Transcript File

SKS 1034
SISTEM KOMPUTER & SOKONGAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar boleh:
1. Melaksanakan prosedur keselamatan di kawasan kerja.
2. Mengenalpasti perkakasan dan fungsi setiap
perkakasan dalam sistem komputer.
3. Membezakan antara jenis dan fungsi perisian dalam
sistem komputer.
4. Melaksanakan pemasangan dan menaiktaraf sistem
komputer.
KANDUNGAN KURSUS
TOPIK
1. KESELAMATAN KOMPUTER
HASIL PEMBELAJARAN
1
PENILAIAN BERTERUSAN (PB)
KUIZ DAN TUGASAN
2. KOMPONEN SISTEM KOMPUTER 2
PEMBENTANGAN DAN UJIAN
3. PERKAKASAN KOMPUTER
3
KUIZ , TUGASAN DAN AMALI
4. PERISIAN KOMPUTER
4
UJIAN DAN AMALI
KESELAMATAN KOMPUTER
TOPIK 1.0
HASIL PEMBELAJARAN
Memahami langkang-langkah keselamatan di dalam
makmal komputer.
Jenis-jenis kemalangan di dalam makmal.
Penyahcas Elektrostatik.
Kaedah pencegahan Cas Elektrostatik.
Pemasangan perkakasan komputer.
PENILAIAN
• KUIZ 1
• TUGASAN 1
1.1 JENIS KEMALANGAN
DI DALAM MAKMAL
1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
KEJUTAN ELEKTRIK
• Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang
tersentuh/terdedah kepada punca elektrik.
• Arus elektrik yang melalui tubuh badan
(badan manusia adalah pengalir elektrik)
berpotensi
menyebabkan
individu
itu
mengalami kecederaan pada bahagian
yang tersentuh (thermal burns), berlakunya
kecederaan dalaman pada otot atau organ
dan gangguan pada degupan jantung yang
boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic
shock).
1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
LANGKAH KESELAMATAN
• Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan.
• Buang wayar hidup(tutup) apabila membantu pesakit
yang terkena kejutan elektrik.
• Gunakan kasut getah.
• Tidak memasukkan sebarang bahan logam ke dalam
palam suis.
1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
LANGKAH KESELAMATAN
• Memastikan soket suis selamat sebelum di gunakan.
• Pisahkan peralatan lain yang bersambung dengan
peralatan yang sedang dibaiki.
• Putuskan punca bekalan tenaga elektrik sebelum
melakukan pemeriksaan kecuali terpaksa.
1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
KEBAKARAN ELEKTRIK
• Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
• Lebihan beban aliran kuasa
• Pemanasan setempat pada terminal disebabkan
sambungan yang longgar.
• Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan
saiz wayar dan fius.
• Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan
kabel atau penebat.
1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
LANGKAH KESELAMATAN
• Alat/bahan mudah terbakar tidak dibawa ke makmal.
• Amal
matikan
suis
elektrik
apabila
selesai
menggunakannya.
• Tidak menyalahgunakan alat pemadam kebakaran.
• Laporkan kepada pihak bertanggungjawab jika ada
kerosakan pada alatan elektrik/disalahgunakan.
1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
PERHATIAN!
• Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal
dengan mendapat keizinan atau pengetahuan
daripada pensyarah.
• Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk ‘pendrive’
persendirian tanpa mendapat kebenaran pensyarah.
• Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer,
laporkan segera kepada guru.
1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
KECEDERAAN DISEBABKAN PERALATAN
• Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang
telah ditetapkan.
• Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari
makmal komputer
• Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja
dan simpan di tempat yang selamat selepas
digunakan.
• Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang
betul dan selamat.
1.1 JENIS–JENIS KEMALANGAN
KECEDERAAN DISEBABKAN PERALATAN
• Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan
tersusun.
• Laporkan
tentang
bahaya,
kerosakan
atau
kemalangan dengan segera kepada pembantu
makmal atau pensyarah.
• Jangan melibatkan diri dengan gurauan kasar dan
salah laku dalam apa jua bentuk.
1.2 PENYAHCAS
ELEKTROSTATIK
1.2 PENYAHCAS ELEKTROSTATIK (ESD)
ELEKTROSTATIK
• Terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam
penebat.
• Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus
yang rendah.
• Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan dan
boleh mnyebabkan kerosakan
pada komponen elektronik.
1.2 PENYAHCAS ELEKTROSTATIK (ESD)
PENYAHCAS ELEKTROSTATIK
• ESD adalah salah satu daripada beberapa perkara
individu yang boleh menyebabkan berlakunya
kerosakkan atau memusnahkan perkakasan atau
komponen komputer.
• ESD boleh berlaku semasa menggunakan komputer
anda dan boleh menyebabkan komponen komputer
yang anda sentuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
• ESD boleh berlaku tanpa pengguna rasa kejutan dan
hanya berlaku semasa bekerja di bahagian dalam
komputer atau mengendalikan kad pengembangan .
1.3 KAEDAH PENCEGAHAN
ELEKTROSTATIK DISCHARGE
1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD
• Kaedah terbaik untuk mencegah ESD adalah dengan
menggunakan ESD tali pergelangan tangan , pembumian
tikar , atau pembumian meja kerja. Contoh lain seperti
beg antistatik, penyembur antistatik dan lantai antistatik.
