)

Borang JPA.BP.UMUM.B03

– Maklum balas Siasatan Polis Bagi Kes Kemalangan (jika berkenaan)*; (x)

Borang JPA.BP.UMUM.B04

– Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat/Cacat Anggota (jika berkenaan); (xi) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti*; (xii) Salinan Sijil Kematian*; (xiii) Sijil Nikah Perkahwinan; / Sijil Pendaftaran (xiv) Salinan Kad Pengenalan Balu/Duda;

8

(xv) Salinan Sijil Kelahiran dan salinan Kad Pengenalan anak di bawah 21 tahun yang belum berkahwin dan tiada had umur bagi anak cacat; (xvi) Salinan pengambilan berkenaan); surat anak pengesahan angkat (jika (xvii) Salinan Kad bapa/wakil diri Pengenalan yang sah ibu di undang-undang berkenaan)*; dan (mana atau sisi yang (xviii) Salinan Sijil Kelahiran anggota atau bukti pengesahan ibu atau bapa*.

4.5

Bagaimana Memohon Pencen Tanggungan?

(a) Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut : (i) Surat tanggungan permohonan oleh orang pencen tanggungan yang layak. bagi anggota berpencen yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan, dipohon oleh balu/duda dalam tanggungan, anak dan ibu atau bapa; dan bagi anggota berpencen yang bujang, dipohon oleh ibu atau bapa.

9

DAN

Bagi kes kemalangan dalam perjalanan atau akibat menanggung bencana :

(ii)

Borang JPA.BP.UMUM.B03

– Maklum balas Siasatan Polis Bagi Kes Kemalangan; (iii) Pengesahan Ketua Jabatan bahawa anggota berpencen menanggung bencana semasa melaksanakan tugas rasminya; dan (iv) Keputusan inkues (jika kecuaian atau kesalahan tidak dapat ditentukan oleh pihak polis).

ATAU Bagi kematian akibat menghidapi penyakit kerana tugasnya :

(i) Pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan bahawa anggota berpencen mendapat penyakit kerana jenis tugasnya; dan (ii) Pengesahan Ketua Jabatan mengenai tugas anggota berpencen.

10

5.

ANGGOTA PERSARAAN BERPENCEN YANG MATI DALAM

5.1

Pencen terbitan sahaja diberi kepada : (i) (ii) (iii)

Balu

; atau

Duda

kepada anggota berpencen yang berada dalam perkhidmatan pada atau selepas 1 Julai 1980; dan/atau

Anak

.

5.2

Bagaimana Memohon Faedah Berlaku Kematian Dalam Persaraan?

Terbitan Apabila (a)

Tindakan Oleh Balu/Duda/Waris

Apabila berlaku kematian pesara, balu/duda yang layak hendaklah memohon pencen terbitan dengan mengemukakan dokumen dokumen yang disahkan seperti berikut : (i)

Borang JPA.BP.SPT.B01d

– Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan beserta sisipan Surat Akuan Balu/Duda yang sah; (ii) Bagi anak yang belajar di IPT di dalam negara, sila sertakan borang

JPA.BP.SPT.B03a

, manakala borang

JPA.BP.SPT.B03b

bagi anak yang menuntut di luar negeri;

11

(iii)

Borang JPA.BP.SPT.BP06

dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat nama dan nombor akaun bank; (iv) Bagi anak cacat,

JPA.BP.UMUM.B04

Pengesahan Anak Cacat Pakar Yang Perubatan Memohon Mengenai Pencen Terbitan/Pencen mengemukakan sila iaitu sertakan borang borang Laporan Tanggungan permohonan belum melaporkan perkara ini); semasa (sekiranya (v) Salinan Kad Pengenalan balu/duda; (vi) Salinan Sijil Kelahiran dan salinan Kad Pengenalan anak di bawah 21 tahun yang belum berkahwin dan tiada had umur bagi anak cacat; (vii) Salinan Sijil Kematian; (viii) Salinan Sijil Perkahwinan; dan Nikah/Sijil Pendaftaran (ix) Kad Pesara yang asal.

12

6.

PEGAWAI SEMENTARA YANG MATI PERKHIDMATAN ATAU MATI DALAM PERSARAAN DALAM

6.1

Jika pegawai sementara yang memenuhi syarat-syarat seperti yang disebutkan di bawah iaitu : (a) dilantik sebelum 1 Januari 1976 dan berkhidmat terus menerus sehingga tarikh persaraannya selepas itu; (b) mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira selama tidak kurang daripada 10 tahun; dan (c) tidak kena mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan pada tarikh pelantikan.

mati dalam perkhidmatan, boleh beri :

(a) ganjaran terbitan dan elaun bersara terbitan kepada orang tanggungan seperti di

perenggan 4.1

; atau (b) ganjaran terbitan sahaja kepada orang tanggungan seperti di

perenggan 4.2

panduan ini.

mati dalam persaraan, boleh beri :

(a) elaun bersara terbitan kepada orang tanggungan seperti di

perenggan 5.1

panduan ini.

