Kesan Kedatangan Islam di Nusantara

Download Report

Transcript Kesan Kedatangan Islam di Nusantara

IDA 152 : ISLAM DAN PERADABAN
Tajuk : Kesan Kedatangan Islam di Nusantara
Pensyarah : Maruwiah Ahmat
Disediakan Oleh : Alderine Shumok anak Bundan
Brissly anak David
Clby Pressly Petrus
Sylvester bin Jipinus
PENGENALAN
 Kedatangan Islam di nusantara tidak membawa apa-apa kesan dan
pengaruh terhadap masyarakat di nusantara berdasarkan dakwaan oleh
sesetengah pihak.
 Walaubagaimanapun, pendapat sedemikian amat keterlaluan dan tidak
bersandarkan kepada fakta yang sebenar. Menurut Profesor Syed
Muhammad Naquib al-Attas yang telah menyokong teori dan bukti Islam
datang dari Semenanjung Tanah Arab yang dikemukakan oleh John
Crawford, wujudnya suatu perubahan atau “Zaman Baru” di Eropah akibat
daripada kebangkitan Islam di Tanah Arab.
 Kedatangan Islam di nusantara juga sekali gus membawa suatu perubahan
di negara kita.
 Pendapat ini lebih kukuh dan berasas kerana kedatangan Islam ini
membawa satu bentuk persambungan dan perubahan.
 Namun, masih terdapat unsur-unsur tradisi dan kefahaman yang
bercanggah dengan Islam walaupun kedatangan Islam telah membawa
pelbagai perubahan.
 Perubahan yang berlaku di nusantara akibat daripada kedatangan Islam di
nusantara merangkumi 5 aspek utama.
Politik dan perundangan
Bahasa dan
kesusasteraan
Kesenian dan agama
serta kepercayaan
Kesan
Kedatangan
Islam di
Nusantara
Sosial dan
ekonomi
Pendidikan dan
ilmu pengetahuan
POLITIK DAN PERUNDANGAN
 Dari segi politik, ini jelas dibuktikan bahawa kedatangan Islam telah
memberi pengaruh dalam penggunaan nama Sultan atau Malik pada Rajaraja Melayu dan terbentuknya kerjasama antara ulama dengan umara
(pemerintah).
 Perubahan yang dibawa kesan daripada kedatangan Islam ke nusantara
jelas apabila wujudnya kerajaan Melayu-Islam yang berpunca daripada
gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh dan ulama-ulama ke
rantau ini.
 Selain itu, pertemuan di antara masyarakat Ta-Shih dengan Ratu Siam dari
kerajaan Ho-Ling (Kalingga) di Jawa Timur menyebabkan wujudnya
penempatan masyarakat Ta-Shih dan dikatakan pengaruh Islam telah
menjalar dalam pemerintahan Srivijaya.
 Ini mengakibatkan berlakunya pengislaman Raja Jambi yang pertama dan
kerajaan Srivijaya bertukar corak menjadi kerajaan Islam yang terkenal iaitu
“ Kerajaan Sribuza Islam ”. Namun, kerajaan tersebut tidak berkekalan
begitu lama akibat serangan daripada Dinasti T’ang.






Kerajaan Islam Perlak mula muncul pada abad ke-9 dengan Sultan
Maulana ‘Abdul Aziz Shah sebagai raja pertamanya.
Malah wujudnya pula kerajaan Samudera-Pasai pada abad ke-11.
Pengesahan keagungan raja di nusantara juga menghubungkan nasab
keturunan mereka dengan tokoh-tokoh besar Islam di samping hanya
melalui hadis yang disalahgunakan.
Kini asal-usul mereka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain atau Nabi
Khidir seperti di Melaka, serta dengan Nabi Adam atau Nabi Syith seperti
di Jawa selepas mereka dianggap sebagai inkarnasi atau penitisan para
dewa.
Terdapat pula dakwaan iaitu raja-raja sebagai Paku Buwono, yakni Paku
Alam ini, atau Amangkurat, yakni yang memangku dunia akhirat ini akibat
daripada pengaruh Syiah dan tasawuf tentang konsep imam dan wali
sebagai “ Qutb Alam ”.
Dari segi undang-undang pula jelas menunjukkan betapa taraf sosial
seseorang mempengaruhi bentuk hukuman yang akan diterimanya.
Semakin tinggi kedudukannya semakin besarlah kemungkinan terlepas
dari hukuman, sedangkan bagi rakyat jelata hukumannya lebih berat.



