hikmah_di_sebalik_ujian_allah
Download
Report
Transcript hikmah_di_sebalik_ujian_allah
Segala pujian dan
kesyukuran ini
hendaknya kita semua
merafa’kannya ke
hadhrat Allah SWT.
pada hari Jumaat
yang mulia ini
Di kesempatan
kita berada dalam
masjid yang
penuh barakah,
saya berpesan
kepada diri saya
dan kepada
sidang Jumaat
sekalian
marilah sama-sama
kita meningkatkan
ketaqwaan kita
kepada Allah SWT
dengan bersungguhsungguh
melaksanakan segala
perintah-Nya dan
meninggalkan segala
larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita
memperolehi
keberkatan dan
keredhaan serta
perlindungan Allah
SWT di dunia dan di
akhirat.
Berdasarkan kepada fitrah kejadian
manusia bahawa kehidupan di dunia
merupakan satu ujian daripada Allah
SWT kepada hambanya,
ujian ini dalam pelbagai bentuk
samada kesenangan, kebahagiaan,
kesedihan, malapetaka yang menimpa
diri sendiri, kaum keluarga,
masyarakat ataupun negara.
Maksudnya
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh), dan
(dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa
serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar (Iaitu) Orang-orang
yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami
adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
kami kembali
Sejarah
menunjukkan
bahawa Nabi
Ayub AS
adalah salah
seorang nabi
yang paling
banyak
menerima
ujian dalam
hidupnya.
Baginda
berhadapan
dengan ujian
kehilangan
kesemua anak
kesayangannya
, kehabisan
harta
kekayaannya,
menghidapi
penyakit, kaum
kerabat dan
isterinya
menjauhi Nabi
Ayub AS.
Namun, Nabi
Ayub AS
menghadapi
segala ujian
ini dengan
penuh
kesabaran
dan
berkeyakinan
bahawa
semua
ketentuan
Allah SWT ini
mengandungi
pelbagai
hikmah di
sebaliknya.
Sebagai seorang
yang beriman
kepada Allah SWT
dan beriman dengan
qada’dan qadar-Nya,
kita mestilah yakin
bahawa setiap
ketentuan dan takdir
Allah SWT itu ada
hikmah di
sebaliknya dan tidak
berlaku sesuatu
dengan sia-sia.
Oleh itu, kita
berkewajipan untuk
menerima apa jua
yang terjadi dalam
persekitaran hidup
kita dengan penuh
kesabaran dan
keimanan agar
dengan cara ini
ianya akan
meningkatkan
ketaqwaan kita
kepada Allah SWT.
Ketahuilah bahawa setiap ujian yang
menimpa manusia mempunyai
beberapa pengajaran yang berbeza.
Bagi mereka yang beriman, maka
ujian yang ditimpa merupakan satu
iktibar dan merupakan satu
peringatan dalam bentuk kasih
sayang dari Allah agar mereka
kembali pada jalan-Nya, yang
penting kita harus sabar
menghadapinya.
Ujian yang diturunkan
Allah SWT kepada kita,
pasti sudah ditetapkan
dengan penuh keadilan.
Tak mungkin ujian yang
menimpa itu, melampaui
batas kemampuan kita.
Kerana Allah tidak
pernah menzalimi
hamba-hamba-Nya.
Negara kita,
Tanahair yang
kita cintai ini
telah mengalami
pelbagai situasi
kesulitan
seperti
banjir yang melanda
di sebelah Pantai
Timur, Selatan dan
Utara tanahair,
wabak denggi,
jerebu,
kemarau panjang,
debu/habuk gunung
berapi yang meletup
di negara lain
dibawa angin sampai
ke dalam negara ini
dan lain-lain
peristiwa yang
memberi kesan
kepada keamanan
dan keharmonian
hidup kita.
Semua keadaan
yang telah berlaku
dalam negara ini
satu persatu telah
ditangani oleh pihak
pemerintah dengan
baik, penuh hikmah
dan bijaksana.
Terkini negara kita sedang menghadapi
situasi kehilangan sebuah pesawat MH370.
Justeru,
semua pihak berkewajipan supaya bertenang dan
tidak mengambil kesempatan dalam suasana ini untuk
memanipulasi keadaan dengan menyebar beritaberita palsu samada melalui media massa, media
cetak, internet dan sebagainya.
Sebaliknya marilah kita sama-sama
bermuafakat untuk membantu
menenangkan hati dan perasaan
keluarga mangsa yang terlibat.
Sebagai seorang muslim yang
prihatin dan beriman dan kepada
seluruh masjid dan surau dalam
negara ini,
marilah sama-sama kita
menunaikan solat hajat dan berdoa
kepada Allah SWT agar segala
kemelut ini dapat diselesaikan
dengan sebaik mungkin.
Mengambil kesempatan dalam khutbah hari ini, memandangkan
kepada keadaan cuaca yang berjerebu, maka mimbar yang mulia
ini menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mengambil
peranan bagi memastikan keadaan berjerebu ini tidak
berpanjangan dengan mengambil langkah-langkah berikut:
Mematuhi segala amaran dan nasihat
pihak berwajib dalam menangani
masalah jerebu,
Mengurangkan aktiviti luar yang boleh
menjejaskan kesihatan dan kehidupan,
Mengawal pencemaran udara seperti
melakukan pembakaran terbuka,
penggunaan kenderaan bermotor dan
sebagainya,
Memastikan kita meminum
air bersih lebih banyak dari
biasa dan kerap
membersihkan diri,
Memakai alat perlindungan
pernafasan apabila berada di
luar rumah.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah samasama kita mengambil iktibar seperti berikut:
PERTAMA:
Yakinlah ujian itu merupakan tanda
kasih Allah SWT pada hamba-Nya.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A
yang berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik
maka dia akan diberi-Nya cubaan”
(Hadis Riwayat Bukhari)
KEDUA:
Yakinlah semakin besar
dan banyak cubaan
yang Allah turunkan
kepada kita, makin
besar pula pahala dan
sayang Allah yang akan
dilimpahkan kepada
kita.
KETIGA
Sentiasa optimistik
bahawa kita boleh
menyelesaikan
setiap ujian hidup
yang Allah berikan,
kerana Allah tidak
akan memberikan
ujian hidup di luar
kemampuan hambaNya.
Segala puji-pujian
hanya bagi Allah SWT