1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD
ESD TALI PERGELANGAN TANGAN
• Juga di sebut tali antistatic, ia
adalah
gelang
yang
dipakai
dipergelangan
tangan
yang
mempunyai
wayar
yang
bersambung antara gelang dan klip
untuk dikepilkan pada computer.
• ia memastikan pengguna sentiasa
dibumikan bagi mengelakkan cas
elektrostatik yang ada terkena
pada peranti yang sensitif dan
boleh merosakkan peranti terbabit.
1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD
ESD PEMBUMIAN TIKAR/MAT
• Juga
dikenali
sebagai
tikar
antistatic, tikar meja atau tikar lantai
berfungsi
mengurangkan
risiko
terkena renjatan cas elektrostatik
semasa bekerja pada computer
atau peranti yang sensitif dengan
cas elektrostatik.
1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD
BEG ANTISTATIK
• Antistatik beg merupakan sejenis
beg khas yang dihasilkan bagi
mengelakkan
kehadiran
cas
elektrostatik didalamnya.
• Digunakan
untuk
meletakkan
peranti yang sensitif dan mudah
rosak
akibat
kewujudan
cas
elektrostatik.
1.3 KAEDAH PENCEGAHAN ESD
SEMBURAN ANTISTATIK
• Penyembur antistatic adalah sejenis
penyembur cecair yang digunakan
untuk
menghilangkan
cas
elektrostatik dan menghalang dari
cas tersebut terhasil.
• Hanya
sebahagian
perkakasan
sahaja yang boleh digunakan.
KUIZ 1
• Apakah peralatan kecemasan yang diperlukan sekiranya
berlaku kemalangan di dalam makmal?
• Terangkan langkah-langkah untuk mencegah dari
berlakunya litar pintas di dalam makmal.
• Bagaimanakah cas elektrostatik terhasil?
• Terangkan apakah yang berlaku pada perkakasan
elektronik sekiranya terdapat cas elektrostatik semasa kita
melakukan kerja-kerja selenggaraan.
• Senaraikan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk
kerja-kerja pemasangan sistem komputer.
1.4 PEMASANGAN
PERKAKASAN KOMPUTER
1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PERALATAN
•
•
•
•
•
•
PEMUTAR SKRU
SKRU DAN BOLT
PENGIKAT KABEL
PLAYAR MUNCUNG TIRUS
PENYEPIT
BUKU MANUAL/RUJUKAN
1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PEMUTAR SKRU
• Peralatan utama dalam proses memasang dan
meleraikan perkakasan komputer.
• Bagi komputer peribadi, pemutar skru yang
digunakan bersaiz sederhana dan jenis (+).
• Pemutar skru saiz kecil dan jenis (+) sesuai
digunakan bagi pemasangan komputer riba
(laptop). Ini kerana skru yang digunakan
adalah kecil dan berkedudukan yang sukar
serta sempit.
1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
SKRU DAN BOLT
• Skru dan bolt diperlukan bagi mengikat
kedudukan perkakasan pada kekisi
komputer.
• Skru tambahan diperlukan bagi
menggantikan skru yang hilang.
• Skru khas digunakan bagi mengikat
papan induk pada kekisi.
1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PLAYAR MUNCUNG TIRUS
• Digunakan bagi mencapai kabel atau skru
pada kedudukan yang sukar dicapai.
• Bentuk
muncung
yang
runcing
memudahkan ia mencapai pada celahan
dalam komputer dan laptop.
• Juga boleh digunakan bagi mengikat kabel
atau menanggalkan perkakasan yang sukar
dilakukan dengan tangan.
1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PENYEPIT
• Digunakan bagi menanggalkan ‘jumper’
pada papan induk dan cakera keras.
• Mencapai komponen yang kecil dalam
komputer.
• Mengelakkan komponen rosak akibat
dari tangan pengguna yang basah.
1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
PENGIKAT KABEL
• Mengikat kabel lebihan dalam komputer
untuk tujuan kekemasan.
1.4 PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
BUKU MANUAL / RUJUKAN
• Sebagai rujukan dan panduan dalam
pemasangan komponen komputer.
• Mengandungi maklumat lengkap komputer
atau laptop.
RUJUKAN
BAHAN RUJUKAN
• http://www.slideshare.net/zuridashoheh/dokumentasikeselamatan#
• Rosenthal, Morris (2008),Computer Repair With Diagnostic
Flowcharts: Troubleshooting PC Hardware Problems from
Boot Failure to Poor Performance, USA : Lightning Source
Inc(ISBN-10: 0972380116).
• Iskandar(2009), Memasang Sendiri Komputer
Peribadi,Malaysia:Venton Publishing (M) Sdn.Bhd (ISBN
978-967-5065-61-3)
RUMUSAN
KESIMPULAN
• Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling
penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali.
• Mudah berlaku kemalangan yang mengakibatkan
kecederaan sekiranya aspek keselamatan tidak diambil
berat.
• Memastikan semua peralatan diselenggara dengan baik
bagi mengelakkan penyalahgunaan dan mudah untuk
digunakan.
• Penting untuk mengetahui kaedah penggunaan
peralatan dengan betul.
TUGASAN 1
• LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIDALAM MAKMAL
KOMPUTER