Oleh Ismail Kassan SINOPSIS BABAK 1 BABAK 5 BABAK 3 BABAK 2 BABAK 4 BABAK 1  Ripin berkunjung ke rumah Tuk Wali untuk memberitahu tentang jemputan bersilat.

Download Report

Transcript Oleh Ismail Kassan SINOPSIS BABAK 1 BABAK 5 BABAK 3 BABAK 2 BABAK 4 BABAK 1  Ripin berkunjung ke rumah Tuk Wali untuk memberitahu tentang jemputan bersilat.

Oleh Ismail Kassan

BABAK 1

SINOPSIS

BABAK 3 BABAK 5 BABAK 2 BABAK 4

BABAK 1

 Ripin berkunjung ke rumah Tuk Wali untuk memberitahu tentang jemputan bersilat di rumah Haji Kodri. Tuk Wali walaupun demam, dia manyanggupi jemputan tersebut.

BABAK 2

 Tuk Wali membonceng motosikal yang ditunggang oleh Ripin ke rumah Haji Kodri. Sejurus mereka pergi, Imam dan Siak kampung datang ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh isteri Tuk Wali, Mak Umi. Siak meluahkan rasa tidak setujunya akan akiviti bersilat yang dilakukan oleh Tuk Wali, sedangkan usianya sudah tua, tetapi masih bergumpal-gumpal dengan orang muda. Bagi Siak, sepatutnya masa yang ada diisi dengan beramal di masjid. Mak Umi menyanggah kata-kata itu kerana suaminya tidak pernah tinggal bersolat jemaah di masjid. Bagi Imam pula, dia bimbang usia Tuk Wali berakhir di gelanggang silat.

 

BABAK

3 Tuk Wali meluahkan rasa marahnya akan sikap cucu tirinya, Piee yang membuat kecoh di rumah Haji Kodri. Selepas itu, Mak Umi meluahkan kata-kata Siak dan Imam kepada suaminya. Bagi Tuk Wali, dia boleh berzikir sampai mati, tetapi jika ada orang patah kaki, terkehel atau terkena histeria, dia juga yang akan dipanggil. Tuk Wali menjelaskan lagi, ketika dia muda dahulu, ketika zaman darurat, semua orang menghargai akan usahanya mengetuai orang kampung mengawal kampung. Bagi Mak Umi, tanggapan berubah kerana suaminya telah tua.

Beberapa detik selepas itu, Ripin dan Mariam, anak murid kepercayaan Tuk Wali datang. Tuk Wali mahu Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya tetapi mereka berdua menolak kerana mereka masih memerlukan bimbingan.

 Kemudian Tuk Wali menyerahan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin, tetapi Ripin menolaknya kerana menganggap dia belum layak menerimanya. Perbualan mereka terputus apabila dua orang wartawan, Halim dan Jamil berkunjung ke rumah Tuk Wali.

 Tuk Wali menceritakan pengalamannya kepada wartawan itu ketika berhadapan dengan empat orang perompak di kedai emas. Tidak berapa lama kemudian Piee pulang. Tuk Wali memarahi Piee kerana masuk ke biliknya dengan tujuan mahu mencuri. Sesudah Tuk Wali dan Mak Umi masuk ke dalam rumah, datang empat pemuda mahu belajar silat daripada Tuk Wali. Tuk Wali menampar pemuda tersebut kerana membuat bising di halaman rumahnya.

BABAK 4

 Siak datang bertemu Tuk Wali dan memarahi Tuk Wali kerana menampar cucunya. Pertengkaran mulut berakhir dengan pergelutan. Mak Umi yang bimbang akan peristiwa tersebut bergegas ke rumah Ripin. Ripin datang sejurus selepas itu dan berjaya memulas tangan Siak. Mak Umi dan Ripin mahu mereka berdua berdamai, tetapi mereka tetap mahu bergaduh. Mak Umi segera meminta Ripin menghantarnya ke rumah anaknya, Berahim.

BABAK 5

 Piee datang ke rumah Tuk Wali dan mencuri keris pusaka kepunyaan Tuk Wali. Perbuatan itu disedari oleh Tuk Wali menyebabkan berlakunya pergelutan. Dalam pergelutan tersebut, Piee terikam perut Tuk Wali, kemudian Piee melarikan diri. Ketika Tuk Wali mengerang kesakitan, Ripin datang. Ripin bersumpah mahu menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Apabila Imam dan Siak muncul, mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali sebaliknya Ripin menganggap Siak yang membunuh Tuk Wali.