Contohnya tindakan Sultan Mahmud Syah yang menganiaya orang dan
keluarga pembesarnya sendiri, namun perbuatannya itu tidak dikenakan
hukuman kerana hanya sekadar raja berada ‘di atas undang-undang’ atau
kebal di sisi undang-undang.
Demikian juga keistimewaan yang dimiliki oleh golongan pembesar istana
seperti Bendahara dan Temenggung yang membolehkan mereka turut
terlepas dari hukuman.
Misalnya bendahara enggan merajakan Sultan Zainal Abidin di Pasai dan
Sultan Mahmud hanya sekadar murka serta tidak menegurnya selama tiga
hari. Rakyat biasa sudah pasti menerima hukuman yang lebih berat daripada
sultan mereka sekiranya mereka melakukan perbuatan sama seperti yang
dilakukan oleh bendahara berkenaan.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN





Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca ketika era kerajaan Melayu
Melaka (1400-1511).
Misalnya bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa lingua franca bagi
lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu .
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengetahuan, persuratan
perhubungan antara wilayah dan lain-lain lagi.
Kesan kedatangan Islam di tanah Melayu turut menjadikan Melaka sebagai
pusat pengajian dan penyebaran Islam yang terkenal pada zaman Sultan
Muzaffar Syah(1445-1459).
Di samping itu, pada kurun ke-16 Acheh muncul sebagai pusat penyebaran
Islam yang terkenal dengan ‘Serambi Mekah’. Acheh telah menjadi pusat
penterjemahan dan penjualan kitab-kitab suci yang berkaitan dengan ajaran
Islam.
Setelah kedatangan Islam ke nusantara, tulisan jawi telah digunakan dan
mengambil alih tulisan Pallava, Kawi serta Nagari. Tulisan arab atau jawi telah
diperkenalkan setelah kedatangan Islam dan perubahan besar yang berlaku
ialah apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan arab kepada
bahasa Melayu.





Selain itu, bahasa Melayu juga turut dipilih sebagai bahasa penghantar,
persuratan dan alat penyebaran serta penyampaian agama Islam di seluruh
tanah Melayu. Pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
agama Islam telah menaikkan taraf kecekapan dan kewibawaan bahasa
Melayu.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu telah menyebabkan
berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di alam Melayu.
Di samping itu terdapat juga penggunaan kata dan istilah dari bahasa Arab
yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu. Contohnya sultan,
syukur, masjid dan berkat yang sehingga kini masih digunakan di negara
kita.
Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalam kitab serta sastera
semasa pada zaman selepas itu,malah buku-buku sejarah juga mempunyai
tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis,
Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi.
Contoh pinjaman kata-kata Arab dalam pelbagai bidang:
Aspek/Bidang
Contoh perkataan
Ibadat
sujud, rukuk, solat, sah
Mualamat
wadiah, mudharabah, Qard al-Hasan
Munakahat
wali, ijab, kabul, nikah
Hukum
wajib, harus, makruh, haram
 Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih
penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat,
undang-undang dan pentadbiran. Kedatangan Islam di tanah Melayu telah
membawa perubahan yang besar dalam warisan kesusasteraan Melayu.
 Pengaruh sastera yang dibawa oleh Islam mempamerkan tema atau persoalan
yang memiliki nilai-nilai Islam. Bermula daripada karya yang bersifat mudah
kepada kompleks, semua hasil karya yang disesuaikan atau diterjemahkan
terbahagi kepada dua iaitu kumpulan prosa dan puisi.
 Karya berbentuk puisi ialah seperti syair yang mengandungi tulisan berangkap
dan mempunyai rima akhir ‘aaaa’. Sementara puisi terkenal yang dipengaruhi
oleh sastera Islam ialah seperti ‘syair perahu’ dan ‘syair burung pingai’ oleh
Hamzah Fansuri dan ‘syair makrifat’ oleh Abdul Rauf Fansuri.
 Bentuk lain puisi ialah rubai, nazam dan gazal.
 Kesusasteraan rakyat disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul,
binatang, jenaka, dongeng dan puisi seperti pantun, gurindam dan seloka.
Sehingga kini amalan ini masih lagi wujud di negara kita.
 Antara hasil kesusasteraan Melayu yang ditulis ialah seperti Hikayat Nabi
Muhammad saw, Hikayat Para Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para
Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-Ahli Sufi dan Orang-Orang Yang Salih.
 Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek
pendokumentasian malah turut mengalami perubahan dari aspek tema,
bentuk, genre dan matlamat sastera tersebut.
 Para sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan
sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fikah, ilmu
tasawwaut, ilmu kalam, falsafah dan sebagainya.
 Terdapat juga pelbagai hasil kesusasteraan Melayu yang dipengaruhi oleh ajaran
Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam sendiri. Contohnya ialah
Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbuah, Hikayat Nabi Bercukur dan
Hikayat Nabi Mikraj.
KESENIAN DAN AGAMA SERTA KEPERCAYAAN




