3 KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

Download Report

Transcript 3 KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

KEDUDUKAN
WANITA DALAM
ISLAM
Permasalahan Berkaitan Wanita di Malaysia
Kes penderaan
 Kes perceraian
 Kes nafkah
 Kes hak penjagaan anak
 Kes rogol
 Kes minum arak
 Kes tidak menutup aurat
 Kes pelacuran

KEDUDUKAN WANITA SEBELUM ISLAM
Sebelum kedatangan Islam kedudukan wanita
amatlah menyedihkan. Hak mereka dirampas dan
mereka dianggap pemuas nafsu seks semata2.
 Wanita tidak berhak mendapat harta pusaka dan
dijadikan barang yang dipusakakan.
 Anak2 perempuan tidak diberikan peluang untuk
hidup lantaran perasaan malu dianugerahi anak
perempuan.

Wanita di Kalangan Bangsa Yunani
Yunani merupakan bangsa yang mempunyai peradaban yang
tertinggi di antara bangsa2 kuno dalam sejarah. Walau
bagaimanapun, kedudukan wanita pada zaman primitif amat
buruk dari segi moral, hak2 atas perlindungan hukum dan juga
kelakuan sosial.
 Wanita dipandang sebagai makhluk paling hina dan kemuliaan
dan kehormatan hanya khusus bagi kaum lelaki.
 Selera hawa nafsu menguasai orang2 Yunani sehingga mereka
bergelumang di dalam naluri kehaiwanan. Wanita sundal
mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.






Kepercayaan keagamaan mereka tunduk pada naluri
nafsu kebinatangan yang mana mereka menyembah
“Aphrodite” iaitu tuhan perempuan yang melayani 3
tuhan lelaki.
Tempat-tempat pelacuran dijadikan tempat pemujaan dan
pemuas hawa nafsu dipandang sebagai upacara ritual dan
kebiasaan.
Perempuan2 jalang menjadi tukang tenung yang
menghuni tempat2 peribadatan sekaligus menjadi
pengurus dan pelayannya.
Bangsa Yunani juga melakukan kekejian dengan
homoseksual meluas di kalangan mereka.
Wanita di Kalangan Bangsa Rumawi




Orang2 Rumawi mewarisi peradaban bangsa Yunani dan
mengikuti jejak serta meniru apa yang dilakukan oleh orang2
Yunani.
Mereka menganggap penzinaan sebagai perkara biasa.
Cireron seorang ahli pembaharuan terkenal berpendapat
pemuda tidak perlu dibelenggu dengan rantai moral yang
memberatkan dan perlu diberikan kebebasan dalam hubungan
seks.
Apectitus seorang ahli falsafah pada masa itu mengatakan
“hindarilah pergaulan (persetubuhan) dengan wanita sebelum
kahwin sekiranya kamu sanggup. Tetapi kamu tidak boleh
menyesali atau mencela seseorang yang tidak mampu
menahan shahwatnya”.
Pentas2 komedi mempertontonkan adegan lucah dan
memdorong pada perbuatan keji.
 Kaum lelaki lebih patuh dan bersikap lemah lembut
terhadap pelacur berbanding isteri menyebabkan
ramai isteri tertarik untuk menjadi pelacur.

Wanita di Kalangan Bangsa Yahudi
Tidak dinafikan bahawa kedudukan wanita bangsa
Yahudi ditentukan oleh wahyu yang diturunkan
kepada Nabi Musa a.s sebagaimana terdapat dalam
kitab Taurat.
 Terdapat perlanggaran dan penyelewengan dalam hal
aqidah dan hukum agama sepanjang pergantian
generasi dan perjalanan sejarah akibat daripada tindak
tanduk kaum Yahudi.

Kajian yang dibuat oleh para cendekiawan atau ahli
fikir berkenaan kitab Taurat di selewengkan dan
dinyatakan bahawa ada juga orang2 ma’shum yang
terperosok dengan godaan syaitan dan secara
keterlaluan merendahkan martabat nabi dalam
perbahasan mengenai wanita.
 Terdapat gambaran yang dibuat mengenai kedudukan
wanita dalam kitab Taurat sebagai penipu dan
pemuas hawa nafsu semata-mata.


“Dalila” seorang legendaris dalam cerita Yahudi yang
sangat terkenal dikatakan dapat menghancurkan
“Samson” seorang pahlawan besar yang paling kuat
dengan membuat fitnah, cumburayu, godaan dan tipu
muslihat..menunjukkan senjata wanita sebagai
perosak.
Wanita di dalam Agama Nasrani
Mereka berpendapat wanita adalah sumber maksiat
dan kedurhakaan. Bagi lelaki, wanita adalah pintu
neraka yang boleh mendorongnya membuat dosa dan
mendatangkan penderitaan lain.
 Wanita malu dan menyesali diri menjadi wanita
 Tertullianus seorang tokoh besar agama Nasrani
mengatakan bahawa “ia yakni wanita adalah pintu
bagi syaitan masuk ke dalam jiwa manusia.
Wanitalah yang mendorong lelaki mendekati pohon
terlarang. Wanitalah yang memusnahkan hukum
Tuhan dan merosak gambaran Tuhan (yakni lelaki)”

Dari situ muncul pendapat tentang kerahiban iaitu
seorang lelaki yang hidup membujang menjadi
ukuran tentang ketinggian moral dan keluhuran
martabat.
 Wujudnya pelbagai ketetapan atau peraturan khusus
dalam soal kerahiban dan akhirnya kaum wanita
sepenuhnya berada di bawah kekuasaan kaum lelaki.
 Wanita tidak mempunyai hak cerai(talak) tidak kira
dalam apa keadaan sekalipun. Isteri yang telah
kematian suami berkahwin lagi dianggap ‘penzinaan
sopan’ pada pandangan pembesar gereja.

