jawatankuasa pemilih aan 2013 - Jabatan Pengajian Tinggi

Download Report

Transcript jawatankuasa pemilih aan 2013 - Jabatan Pengajian Tinggi

TAKLIMAT
ANUGERAH AKADEMIK
NEGARA 2013
OLEH
TAN SRI DR. ZULKEFLI A. HASSAN
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMILIH AAN 2013
OBJEKTIF
1
Memaklumkan kepada semua IPT tentang AAN
Memperkenalkan AAN di kalangan mereka yang dapat
mengembelingkan penglibatan peserta daripada IPT
masing-masing (iaitu peringkat VC, TNC ataupun
pengarah RMC)
Membincang dengan terperinci setiap kategori AAN
daripada segi asas anugerah,syarat,cara isi borang dan
masalah teknikal yang perlu diatasi
2
KPM amat memerlukan sokongan IPT untuk menggalakkan lebih
ramai ahli akademik mengambil bahagian dan diminta untuk
membuat saringan borang sebelum dihantar agar pemohon tidak
kalah “based on technical grounds”.
ASAS ANUGERAH AKADEMIK NEGARA
Anugerah Akademik Negara ialah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung
ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam
pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah
pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau
pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam
bidang berikut :
Pengajaran
Penemuan ilmu
Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
Pemindahan dan pengembangan ilmu
LATAR BELAKANG AAN samb..
Sehingga penganjuran AAN 2012, seramai 41 penerima telah diiktiraf
berdasarkan tujuh (7) kategori anugerah, iaitu:
Anugerah Tokoh Akademik Negara
Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
Anugerah Penerbitan Buku
Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Anugerah Seni dan Kreativiti
Anugerah Pengajaran
Anugerah Ahli Akademik Harapan
AAN adalah anugerah berdasarkan hadiah/pengiktirafan yang telah
dicapai dengan memilih yang terbaik di dalam bidang masingmasing.
LATAR BELAKANG AAN samb..
Penilaian bagi setiap kategori dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih
yang dianggotai oleh pakar-pakar daripada IPT, tokoh-tokoh
daripada sektor swasta serta individu-individu yang pakar dalam
bidang masing-masing.
Proses penilaian untuk mencari terbaik di kalangan terbaik (best of
the best) dilaksanakan secara profesional tanpa melihat atau
memberatkan universiti masing-masing.
Anugerah ini mula dianjurkan pada tahun 2007 dan akan memasuki
tahun kelapan penganjurannya.
JENTERA AAN 2013
Ketua Setiausaha II KPM
(Pengerusi J/K Induk AAN)
Ketua Pengarah JPT
(Timbalan J/K Induk AAN)
Jawatankuasa Penganjuran
Majlis AAN
Jawatankuasa Pemilih
(Sekretariat UTM/USM)




Menyediakan syarat umum
Mengesyorkan pemenang
Menyediakan borang
Membangunkan kriteria
(Sekretariat BPPA, JPT)


