KARANGAN UMUM-RENCANA

Download Report

Transcript KARANGAN UMUM-RENCANA

KARANGAN 7: RENCANA
JUMAAT 2 OGOS 2013
FORMAT RENCANA
1. Karangan jenis ini ditulis untuk siaran akhbar
atau majalah.
2. Ditulis untuk memberi penerangan tentang
sesuatu tajuk atau isu bagi maklumat para
pembaca.
3. Perlu meletakkan tajuk rencana dan nama
penulis rencana.
CONTOH SOALAN, TAJUK RENCANA
DAN NAMA PENULIS RENCANA
Sebagai seorang penulis di sebuah akhbar
tempatan, anda diberi tugas untuk menulis
sebuah rencana tentang keistimewaan Malaysia
dan usaha-usaha yang dijalankan untuk
menggalakkan pelancongan di Malaysia.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Keistimewaan Malaysia dan Usaha-usaha yang
Dijalankan untuk Menggalakkan Pelancongan di
Malaysia
Oleh : Angelina Sophia
PENDAHULUAN
-Malaysia merupakan salah sebuah destinasi pelancongan utama di
dunia.
-Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah
bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand
dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia
Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.
-Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu
dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru,
banyak syarikat besar yang tumbuh bak cendawan selepas hujan serta
agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong
berkunjung ke Malaysia.
-Persoalannya, apakah keistimewaan Malaysia dan apakah pula
usaha-usaha yang dijalankan untuk menggalakkan pelancongan di
Malaysia?
ISI 1
AI- mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati
AH1- tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing
yang berkunjung ke negara kita.
C1- Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu
sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para
pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping
melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buahbuahan tropika.
C2 – mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang
berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong
dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun
menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ.
AP – dengan adanya tempat menarik untuk dilawati, sudah pasti pelancong
dari dalam dan luar negara akan tertarik untuk melancong ke negara kita.
ISI 2
AI - keadaan iklim semula jadinya yang panas dan lembap sepanjang
tahun.
AH1 - corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing
khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah
dan Amerika Syarikat.
AC1 -ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di
Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya
di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga
oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan
berpasir putih.
AC2 - di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para
pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda.
AP - keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong
untuk terus berkunjung ke negara kita.
ISI 3
AI - kerajaan telah menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang
diadakan di negara kita.
AH1-promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival
jualan dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya sekadar melepaskan
batuk di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam.
AC1 - pihak kementerian telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik
pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan di Arab Saudi
AHC1-usaha memperkenalkan negara ini dijalankan melalui penggunaan teknologi
maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan maklumat tentang pelancongan di
negara ini
AP-promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan
secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong dan mampu menjadi daya tarikan
pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
diminati.
ISI 4
AI - pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan oleh pihak kerajaan
dan badan-badan bukan kerajaan.
AH1- kejohanan-kejohanan dan pameran ini telah dirancang dengan
teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang
lengkap dan meluas.
AH2- penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat
memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar
negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero
dunia .
AC-pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran
Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu
dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi.
AP - Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan
mengadakan pelbagai aktiviti negara yang menarik oleh pihak kerajaan
dan badan-badan bukan kerajaan.
ISI 5
AI - pihak swasta telah berganding bahu dengan pihak kerajaan
membuka pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia.
AH1 - industri pelancongan negara kita dapat bersaing dengan negaranegara lain di dunia. Hal ini serupa dengan bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
AC1 - Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak
pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran
berpatutan dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong .
AC2 - Sebagai analoginya, langkah yang dijalankan oleh Hotel Seri
Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan
tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong
menginap di hotel tersebut.
AP – sektor pelancongan bertambah maju dengan adanya kerjasama
antara pihak swasta dan pihak kerajaan dengan membuka pusat-pusat
percutian bertaraf dunia.
PENUTUP / KESIMPULAN
Intihanya, sektor pelancongan merupakan
sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang
kepada ekonomi negara. Industri ini masih perlu
diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan
dan agensi pelancongan serta kerjasama daripada
masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga
melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab
serta cinta akan negara, nama Malaysia akan
menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh
penduduk dunia untuk berkunjung sambil
merehatkan minda mereka.