Laluan ASEAN Komuniti

Download Report

Transcript Laluan ASEAN Komuniti

KERTAS CADANGAN
PROGRAM
“5 MINIT ASEAN KOMUNITI”
ASEAN COMMUNITY
OLEH
TUAN HAJI MOHAMED YAMIN BIN MOHAMED YUSOF
TIMBALAN PENGARAH (MURID)
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
1. PENDAHULUAN
Program “5 Minit ASEAN Komuniti” merupakan program
kesedaran, publisiti dan promosi berkaitan ASEAN Komuniti
di peringkat sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) dan Kolej Matrikulasi.
2. OBJEKTIF
Menyampaikan maklumat tentang negara-negara Asean di
peringkat sekolah, IPGM dan Kolej Matrikulasi.
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan ASEAN
Komuniti.
Warga sekolah, IPGM dan Matrikulasi merasai mereka adalah
sebahagian dari warga ASEAN.
3.FOKUS PROGRAM
Program “ 5 Minit ASEAN Komuniti” dijalan melalui;
4.1
4.2
4.3
4.4
Perhimpunan Rasmi
Perhimpunan Pagi
Aktiviti Kokurikulum
Hari Sambutan ASEAN Komuniti
4. TARIKH PELAKSANAAN
Semua sekolah, IPGM dan Kolej Matrikulasi melaksana
program kesedaran, publisiti dan promosi mulai
September 2014.
5. PENGISIAN BAHAN
Contoh pengisian bahan “Program 5 Minit
adalah seperti berikut;
ASEAN KOMUNITI”
5.1 Sejarah Penubuhan ASEAN; maksud ASEAN, nama dan
jumlah negara-negara ASEAN dan lokasi negara
tersebut.
5.2 Maklumat Negara-negara ASEAN; seperti budaya, jenis
tarian, cara hidup, makanan utama, matawang
digunakan, tempat-tempat pelancongan utama, ibu
negara, Bandar-bandar utama , bentuk muka bumi
(geografi), hasil utama negara, pekerjaan utama
penduduk, jumlah penduduk, dan lain-lain yang
berkaitan.
5.3 Maklumat berkaitan Asean Komuniti; contoh Maksud
ASEAN Komuniti, ASEAN Politik- Keselamatan Komuniti ,
ASEAN Ekonomi Komuniti dan ASEAN Sosial-budaya
Komuniti.
6. KAEDAH PENYAMPAIAN
Kaedah penyampaian “Program 5 Minit ASEAN Komuniti’’ boleh
dijalankan melalui;
7.1
7.2
7.3
7.4
Ceramah
Persembahan multimedia
Pembentangan kumpulan
Sketsa/sajak/bercerita
7.PERSONALIA
Personalia yang akan menjalankan “Program 5 Minit ASEAN
Komuniti’’ ini adalah terdiri daripada ;
Pentadbir/Pensyarah/Guru
Ahli Kelab/Persatuan/Badan Unit Uniform
8. KESIMPULAN
“Program 5 Minit ASEAN Komuniti’’ di Institut Pendidikan
Guru Malaysia, Kolej Matrikulasi dan sekolah merupakan
program kesedaran, publisiti dan promosi. Penyebaran
maklumat berkaitan ASEAN Komuniti akan meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran serta menanamkan semangat
ASEAN Komuniti dalam kalangan warga sekolah, IPGM dan
Matrikulasi.
KERTAS CADANGAN
MENULIS ESEI ASEAN KOMUNITI
ASEAN COMMUNITY
1. PENDAHULUAN
Mengarang merupakan aktiviti penulisan yang boleh
memberi kesedaran, publisiti dan promosi berkaitan
ASEAN Komuniti di peringkat sekolah, Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), dan Kolej
Matrikulasi. Aktiviti mengarang boleh dilaksana di
dalam atau di luar bilik darjah selaras dengan PPPM
2013-2025 , MBMMBI, Program i-Think iaitu dengan
mengaplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di
samping memperkukuhkan perhubungan antara kaum
melalui aktiviti bahasa.
2. OBJEKTIF

Memupuk
kesedaran,
publisiti
dan
promosi
berkaitan ASEAN Komuniti di peringkat sekolah,
IPGM dan Matrikulasi.

Meningkatkan pengetahuan dan memperkukuhkan
penguasaan pelajar mengenai rantau ASEAN.

Menerapkan amalan positif
maklumat berkaitan ASEAN.
dan
perkongsian

3. PELAKSANAAN

Penulisan esei disertai oleh Murid Sekolah Rendah
(Tahun 4-6), Murid Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan
1-3), Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-6) ,
Pelajar
Institut
Pendidikan
Guru
Malaysia
dan
Matrikulasi.

Penulisan esei ASEAN menggunakan pelbagai bahasa
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa China,
Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Iban dll.

Tema penulisan adalah berkaitan ASEAN Komuniti.
Antara contoh tajuk yang dicadangkan penulisan adalah
seperti LAMPIRAN A.

