Transcript BBM 5204

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Analisis Kesalahan

   

Pengenalan

Kajian tentang jenis dan kuantiti (jumlah) kesilapan yang berlaku dalam bidang tertentu seperti linguistik gunaan, statistik dan bidang yang berkaitan. Kesalahan atau errors merupakan penyelewengan yang disebabkan oleh faktor kecekapan. Pelajar belum memahami sistem linguistik bahasa yang digunakannya. Kesalahan terjadi secara konsisten. Oleh itu kesalahan bersifat sistematik. Kesalahan bersifat kekal jika tidak diperbaiki. Perbaikan selalunya dilakukan oleh guru.

Kesalahan juga biasanya dibuat oleh orang orang yang tidak dapat menguasai sepenuhnya struktur tatabahasa. Kesalahan dilakukan oleh individu yang cuba mempelajari sesuatu bahasa sebagaimana yang dikatakan oleh Corder:

"...error refer to those features of the learner utterances which differ from those of any

native speaker./' Corder, S.P. (193)

   Bell (1981: 172) pula telah mentakrifkan kesalahan bahasa itu sebagai :

"....the grammatically incorrect form..An error is a sure sign that the learner has not mastered the code of the target language..and it indicates faulty knowledge of the grammar..."

Kenyataan Bell itu menekankan bahawa kesalahan bahasa membawa maksud sebagai bentuk-bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk yang baku, iaitu suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal.

George, V.H. (1969) :

   Menurut George, V.H. (1969) pula, kesalahan sebagai:

"...an errors is an unwanted form specially, a form which a particular course designer or teacher does not want...." George, V.H. (1969)

Kenyataan George itu membawa maksud bahawa kesalahan bahasa itu sebagai bentuk-bentuk yang ' tidak dikehendaki' (unwanted forms) khususnya oleh guru-guru atau orang yang merangka kursus. Kenyataan ini memperkatakan hubungan antara guru dengan pelajar.

Istilah kesalahan bahasa

 Istilah kesalahan berbahasa memiliki pengertian yang beragam.

 (1) Lapses, (2) Error , dan (3)Mistake  Lapses adalah kesalahan berbahasa akibat penutur beralih cara untuk menyatakan sesuatu sebelum seluruh tuturan (kalimat) selesai dinyatakan selengkapnya. Untuk berbahasa lisan, jenis kesalahan ini diistilahkan dengan“slip of the tongue” sedang untuk berbahasa tulis, jenis kesalahan ini diistilahkan “slip of the pen”. Kesalahan ini terjadi akibat ketidaksengajaandan tidak disedari oleh penuturnya.

 Error  adalah kesalahan berbahasa akibat penutur melanggar kaedah atau aturan tatabahasa (breaches of code).

Kesalahan ini terjadi akibat penutur sudah memiliki aturan (kaedah) tatabahasa yang berbeza daripada yang lain, sehingga itu tatabahasa berdampak pada kekurangsempurnaan atau ketidakmampuanpenutur. Hal tersebut berimplikasi terhadap penggunaan bahasa, terjadi kesalahan berbahasa akibat penutur menggunakan kaedah bahasa yang salah.

 Kekhilafan (error), menurut Nelson Brook dalam Syafi’ie (1984), itu“dosa/kesalahan” yang harus dihindari dan dampaknya harus dibatasi, tetapi kehadiran kekhilafan itu tidak dapat dihindari dalam pembelajaran bahasa kedua.

Mistake (kesilapan/kekeliruan) adalah kesalahan berbahasa akibat penutur tidak tepat dalam memilih kata atau ungkapan untuk suatu situasi tertentu. Kesalahan ini mengacu kepada kesalahan akibat penutur tidak tepat menggunakan kaedah yang diketahui benar, bukan kerana kurangnya penguasaan bahasa kedua (B2).

 Kesalahan terjadi pada produk tuturan yang tidak benar/cuai.

 Analisis kesalahan juga merupakan bidang linguistik terapan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bidang ini dijadikan prosedur kerja oleh guru atau pengkaji bahasa untuk mengumpul data, mengkaji kesilapan, menganalisis kekerapan kesilapan dan peringkat kesilapan, melihat punca-punca kesilapan, membandingkan kesilapan bahasa lisan dan tulisan seterusnya dibuat penilaian.

Analisis Kesilapan – Pendapat lain

   Analisis kesilapan yang membawa maksud teknik untuk mengukur kemajuan belajar bahasa dengan mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh seseorang atau kelompok, Harimurti, Kridalaksana (1983). Menurut Corder (1981), analisis kesilapan juga dapat memberikan maklumat tentang daerah-daerah dan punca-punca kesulitan pelajar yang perlu diberikan tumpuan dan daripadanya dapat dicadangkan langkah langkah pembaikannya.

Coder (1981) mendefinisikan kesilapan bahasa (mistake) sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan kawan (1994).

 Kesilapan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur bahasa dan kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan istilah.  Mengikut Bell (1981), kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk pertuturan yang menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini timbul akibat daripada ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem bahasa itu. Kesilapan bahasa juga merujuk kepada bentuk-bentuk kelemahan pelaksanaan dan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja (Dulay et al., 1982 dan Hammersly,1982).

Error analysis in second language acquisition

        Dalam pemerolehan bahasa kedua, analisis kesilapan mengkaji jenis dan sebab berlakunya kesilapan dan pembelajaran bahasa. Kesilapan dikelaskan mengikut: modaliti (iaitu, tahap penguasaan dalam bercakap, menulis, membaca, mendengar) tahap linguistik (iaitu, sebutan, tatabahasa, kosa kata, gaya) bentuk (contohnya, peninggalan, memasukkan, penggantian) Jenis (kesilapan sistematik/ kesilapan dalam kecekapan vs kesilapan yang kadang-kadang / kesilapan dalam prestasi) Penyebab kesalahan/kesilapan (contohnya, gangguan, interlanguage) norma vs sistem

Error analysis in SLA was established in the 1960s by Stephen Pit Corder and colleagues.

