Stor Pendidikan Jasmani

Download Report

Transcript Stor Pendidikan Jasmani

• Stor Pendidikan Jasmani
DISEDIAKAN
OLEH,
P.KALADEVI
P.KANAGESWARY
T.RUBINI DEVI
N.SHAMALA
S.SUBASHINI
V.VINOTHINI
DEFINISI STOR PENDIDIKAN
JASMANI…
 Bilik yang digunakan untuk
menyimpan barang-barang
pendidikan jasmani.
 Biasanya, segala peralatan sukan
disimpan dengan rapi dalam
sesebuah stor dan ia dikenali
sebagai stor pendidikan jasmani.
CIRI-CIRI STOR PENGURUSAN
PENDIDIKAN JASMANI…
• Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk
menyelia stor pendidikan jasmani.
• Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah
menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan
kemas kini.
• Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan
membeli peralatan baru.
• Buku catatan barang keluar masuk perlu di
sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.
• Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat
pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali
setahun.
• Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan
dilaksanakan.
PENERIMAAN (BAHAGIAN
PENSTORAN)
Pegawai Stor/penerima hendaklah:-
Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois
-
Semak dan menghitung kuantiti yang diterima
-
Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang
yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam
keadaan baik dan cukup kuantitinya
-
Barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal,
urusan penggantian hendaklah dicatatkan dalam baucar
penerimaan barang-barang
-
Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam kad
kawalan stok/ kad petak/ lejar dengan secepat mungkin.
PENYIMPANAN
(BAHAGIAN PENSTORAN)
Cara-cara penyimpanan yang baik, tersusun, teratur dan
selamat:
-
Sediakan carta lokasi stok
-
Ruang stor hendaklah digunakan secara maksimum
-
Gunakan petak/rak yang mudah diubah-ubah dan
tanda pengenalan
-
Gunakan pelet kayu bagi barang-barang besar dan
berat
PENYIMPANAN (BAHAGIAN
PENSTORAN)
- Membahagikan ruang stor kepada beberapa seksyen
mengikut jenis stor dan menyusun mengikut susunan
abjad dan tiap-tiap rak, pallet diberi nombor. Nombor
ini juga perlu direkod dalam kad stok
- Satu bekas hendaklah digunakan untuk satu barang
dan simpan mengikut unit kuantiti bagi memudahkan
pengeluaran
- Pastikan tindanan barang-barang tidak terlalu tinggi
- Barang-barang berharga/menarik hendaklah disimpan
di dalam almari berkunci/sangkar keselamatan
KEPERLUAN BILIK STOR
PENDIDIKAN JASMANI
Ruang
Rak
Penjagaan Alat
Pintu
Lokasi
Keselamatan
Tingkap
Pengedaran
Udara
Ruang
•Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah
boleh menampung keperluan alatan di samping tidak
merosakkan alatan.
•Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih
kurang 300 kaki persegi.
•Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga
perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis
sekolah dan saiz sekolah.
Rak
•Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak
perlulah dibina di stor pendidikan jasmani.
•Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz
barang yang hendak di susun.
•Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan
teratur dan senang di capai.
•Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan
dan mengambil barang.
Lokasi
•Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan
jasmani ialah di bangunan yang berhampiran
dengan padang.
•Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan
tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri
memecah masuk stor pendidikan jasmani.
Tingkap
•Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan
cahaya matahari masuk.
•Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang
dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat
yang tidak tahan panas akan rosak.
Pengedaran Udara
•Peredaran udara perlu bagi memastikan
barang yang tahan lama dan mengelak bau
yang tidak menyenangkan dalam stor
pendidikan jasmani.
Keselamatan
Pelbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin
keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita
fikir dan pastikan ialah:
•Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk
mengelak di cerobohi.
•Susun alat berdasarkan keselamatan.
•Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak
dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah.
•Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing
dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi
mengelak karat.
•Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai
•Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika
mengambil dan memulangkan alatan.
•Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu
hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di
simpan bagi mengelak reput.
•Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
•Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi
memudahkan pemindahan barang secara pukal.
Pintu
•Saiz pintu stor sukan bergantung kepada jenis barang
yang hendak disimpan.
•Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan
kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh
mencederakan murid.
•Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan
dibina dengan kukuh.
Penjagaan Alat
•Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah
penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak.
•Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru
pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang
mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan
jasmani.
•Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan
tentang penyalah gunaan alatan kepada pelajar
Antara penyalahgunaan tersebut ialah:
•Duduk di atas bola
•Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola
tampar, bola jaring dan lain-lain
•Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan
lain-lain
•Mengheret barang-barang yang dibuat dari kanvas
atau kain atau material yang lembut contohnya tilam
lompat tinggi dan lain-lain.
Peraturan Stor Pendidikan
Jasmani
Semua pelajar wajib mematuhi peraturan-peraturan stor
sukan yang disenaraikan bagi menjamin keselamatan
 Dilarang masuk tanpa kebenaran guru.
 Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke
dalam stor sukan Sekolah.
 Guru mestilah berada bersama pelajar semasa
mengambil perlatan sukan.
 Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru.
 Dilarang membawa keluar sebarang alatan tanpa
pengtahuan guru kecuali dengan kebenaran guru
bertugas.
 Dilarang sama sekali merosakan peralatan yang
terdapat didalam stor sukan.
 Dilarang bermain di dalam stor sukan.
 Dilarang membuang sampah di dalam stor sukan.
 Dilarang memasuki ke dalam stor sukan secara
beramai-ramai.
 Sila letak dan susun semula peralatan yang
digunakan di tempat asal.
 Pastikan stor sukan dalam keadaan bersih dan
kemas sebelum meninggalkan stor sukan
 Pastikan pintu ditutup sebelum meninggalkan stor
sukan.
Tatacara Am
•Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi
penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.
• Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang
mudah .
• Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam
buku keluar masuk peralatan sukan.
• Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada
masa yang ditetapkan.
• Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan berada
dalam keadaan yang selamat.
• Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang
peralatan sukan yang rosak, hilang atau yang perlu
diperbaiki.
Sentiasa menjaga kebersihan stor.
Stor Sukan sentiasa dikunci selepas mengeluarkan atau
mengembalikan peralatan sukan.
Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor
sukan.
Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.
Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan
mengembalikan peralatan sukan.
Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku
rekod yang disediakan.
Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih
atau guru penasihat sahaja.
Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak,
hilang dan yang pelu diperbaiki.
Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang
selamat.
Memastikan semua peralatan yang belum atau yang sudah
digunakan berada dalam keadaan selamat.
Tatacara Murid
Murid dilarang masuk ke dalam stor
sukan tanpa kebenaran guru.
Pastikan murid menghantar
peralatan ke dalam stor sukan dengan
diiringi guru.
•Murid tidak dibenarkan bermain – main
dengan peralatan lain apabila berada
didalam stor sukan ketika mengambil alatan
sukan.
• Murid dilarang berlari semasa berada
didalam stor sukan semasa mengambil
peralatan sukan.
• Murid perlu melaporkan dengan segera
kepada guru PJK sekiranya terdapat murid
lain berada dalam stor sukan tanpa
kebenaran guru PJK.
Tatacara Pengurusan Jurulatih / Guru
Merekod semua alat sukan yang digunakan.
Mengeluarkan, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.
Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutamanya peralatan
yang bahaya.
Memastikan peralatan sukan yang digunakan dikembalikan dalam
keadaan yang baik.
Membuat laporan tentang peralatan yang rosak, hilang atau perlu
diperbaiki.
Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang mengendalikan
peralatan sukan
GAMBARGAMBAR
STOR SUKAN
• http://www.zairedin.com/2010/11/peng
urusan-stor-pendidikan-jasmani.html
• http://pengajianipg.blogspot.com/2011/06/pengenalankepada-pengurusan-pendidikan.html
Soalan–Soalan
1. Sebagai seorang pegawai stor apakah tugas yang
anda harus laksanakan?
a) Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois
b) Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam kad kawalan
stok/ kad petak/ lejar dengan secepat mungkin.
c) Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang
diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan
cukup kuantitinya
2. Nyatakan 3 penyalahgunaan terhadap
peralatan sukan?
a) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola
tampar, bola jaring dan lain-lain
b) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan
lain-lain
c) Mengheret barang-barang yang dibuat dari kanvas
atau kain atau material yang lembut contohnya tilam
lompat tinggi dan lain-lain.
3. Nyatakan cara-cara penyimpanan peralatan sukan
yang baik, tersusun, teratur dan selamat?
a) Sediakan carta lokasi stok
b) Ruang stor hendaklah digunakan secara
maksimum
c) Gunakan petak/rak yang mudah diubah-ubah dan
tanda pengenalan
d) Gunakan pelet kayu bagi barang-barang besar dan
berat
Sekian, terima
kasih~