Aurat - WordPress.com

Download Report

Transcript Aurat - WordPress.com

BATASAN AURAT
Ayat alQuran
Surah anNur:
30 hingga 31
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan. [30]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau
bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak
tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji
dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [31]
Apa itu Aurat?
Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan
dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi
kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat.
Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita
mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap
kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan
kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
melampaui batas.
(al-A`raaf :31)
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)
“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu
miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’
Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya
selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud)
BATASAN-BATASAN AURAT
Aurat di Khalayak Ramai
Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia
dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup
bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.
Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan
dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan
menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.
Aurat dengan Ahli Keluarga
Bagi lelaki, antara pusat dan lutut
Bagi perempuan, antara pusat dan lutut
Aurat ketika berseorangan
Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan
setengah ulama berpendapat hanya dua
kemaluan yang wajib ditutup.
Aurat perempuan, antara pusat dan lutut
Aurat Sesama Jantina
Aurat lelaki dengan lelaki, antara pusat
dan lutut
Aurat perempuan dengan perempuan,
antara pusat dan lutut
** Jika menimbulkan fitnah wajib
ditutup seluruh tubuh badan
ETIKA MENUTUP AURAT
1.
2.
3.
4.
Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat.
Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan
ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke
pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan
manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya
Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti
pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi
symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan
sebagainya.
Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu
pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang
ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup
aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu
dijaga.
Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya
penggamit pandangan.
HUKUM MELIHAT AURAT
1. Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama
jenis. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis.
2. Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan
pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama
dengan pandangan kedua
3. Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada
seorang lelaki ataupun perempuan.
4. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan
manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.
5. Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan
sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa
ada mahram yang menemani. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan
pesakit, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan
syarat tiadanya ahli perubatan sama jantina di sana. Ketika ini, haruslah
melihat kepada aurat pesakit tersebut.
AURAT DAN MARUAH
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan
lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia
menjaga maruah dirinya, malah maruah
wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri
wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat
telah menetapkan supaya wanita berpakaian
longgar dengan warna yang tidak menarik
serta menutup seluruh badannya dari kepala
hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan
dari segi harta dunia seperti intan dan
berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan
disimpan pula di dalam peti besi yang
berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan
wanita. Kerana wanita yang bermaruah
tidak akan mempamerkan tubuh badan di
khalayak umum.
Kesempurnaan dalam menutup AURAT
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya sematamata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan
dunia. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun
pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi
menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai
tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau
berseluar ketat dan sebagainya.
Pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup
auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu
pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita,
dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki
bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari
menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana
wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita
Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan
bangga dalam diri.
MENJADI FITNAH???
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada
orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan
teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan
pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangantangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi
maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes
besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.
Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan
tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung.
Aurat wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari
masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka
mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun,
kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada
baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.
Elakkan pergaulan bebas. Jangan lagi berjalan ke
hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada
Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan
jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan
qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba tingkatkan
amalan lain. Jangan tinggal sembahyang. Didik diri
menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat
kasar dan sifat suka bercakap dengan suara
meninggi,sikap suka mengumpat, suka mengeji
dan mengata hal orang lain.
Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan
maruah sebagai wanita Islam.
KESILAPAN WANITA DALAM MENUTUP AURAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan
hujung rambutnya.
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak
di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka
terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga
boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah
tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di
dunia ini akan terlindung dan amat sukar
untuk diperolehi. Dimana kamu boleh
dapatkan permata? Tertanam jauh di perut
bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana
kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di
dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh
kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari
emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung
dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu.
Kamu kena berkerja keras untuk
mendapatkanya.”
“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah
lebih berharga daripada emas mahupun
permata oleh itu kamu juga perlu
bertudung.”
Petikan dari buku : More Than A hero :
Muhammad Ali's Life Lessons Through
His Daughter's Eyes.
Hana Ali
Sekian…
Semoga menjadi
peringatan kita
bersama