Error analysis was an alternative to contrastive analysis, an approach influenced by behaviorism through which applied linguists sought to use the formal distinctions between the learners' first and second languages to predict errors.

Error analysis showed that contrastive analysis was unable to predict a great majority of errors, although its more valuable aspects have been incorporated into the study of language transfer. A key finding of error analysis has been that many learner errors are produced by learners making faulty inferences about the rules of the new language

Ciri-ciri Kesilapan

          

Pendekatan analisis kesilapan bermula secara serius dan sistematik pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu ahli-ahli linguistik telah menunjukkan minat yang khusus terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Mengikut kajian Wyatt dan Chen, kategori ciri-ciri kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar adalah dari segi (mengikut kekerapan): a. Ejaan b. Tanda Bacaan c. Struktur Ayat d. Kesalahan Tatabahasa e. Kekeliruan atau salah guna perkataan dan simpulan bahasa f. Bahasa ringkas, pemendekan, ayat bergantung dan bahasa yang tidak standard g. Pengulangan h. Ujaran-ujaran yang kaku dan tidak bermakna langsung i. Kecuaian.

Jenis kesilapan

 Carl James (1998) telah membahagikan kesilapan leksikal secara umumnya kepada dua kategori utama, pertama, kesilapan bentuk kata (word form) yang menyentuh aspek morfologi dan fonologi. Kedua, kesilapan semantik yang meliputi kekeliruan hubungan makna antara perkataan seperti hiponim, sinonim, superonim dan sebagainya serta kolokasi. Beliau seterusnya mengelaskan kategori kesilapan tersebut kepada kesilapan interlingual dan intralingual.

  Kesilapan intralingual melibatkan kesilapan bentuk/pola perkataan. Kesilapan intralingual merangkumi kesilapan pemilihan pola kata termasuk pola yang tidak diterima dalam sesuatu bahasa, ejaan, pengguguran dan penambahan perkataan atau dinamakan sebagai ‘kelewahan kata’ dalam ayat, kolokasi, penggunaan perkataan yang sukar difahami dan penciptaan perkataan yang tidak diterima oleh bahasa sasaran. Kesilapan interlingual pula merangkumi kesilapan terjemahan secara literal daripada bahasa ibunda, penciptaan kata (word coinage), peminjaman bahasa (borrowing), pinjam terjemahan (loan translation), dan pengalihan kod (code switching).

        

kesilapan berkaitan leksikal telah

diklasifikasikan kepada 8 kategori, iaitu: Kesilapan ortografi/ejaan Kesilapan terjemahan secara literal Kesilapan penambahan perkataan yang tidak perlu Kesilapan penggunaan bentuk/pola perkataan dalam ayat Kesilapan pemilihan perkataan yang sesuai Kesilapan pengguguran perkataan yang diperlukan Kesilapan penggunaan kata pinjaman Kesilapan pengalihan kod

Kepentingan A.Kesalahan Dan Kesilapan

 Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar tidak harus dianggap sebagai kegagalan.

 Kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar merupakan usaha mengenal pasti dan menentukan rumus-rumus bahasa yang dipelajari.

 Membantu guru membantu para pelajarnya. Guru dapat mengesan daerah kelemahan pelajar dan membantu pelajar membetulkan kesalahan mereka  Membantu guru menentukan asas sesuatu pengajaran harus dimulakan.

 Dapat meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran bahasa.

 Mengatasi masalah pemindahan bahasa dalam kalangan pelajar.

Rumusan

Kategori Kesalahan Kesilapan Sumber/punca Kompetensi/kecekapan Persembahan/penampilan Sifat Tempoh Sistem Linguistik Hasil Perbaikan Sistematik Agak lama Belum dikuasai Belum dikuasai Dibantu oleh guru: latihan, pengayaan, pemulihan dsb Tidak sistematik Sementara Sudah dikuasai Penyimpangan Pelajar sendiri: pemusatan, perhatian dan pembacaan.

Teori Analisis Kesilapan

 Dua model

Model Ramalan Mudah (Simple Prediction Model) Rajah 1 Kompeten B1 Analisis Kontrastif Kesalahan -kesalahan Kompeten B2

Model Ramalan Mudah

 Model ini dilham oleh Lado dan Fries. Berdasarkan model ini, kecekapan bahasa pertama dibandingkan dengan kecekapan bahasa kedua.

 Dalam pada itu proses analisis kontrastif telah berperanan. Sebagai hasilnya berbagai-bagai kesalahan dilakukan oleh pelajar. Justeru langkah langkah pemulihan telah diambil untuk mengatasinya

Model Penerangan Mudah

 Rajah 2 Kompeten B1 Kesalahan kesalahan Kompeten B2 Penerang

Model Penerangan Mudah

    Melalui model ini, kecekapan bahasa pertama dan bahasa kedua telah digunakan sebagai bahan input untuk diproses oleh analisis kontrastif.

Model ini paling baik kerana dianggap sebagai paling menyeluruh.

Data kecekapan pelajar menjadi bahan-bahan untuk diproses.

Model ini mengambil kira semua aspek yang terlibat dalam proses pembelajaran bahasa kedua.

Interferensi/Gangguan

 Sistem posesif  Bentuk kata tanya  Sistem kala  Kata ganti nama  Susunan kata  Kalimat predikat

Sekian, terima kasih