BAB 5 KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH 5.1 5.2 5.3 SBUB Bertapak di Sabah SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah 5.4 Perubahan.

Download Report

Transcript BAB 5 KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH 5.1 5.2 5.3 SBUB Bertapak di Sabah SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah 5.4 Perubahan.

BAB 5
KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT
SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH
5.1
5.2
5.3
SBUB Bertapak di Sabah
SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah
SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah
5.4
Perubahan Sosial SBUB di Sabah
5.1
SBUB Bertapak di Sabah
Sabah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu
Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukan strategik
dan kekayaan hasil bumi
1704, Sultan Brunei telah menyerahkan pantai timur dan utara Sabah
kepada Sultan Sulu kerana membantunya mematahkan
pemberontakan di Sabah
PERTAPAKAN SYARIKAT-SYARIKAT ASING DI SABAH
1865 Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika
Syarikat, C.L.Moses. Tempoh penyewaan – 10 tahun
C.L Moses menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company
yang diketuai oleh J.W. Torrey dan T.B. Harris. Torrey gagal memajukan
penanaman kopi dan tebu di Kimanis. Torrey menjual haknya kepada
Von Overbeck
Overbeck menghadapi masalah modal. 1877, beliau meminjam wang daripada
Syarikat Alfred Dent dan Edward Dent. Gabenor Labuan, W.H.Treacher
bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada
Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah
Kekuasaan British
Sultan Brunei, Sultan Abdul Mu’mein telah memperbaharui pajakan dengan
Overbeck dan Dent melalui perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun
1877. Baginda menyerahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku
Oleh sebab sebahagian daripada wilayah Sabah adalah di bawah
pemerintahan Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent telah menandatangani
satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam pada tahun 1878. Baginda
menyerahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku
1880, Overbeck telah menjualkan semua haknya kepada Alfred dan Edward
Dent. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
Saham syarikat itu telah dijual kepada rakyat British bagi menambahkan modal
perniagaan. Bagi memperkukuh kedudukan dan memajukan perniagaan,
persatuan tersebut berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada
kerajaan British.
November 1881, kerajaan British telah menganugerahkan piagam kepada
Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. 1882, syarikat itu
dinamakan Syarikat Borneo Utara British. Melalui piagam tersebut, SBUB
mempunyai kuasa mentadbir Sabah. Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden
pertama. Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan.
Kepentingan pemberian piagam :
1. British dapat memperluaskan pengaruhnya
2. Menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah
1888, SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara
yang menjadikan Sabah negeri naungan British
British bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah
Sultan Abdul Mu’mein
Sultan Jamalul Alam
3. Apakah persamaan tindakan yang dilakukan oleh
sultan-sultan di atas ?
A
Meluaskan pengaruh masing-masing di Sabah
B
Mempengaruhi orang Inggeris memajak tanah di Sabah
C
Mengukuhkan kuasa mereka di Sabah melalui pelantikan wakil
D
Menyerahkan hak mereka di Sabah kepada Syarikat Overbeck
dan Dent
D