Transcript Slide 1

OLEH : NOR FAZLINA RAMDANI A111654

KUMPULAN BERISIKO TINGGI DEFINISI / PENGENALAN TANDA & GEJALA

PENYAKIT KENCING MANIS

RISIKO / KOMPLIKASI PENJAGAAN DIRI PANDUAN PEMAKANAN RAWATAN

• satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah.

• terjadi kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. • Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas.

• pengidap penyakit kencing manis, pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya / insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.

• Akibatnya, glukos/gula tidak dapat memasuki sel-sel badan.

• Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi disingkirkan oleh badan melalui air kencing penyakit kencing manis.

• Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah kekurangan tenaga.

KUMPULAN BERISIKO TINGGI

· · · · mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik) berat badan agak tinggi pernah mengalami radang pada Pankreas Wanita mengandung yang pernah menghidapi kencing manis ketika hamil. * Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

       

Kerap membuang air kencing Sentiasa berasa dahaga Selera makan meningkat Letih Hilang berat badan Jangkitan kulit yg kerap, spt jangkitan kulat pd kemaluan Luka yg lambat sembuh Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

RAWATAN

• Kawal pemakanan degan cara yg betul • Senaman – kekalkan berat badan ideal • Suntikan insulin • Tablet anti-diabetes - sulfonilurea ( chlorpropamide, glibenclamide, glipizide) - rangsang pankreas menghasilkan lebih banyak insulin - Biguanid (metformin) – kurangkan penghasilan glukosa dalam hati & menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin.

Thiazolidinedion (troglitazone,rosiglitazone) –meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma karbohidrat.

Perencat alfa-glukosaidase (acarbose) – mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

PANDUAN PEMAKANAN

• • • •

Tujuan

Makanan yang perlu dielakkan

• Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.

• Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, biskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap kordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol

Makanan yang bebas dimakan

Semua jenis sayuran, kecuali ubi.

- Contoh: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung

Semua cecair dan minuman tanpa gula - Contoh: Sup air, air kosong, teh dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.

• Perasa & Perencah - Contoh: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.

• Semua daging & ayam tanpa lemak & kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut.

• Hadkan makanan tinggi kolesterol spt makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa)

Makanan yang perlu disukat Pilihan makanan 1.Susu dan hasil tenusu Saiz hidangan Saranan Susu segar / cair 1 cawan (240ml) Susu sejat ½ cawan (120ml) Susu penuh krim 4 sudu makan penuh Susu skim / rendah lemak 4 sudu makan paras 2 kali sehari

2. Bijiran dan hasil bijirin Roti putih / bijirin penuh Nasi / mee / meehon / kuey teow Capati/ roti canai/ tosai Ubi 2 keping 1 cawan 1 keping 1 biji saiz telur 3-4 kali sehari

3. Kacang dan kekacang Kacang hijau kacang merah kacang dhal kacang soya (mentah) 1/3 cawan 1-2 kali sehari

4.Buah-buahan

Epal/ oren/ limau/ laici/ ciku/ belimbing 1 biji sederhana Pisang (10cm)/ mangga Jambu batu 1 biji kecil ½ biji tanpa biji Langsat/ longan/ anggur 8-10 biji kecil Rambutan/ laici 5 biji sederhana Betik/ nenas/ tembikai/ tembikai susu 1 potong nipis Durian/ nangka 3 ulas kecil 2 kali sehari

• • • • • •

PENJAGAAN DIRI

Penjagaan kulit

• • • • • • • Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5

- memastikan fungsi perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.

Agen pembersih perlulah lembut - agen pembersih yang kuat akan mengiritasikan kulit.

Gunakan air suam untuk mencuci.

Elakkan agen pembersih beralkali haruslah terutamanya jika kulit adalah gatal atau terdapat inflamasi.

Elakkan daripada menggaru kulit - kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan.

Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang,lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki.

Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap - mengekalkan kelembapan kulit.

Penjagaan kaki

• membersihkan kaki mereka setiap hari & mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki.

• Sapukan krim pelembap pada kulit kering.

• Kuku jari kaki harus dipotong lurus - mengelakkan kecederaan kepada kulit.

• Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat & pastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai kasut.

• Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.

• Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki spt plaster ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal pada kaki) - bahan berasid yang menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya berlakunya ulser.

Penjagaan mata

• Pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

• Memeriksa tekanan darah secara berkala.

• Berjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan

Penjagaan gigi

• Berjumpa Dr. gigi setiap 6 bulan • Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat

RISIKO / KOMPLIKASI • Hypoglycaemia • Penyakit tekanan darah tinggi • Penyakit jantung (2-4 kali ganda) • Stroke (5 kali ganda) • Kerosakan buah pinggang (hampir 50%) • Masalah mata-buta,katarak (25-74 thn)

• luka lambat sembuh & boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di bahagian (selalunya) jari kaki & kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu dipotong.

• jangkitan kuman – alat sulit (wanita) • Kerosakan saraf–kebas (50%- 25thn ke atas)

SEKIAN TERIMA KASIH