File - Cikgu K3 PISMP Semester 3

Download Report

Transcript File - Cikgu K3 PISMP Semester 3

Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2 Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia.

Siti Aishah Mohd Yusof Nurul Sakinah Hashim

Soalan 1

Nyatakan Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik : a. Konsep Budaya b. Kebendaan c. Bukan Kebendaan

Konsep Budaya Kebendaan Bukan Kebendaan Ciri-ciri Budaya

• • • •

Perkataan budaya berasal daripada perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’.

‘Budhi’ bermaksud kecergasan fikiran dan akal.

‘Daya’ bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.

Kesimpulannya, menurut Kamus Dewan budaya merupakan kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dan sebagainya.

• •

Menurut Nik Safiah Karim pula, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.

Selain itu, budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua:

Kebendaan

Bukan Kebendaan

Budaya Kebendaan

• •

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, dan sebagainya.

Sebagai contoh, orang Melayu mempunyai reka bentuk rumah yang berbeza dengan orang Inggeris.

Budaya Bukan Kebendaan

• • •

Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.

Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan.

Contohnya, dalam adat perkahwinan Melayu pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala dalam masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki.

Ciri-ciri Budaya

• • • • • • •

Dipelajari Dikongsi Bersifat sejagat Diwarisi Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semesta (worlwide)

Soalan 2

Huraikan secara ringkas maksud Perpaduan dan Integrasi, Segregasi, Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi dan Amalgamasi

PERPADUAN

Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

INTEGRASI

Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan geografi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, dan politik.

UNSUR INTEGRASI

Integrasi Wilayah • mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara yang maju dan kurang maju contohnya Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.

Integrasi Ekonomi • mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

Integrasi Kebudayaan • membentuk satu kebudayaan kebangsaan.

Integrasi Sosial Integrasi Pendidikan Integrasi Politik • merangkumi usaha-usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui aktiviti sosial antaranya sukan, pendidikan (aktiviti kokurikulum), kesihatan dan sebagainya.

• mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi JERI. Contoh penubuhan sekolah Wawasan, Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari.

• menyatukan rakyat melalui kerjasama politik seperti Parti Perikatan.

SEGREGASI

Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

AKOMODASI

Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya hidup masing masing.

AKULTURASI

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

ASIMILASI

Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

AMALGAMASI

Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.

SEKIAN, TERIMA KASIH.. =)