OLEH: ABDULLAH HUSSAIN Satu hari Mellisa diperkenal oleh rakan setugasnya, Farid dengan lelaki yang bernama Syahid, mirip bekas kekasihnya yang telah meninggal.

Download Report

Transcript OLEH: ABDULLAH HUSSAIN Satu hari Mellisa diperkenal oleh rakan setugasnya, Farid dengan lelaki yang bernama Syahid, mirip bekas kekasihnya yang telah meninggal.

OLEH: ABDULLAH HUSSAIN

 Satu hari Mellisa diperkenal oleh rakan setugasnya, Farid dengan lelaki yang bernama Syahid, mirip bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia.

 Tutur kata Syahid menyebabkan Mellisa hampir jatuh hati.  Dalam perjalanan pulang, Farid menyindirnya sebagai perempuan yang mudah jatuh cinta.

 Ketika itu Mellisa teringat ketika dia masih kanak-kanak.

  Hisyam yang lebih tua beberapa tahun daripadanya pandai mengambil hati, suka memujuk ketika dia merajuk, dan bersama Hisyam dia bermain masak-masak.

Hisyam ada berjanji mahu berkahwin dengannya apabila besar kelak.

SAMBUNGAN SINOPSIS….

 Tragedi 13 Mei 1969 telah meranapkan harapannya.

 Ketika hari tersebut, Hisyam dan ibunya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

 Hisyam telah terbunuh dalam rusuhan kaum ketika melalui Jalan Petaling.

 Dua minggu sebelum detik hitam itu berlaku, Hisyam telah menumbuk anak seorang lelaki Inggeris yang berusia tujuh tahun, gara-gara memegang tangannya.

 Kenangan silam itu amat berbekas dihatinya.

 Ketika itu dia tertanya-tanya, mengapa orang Melayu dan orang Cina mesti berbunuhan?

SAMBUNGAN SINOPSIS….

 Lima belas tahun kemudian baharu dia mendapat jawapan apabila tesis Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah.

 Daripada kajiannya, tragedi permusuhan kaum berpunca tindakan penjajah memisahkan kaum mengikut geografi; contohnya orang Melayu tinggal di kampung, Orang Cina di bandar, dan orang India di ladang.

SAMBUNGAN SINOPSIS….

 Oleh sebab pujukan Syahid yang berterusan, akhirnya hubungan mereka semakin akrab.

 Namun, impian Mellisayang mahukan negara ini aman dan damai menyebabkan dia memutuskan hubungan tersebut.

 Baginya, Syahid yang kacak boleh menemui perempuang yang lebih cantik.

 Mellisa tidak kecewa atas perpisahan tersebut kerana dia mengutamakan tugas, tugasnya sebagai seorang tentera.

TEMA DAN PERSOALAN

Semangat kental seorang gadis yang mengalami perpisahan dengan kekasihnya akibat rusuhan kaum Dasar Inggeris telah mencetuskan hubungan kaum rakyat Malaysia Perbezaan kaum tidak menjarakkan kemesraan dua remaja Tugas lebih utama daripada cinta

WATAK DAN PERWATAKAN

Mellisa

•Dilahirkan di luar negara tetapi dibesarkan di Malaysia. Daripada kaum Cina, mengamalkan kebudayaan Cina dari jurai keturunannya dari Guadong. Sejak kecil dia berasa selesa hidup dalam masyarakat Melayu menyebabkan dia jatuh hati terhadap kebaikan Hisyam.

•Apabila Hisyam terbunuh dalam tragedi 13 Mei, dia berasa begitu kecewa. Dia mencari jawapan sebab-sebab orang cina dan Melayu sanggup bergaduh. Ketika hatinya mula terpikat terhadapkebaikan Syahid, dia segera memutuskannya kerana memberikan tumpuan terhadap tugasnya sebagai seorang anggota tentera.

SAMBUNGAN….

Hisyam

• Seorang lelaki yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Hisyam berkawan rapat dengan Mellisa. Bersikap peramah dan pandai memujuk menyebabkan Mellisa tertarik terhadapnya.

• Disebabkan seorang kanak-kanak Inggeris memegang tangan Mellisa, sanggup dia menumbuk kanak-kanak tersebut. Hisyam dan ibunya telah terbunuh dalam rusuhan kaum ketika melalui Jalan Petaling.

Syahid

• Lelaki yang mempunyai mirip wajah Hisyam. Sering menggoda Mellisa, tetapi Mellisa terpaksa memutuskan hubungan tersebut kerana mengutamakan kerjayanya.

LATAR

• Masyarakat berbilang kaum yang dipisahkan oleh faktor geografi.

• Masyarakat yang sanggup membunuh kerana perbezaan kaum.

• Masyarakat yang mementingkan keharmonian hidup

LATAR MASYARAKAT LATAR TEMPAT

• Sekitar Kuala Lumpur • 13 Mei 1969 • Tahun 1970-an .

LATAR MASA

NILAI MURNI

Patriotik Kasih sayang Hemah tinggi Tanggung jawab

PENGAJARAN

Kita perlu berprasangka baik terhadap kaum kaum lain Kita hendaklah mengutamkan kerja berbanding cinta Pemerintah berusaha mewujudkan keharmonian kaum