2-bagaimana hendak memulakan kajian tindakan

Download Report

Transcript 2-bagaimana hendak memulakan kajian tindakan

 Fikirkan refleksi pengajaran sendiri;
 Adakah terdapat sebarang persoalan yang
sejak beberapa lama anda ingin siasat ? atau,
 Adakah terdapat sebarang aspek pengajaran
/mata pelajaran yang anda ajar, yang anda
dapati sering menimbulkan persoalan/masalah
dan telah lama anda fikirkan? atau,
 Apakah terdapat sebarang situasi yang
menimbulkan kesukaran dan anda ingin
menghadapinya dengan lebih berkesan?
• Setelah idea-idea atau perkaitan yang timbul
difikiran anda dicatatkan, anda mungkin boleh
melahirkan idea-idea lanjutan dengan
menggunakan ayat-ayat seperti;
Saya ingin memperbaiki….. atau,
Saya lemas dengan keadaan ….. atau,
Selalu sahaja saya rasa geram dengan …..
atau,
Saya ingin mencuba ….. atau,
Bagaimana kaedah yang saya pelajari
dalam kursus ….. boleh saya cubakan …..
• Cuba perluaskan apa yang anda telah tuliskan
setakat ini berkenaan idea-idea anda itu dengan
menggunakan soalan-soalan seperti yang
berikut;
• · Apakah yang berlaku dalam situasi tersebut?
• · Apakah yang guru lakukan?
• · Apakah pula yang murid lakukan?
• · Apakah faktor-faktor yang pada pendapat
anda penting bagi memahami situasi
tersebut?
Cuba rumuskan apa yang anda telah
lakukan itu yang mungkin dapat
dijadikan titik mula kajian anda. Pada
peringkat ini jangan terus membuat
plihan terhadap mana-mana rumusan
dahulu. Sebaliknya pilih beberapa idea
yang mungkin boleh digunakan, dan uji
idea-idea itu dalam konteks tugasan
anda seharian.
CONTOH REFLEKSI GURU
“Pelajaran berjalan lancar. Pelajar menumpukan perhatian
sepenuhnya.” (11.2.08)
“Masih ada pelajar yang tidak membuat nota.” (12.2.08)
“Kebanyakan murid memahami pelajaran yang diajar.”
(13.2.08)
(Buku Rekod Pengajaran Cikgu R)
“Student gives their attention while teaching.” (Cikgu SN,
28.1.08)
“Objektif berjaya dicapai. Setiap pelajar menunjukkan
kesungguhan untuk memahami pembelajaran hari ini.”
(Cikgu A, 1.2.08)
CONTOH REFLEKSI GURU
“Pelajar dan guru membincangkan jawapan
setiap soalan.” (24.9.07)
“Pelajar dapat menyiapkan latihan dalam masa
kelas.” (24.9.07)
(Buku Rekod Pengajaran Cikgu P)
CONTOH REFLEKSI GURU
• Pelajar memberi kerjasama
sepenuhnya.(27.6.08) Guru Y
• Beberapa orang pelajar sahaja yang ingin
belajar(27.6.08) guru Y
• Objektif tercapai .(25.6.08) Guru Y
• Pelajar memberikan kerjasama
sepenuhnya. (25.6.08) Guru Y
• Sebahagian besar pelajar dapat mengisi
tempat kosong dengan peribahasa yang
sesuai (26.6.08) Guru A
Guru-guru tidak prihatin dengan penerimaan
pelajar. Asalkan mereka dapat melakukan apa yang
dirancang, mereka anggap pengajaran sudah
berjaya.
Catatan tersebut tidak menunjukkan ada sebarang
usaha untuk merenung kembali tindakan /
pengajaran yang dijalankan.
Daripada pencerapan saya, saya mendapati
pengajaran guru-guru yang tersebut di atas begitu
membosankan, namun mereka tidak sedar diri.
Mereka anggap pengajaran mereka “okaylah”.
Apabila saya mula mengajar kelas tersebut saya
merasa sedikit sedih kerana 80% daripada muridmurid tersebut tidak memahami istilah sains
yang mudah dalam bahasa Inggeris.Saya telah
mencuba berbagai-bagai cara untuk memberi
kefahaman…tetapi,
semakin sukar…Kadangkadang saya juga terfikir masalah ini berpunca
daripada diri saya sendiri disebabkan kurangnya
pengalaman………….
Selama 3 tahun, saya telah mengaplikasi
pelbagai teknik P & P seperti perbincangan,
kuiz, latih tubi, sumbang saran, projek
berkumpulan…..bagaimanapun…belum
mampu untuk meningkatkan kualiti
pencapaian…Saya mula menyedari bahawa
terdapat kelemahan dalam proses P & P
saya…saya
perlu
bertindak
untuk
mengatasinya
Saya sangat marah apabila murid-murid
tidak tahu menjaga kebersihan…Saya
selalu mengamuk tentang kebersihan
murid-murid saya. Hampir setiap kali saya
masuk kelas saya akan menyuruh murid
menyapu sampah…Kadang-kadang saya
bosan
dengan
yang
begitu
setiap
hari…Saya ingin sekali supaya muridmurid saya berubah. Saya takut sekiranya
mereka tidak dididik dengan baik mereka
akan membawa tabiat ini sehingga dewasa.
• Sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa
Inggeris kelas 2 Cendekiawan saya dapati mereka
kurang berminat . Apabila diajukan soalan
mereka sering menjawab tidak faham malah
menjawab sambil lewa. Saya dapati kebanyakan
mereka tidak menyiapkan kerja yang diberikan
walaupun diminta untuk menulis satu ayat
mudah seperti ; This is a pencil …
• Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa
bersalah dan saya perlu memperbaiki kelemahan
yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya
telah membuat keputusan untuk memperbaik
kelemahan diri serta mempertingkatkan
pembelajaran murid-murid saya …..
SLIDE 3