E4161 : SISTEM KOMPUTER & APLIKASI UNIT 8 : KONSEP UMUM SISTEM PANGKALAN DATA PD digunakan dengan begitu meluas pada masa kini Boleh didapati di.

Download Report

Transcript E4161 : SISTEM KOMPUTER & APLIKASI UNIT 8 : KONSEP UMUM SISTEM PANGKALAN DATA PD digunakan dengan begitu meluas pada masa kini Boleh didapati di.

E4161 : SISTEM KOMPUTER & APLIKASI

UNIT 8 :

KONSEP UMUM SISTEM PANGKALAN DATA

PD digunakan dengan begitu meluas pada masa kini Boleh didapati di kebanyakan organisasi samada kecil atau besar Idea untuk membina sistem ini timbul apabila organisasi perlu menyimpan data tentang aktiviti harian mereka dan interaksi dengan persekitaran baru

CONTOH PENGGUNAAN SISTEM PANGKALAN DATA

PASARAYA Pengimbas Kod Universal produk Sistem Kawalan Inventori PERPUSTAKAAN Sistem Katalog Berkomputer UNIVERSITI Sistem Maklumat Kakitangan Sistem Maklumat Pelajar AGENSI PELANCONGAN Sistem Tempahan Tiket Sistem Tempahan Hotel

DEFINISI SISTEM PANGKALAN DATA

DATA

: Fakta mengenai sesuatu benda, orang, entiti, kejadian dan seumpama yang boleh direkodkan

MAKLUMAT

keputusan : Data yang telah diproses dan disusun atur ke dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat

PANGKALAN DATA

: Sekumpulan data atau maklumat yang mempunyai hubungan secara logik di antara satu sama lain.

Bertujuan untuk mengurangkan bilangan data lewah

DEFINISI SISTEM PANGKALAN DATA

DATA LEWAH

yang berlainan : akan mengakibatkan kesamaran di mana mungkin terdapat data yang sama tetapi menggunakan nama

SISTEM PANGKALAN DATA

: - Sistem penyimpanan rekod berkomputer - Satu sistem yang boleh mengemaskini maklumat dan memberi maklumat tertentu apabila diminta - Dibina oleh pangkalan data dan perisian yang mengendalikan pangkalan data tersebut

SISTEM PANGKALAN DATA

Secara umumnya, sistem pangkalan data terbahagi kepada 2 iaitu

:

Sistem Pangkalan Data Terpusat Sistem Pangkalan Data Teragih

SISTEM PANGKALAN DATA TERPUSAT

Bermaksud terdapat hanya

1 pangkalan data

sahaja di mana semua data disimpan pada 1 tempat Sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) diletakkan dalam 1 komputer perumah yang memuatkan pangkalan data Contoh : pasaraya, perpustakaan, tempahan tiket kapal terbang dan lain-lain

SISTEM PANGKALAN DATA TERPUSAT

BAHAGIAN PENGKATALOGAN BAHAGIAN PINJAMAN / PEMULANGAN PELANGGAN PELAYAN PANGKALAN DATA KETUA PUSTAKAWAN SISTEM PANGKALAN DATA TERPUSAT DI PERPUSTAKAAN

SISTEM PANGKALAN DATA TERAGIH

Sebuah pangkalan data logikal yang diagihkan kepada beberapa komputer pada lokasi yang berlainan tetapi bekerja secara terpadu.