Promosi dan publisiti
Penganjuran majlis
JAWATANKUASA PEMILIH AAN 2013
PENGERUSI
TAN SRI DR. ZULKEFLI A.
HASSAN
TIMBALAN
PENGERUSI
PROF. DATIN PADUKA
DR. AINI IDERIS
PENGERUSI TOKOH
PROF. DATO’
DR. ASMA
ISMAIL
PENGERUSI PENERBITAN
MAKALAH
PROF. DATIN
PADUKA DR. AINI
IDERIS
PENGERUSI
PENERBITAN BUKU
PROF. DATO’ SERI
DR. MD. SALLEH
YAAPAR
PENGERUSI
INOVASI
PROF. DATO’
DR. RAHMAH
MOHAMED
PENGERUSI SENI
PROF. DR.
MOHD ANIS MD
NOR
PENGERUSI
PENGAJARAN
PROF. DATO’ IR
DR. MOHD
SALEH JAAFAR
PENGERUSI
AKADEMIK
HARAPAN
PROF. DATO’
DR. ASMA
ISMAIL
SYARAT UMUM AAN 2013
1
Permohonan AAN dibuka hanya kepada warganegara
Malaysia.
2
Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana
individu secara anumerta (posthumous).
3
Permohonan bagi semua kategori AAN, kecuali
Anugerah Tokoh Akademik Negara, terbuka kepada
semua ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa
di IPT sepanjang tahun atau sebahagian daripada
tahun yang dinilai.
SYARAT UMUM AAN 2013 samb..
4
Sekiranya tiada calon yang layak bagi sesuatu kategori,
maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberi.
5
Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau
penipuan, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak
untuk menarik balik anugerah.
6
Keputusan Jawatankuasa Induk AAN adalah muktamad.
PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN
1
Pemohonan/pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi
yang terkini yang boleh dimuat turun dari laman web
http://www.mohe.gov.my/aan2013/borang.htm .
2
Permohonan/pencalonan hendaklah diperakukan oleh Naib
Canselor atau yang setaraf dengannya atau wakil yang
menjalankan tugasnya atau pemangkunya. Sekiranya borang
pencalonan/permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangku
Naib Canselor, surat penurunan kuasa daripada Naib
Canselor/Rektor/Presiden/Ketua
Eksekutif
atau
setaraf
dengannya perlu disertakan.
PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN samb..
3
Setiap permohonan/pencalonan perlu menggunakan borang
berasingan. Bagi Naib Canselor atau yang setaraf dengannya,
perakuan hendaklah diberi oleh Pengerusi Lembaga atau salah
seorang ahli Lembaga Pengarah IPT atau setaraf dengannya.
Permohonan/Pencalonan ahli Lembaga IPT hendaklah
diperakukan oleh Naib Canselor atau yang setaraf dengannya.
4
Calon yang memenuhi kriteria bagi kategori Anugerah Tokoh
Akademik Negara boleh juga dicalonkan oleh Majlis Profesor
Negara. Pencalonan ini perlu disalurkan melalui sesebuah IPT
dan diperakukan oleh Naib Canselor atau yang setaraf
dengannya.
PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN samb..
5
Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan
disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap.
Permohonan/pencalonan yang tidak lengkap tidak akan
dipertimbangkan.
6
AAN tidak mengecualikan permohonan daripada kalangan Ahli
Jawatankuasa Pemilih; sekiranya memohon dalam kategori
yang lain daripada kategori keahliannya. Walau bagaimanapun
demi ketelusan dan integriti AAN, ahli
boleh
memohon/dicalonkan dalam kategori yang sama keahliannya
hanya selepas tiga (3) tahun tidak menjadi ahli.
PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN samb..
7
Ahli Jawatankuasa Induk AAN tidak boleh memohon atau
dicalonkan dalam mana-mana kategori AAN semasa menjadi
ahli.
8
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2014. Semua
permohonan/pencalonan perlu sampai sebelum atau pada jam
5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh
dianggap sebagai bukti penerimaan.
PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN samb..
9
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(UP: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2013)
PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN samb..
Sila layari syarat dan peraturan untuk semua kategori di
http://www.mohe.gov.my/aan2013/skop.htm
BAGAIMANA J/KUASA PEMILIH BOLEH
MENOLONG
1
Ahli J/Kuasa Pemilih boleh dijemput oleh IPT untuk
memberi taklimat khas pada warga IPT tersebut.
2
IPT boleh juga menjemput hanya ahli bagi anugerah
kategori tertentu sahaja seperti pengajaran untuk
memberi taklimat. Ia boleh mengikut keperluan IPT
setelah melihat profil dan keupayaan IPT tersebut.
3
Semua persembahan slaid dalam Bengkel Jerayawara
akan dimuatnaik ke website AAN 2013 sebagai panduan
bagi mereka yang berminat.
BAGAIMANA J/KUASA PEMILIH BOLEH
MENOLONG samb..
4
Lebih elok sekiranya setiap IPT mengadakan
malam/upacara penghargaan pencapaian kakitangan
akademik dalam kategori yang sama dan pemenang
bagi setiap kategori dari IPT dicalonkan ke peringkat
negara.
5
Sekiranya tiada malam/upacara penghargaan, mohon
tubuhkan J/Kuasa Pemilih IPT bagi setiap kategori.
J/kuasa ini boleh juga bertindak sebagai penggalak
untuk pensyarah mengambil bahagian.
6
Mohon setiap IPT untuk mencari calonnya dan beri
pertolongan untuk melengkapkan borang ataupun
untuk sediakan portfolio diri calon.
BAGAIMANA J/KUASA PEMILIH BOLEH
MENOLONG samb..
7
Semak agar semua keperluan yang diminta dalam
senarai semak dipenuhi supaya tidak gagal dari segi
teknikal.
8
Pastikan semua borang ditandatangan oleh pihak
berkuasa dan dihantar ke KPM sebelum pukul 5.00
petang, 30 Mei 2014 (Jumaat).
TERIMA KASIH.