ALAT MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA Bungkau Pengenalan Sejenis alat zailofon. Kepingan-kepingan kayu dipasang pada kotak kayu bergema. Fungsi Dimainkan untuk hiburan. Cara Bermain Kepingan-kepingan kayu dipalu dengan pemalu.

Download Report

Transcript ALAT MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA Bungkau Pengenalan Sejenis alat zailofon. Kepingan-kepingan kayu dipasang pada kotak kayu bergema. Fungsi Dimainkan untuk hiburan. Cara Bermain Kepingan-kepingan kayu dipalu dengan pemalu.

ALAT MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA

Bungkau Pengenalan

Sejenis alat zailofon. Kepingan-kepingan kayu dipasang pada kotak kayu bergema.

Fungsi

Dimainkan untuk hiburan.

Cara Bermain

Kepingan-kepingan kayu dipalu dengan pemalu kayu

caklempong Pengenalan

Gong kecil diperbuat dari perunggu berbentuk periok. Berbusut di tengah-tengah permukanya.

Fungsi

Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan (1) Pencak Silat (ii) Tarian Piring (iii) Tarian Lilin (iv) Tarian Inai (Terinai) (v) Mengarak pengantin (vi) Randai (vii) Pelbagai lagu tempatan

Cara Bermain

Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.

Canang Pengenalan

Diperbuat daripada perunggu atau gangsa. Ia adalah gong kecil berbusut, tepinya melengkong ke dalam sedikit seperti gong yang berbentuk periok. Biasanya sepasang gong.

Fungsi

Digunakan untuk muzik Wayang Kulit, Wayang Melayu.

Cara Bermain

Gong-gong diatur berbaris melengkong ke atas satu para dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu yang berbalut dihujungnya oleh seorang pemain.

Pengenalan

Diperbuat daripada kepingan buluh atau kayu dan tiap-tiap satu panjangnya berbeza di antara 12-15 inci dan 2-3 inci lebar.

Fungsi

Lazimnya cerik dimainkan untuk muzik pementasan makyung, menora dan mekmulung.

Cara Bermain

Kepingan-kepingan buluh atau kayu ini diikat dan dipukul dengan sepasang kayu.

Engkeromong

Pengenalan

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang.

Fungsi

Digunakan dalam muzik iringan tarian, dan dalam muzik kumpulan oleh orang orang Iban di Sarawak.

Cara Bermain

Gong-gong diatur berbaris melintang di atas satu para yang panjang dan dipalu dengan sepasang pemalu kayu oleh seorang pemain.

Gambang Kayu Pengenalan

Sejenis alat zailofon diperbuat dari kepingan kayu yang berbeza saiz dan ketebalannya. Kepingan kayu ini diatur berbaris yang dilaraskan mengikut pic tertentu.

Fungsi

Ia berfungsi sebagai alat yang memainkan bunga-bunga melodi mempunyai kelajuan dua kali ganda daripada kelajuan yang dibunyikan oleh saron barong. Dimainkan dalam joget gamelan Pahang dan Terengganu.

Cara Bermain

Dimainkan oleh seorang pemain dengan memalu kepingan kayu dengan sepasang pemalu kayu berbalut.

Gong Pengenalan

Dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya.

Fungsi

Digunakan dalam kumpulan joget gamelan di Pahang dan Terengganu.

Cara Bermain

Digantung dan dipalu dengan pemalu yang berbalut.

Kenong

Pengenalan

Gong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengah-tengah diperbuat daripada perunggu. Diatur melintang di atas tali yang direntang pada para para. Kenong merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong yang kedapatan dalam Joget Gamelan adalah seakan dan tiruan dari Gamelan Jawa Tengah.

Fungsi

Digunakan dalam joget gamelan Pahang, Trengganu dan gamelan Batu Pahat.

Cara Bermain

Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya. Dimainkan oleh seorang pemain.