Dalam bidang kesenian pula, pengaruh Islam dapat dikesan pada batu-batu
nisan, binaan-binaan, masjid-masjid dan perhiasan seperti seni khat dan
sebagainya.
Secara umumnya, terdapatnya tulisan-tulisan dan kalimah Arab dan
potongan ayat-ayat Al-Quran serta ajaran-ajaran Islam serta juga angkaangka Arab pada makam atau batu-batu nisan tersebut.
Kedatangan Islam membawa kesan terhadap kesenian di nusantara dapat
dibuktikan apabila terdapat tulisan syair Parsi dan pola hiasan daun yang
sama dengan hiasan permaidani Parsi pada batu nisan Naina Hisham alDin.
Mengenai batu nisan, sebenarnya ia merupakan karya seni Islam yang awal
sekali masuk ke nusantara. Antaranya ialah batu nisan Syeikh Abdul Qadir
Hussain Syah Alam yang bertarikh 903 M. yang dijumpai di Langgar, Kedah,
batu nisan seorang Arab yang dijumpai di Pekan, Pahang yang bertarikh
1082 M, batu nisan Sultan Malik al-Salih di Pasai yang bertarikh 1297 M,
batu nisan yang ditemui di Kuala Brang, Terengganu yang bertarikh 1303 M,
makam Maulana Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa yang bertarikh 1417 M, dan
batu nisan seorang puteri di Pasai yang bertarikh 1428 M.
 Kesenian batu nisan dan makam ini dapat dilihat pada bentuk dan juga hiasannya.
Pada bentuknya kalau diteliti batu nisan Maulana Malik Ibrahim itu mempunyai
bentuk seperti badan kapal terbalik yang mengesahkan pengaruh Parsi.
 Dari segi perhiasannya terdapat tulisan yang dipetik dari ayat-ayat suci Al-Quran
yang membuktikan kemahiran pengukirnya dalam seni khat Arab. Sesetengahnya
ada pula tulisan-tulisan syair Farsi, atau pola hiasan daun-daunan yang juga
menyamai gaya buatan Farsi.
 Selain daripada batu-batu nisan, bentuk masjid juga merupakan karya dan seni
bina Islam yang terpenting di nusantara.
 Dari segi corak dan polanya, bangunan masjid yang menunjukkan kronologi dari
abad ke-14 hingga ke-18 M masih mempertahankan kelanjutan struktur tradisional.
 Walau bagaimanapun, masjid berfungsi sebagai tempat-tempat ibadat tentulah
pengaruh Islam lebih tertonjol dan banyak kelihatan.
 Tiap-tiap bahagian bangunannya memberi gambaran kosmologi atau gambaran
alam semesta yang setiap bahagian tersebut mempunyai pengertian dan peranan.
 Kedatangan Islam ke tanah Melayu terutamanya telah mengubah kepercayaan
masyarakat Melayu daripada mengamalkan ajaran agama Hindu-Buddha kepada
kepercayaan animisme.
 Masyarakat Melayu percaya akan konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara
manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf.
PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN





