bab 1: pengenalan ilmu ketamadunan

Download Report

Transcript bab 1: pengenalan ilmu ketamadunan

Kandungan:
1. Pengenalan
2. Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun
3. Takrif dan Ciri Tamadun
4. Kepercayaan, Agama dan Tamadun
5. Hubungan Tamadun dengan Budaya dan Bangsa
6. Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun
7. Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun
8. Interaksi antara Tamadun
9. Dialog antara Tamadun / Peradaban
Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun
 Berlaku kekeliruan dalam memahami pengajian ketamadunan dan






sejarah tamadun
Pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri
serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak
Sejarah tamadun merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh
sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan kemundurannya.
Amnya – pengajian ketamadunan tidak begitu terikat kepada batasan
zaman, manakala sejarah tamadun dibatasi faktor masa.
Kedua2nya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan
akan menjadi subjek yang hambar dan kosong. Melalui sejarahlah ilmu
dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dibangunkan serta
dikembangkan.
Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi
kompenan dlm pengajian ketamadunan spt agama, falsafah, kajian
bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi dsb.
Pengajian ketamadunan turut merentasi perbincangan tentang masa
lampau, masa kini dan masa depan.
TAKRIF DAN CIRI TAMADUN
 Perkataan tamadun diguna bagi menggambarkan taraf
pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah
masyarakat khususnya dari aspek ilmu pengetahuan dan
fizikal.
 Perkataan tamadun berasal dari bahasa Arab – maddana =
perbuatan membuka bandar/kota serta perbuatan
memperhalus budi pekerti.
 Daripada perkataan tersebut diterbitkan perkataan madani
= sifat sesuatu yang berkaitan dengan cara hidup yang
menzahirkan kehalusan budi pekerti yang terpuji.
 Perkataan maddana & madani sebenarna berasal daripada
din = agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama
 Tamadun ditakrifkan – pencapaian dan pembangunan dalam segala