Contoh : Syarikat Insurans Multinasional

SISTEM PANGKALAN DATA TERAGIH

Ciri Pangkalan Data : PD  sekumpulan data yang logikal di mana data adalah berkaitan antara satu sama lain  Direkabentuk, dicipta dan dilengkapkan dengan data bagi memenuhi kegunaan pengguna tertentu  Menggambarkan maklumat di dalam dunia sebenar yang boleh juga dinamakan sebagai ‘miniworld’

SISTEM PANGKALAN DATA TERAGIH

Saiz Pangkalan Data : PD  boleh dibina dalam bentuk yang ringkas seperti senarai nama dan alamat  boleh juga dibina dalam bentuk yang kompleks seperti pangkalan data cukai pendapatan dan jabatan imigresen

SISTEM PANGKALAN DATA TERAGIH

PD PD PD PELAYAN PD PELAYAN PD PD PD

KOMPONEN PANGKALAN DATA

DATA PERKAKASAN PERISIAN TATACARA PENGGUNA

KOMPONEN PANGKALAN DATA

DATA Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data Merangkumi fakta yang disimpan di dalam PD.

Data (Fakta mentah) daripada maklumat di mana ia dihasilkan dan dimasukkan ke pangkalan data Bagaimana hasilkan data untuk dikendalikan dalam menghubungkan maklumat pekerjaan pereka PD PERKAKASAN Boleh dilihat secara fizikal Media storan yang digunakan bergantung kepada saiz pangkalan data yang dicipta Umumnya sistem PD perlukan ruang memori dan storan yang besar untuk menampung jumlah yang banyak Perlukan komputer dengan kuasa pemprosesan yang tinggi bagi mengendalikan urus niaga serentak dalam masa yang singkat Terdapat beberapa jenis storan : cakera liut, cakera keras

KOMPONEN PANGKALAN DATA

PERISIAN Semua perisian yang digunakan untuk mengurus pangkalan data dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) Terdiri daripada : * Perisian Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) - Sistem perisian yang menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengguna dan aturcara penggunaan berkaitan dengan pengurusan pangkalan data

KOMPONEN PANGKALAN DATA

PERISIAN * Perisian Penggunaan - Aturcara yang ditulis oleh pengatur cara penggunaan bagi menyelesaikan sesuatu masalah - Biasanya ia ditulis dalam bahasa peringkat tinggi seperti C atau COBOL, SQL, Oracle dan IBM’s DB2 * Perisian Sistem Kendalian - Penting bagi menyokong DBMS - Membekalkan antaramuka serasi - Kejayaan sistem PD bergantung pada komunikasi yang licin di antara DBMS dan sistem kendalian - Contoh : ^ disk operating system (DOS), OS/2 dan Windows 2000  mikrokomputer ; ^ UNIX dan VMS  minikomputer ; ^ MVS  IBM mainframe computer

KOMPONEN PANGKALAN DATA

PENGGUNA Terdiri daripada : • Pengguna Akhir Biasa - Tidak mengetahui mengenai perlaksanaan sesuatu sistem & berinteraksi berdasarkan pertanyaan sistem • Pengguna Akhir Atasan - Pengguna akhir atasan akan beri pertanyaan secara langsung menggunakan bahasa pertanyaan - Guna data untuk bantu buat keputusan • Pengaturcara dan juru analisa sistem - Merekabentuk PD secara logikal dan fizikal - Tulis aturcara aplikasi untuk pengguna akhir guna bahasa DBMS atau aturcara COBOL atau C++ • Pentadbir - Bertanggungjawab di atas perancangan, rekabentuk, ciptaan, penyenggaraan dan kawalan PD untuk penuhi kehendak pengguna

KOMPONEN PANGKALAN DATA

TATACARA Peraturan dan arahan yang dikenakan terhadap rekabentuk, aturcara dan penggunaan pangkalan data dan DBMS.

