Prinsip Perakaunan TINGKATAN EMPAT

Download Report

Transcript Prinsip Perakaunan TINGKATAN EMPAT

Tajuk: Persamaan Perakaunan

Pendahuluan

 Saksikan video pengenalan persamaan perakaunan:  http://www.youtube.com/watch?v=PCIvw_we0fM  http://www.youtube.com/watch?v=sJFU26Ofa90

Konsep Penting

 Persamaan perakaunan tanpa hasil dan belanja melibatkan:  Aset  Liabiliti  Ekuiti Kesimpulan: ASET=LIABILITI + EKUITI PEMILIK

PETA KONSEP

Bila urus niaga berlaku Persamaan Perakaunan Aset=Liabiliti+Ekuiti Pemilik Item saja berubah bukan persamaan

Peta Minda

Aset=Liabiliti+ Ekuiti Pemilik Perubahan kepada Aset: Penambahan atau pengurangan Aset Perubahan kepada Liabiliti: Penambahan atau pengurangan Liabiliti Perubahan kepada Ekuiti Pemilik: Penambahan atau pengurangan Ekuiti Pemilik

Peringatan………

 Di dalam urus niaga, persamaan perakaunan perlu sentiasa seimbang.  Jika urus niaga melibatkan perubahan aset atau ekuiti sahaja, maka satu item akan bertambah dan satu item akan berkurang.

 Manakala, jika ia melibatkan kedua-dua belah persamaan maka kedua-duanya akan bertambah atau berkurang

Kesan urus niaga ke atas persamaan perakaunan

           

Penambahan aset menyebabkan pertambahan yang sama pada liabiliti

Contoh: membeli kenderaan secara kredit daripada Syarikat Murni Kesan urus niaga: Dt Kenderaan XX (Aset +) Kt Syarikat Murni XX (Liabiliti +)

Pengurangan aset menyebabkan pengurangan yang sama pada liabiliti

Contoh: keluarkan sekeping cek untuk membayar kepada Syarikat Murni Kesan urus niaga: Dt Syarikat Murni XX (Liabiliti -) Kt Akaun Bank XX (Aset -)

Penambahan aset menyebabkan pengurangan yang sama pada satu aset yang lain

Contoh: beli perabot secara tunai Kesan urus niaga: Dt Akaun Perabot XX (Aset +) Kt Akaun Tunai XX (Aset -)

Pengurangan liabiliti menyebabkan penambahan yang sama pada liabiliti yang lain.

Mendapat pinjaman daripada bank untuk menjelaskan hutang pemiutang Kesan urus niaga: Dt Akaun pemiutang XX (Liabiliti +) Kt Akaun Bank XX (Liabiliti -)

Latihan Pengujian Pantas

Kirakan nilai X di dalam jadual berikut dengan berpandukan persamaan perakaunan

Urus niaga

5 6 7 1 2 3 4

Aset (RM) =

25,650 X 32,980 15,720 X 48,530 X

Liabiliti (RM) +

12,360 19,755 X 4,980 21,925 X 21,560

Ekuiti Pemilik (RM)

X 54,365 13,670 X 31,650 37,900 63,240

          

Latihan Pengukuhan:

Baca setiap urus niaga di bawah, kemudian lengkapkan jadual berikut yang diberikan dengan menyatakan akaun yang didebitkan, akaun yang dikreditkan, jenis akaun dan kesan urus niaga:

Membeli alatan pejabat berharga RM1500 secara kredit Menjual barang niaga secara tunai untuk RM920 Membayar gaji sebanyak RM500 dengan cek Mengeluarkan wang tunai berjumlah RM1000 untuk membayar upah Membawa masuk kenderaan sendiri bernilai RM2800 untuk kegunaan perniagaan Menjelaskan hutang sebanyak RM800 secara tunai Menerima faedah RM250 dalam cek Membeli alat tulis RM80 secara tunai Mengeluarkan cek bernilai RM300 untuk membayar kadar bayaran Menerima cek bernilai RM200 daripada penghutang

Urusniaga Akaun Dt Akaun Kt Jenis Akaun Kesan