perlakuan, pemikiran dan kemajuan (spt. sains dan teknologi,
kesenian, kesusasteraan dll) yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan.
Istilah tamadun diperkenalkan oleh Jurji Zaidan (Tarikh al-Tamaddun
al-Islami)
Ibn Khaldun merupakan sarjana Islam lebih awal menulis mengenai
ketamadunan. Beliau menggunakan istilah Umran bg menjelaskan
makna tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.
Beliau membezakan masyarakat kepada dua : umran hadhari – yg telah
capai kemajuan, umran badawi – yg blm maju.
Beliau telah mengemukakan teori kitaran di mana sesuatu peradaban
akan bertahan sekitar tiga generasi:
 Generasi awal – memiliki semangat juang dan kekitaan dan solidariti
sosial yang tinggi
 Generasi pertengahan – memiliki keupayaan intelek, ilmu dan
kemahiran
 Generasi akhir – mula lemah dan dilingkungi kemewahan, kehilangan
akhlak dan jatidiri yg membawa kepada kemerosotan peradaban.
 Ibn Khaldun tlh mengemukakan teori ‘al-ta’awun’
iaitu konsep pergantungan
antara satu anggota
masyarakat dengan yang lain bagi merubah
masyarakat dari badawi ke hadhari.
 Ianya menyamai makna ‘division of labour’ dlm
sosiologi moden.
 Istilah ‘tamadun’ dan ‘peradaban’ digunapakai dlm
bahasa Melayu slps kedatangan Islam.
 Sebelum kedatangan Islam istilah berikut digunakan:
 Budaya = keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti.
 Pembangunan
dan kemajuan =
peningkatan kehidupan masyarakat
menggambarkan
 Perkataan sama makna dgn tamadun dlm bahasa
Inggeris – ‘civilization’ – berasal drpd perkataan latin
‘civitas’ = kota / bandar.
 Civilization menekankan penggabungan ketinggian
budaya dgn kemajuan kebendaan.
 Dalam tradisi Barat, civilization ditandai dengan
pencapaian ilmu dan teknologi, aktiviti ekonomi,
politik, kemasyarakatan dan penempatan di bandar.
 Civilization juga menggambarkan budaya (culture).
Oleh yg demikian pencapaian suatu tamadun sering
diukur berasaskan tahap kompleksiti suatu organisasi
sosial melalui aktiviti masyarakat.
Ciri Tamadun
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Wujud sistem kepercayaan dan agama
Wujud penempatan di sesebuah @ beberapa kawasan yang
membentuk bandar seperti Lembah Nil, Lembah Indus
Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik
Wujud sistem institusi sosial spt politik, pendidikan yg
teratur
Muncul penggunaan bahasa yang serumpun dan sistem
tulisan tersendiri sebagai perantaraan komunikasi
Wujud sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai
Lahir daya reka cipta dlm teknologi dan pembinaan bg
keselesaan hidup
Lahir dan berkembang daya kreativiti dlm menghayati
falsafah, kesenian, sastera dan nilai estetika.
Kepercayaan, Agama dan Tamadun
 Agama berperanan penting dalam kehidupan manusia.
 Pembinaan pekerti mulia dan bermoral berkait rapat
dengan kepercayaan beragama dan ianya penting dalam
kehidupan bertamadun.
 Peninggalan tamadun-tamadun silam menggambarkan
penghayatan yg tinggi terhadap kehidupan berasaskan
kepercayaan dan beragama.
 Namun tamadun Barat kontemporari memperlihatkan
memisahkan nilai keagamaan dlm kehidupan.
 Umumnya, terdapat 2 pandangan:
 Agama mempunyai pengaruh dan peranan terhadap tamadun
 Sangsi tentang peranan agama terhadap tamadun
Hubungan Tamadun Dengan Budaya
 Budaya – tatacara bertindak ke atas persekitarannya
dlm mengurus kehidupan bermasyarakat.
 Tamadun berbeza daripada budaya apabila:
1.
2.
Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan
berbanding pengaruh dan natijah budaya. Cth:
kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) berbeza
dgn cara berpakaian dan pemilihan jenis makanan
yang berubah (natijah budaya)
Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah
sedangkan budaya dikaitkan dengan negara/wilayah.
Cth: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya
mengikut negara
Hubungan Tamadun dan Bangsa
 Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dgn sejarah, tradisi
dan budaya kawasan geografi tertentu.
 Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan
geografi dan melampui bangsa dan kebangsaan.
 Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa
spt tamadun Barat di Eropah dan Amerika.
 Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan
bangsa.
 Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan
tamadun akan melampui batas kebangsaan.
 Namun imej tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa
peneraju. Cth: tamadun Islam yg berkembang di Alam
Melayu – memperlihatkan imej kemelayuan dan pd masa
yg sama Islam sebagai asas nilai.
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun
1. Kedudukan yang strategik – faktor geografi. Spt:
Tamadun Mesir di lembah Nil.
2. Rangsangan keagamaan – ajaran agama dan amalan
rohani mendorong manusia menghayati nilai kehidupan.
3. Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai.
Pemimpin dan masyarakat menghayati nilai moral dan
mencintai ilmu. Cth: al-Farabi, Ibn Khaldun (tamadun
Islam), Kung Fu-Zi (tamadun Cina)
4. Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi.
Berlaku bagi membebaskan diri daripada kesengsaraan
hidup.
5. Toleransi dengan tamadun lain. Wujud interaksi
antara tamadun membuka ruang menerima tamadun
lain. Cth. Tamadun Islam menerima sumber ilmu
astronomi drpd tamadun Yunani.
Kemerosotan Tamadun
 Ibn Khaldun – kebangkitan dan kejatuhan sesebuah
tamadun adalah mengikut hukum kitaran sejarah.
 Antara punca kemerosotan sesebuah tamadun:
1.
2.
3.
4.
5.
Jurang sosial. Iaitu antara kaya dgn miskin.
Kezaliman.
Keruntuhan moral.
Jumud (sikap tertutup/tidak mahu menerima
perubahan)
Bencana alam.
Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun
 Perbezaan antara tamadun lazimnya dilihat dari aspek teologi /
kepercayaan. Ianya sering menimbulkan percanggahan
pendapat.
 Namun persoalan etika kurang menimbulkan kontrovesi.
 Persamaan dan perbezaan antara tamadun, dpt dilihat pada
persoalan etika berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Alam sekitar
Keluarga
Masyarakat
Kerajaan
Ekonomi
Pendidikan
Kesihatan dan Kesejahteraan
 Memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun sewajar
menjadikan kita bersikap terbuka ke arah keharmonian.
Interaksi Antara Tamadun
 Telah wujud interaksi antara tamadun dlm sejarah
hasil keterbukaan dan semangat toleransi. Ianya
membawa implikasi sama ada positif @ negatif.
Tamadun yang Kuat
dengan yang lemah
Lingkungan Budaya yang
Sama
Jenis Interaksi
Budaya dan Tamadun yang
Berbeza
Interaksi dalam Sejarah
DIALOG ANTARA TAMADUN / PERADABAN
 Dialog :
1.
2.
satu perbincangan @ perundingan antara dua pihak
yang bertelingkah (Kamus Dewan)
Suatu percubaan antara dua pihak yang berlainan
pendapat, kepercayaan, pandangan untuk
melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat dgn
tujuan menambah pengetahuan, meningkatkan
kefahaman dan membolehkan utk saling
memahami.
 Perlunya dialog apabila manusia menyedari
kepelbagaian masyarakat dari segi geografi, budaya
dan agama.
Pembudayaan Dialog di Malaysia
 Berlaku sejak 1980an
 Melibatkan sarjana, ahli agama dan cendiakawan
 Dialog dalam kehidupan harian melalui proses
bekerjasama dan komunikasi – pekerjaan, perniagaan,
sekolah
Prinsip Dialog
1. Memahami dan menyedari tujuan dialog
2. Mendatangkan manfaat
3. Ada keikhasan
4. Berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan
nilai)
5. Cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan
dialog
6. Berhemah
7. Tidak prejudis
Halangan Dialog
1. Bertukar agama
2. Perasaan rendah diri dan tidak bersedia
3. Sindiran sosial – persoalkan kemampuan @
ketulenan iman
4. Syak wasangka terhadap penganjur terhadap tujuan
dialog