Pengaruh Islam dalam semua bidang adalah berpunca dari kejayaan Islam itu
sendiri dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan pendidikannya.
Bersama-sama dengan kedatangan Islam juga telah berkembanglah ilmu
pengetahuan dan pendidikan.
Di Melaka perkembangan ilmu pengetahuan bukan sahaja berlaku di rumahrumah, masjid dan surau malah hingga ke istana-istana raja. Fungsi istana
selain daripada tempat-tempat belajar dan muzakarah, ini juga berperanan
sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku.
Golongan raja-raja dan pembesar-pembesar bukan sahaja menggalakkan
rakyat supaya mencari dan mendalami ilmu pengetahuan Islam bahkan
mereka sendiri melibatkan diri dalam kegiatan tersebut secara bersungguhsungguh.
Ulama-ulama asing yang datang bukan sahaja dijadikan guru malah diberi
kedudukan yang tinggi dalam hierki sosial yang setaraf dengan pembesar dan
pentadbir.
 Rakyat jelata juga digalakkan supaya belajar di mana-mana sahaja pusat
pengajian ketika itu dengan memberi penekanan intensif terhadap pengajian
al-Quran dan asas-asas agama.
 Hasil daripada kegiatan agama Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultansultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat
melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan.
 Mengenai pendidikan Islam di Acheh, sejarahnya bermula sejak zaman
kerajaan Perlak lagi yang mencapai kemuncaknya pada zaman kerajaan
Acheh pada abad ke-17 dan 18. Bermula dengan pendidikan dasar di masjid
dan madrasah (meunasah), lalu meneruskan pelajaran menengah di
rangkang, dan akhirnya menamatkan pengajian tinggi di Balee dan di Dayah.
 Walau bagaimanapun, masjid juga berperanan sebagai pusat pengajian tinggi,
antaranya ialah seperti Masjid Bait al-Rahim, Masjid Bait al-Rahman dan
Masjid Bait al-Musyahadah.
 Mengenai para guru dan ulama, kebanyakan mereka adalah orang-orang
asing seperti dari Tanah Arab, Parsi, Turki, India dan sebagainya. Walau
bagaimanapun Acheh juga mempunyai barisan ulamanya sendiri yang tidak
kurang handalnya. Di Acheh kedudukan ulama sangat tinggi sehingga ada
kalanya dia dapat bertindak sebagai wakil sultan sementara waktu sebelum
dipilih seorang sultan baru.
 Tentang murid-muridnya pula, pendidikan Islam di Acheh benar-benar bersifat
kerakyatan di mana kebanyakan mereka terdiri dari kalangan rakyat jelata.
Mereka sama ada berasal dari orang-orang tempatan sahaja ataupun dari
orang-orang luar Acheh, seperti dari Melaka, Pattani dan sebagainya.
 Dalam aspek ilmu pengetahuan, sudah pasti keutamaan diberikan kepada ilmu
syar’iyah atau naqliyah yang merangkumi tiga sendi ajaran Islam, iaitu ilmu tauhid,
ilmu fiqh dan ilmu tasawuf.
 Pertama sekali dalam bidang ilmu tauhid, seawal-awal kitab yang telah ditemui
ialah Kitab Tauhid oleh Ahmad bin Aminuddin dari Kedah.
 Di Acheh pula, antara tokoh yang terkenal ialah Nuruddin al-Raniri yang berasal
dari Gujerat, India. Dalam bidang tauhid, beliau pernah menterjemahkan kitab
Syarh al-Aqaid al-Nasafiyah oleh al-Taftazani, serta mengarang kitab Hidayat alIman.
 Dalam bidang fiqh pula, di Melaka pernah digunakan kitab Minhaj al-Talibin oleh
al-Nawawi sebagai rujukan.
 Di Acheh, kitab fiqh pertama yang pernah ditulis ialah Sirat al-Mustaqim oleh
Nuruddin al-Raniri, dan selepas itu muncul pula kitab Mir’at al-Tullab oleh Abdul
Rauf al-Fansuri dan Safinat al-Hukkam oleh Jalaluddin al-Tursani.
 Akhirnya dalam bidang tasawuf, perkembangannya sangat pesat sekali ekoran
dari kegiatan dakwah tokoh-tokoh sufi di Nusantara sejak abad ke-13 itu. Seawalawal kitab tasawuf yang pernah dijumpai di Nusantara ialah Bahr al-Lahut oleh
Syeikh Abdullah Arif, seorang mubaligh sufi yang menyebarkan Islam ke Sumatera
pada tahun 1165 M.
 Di Melaka, selain kitab Ihya Ulumiddin oleh al-Ghazali, juga digunakan kitab Insan
al-Kamil oleh Abdul Karim al-Jili dan kitab al-Durr al-Manzun oleh Abu Ishak alSyirazi sebagai rujukan dalam ilmu tasawuf.
SOSIAL DAN EKONOMI





