PENDIDIKAN MORAL
Download
Report
Transcript PENDIDIKAN MORAL
College of Nursing and Allied Health
MPW1153
PENDIDIKAN MORAL
Disediakan oleh:
Encik Roslan bin Sahari (BA Hons. Edu. (IT), UNIMAS)
[email protected]
013-8178484 / 016-5897613
BAB 1 :
DEFINISI MORAL , ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB,
UNDANG-UNDANG & KEPENTINGAN PENDIDIKAN
MORAL
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
MORAL, ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB &
UNDANG-UNDANG?
1.1 MORAL
Definisi dan Konsep Moral
Menurut
Kamus Dewan (1986),
moral merujuk kepada ajaran atau
pegangan berkenaan baik buruk
sesuatu
perbuatan
(kelakuan,
kewajipan dan lain-lain), sikap atau
cara berkelakuan yang berasaskan
atau yang diukur dari segi baik buruk
sesuatu akhlak.
samb…
Moral berasal dari bahasa Latin moralitas
yang bererti cara, perwatakan dan
tingkah laku yang diterima.
Moral ialah ajaran-ajaran kumpulan,
peraturan dan ketetapan, sama ada lisan
atau bertulis tentang bagaimana manusia
harus hidup dan bertindak agar ia menjadi
manusia yang baik dan sempurna.
samb…
Konsep moral pula membawa
pengertian kesedaran tentang
ajaran atau pegangan berkenaan
dengan baik buruk sesuatu
perbuatan, sikap atau cara
berkelakuan yang sejajar dengan
tatasusila
dan
peraturan
masyarakat.
samb…
Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai
murni seperti baik hati, merendah
diri, belas kasihan dan berkait
dengan beberapa peraturan seperti
tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai
tradisi, kepercayaan, undang-undang,
norma dan adat dalam mana-mana
masyarakat yang dimaksudkan.
Konsep
moral ini merujuk kepada
kawalan tingkah laku yang berlandaskan
standard-standard yang dihayati serta
diamalkan oleh seseorang individu.
Seseorang dikatakan memiliki tingkah
laku yang bermoral jika tingkah laku
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau
peraturan-peraturan yang diterima.
Ammoral pula bermaksud perkara yang
tidak baik atau manusia melakukan
perkara yang tidak mempunyai moral
Contohnya, sepasang suami isteri menemui
seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika
pulang
ke
kampung
orang
tuanya.
Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai
anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka
bercadang untuk membawa bayi comel itu
balik ke rumah dan membelanya tanpa
mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya
setelah berbincang mereka akur bahawa
undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka
membawa bayi comel itu ke balai polis untuk
tindakan selanjutnya mengikut peruntukan
undang-undang yang ditentukan.
Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya
yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan
sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia
mahu. Nora seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia
segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah
seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragakagak untuk berbuat demikian kerana kejujuran
merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada
guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain
kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya
tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang
apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana
dapat membantu meringankan bebanan orang lain.
PENGERTIAN KONSEP
KEMORALAN
Kemoralan
ialah
satu
instrumen
masyarakat secara keseluruhan untuk
memimpin individu dan kumpulan kecil
dalam kehidupan mereka.
Ia juga memerlukan individu atau
kumpulan kecil mengikutnya.
Kemoralan ialah satu institusi sosial yang
juga membantu dalam bimbingan kendiri
atau penentuan kendiri secara rasional di
kalangan ahli masyarakat.
Rumusan…
‘Moral’ ada isi atau kandungannya.
Moral terdiri daripada peraturan komuniti
dan sifat peribadi mulia.
Peraturan komuniti penting diikuti demi
kesejahteraan masyarakat sekeliling.
Rumusan…
Sifat
peribadi
mulia
pula
amat
menguntungkan
pemiliknya
dan
memberikan faedah positif kepada orang
yang dia berinteraksi dan sekali gus
individu yang berperibadi mulia itu
mudah
mengamalkan
peraturan
masyarakat yang baik.
Rumusan…
Oleh itu insan bermoral ialah insan
yang
seimbang
dari
segi
keperibadian
mulia,
mematuhi
peraturan moral kerana tanpa
prinsip moral, individu itu mungkin
akan menghadapi ketidaktentuan
dalam menghadapi dilema moral.
samb…
Aspek kemoralan dapat
dibahagikan kepada tiga:
i. Konsep Etika,
ii. Konsep Nilai,
ii. Pengertian moral itu sendiri.
Tutorial 1.1
1.2 ETIKA
Definisi dan Konsep Etika
Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris
ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek
ethos bermaksud watak atau budaya
Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang
falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan
moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciriciri kehidupan yang baik.
Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis
panduan kepada sesuatu kumpulan untuk
menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan
mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan
sebagainya .
Contoh:
Seorang guru kaunseling telah menceritakan
keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu
berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara
yang didedahkan adalah tentang latar belakang
keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah
ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik
pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar
yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran
keluarga yang porak peranda. Sama ada guru
kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya
telah melanggar etika seorang guru yang perlu
menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada
dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di
sekolah.
Tutorial 1.2
1.3 NILAI
Konsep dan Definisi Nilai
Raths, Harmin dan Simon(1980)
mendefinisi nilai sebagai garis panduan
umum terhadap tingkah laku.
William A. Scott(1965) menyamakan
nilai dengan moral unggul. Beliau
mentakrifkan nilai sebagai satu konsep
individu tentang perhubungan yang
unggul dan digunakan untuk menilai
suatu kebaikan atau keburukan.
samb…
Nilai merupakan standard dan prinsip
kita dalam mempertimbangkan harga
sesuatu benda.
Nilai juga merupakan kriteria bagi kita
mempertimbangkan
sesuatu
benda,
situasi dan manusia.
Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai
suatu kualiti, motif atau piawai norma
yang ada dalam pertalian antara benda,
fikiran dan pemilikan.
Secara amnya, nilai bertindak sebagai
ukuran
yang
membantu
individu
mengenal pasti kedudukannya dalam
sesuatu isu sosial atau moral.
Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk
menentukan apakah yang harus dicabar,
dihujah, diubah atau dipertahankan.
Ia
merupakan
panduan
untuk
menyelesaikan konflik serta membuat
keputusan dan menghadkan perlakuan
seseorang.
1.4 AKHLAK
Definisi dan Konsep Akhlak
Menurut
Kamus
Dewan,
akhlak
bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak,
pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah
laku manusia dan sebagainya sama ada
baik atau jahat.
Akhlak dari segi bahasa didefinisikan
sebagai moral, tabiat, perangai, budi,
adab, sifat semulajadi, maruah, watak,
amalan agama atau rupa batin seseorang.
samb…
Dari segi istilah ; segala tingkah laku
perbuatan yang telah menjadi adat
kebiasaan,apabila dilakukan tidak
perlu lagi berfikir panjang setelah
tingkah laku diamalkan sekian lama
dan diterima masyarakat sebagai
sebahagian dari cara hidup.
Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya ‘Al-
Akhlaq’ merumuskan pengertian akhlak
sebagai :
”Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan
erti baik dan buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh setengah manusia
kepada yang lainnya, menyatakan tujuan
yang harus dituju oleh manusia dalam
perbuatan mereka dan menunjukkan jalan
untuk melakukan apa yang harus diperbuat ”
samb…
Akhlak
merupakan perlakuan baik atau budi
pekerti seseorang.
Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang
yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan
jiwa atau sifatnya yang baik.
Akhlak
Islamiah dikaitkan dengan konsep
Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan
kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t.
sehingga mendorong seseorang melaksanakan
perintahNya
serta
meninggalkan
segala
laranganNya.
Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu
dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan
berjudi kerana kedua-dua
perbuatan
itu
diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya
ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi
punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh
memporakperandakan kehidupan keluarga. Di
samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya
pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat
dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan
keluarga.
Sesungguhnya
berjudi
boleh
menyebabkan seseorang menjadi miskin dan
mendorong manusia mencuri, menipu dan
membunuh.
samb…
Islam telah menetapkan hukuman
haram dan berdosa besar terhadap
peminum arak dan penjudi.
Menurut Islam orang yang meminum
arak disebat sebanyak 40 kali
sebatan dan yang berjudi dirampas
hartanya.
Kesan positif daripada pengharaman arak dan
judi:
i. memelihara kesihatan mental, rohani dan
jasmani
ii. punca maksiat dan kemungkaran dapat
dicegah
iii. memelihara keselamatan dan kesejahteraan
negara
iv. memelihara diri dan masyarakat daripada
sikap malas
v. dapat memelihara keharmonian keluarga dan
masyaraka
samb…
Dalam masyarakat Barat pula, minum arak
dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang
tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik
kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah
orang dewasa.
Bagaimanapun, seseorang yang minum arak
sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana
dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan
mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan
kemalangan.
Rumusan...
Akhlak
adalah sains yang mengkaji soal
kebaikan dan keburukan serta cara untuk
mempraktikkan
kebaikan
dan
menolak
keburukan.
Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh
itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu
yang menyarankan cara-cara membersihkan
jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu
kebaikan dan keburukan; apakah kriteria yang
dapat menilai sesuatu itu sebagai baik dan
buruk; dan apakah motif dan nilai di sebalik
sesuatu perlakuan tersebut.
Apakah akhlak yang
perlu dimiliki?
bla… bla…bla…
Faktor-faktor Pembentukan
Akhlak Mulia:
1. Agama
2. Diri Sendiri
3. Keluarga
4. Pendidikan
5. Persekitaran
Apa semua tu…
Renungi kata-kata hikmah berikut..
Laughing at our mistakes can lengthen our own
life. Laughing at someone else's can shorten it.
Tuhan menciptakan kita 2 biji mata untuk
melihat, 2 belah tangan untuk memegang, 2
belah kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya
mencipta sekeping hati kerana Tuhan
mengamanahkan kepada kita untuk mencari
akhlak mulia.
Syabas ! Anda sudah selesai menghayati
tentang empat konsep asas moral...
1.5 ADAB
Definisi dan Konsep Adab
Adab adalah satu istilah bahasa Arab yang
bermaksud adat kebiasaan.
Kata ini menunjuk pada suatu kebiasaan,
etiket, pola tingkah laku yang dianggap
sebagai model.
Dengan kata lain, adab ialah sesuatu
perkara yang baik atau perlakuan yang
baik dilakukan oleh seseorang
samb…
Pengertian adab secara lebih bermakna
dijelaskan sebagai:
"Disipilin tubuh jasmani, minda dan roh;
disiplin yang meletakkan keupayaan dan
potensi fizikal, intelektual dan kerohanian
pada kedudukan yang sebenarnya
berdasarkan darjat dan tahap-tahapnya
yang sewajarnya."
samb…
Adab menggambarkan sifat-sifat adil,
kebijaksanaan
dan
hikmah.
Sekaligus, adab menjadikan manusia
sentiasa mengutamakan keadilan
yang dicetuskan melalui hikmah dan
kebijaksanaan.
Ia melibatkan pengakuan dan amalan
yang terpamer secara langsung.
Contoh-contoh Adab
Adab bercakap
Adap makan
Adap menghadiri majlis
Adab bergaul
dan banyak lagi….
1.6 UNDANG-UNDANG
Definisi Undang-undang
Peraturan yang digubal oleh pihak
berkuasa untuk mengatur kehidupan
manusia supaya kehidupan manusia
menjadi aman dan damai.
Dikuatkuasakan oleh mahkamah dan
merupakan peraturan minimum
untuk mengawal jenayah.
Perbezaan Antara Moral Dan
Undang-undang
MORAL
1. Moral merupakan
perkara yang dikaji
dan diselidiki oleh
etika
2. Amalan praktikal
dan yang dilaksanakan
oleh manusia
UNDANG-UNDANG
Undang-undang
dikuatkuasakan oleh
mahkamah.
Undang-undang
dipatuhi oleh manusia
dan tidak semestinya
mematuhi etika.
Perbezaan Antara Moral Dan
Undang-undang
MORAL
UNDANG-UNDANG
Contoh:
1. Manusia harus bersikap
sopan santun dan berhemah
tinggi terhadap orang lain
dalam pergaulan
sehariannya.
Contoh:
1. Tidak melanggar lampu
merah serta mematuhi segala
peraturan dan isyarat jalan
raya.
2.
Menghormati ibubapa yang
telah bersusah payah
membesarkan kita dengan
penuh kasih sayang
2.
Membunuh dan merogol
adalah perbuatan yang salah
di sisi undang-undang.
3.
Berlaku jujur kepada rakan
dan tidak sesekali
mengkhianati sesama rakan.
3.
Mengedar dadah adalah
jenayah berat dan boleh
dihukum gantung sampai
mati.
Kepentingan Dan Penekanan
Pembentukan Masyarakat Malaysia
Yang Bermoral
i.
ii.
Wawasan 2020 - dasar pembangunan
negara dan masyarakat.
meningkatkan sahsiah untuk
kecemerlangan pelajar yang berilmu,
berkualiti dan berbudi.
samb…
iii.
iv.
Masyarakat bermoral lebih
berdisiplin,bertanggungjawab,
berhemah tinggi, dan berbudi
pekerti yang mulia.
Mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh dan tahap
etika yang tinggi.
samb…
v. Menyedari peranan agama dan akhlak
dalam membentuk serta
mengembangkan etika nilai hidup
murni.
vi. Bersosialisasi, berbudi pekerti dan
beradab sopan di kalangan masyarakat
majmuk.