File - UNIT KHIDMAT MASYARAKAT

Download Report

Transcript File - UNIT KHIDMAT MASYARAKAT

SAHSIAH
ANAK…
PARA PELAJAR DAPAT MEMPELAJARI :
 CARA MEMBENTUK SAHSIAH ANAK MELALUI
PERGAULAN DENGAN IBU BAPA, AHLI KELUARGA,
RAKAN SEBAYA, GURU, JIRAN DAN MASYARAKAT.
 MEMUPUK HARGA DIRI,MEMBIMBING ANAK BERDIKARI.
 HORMAT-MENGHORMATI IBU BAPA,GURU ,RAKAN
SEBAYA DAN JIRAN.
 MEMUPUK KESEPADUAN ANAK.
DEFINISI SAHSIAH
 Sahsiah bermaksud peribadi atau personaliti. Ia
merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi
orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat
personaliti individu yang membezakannya daripada
orang lain.
 Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan,
harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi
pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.
SUDUT ISLAM
Pembangunan sahsiah merangkumi semua aspek
iaitu jasmani, rohani, naluri dan akal individu. Ianya
boleh membina akhlak, peribadi dan perangai dengan
tujuan menjadikan seseorang itu mempunyai
tamadun, berakal, mempunyai nilai murni serta
berdaya maju.
KELUARGA
RAKAN SEBAYA
MASYARAKAT
PENGALAMAN
AWAL
SEKOLAH
MEDIA MASSA
KELUARGA
 Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa
dan taraf sosioekonomi keluarga.
 Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak
mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti
individu.
 Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta
perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung
telah diterapkan dalam diri kanak-kanak.
 Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan
pembentukan sahsiah yang sihat.
 Corak didikan ibu bapa yang bersifat demokratik akan
membantu kanak-kanak dalam proses membuat
keputusan.
 Terdapat tiga cara utama bagaimana seseorang
individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka.
 Pertama, anak-anak mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau
disukai oleh kumpulan rakan mereka.
 Kedua, mereka terpengaruh dengan kepimpinan
dan kemampuan rakan mereka.
 Ketiga, mereka ingin membuktikan kebolehan diri
dan memperolehi pengakuan dan penghargaan
rakan.
 Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang
sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab,
berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang
lain.
 Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta
benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan
lebih banyak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan.
 Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar
undang-undang demi memperolehi kekayaan.
 Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai
masyarakat boleh menghasilkan sahsiah anak yang tidak diingini.
PENGALAMAN AWAL
 Pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang
besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa
anaka tersebut melangkah ke peringkat dewasa.
 Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan
kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut
sentiasa merasa bimbang dan bersalah.
 Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah
diri dan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau
konsep kendiri kanak-kanak tersebut.
 Impak tersebut secara tidak langsung akan menjejaskan
perkembangan sahsiah individu serta cenderung
membentuk sahsiah kendiri yang negatif.
 Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal.
 Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru akan
menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah.
 Guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru yang penyayang
akan membentuk emosi murid-murid yang stabil.Sifat-sifat baik ini akan
menjamin sahsiah yang sihat.
 Sebaliknya, guru yang tidak adil, pilih kasih atau suka memarahi murid-murid
lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang tidak baik.
 Persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan pembangunan
sahsiah berlaku.
 Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah yang
sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaran yang
menyenangkan.
 Filem dari Barat mempengaruhi tingkah laku anak.
 Internet yang mengandungi laman web lucah akan
meruntuhkan akhlak remaja.
 Rancangan bebas yang disiarkan dalam televisyen
mempengaruhi sahsiah anak.
JAGALAH
KEBERSIHAN
PERSEKITARAN.
BERI PERTOLONGAN
YANG SESUAI.
SAYANGILAH
HAIWAN
PELIHARAAN.
HORMATI
ORANG LAIN.
JANGANLAH
MEMBOHONG.
FIKIRKAN AKIBAT
TINGKAH LAKU
SENDIRI.
PEKA PADA
KEPERLUAN
ORANG LAIN.
TOLONGLAH
IBU BAPA.
KESAN SAHSIAH NEGATIF
 Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling.
 Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama.
 Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap
individu berkenaan.
 Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya
remaja pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
 Wujudnya tekanan perasaan dan emosi yang tinggi ke atas
perbuatan yang telah dilakukan.
Sahsiah anak perlu dibentuk mengikut tahap
kefahamannya berdasarkan ajaran agama dan nilai budaya
masyarakat.
Pembentukan sahsiah perlu dipupuk sejak peringkat awal.
Pembentukan sahsiah boleh mengekal kesinambungan
budaya Malaysia dari generasi ke genarasi.