sistem pengurusan pangkalan data

Download Report

Transcript sistem pengurusan pangkalan data

SISTEM MAKLUMAT
6.2 Perisian
DEFINISI
PANGKALAN DATA
⁂ Satu sistem simpanan data yang tersusun.
⁂ Pengguna boleh menambah, mencari, sort, rumuskan dan mencetak data.
SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA (DBMS)
⁂ Perisian yang menguruskan pangkalan data.
⁂ DBMS membolehkan pengguna membuat pangkalan data.
⁂ Contoh: Microsoft Access, MySQL, Oracle, DB2, Corel Paradox,
OpenOffice Base.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN DBMS
1. Meningkatkan ketepatan data – apabila data diubah
dalam pangkalan data, data yang sama akan akan
berubah secara automatik dalam semua fail.
2. Mengelakkan pengulangan data – memasukkan data
yang sama dalam pangkalan data dapat dielakkan.
3. Memudahkan perkongsian data – data dan maklumat
dapat dikongsian melalui rangkaian.
4. Maklumat dapat diakses oleh pengguna tertentu
dengan senang.
5. Keselamatan data adalah terjamin dimana hanya
pengguna yang dibenarkan dapat mengakses pangkalan
data.
FITUR-FITUR
KUNCI PRIMER
1. Medan yang mengandungi nilai yang unik yang
membezakannya dengan rekod yang lain.
2. Kunci primer dipilih berdasarkan nilainya yang
tidak akan sama (unik) dengan nilai yang lain
dalam medan tersebut.
3. Contoh kunci utama yang sering digunakan
adalah nombor IC.
FITUR-FITUR
KUNCI ASING
1.
2.
3.
Satu medan dalam satu hubungan yang menjadi kekunci
primer bagi satu hubungan lain.
Medan yang sama yang wujud antara 2 jadual.
Kunci asing mesti berpadanan dengan nilai kunci utama
dalam hubungan yang ditunjukkan.
• ClassID adalah kunci primer bagi
tblClass
• StudentID adalah kunci primer bagi
tblStudent
• ClassID adalah kunci asing bagi
tblStudent
KEPENTINGAN KUNCI PRIMER
1. Memastikan rekod dalam medan tertentu adalah unik dan
tidak wujud 2 atau lebih rekod yang sama.
PERBEZAAN KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING
KUNCI PRIMER
KUNCI ASING
Menggambarkan medan yang unik
dalam rekod
Menghubungkan kunci utama satu
jadual dengan jadual yang lain.
Mempunyai nilai yang unik
Mempunyai nilai sepunya antara 2
jadual
Wajib ada bagi setiap jadual yang
dibina.
Perlu ada jika ingin membuat
perhubungan antara 2 jadual.
OBJEK PANGKALAN DATA
Jadual
(Table)
Borang
(Form)
Pertanyaan
(Query)
Laporan
(Report)
Hubungan
(Relationship)
• Koleksi data yang tersusun dan disimpan dalam bentuk lajur dan
baris.
• Satu antaramuka yang membolehkan pengguna memasukkan
maklumatatau menerima maklumat yang dimasukan.
• Bertindak seperti borang elektronik
• Pertanyaan adalah mekanisme utama untuk mendapatkan
maklumat daripada pangkalan data dan terdiri daripada soalansoalan yang dikemukakan kepada pangkalan data dalam format
yang telah ditetapkan.
• Digunakan untuk memaparkan maklumat daripada jadual dalam
format yang lebih teratur.
• Perhubungan antara medan yang sama antara 2 jadual.
OBJEK PANGKALAN DATA
Jadual
(Table)
OBJEK PANGKALAN DATA
Borang
(Form)
OBJEK PANGKALAN DATA
Pertanyaan
(Query)
OBJEK PANGKALAN DATA
Laporan
(Report)
OBJEK PANGKALAN DATA
Hubungan
(Relationship)
MANIPULASI DATA
OPERASI ASAS
Kemaskini
(Update)
KEGUNAAN
• Proses mengubah data dalam rekod.
• Proses kemaskini adalah seperti menambah, memadam atau
mengubah rekod.
Sisip
(Insert)
• Memasukkan rekod baru dalam jadual
Padam
(Delete)
• Proses membuang rekod daripada jadual
Dapat Semula
(Retreive)
• Proses menerima semula rekod
Isih
(Sort)
• Mengisih rekod sama ada dalam susunan menaik atau
menurun
Saring
(Filter)
• Menyenaraikan satu atau lebih rekod dengan keadaan atau
syarat yang ditetapkan.
Gelintar Cari
(Search)
• Mencari rekod dalam pangkalan data
MANIPULASI DATA – DALAM MS ACCESS
Gelintar Cari
(Search)
MANIPULASI DATA – DALAM MS ACCESS
Isih
(Sort)
MANIPULASI DATA – DALAM MS ACCESS
Saring
(Filter)