13

6.2

Ganjaran terbitan dan elaun bersara terbitan ialah sama banyak dengan tiga perempat ( 3/4 ) daripada ganjaran dan pencen yang lazim kena dibayar kepada pegawai berpencen yang bersara di bawah Akta 227.

7.

FORMULA TERBITAN DAN CONTOH PENGIRAAN FAEDAH

7.1

Ganjaran Terbitan

7.5

Contoh x Jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira x Gaji yang akhir diterima 7.5% x 350 x RM1,960 = RM51,450

7.2

Pencen Terbitan

1/60 0 x Jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira x Gaji yang akhir diterima Contoh 1/600 x 350 x RM1,960 = RM1,143.33

tetapi terhad kepada setengah gaji akhir sekiranya perkhidmatan adalah 300 bulan atau lebih = RM980 sebulan.

Bagi anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan yang mana perkhidmatannya kurang dari 10 tahun akan menerima pencen terbitan tidak kurang 1/5 daripada gaji yang akhir diterima.

14

8.

PEMBAHAGIAN FAEDAH TERBITAN KEPADA ORANG TANGGUNGAN

8.1

Ganjaran Terbitan 1/10 bahagian kepada ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia).

9/10 bahagian kepada balu atau duda dan anak-anak.

Contoh 1/10 bahagian dari RM51,450 = RM 5,145 9/10 bahagian dari RM51,540 = RM46,305

JUMLAH RM51,450

8.2

Pencen Terbitan 2 bahagian kepada balu atau duda.

1 bahagian kepada anak-anak.

Contoh Jika anggota berpencen meninggalkan 2 orang balu dan 3 orang anak 2 bahagian kepada 2 orang balu = 4 1 bahagian kepada 3 orang anak = 3

JUMLAH 7

Pencen terbitan setiap balu : 2/7 x RM980 = RM280 sebulan Pencen terbitan setiap anak : 1/7 x RM980 = RM140 sebulan

15

9.

PENCEN TANGGUNGAN

(a) Kadar pencen tanggungan sekiranya bencana, kemalangan atau penyakit berlaku di dalam Kawasan Keselamatan.

(b)

Balu

1/4 1/4 Tiada Tiada

Anak

1/24 Tiada 1/12 Tiada

Ibu/Bapa

1/8 1/8 1/4 1/4 Tiada 1/12 Tiada Kadar pencen tanggungan sekiranya bencana, kemalangan atau penyakit berlaku di luar Kawasan Keselamatan.

Balu

1/6 1/6 Tiada Tiada Tiada

Anak

1/48 Tiada 1/24 Tiada 1/24

Ibu/Bapa

1/12 1/12 1/6 1/6 Tiada (c) Pencen tanggungan dikira mengikut kadar pencen tanggungan yang layak bagi orang tanggungan itu daripada gaji yang akhir diterima oleh anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan.

16

10.

PERINGATAN-PERINGATAN PENTING

10.1

Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan (a) Pencen terbitan kepada diteruskan selagi mereka anak akan

tidak mencapai umur 21 tahun atau berkahwin

mengikut mana yang terdahulu.

sedang menuntut di IPT Bagi anak yang menuju ijazah pertama, pencen terbitan akan diteruskan

selagi mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau mendapat ijazah tersebut

mengikut mana yang terdahulu.

Bagi anak cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung diri sendiri, pencen terbitan akan diteruskan.

(b) Pencen terbitan kepada balu/duda di mana perkahwinan dilangsungkan

semasa gemulah masih dalam perkhidmatannya

serta anak hasil dari perkahwinan itu akan

disusutkan

kepada 70% setelah 12 ½ tahun dari tarikh bersara atau tarikh mati dalam perkhidmatan, mana yang berkenaan.

(c) Pencen terbitan kepada balu/duda di mana perkahwinannya dengan gemulah dilangsungkan

dalam persaraan

serta anak hasil dari perkahwinan itu akan dihentikan setelah 12 ½ tahun dari tarikh bersara.

17

(d) Pencen terbitan duda/anak akan kepada

dihentikan

seseorang balu/ setelah 12 ½ tahun dari tarikh bersara atau tarikh mati dalam perkhidmatan jika balu/duda/anak

tidak bermastautin

di Malaysia.

(e) Penerima pencen terbitan/pencen tanggungan bertanggungjawab memberitahu Jabatan Bahagian Perkhidmatan Pencen Awam sekiranya (JPA), mereka merancang untuk ke luar negeri bagi tempoh melebihi tiga bulan.

(f) Penerima pencen terbitan/pencen tanggungan bertanggungjawab memberitahu JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan sekiranya mereka tidak bermastautin di Malaysia.

(g) Anak yang Bahagian menerima bertanggungjawab Pasca pencen memberitahu Perkhidmatan berkahwin atau telah mendapat pertama atau berhenti menuntut.

terbitan jika JPA, ia ijazah (h) Kerajaan berhak membahagi-bahagikan mana-mana Bahagian Pasca Perkhidmatan terbitan yang dihentikan kepada penerima yang layak.