Amat penting dalam sesebuah syarikat kerana ia boleh kuat kuasakan piawaian di mana menghubungkan perniagaan di antara pelanggan dan organisasi

PERBANDINGAN ANTARA SISTEM PANGKALAN DATA DENGAN SISTEM FAIL

SISTEM PANGKALAN DATA

Data dapat dikongsi oleh beberapa pengguna serentak

SISTEM FAIL

Data hanya dapat digunakan oleh seorang pengguna pada satu masa Terdapat perisian yang kawal keserentakan untuk membolehkan proses kemaskini data oleh ramai pengguna DBMS dapat kawal keselamatan data dari digunakan oleh pengguna yang tidak sah DBMS memudahkan kemasukan data yang baru dan penyuntingan Fail yang dikemaskini mungkin mengandungi data yang bertentangan dengan data sebenar disebabkan pengemaskinian tidak dilakukan oleh pengguna akhir Data tidak dapat dikawal oleh pengguna yang tidak sah kerana tiada kawalan keselamatan yang dilakukan Membazirkan ruang jika terdapat data yang berulang Data dapat disepadukan dan memberi kawalan berpusat ke atas piawaian

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PANGKALAN DATA

KEBAIKAN KEBURUKAN

Mengurangkan data lewah Sistem PD adalah rumit, susah dan mengambil masa yang lama untuk direkabentuk Mengurangkan ralat pengemaskinian Kos permulaan perkakasan dan perisian yang banyak Meningkatkan capaian data kepada pengguna Meningkatkan keselamatan data Mengurangkan kos kemasukan data, kos storan dan kos dapat semula Menggalakkan perkembangan aturcara penggunaan yang baru Kerosakan kepada pangkalan data boleh melibatkan semua aturcara Kos penukaran yang tinggi daripada sistem berasaskan fail kepada sistem PD Latihan awal diperlukan untuk semua pengaturcara dan pengguna

SENIBINA SISTEM PANGKALAN DATA (Senibina ANSI-SPARK)

Dicadangkan oleh Processing Standard Planning and Requirements Committee of the American Standards Institute Committee on Computers and Information (ANSI-SPARC) Tujuan  Untuk asingkan aplikasi pengguna dan pangkalan data fizikal Terdiri daripada 3 paras : Paras Luaran Paras Konseptual Paras Dalaman

SENIBINA SISTEM PANGKALAN DATA (Senibina ANSI-SPARK)

PARAS LUARAN Pengguna Akhir 1 PANDANGAN 1 PARAS KONSEPTUAL

pemetaan pemetaan

PARAS FIZIKAL Pengguna Akhir 2 PANDANGAN 2 SKEMA KONSEPTUAL SKEMA FIZIKAL Pengguna Akhir n PANDANGAN n KEBEBASAN DATA LOGIKAL KEBEBASAN DATA FIZIKAL PARAS DALAMAN SIMPANAN PD

PERBEZAAN ANTARA TIGA PARAS

External View 1 Staff_No FName LName DOB Salary External View 2 Staff_No LName Bno Conceptual Level Staff_No FName LName DOB Salary Bno Internal Level struct STAFF { int Staff_No; int Bno; char FName[15]; char LName[15]; struct DOB; float Salary; struct STAFF *next; }; /*pointer to next Staff record*/ index Staff_No; index Branch_No; /*define indexes for staff */

SENIBINA SISTEM PANGKALAN DATA (Senibina ANSI-SPARK)

Paras Luaran Paras pengguna individu dan terdekat dengan pengguna Terdiri daripada beberapa pandangan pengguna yang berbeza Setiap pandangan pengguna dimodelkan kepada 1 subskima Cantuman dari semua subskima membentuk 1 skima luaran

SENIBINA SISTEM PANGKALAN DATA (Senibina ANSI-SPARK)

Paras Konseptual Terangkan struktur keseluruhan data merangkumi aktiviti aktiviti seperti analisis keperluan pengguna Kenalpasti objek-objek bagi penuhi keperluan tersebut Paras ini menyokong skema luaran Paras Dalaman Berkaitan dengan struktur data Merupakan paras terendah dalam senibina ini Menghuraikan mengenai struktur storan, susunan data, indeks, penghubung dan ukuran untuk tingkatkan prestasi pangkalan data

BAHASA PANGKALAN DATA

Sistem Pengurusan Pangkalan Data sediakan beberapa bahasa pangkalan data untuk pengguna : Bahasa Definisi Data (DDL) Bahasa Manipulasi Data (DML) Bahasa Pertanyaan Bahasa Hos

BAHASA PANGKALAN DATA

Bahasa Definisi Data (DDL) Bertujuan membina struktur pangkalan data iaitu skema luaran, skema konseptual dan skema dalaman.