PEMIKIRAN DAN PERSOALAN

Pemikiran – kegigihan seorang lelaki tua dalam memperjuangkan seni silat tradisional.

Persoalan - sikap anak muda yang berminat memperjuangkan seni silat tradisional.

- keprihatinan masyarakat untuk menegur rakan sebaya.

- tutur kata tanpa dikawal boleh mencetuskan pergelutan.

WATAK & PERWATAKAN Tuk Wali Mak Umi Ripin dan Mariam Imam dan Siak

Tuk Wali

 Seorang tua yang banyak mengabdikan hidupnya dalam seni mempertahankan diri  Mempunyai isteri bernama Mak Umi  Bekerja sebagai pencari akar kayu untuk dibuat ubat ubatan, meracik, mengurut, mengubati penyakit yang tidak diterima oleh doktor.

 Seorang yang mudah hilang sabar apabila dituduh yang bukan-bukan menyebabkan dia berkelahi dengan Siak  Dia mati dibunuh oleh cucu tirinya, Piee ketika menghalang Piee daripada mencuri keris pusaka

MAK UMI

 Isteri Tuk Wali  Bakas tunang Siak  Ketika muda, seorang ahli silat yang hebat  Sering menegur sikap suaminya yang berterusan bersilat sedangkan usia sudah tua

Ripin dan Mariam

 Dua orang anak murid Tuk Wali yang berpotensi dalam seni silat tradisional  Diberi kepercayaan oleh Tuk Wali untuk meneruskan melatih anak muda kampung, tetapi mereka menolak kerana menganggap belum layak

Imam dan Siak

 Hampir sebaya dengan Tuk Wali  Mereka menasihati Tuk Wali agar banyak menghabiskan masa di masjid

LATAR

MASYARAKAT TEMPAT MASA

Latar Masyarakat

 Masyarakat menghargai seni silat tradisional  Cthnya; Tuk Wali menghabiskan sebahagian daripada usianya dalam seni silat tradisional  Masyarakat kampung yang suka saling menasihati  Cthnya; Imam dan Siak menasihati Tuk Wali agar lebih banyak menghabiskan masa di masjid

Latar Tempat

 Di gelanggang silat  Cthya;Tuk Wali bersilat di gelanggang di depan rumahnya dan berkelahi dengan Siak di tempat tersebut  Di dalam rumah  Cthnya; Tuk Wali dan Mak Wali bertengkar di dalam rumah itu dan di rumah itu juga Tuk Wali ditikam oleh cucu tirinya Piee

Latar Masa

 Pada waktu pagi  Cthnya; ketika Ripin datang ke rumah Tuk Wali untuk memberitahu tentang jemputan bersilat di rumah Haji Kodri.

 Pada waktu petang  Cthnya; Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk menasihati Tuk Wali ( melalui isterinya ) agar meninggalkan seni mempertahankan diri disebabkan usinya telah tua  Pada waktu malam  Cthya; ketika Tuk Wali mahu menyerahkan keris pusaka kepada Ripin agar meneruskan usahanya melatih anak muda dalam seni mempertahankan diri

NILAI MURNI

    Keberanian  Cth; Tuk Wali berani berrhadapan dengan perompak dalam kejadian kecurian di kedai emas Semangat bermasyarakat  Cth; Tuk Wali menerima jemputan Haji Kodri untuk menghadiri majlis perkhawinan anak kawannya itu.

Kerajinan  Cth; Tuk Wali mengisi masa dengan aktiviti berfaedah seperti mengajar bersilat, pencari akar kayu ,meracik, mengurut dan mengubati penyakit yang tidak diterima oleh doktor Patriotik  Cth; Tuk Wali mengetuai orang kampung mengawal kampung ketika Perang Dunia Kedua

PENGAJARAN

Kita perlu mempertahankan seni mempertahan diri tradisional Kita sepatutnya membalasa jasa orang yang banyak berkorban kepada kita

SEKIAN, TERIMA KASIH