Dari segi teorinya sistem sosial dalam Islam menolak sebarang perbezaan
darjat dan kedudukan, kecuali atas dasar ilmu dan taqwa. Tetapi dalam
praktiknya sistem sosial selepas kedatangan Islam juga tidak banyak
berubah kerana masih berasaskan semangat kesedaran kelas (class
consciousness).
Jika pada masa sebelumnya, susun lapis menyarakat terbahagi kepada dua
golongan, iaitu golongan pemerintah dan yang diperintah, maka selepasnya
juga kedudukan seperti ini terpelihara dengan baiknya.
Dengan merujuk kepada kerajaan Melaka, hierarki sosial masyarakatnya
dapat dibuat dalam bentuk piramid kerana golongan yang teratas sangat
sedikit bilangannya, sedangkan golongan paling bawah sangat ramai
bilangannya.
Dengan wujudnya hierarki sosial yang berbentuk superior-inferior seperti ini
melahirkan social barrier antara golongan atasan dengan golongan
bawahan, apalagi golongan atasan tinggal di kawasan supra-village sphere
yang terasing dari golongan bawahan.
Dengan adanya social barrier inilah yang menjadikan mobiliti sosial ke atas
terlalu sukar, oleh kerana yang dipentingkan ialah keturunan atau
kebangsawanan seseorang.
A
Sultan
Pembesar
Ulama istana
Rakyat biasa
B
Hamba
A = Golongan pemerintah
B = Golongan yang diperintah
 Ini bermaksud golongan bawahan mempunyai peluang yang sangat tipis dan
sukar untuk memperbaiki taraf sosialnya. Meskipun pernah berlaku mobiliti
menegak kepada tokoh seumpama Hang Tuah yang dapat meninggikan
tarafnya yang rendah ke peringkat tinggi, tetapi ini adalah suatu pengecualian
memandangkan jasa-jasanya yang amat banyak dan kesetiaannya yang bulat
terhadap sultan.
 Dari segi adat istiadatnya apa yang nyata ia diatur semata-mata untuk
memisahkan dan menjarakkan lagi jurang di antara kedua-dua kelas tersebut.
Sebab itu terdapatlah larangan-larangan tertentu terhadap rakyat, seperti
larangan memakai warna kuning, membuat anjung atau serambi bertiang
gantung, keris dan gelang kaki yang diperbuat dari emas meskipun ia
seorang kaya.
 Adat istiadat ini pun sebenarnya suatu undang-undang juga, oleh kerana
sesiapa yang melanggarnya dengan memakai benda-benda warna kuning
misalnya, akan dihukum bunuh.
 Manakala, ekonomi masyarakat nusantara masih bersifat agraria dengan
menjalankan kegiatan pertanian, perikanan, penternakan dan yang
seumpamanya yang masih lagi bergantung kepada pemberian alam.
 Kedatangan Islam sememangnya merancakkan dan mengaktifkan lagi
kegiatan perdagangan daripada sebelumnya. Di sana sini tumbuhnya pasarpasar dan kota-kota yang bersifat internasional, di mana terdapat pedagangpedagang asing dari China, India, Arab, Parsi, Turki dan sebagainya.
 Jika dahulunya sistem jual-beli dijalankan melalui barter trade dan juga melalui
mata wang, tetapi dengan pertambahan pedagang-pedagang asing sudah
semestinya lebih banyak dijalankan melalui sistem mata wang.
 Meskipun demikian tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sistem
ekonomi Islam ada diamalkan. Jika dirujuk kepada sistem ekonomi Islam,
terdapat Bait al-Mal atau perbendaharaan negara yang dikutip dari puncapunca zakat yang diwajibkan atau dari sedekah yang disunatkan serta
daripada punca-punca lain seperti jizyah, ghanimah, al-fai’ dan sebagainya.
 Sebagai tambahan, kedatangan Islam telah memperkenalkan konsep dasar
kesamarataan di nusantara di samping menggalakkan masyarakat hidup
saling membantu dan hormat-menghormati antara satu sama lain dan
mengambil pendekatan ukhuwah Islamiah.
 Malah, institusi masjid sebagai institusi yang dapat merapatkan hubungan
sosial antara sesama ahli anggota masyarakat diwujudkan.
KESIMPULAN




Secara keseluruhannya, tidaklah dapat dinafikan tentang kewujudan
pengaruh Islam di nusantara sama ada dalam bidang politik dan
perundangan, sosial dan ekonomi, kesenian, bahasa dan kesusasteraan
dan ilmu pengetahuan.
Namun begitu, warisan tradisi pra-Islam masih diteruskan tanpa tergugat
dan tercemar dalam semua aspek kehidupan masyarakat di nusantara.
Unsur-unsur pra-Islam secara sinkritisme telah memainkan peranannya
seiring dengan unsur-unsur Islam.
Walaupun wujudnya perubahan besar akibat dari kedatangan Islam tetapi
kita juga harus mengakui tentang adanya kesinambungan tradisi dalam
masyarakat nusantara.