Menukar data yang dijana secara aplikasi dan paras konseptual (pandangan pengaturcara) kepada paras fizikal (storan data) Membenarkan pengguna menakrif pangkalan data melalui DDL Bahasa Manipulasi Data (DML) Membolehkan proses manipulasi ke atas data seperti mencapai/memasukkan/menghapuskan/modifikasi data.

Operasi data manipulasi termasuk : Masuk data baru dalam PD Ubah data dalam PD Capai data dalam PD Hapus data dari PD

BAHASA PANGKALAN DATA Bahasa Manipulasi Data (DML)

Terdapat 2 jenis bahasa DML : DML Paras Tinggi Pernyataan bahasa ini dimasukkan ke dalam bahasa aturcara atau boleh berinteraksi terus dari terminal DML Paras Rendah Pernyataan bahasa ini mesti dimasukkan ke dalam bahasa aturcara

BAHASA PANGKALAN DATA

Bahasa Pertanyaan Bahasa ini adalah subset (ahli) kepada DML Khas untuk capaian data sahaja Dikelaskan sebagai bahasa tidak bertatacara Cth : Pengguna beritahu data/tugas yang diperlukan tanpa tentukan bagaimana ia perlu disempurnakan Bahasa Hos Bahasa ini membolehkan aturcara-aturcara yang ditulis dalam bahasa aturcara paras tinggi seperti COBOL, FORTRAN dan C bagi olah dan capai data

SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA (DBMS)

Merupakan sekumpulan aturcara atau satu sistem perisian yang membolehkan pengguna cipta dan selenggara PD seperti definisi, bina dan manipulasi data dalam satu PD Definisi Bina Manipulasi : Tentukan & terangkan jenis data yang hendak disimpan dalam PD : Proses penyimpanan data ke atas media storan yang dikawal oleh DBMS : Fungsi-fungsi seperti – » Menyoal PD mengenai data tertentu » Kemaskini PD mengenai data tertentu » Hasilkan laporan dari data tersebut

SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA (DBMS)

Data yang bina PD disimpan secara fizikal di dalam media storan komputer Perisian DBMS digunakan untuk mencapai, mengemaskini dan memproses data tersebut Media storan komputer terbahagi kepada 2 kategori : Storan Utama (Storan Primer) Terdiri daripada media storan yang dioperasikan terus oleh CPU Storan utama cepat mencapai data tetapi dengan ruangan storan yang terhad Storan Kedua (Storan Sekunder) Terdiri dari peranti storan seperti cakera magnet Storan ini lambat mencapai data dan tidak boleh diproses terus oleh CPU Data perlu disalin dahulu ke dalam storan utama untuk diproses

SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA (DBMS)

Terdapat 2 operasi ke atas fail iaitu : Mencapai Data Data dalam fail tidak berubah Operasi ini hanya mencari rekod dan nilai medan untuk disemak dan diproseskan Mengemaskini Data Operasi ini menukar kandungan dalam fail melalui kaedah selit data baru, hapus rekod dan olah nilai medan

SKIMA & KEJADIAN

Skima PD : penerangan satu PD yang ditetapkan semasa merekabentuk PD PELAJAR Nama No_Pend Kelas Unit KURSUS NamaKursus KodKursus MATAPELAJARAN NamaM/Pel KodM/Pel GRED No_Pend KodM/Pel JamKredit Tahun Bahagian Semester Pensyarah Gred

Contoh Rajah Skema Pangkalan Data

SKIMA & KEJADIAN

Maklumat atau data yang terkandung di dalam pangkalan data tersebut pada satu waktu tertentu dipanggil

kejadian