Penulisan esei dilaksana melalui aktiviti PdP atau dalam
bentuk pertandingan (peringkat sekolah, PPD, JPN, IPG,
Matrikulasi atau KPM).
LAMPIRAN A
CADANGAN PILIHAN TAJUK ESEI TAHUN 4-6
Perayaan-perayaan di negara ASEAN
Kenalilah pelbagai budaya masyarakat ASEAN
Masyarakat ASEAN masyarakat berbudi bahasa
CADANGAN PILIHAN TAJUK ESEI TINGKATAN 1-3
Bertolak ansur amalan masyarakat di negara ASEAN
Peranan media dalam menyebarkan maklumat berkaitan ASEAN.
Media menyatukan masyarakat ASEAN.
CADANGAN PILIHAN TAJUK ESEI TINGKATAN 4-6
Integrasi Nasional pemangkin kemajuan negara-negara ASEAN.
Sosiobudaya ASEAN mempengaruhi konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Masyarakat Malaysia masih kurang pengetahuan tentang ASEAN.
CADANGAN PILIHAN TAJUK ESEI BAGI IPG dan MATRIKULASI
ASEAN menyuburkan kebudayaan nasional.
Ledakan teknologi maklumat menyuburkan semangat ASEAN.
Penggunaan laman sosial mengeratkan masyarakat negara ASEAN.
KESIMPULAN
Menulis Esei ASEAN Komuniti adalah platform
kepada murid sekolah dan pelajar IPGM serta Kolej
Matrikulasi untuk berfikir secara kreatif dan kritis
dalam menghayati kehidupan ASEAN Komuniti.
KERTAS CADANGAN
LALUAN /SUDUT
ASEAN KOMUNITI
ASEAN COMMUNITY
1. PENDAHULUAN
Program “Laluan/Sudut ASEAN Komuniti” merupakan program
kesedaran, publisiti dan promosi berkaitan ASEAN Komuniti di
peringkat sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM)
dan Kolej Matrikulasi.
2. OBJEKTIF
Menyampaikan maklumat tentang negara-negara Asean di
peringkat sekolah, IPGM dan Kolej Matrikulasi.
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan ASEAN
Komuniti.
Warga sekolah, IPGM dan Matrikulasi merasai mereka adalah
sebahagian dari warga ASEAN.
3. KONSEP
Berkonsepkan memberi kesedaran,
promosi berkaitan ASEAN Komuniti.
publisiti
dan
4. FOKUS PROGRAM
Menyediakan Sudut/ Laluan ASEAN Komuniti di ruang/
kawasan yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah,
IPG dan Matrikulasi.
Mengumpul dan menyediakan maklumat
semua negara yang menganggotai ASEAN.
berkaitan
5. TARIKH PELAKSANAAN
Mulai September 2014 sudut/laluan ASEAN Komuniti
dapat
disediakan
dan
memaparkan
maklumat
berkaitan negara-negara ASEAN.
Pengisian Sudut/Laluan ASEAN Komuniti;
Pengenalan kepada ASEAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Sejarah Penubuhan ASEAN
Senarai Negara Anggota
Bahasa Rasmi setiap Negara
Jumlah Penduduk
Kaum Majoriti
Matawang
Lokasi Negara dalam Peta ASEAN
6. PENGISIAN PROGRAM
Maklumat
ASEAN:
Asas/Sejarah
di
Negara-negara
1. Pemimpin Tertinggi Negara
2. Sistem Pentadbiran Negara
Maklumat
Pendidikan
Negara-Negara ASEAN
1. Tokoh Pendidikan
2. Sistem Pendidikan
3. Institusi Tersohor/
Terkenal
di
7. PENGISIAN PROGRAM
Maklumat Kebudayaan di NegaraNegara ASEAN
1. Pakaian
2. Tarian
3. Makanan Utama
Maklumat Geografi
1. Bentuk Muka Bumi
2. Cuaca dan Musim
3. Tanaman Utama
8. PENGISIAN PROGRAM
Maklumat/Aktiviti Negara ASEAN untuk Remaja
1. Unit Beruniform/ Ko-Kurikulum
2. Sukan dan Permainan
Galeri Gambar Negara-Negara ASEAN
Poster Negara-Negara ASEAN
9. PENGISIAN PROGRAM (CONTOH)
10. PENGISIAN PROGRAM (CONTOH)
11. Pelaksana Sudut/ Laluan ASEAN Komuniti;
Aktiviti/pelaksanaan
sudut/
laluan
ini
boleh
diuruskan oleh kumpulan murid/ pelajar yang
dicadangkan oleh pihak Pengurusan Sekolah/ IPGM/
Matrikulasi:
1. Pasukan Unit Beruniform (Pengakap, PBSM,
Pandu Puteri)
2. Kelab dan Persatuan (Geografi, Sejarah, Alam
Sekitar)
12. KESIMPULAN
Laluan/Sudut ASEAN Komuniti adalah satu bentuk
penyampaian maklumat kepada murid sekolah dan
pelajar IPGM serta Kolej Matrikulasi untuk mereka
mengetahui tentang ASEAN seterusnya dapat
menghayati kehidupan ASEAN Komuniti.