(i) Pencen tanggungan akan dihentikan serta merta sekiranya penerima diberikan bayaran di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273].

18

11.

SKIM PEMBAYARAN PENCEN MELALUI BANK

11.1

Penerima pencen terbitan/pencen akan dibayar pencen melalui bank.

dibuat melalui

Skim B

yang dikehendaki hadir di bank untuk tanggungan Pembayaran mana penerima mengisi borang tuntutan dikreditkan pencen ke bagi dalam membolehkan akaun.

Sekiranya pencen tidak berbuat turut, demikian bayaran selama pencen akan enam bulan dipulangkan berturut kepada JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan dan perlu dituntut daripada Jabatan ini.

12.

PEMBAYARAN PENCEN KEPADA ANAK

12.1

Pencen untuk anak (syer anak) akan dibayar melalui balu/duda (yang menjaga anak berkenaan).

Walau bagaimanapun, sekiranya ada permohonan, pencen boleh dibayar secara terus kepada berkenaan (perlu dikemukakan maklumat dan salinan sijil beranak/kad berkenaan).

pengenalan anak bank anak 12.2

Bagi bayaran pencen untuk anak di bawah umur 12 tahun atau anak cacat (tidak kira umurnya), yang dijaga oleh balu/duda (bercerai) atau penjaga, boleh dibayar secara terus kepada anak berkenaan melalui akaun bank perseorangan atau akaun bank bersama (dengan balu/duda/penjaga yang menjaga anak berkenaan).

19

Bagi penggunaan akaun bank (kategori akaun bersama), pelantikan wakil diri adalah dimestikan atas nama balu/duda/penjaga yang sama seperti di dalam akaun bank berkenaan.

Bagi penggunaan akaun bank (kategori akaun perseorangan), sekiranya anak berkenaan tidak dapat membuat tuntutan sendiri di bank, maka adalah perlu untuknya melantik wakil diri. Bagi kes di mana anak cacat tidak dapat membuka akaun bank, waran akan diberi secara bulanan bersama “Surat Kuasa” untuk menunaikan pencen berkenaan bagi pihak anak itu.

12.3

Pembayaran pencen kepada anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di IPT, bayaran pertama (selepas meningkat umur) akan dibayar melalui Bendahari IPT dan bayaran seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank anak tersebut (sekiranya bayaran sebelum ini dibayar di dalam akaun balu/duda, maka bayaran akan diteruskan di dalam akaun yang sama). Kelayakan pencen adalah sehingga anak berkenaan tamat pengajian, atau berkahwin, atau diberhentikan dari pengajian.

Walau bagaimanapun, bagi anak yang menuntut di luar negara, pembayaran akan dibuat ke akaun anak tetapi seorang wakil diri perlu dilantik bagi menuntut pencen berkenaan setiap bulan bagi pihak anak berkenaan.

20

13.

KAD PESARA

13.1

Pesara dan penerima pencen boleh diberi kad pesara untuk pengenalan dan bagi melayakkan dia mendapat faedah perubatan. Pesara dan penerima pencen yang telah hilang kelayakan, hendaklah mengembalikan kad tersebut Bahagian Pasca Perkhidmatan.

kepada JPA, 13.2

Jika pencen kad pesara hendaklah hilang, pesara membuat dan laporan penerima polis dan mengemukakan kepada JPA, satu Bahagian salinan Pasca laporan tersebut Perkhidmatan bagi membolehkan kad pesara yang baru dikeluarkan dengan bayaran sebanyak

RM5 (lima ringgit)

.

13.3

Jika didapati mana-mana pesara atau penerima pencen menggunakan kad pesara tersebut apabila dia tidak membenarkan lagi berhak orang lain menggunakannya menggunakan atau kad pesaranya,

apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 (satu ribu ringgit) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua duanya sekali

.

21

14.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Ibu Pejabat

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pasca Perkhidmatan Aras 2 – 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 W.P PUTRAJAYA

Tel.

:

Hotline

: Faks : E-mel :

03-8885 4475 / 4476 / 4477 / 4478 03-8885 4906 03-8885 2193 / 2196 03-8888 40278 [email protected]

Kaunter Bahagian Pasca Perkhidmatan, Kuala Lumpur

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Kaunter Bahagian Pasca Perkhidmatan Suite 5.03 & 5.04

Aras 5, Maju Junction Mall Jalan Sulatan Ismail

50250 W.P KUALA LUMPUR

Tel.

Faks : :

03-2691 7585 03-2691 7590 03-2692 0931 22

Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sabah

Aras 1, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Jalan UMS – Sulaman, Likas Peti Surat No. 2061 88450 Kota Kinabalu

SABAH

Tel.

Faks : :

088-488661 / 088-488662 / 088-488663 088-488664 / 088-488665 Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sarawak

Aras 1 & 2, Bangunan Marzuki Lot 1656, Seksyen 65 Jalan Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub Petra Jaya, 93050 Kuching

SARAWAK

Tel.

Faks : :

082-251818/ 082-241144 082-250126 / 082-255510 23