Akibat daripada itu Eropah moden yang bercorak
Nasrani muncul dengan pandangan hidupnya yang
menghalalkan pergaulan antara lelaki dengan wanita.
 Persamaan hak dalam segala hal telah diberikan sama
rata antara lelaki dan wanita.
 Para isteri bebas mengurus penghidupannya sendiri
dan pergaulan bebas itu telah menyebabkan gejala
keruntuhan sosial di kalangan mereka.

Wanita di Kalangan Bangsa Arab Jahiliyyah
Sebahagian besar rakyat semenanjung arab tunduk
kepada penyembahan berhala.
 Di Yathrib (Madinah) dihuni paling ramai oleh
orang2 Yahudi.
 Di Jizan dan Najran pula dihuni oleh orang2 Nasrani
yang lebih condong pada pengaruh negeri Habsyah
iaitu amat memberikan perhatian dan penerimaan
terhadap percakapan kaum wanita mereka.

Orang2 Arab Jahiliyah menanam anak mereka hidup2
dalam pasir utk menghindari hal2 memalukan/takut
menanggung beban penghidupannya/ kesulitan hidup
yang akan ditanggungnya nanti.
 Sekiranya anak tersebut dibiarkan hidup maka dia
tidak mempunyai hak apa2 Cuma harus tunduk pada
tradisi dan adat kebiasaan bersekedudukan sebagai
hukum dan peraturan. Wanita tidak berhak
menyuarakan pendapat dan tidak berhak memiliki
sesuatu.


Bangsa Arab ketika jahiliyah memandang wanita
lebih hina dan rendah daripada masyarakat purba lain
di mana mereka tiada keistimewaan atau hak untuk
hidup.

Salahfaham tentang perspektif ISLAM
terhadap Wanita;
◦ Punca
 Media
 Islam+percampuran budaya
 Perbezaan budaya
 Fatwa dikeluarkan oleh bukan pakar
 Orang Islam Sendiri (Muslim)

Antara isu salahanggap barat (moden)
terhadap Islam yang berkaitan dengan
wanita
◦
◦
◦
◦
◦
◦
◦
◦
◦
Poligami
Hijab
Harta pusaka
Persaksian
Lelaki lebih kuat dari wanita (2:228)
Memukul isteri
Perceraian
Kepimpinan
Imam/ saf

Poligami
◦
◦
◦
◦
◦
◦
Poligami-poligeni-poliandri
Tidak diperkenalkan oleh Islam
Islam tetapkan jumlah
Menggalakkan monogamy, membenarkan poligami
Melindungi wanita, realistik
Poligami vs monogamy-dibenarkan sebab;
◦
◦
◦
◦
Wanita ramai
Tidak ada zuriat
Nasfu kuat
Cacat

Poliandri lwn Poligami
◦
◦
◦
◦
Barat-melihat keadilan
Islam-melihat keadilan tetapi tidak sama
Perbezaan fizikal
Lelaki kawin 4, wanita tidak boleh-KENAPA?
 Ibu/ Bapa tahu identiti,
 Menses (Haid)
 Fitrah
 STD (sexually transmitted disease); HIV, Penyakit
Kelamin dll
 HIV-bangsa akan terhapus (jangkahayat +-20thn)

Hijab
◦ Sejarah lepas-wanita direndahkan
◦ Islam mengangkat martabat status wanita
(24:30-31)
◦ Termasuk moral, perilaku & niat (intention)
◦ 33:59 & 3:32-33

Perceraian
◦ Persetujuan dua pihak
 Memulangkan mahar, perintah mahkamah
 Thalaq melindungi wanita
 Tuntutan anak (custody), harta sepencarian,
Muta’ah)

Memukul isteri
◦ Bukan sebagai penghakiman, tidak
melaksanakan hukuman
◦ Sebahagian proses pengajaran
◦ Hubungan suami-isteri-hak & tanggungjawab
(4:34)
◦ Bersyarat-suami mesti ikut
 Nusyuz-durhaka, merupakan satu salah-laku yang
serius
 Menolak untuk mempraktik Islam
 Ia merupakan jalan penyelesain yang sistematik

Penyaksian
◦
◦
◦
◦
◦
◦
◦
◦
2: 282-transaksi perniagaan
Membunuh-pandangan ulama’
Lelaki-menyara keluarga
Ta’zil
Wasiat (5:106)
Talaq (65:2)
Menuduh wanita melakukan zina (24:4)
Menuduh pasangan yang sudah kahwin berzina
(24:5)
◦ Aisyah-menghafal 2210 hadis

Sebagai Imam/ posisi solat
◦ Kenapa wanita tidak boleh menjadi imam
kepada lelaki
 Gangguan (period)
 Sebelah menyebelah

Lelaki lebih tinggi daripada wanita
◦ 2:22b
◦ Bukan dari segi kuasa tetapi dari segi
tanggungjawab

Harta pusaka
◦ Islam menjamin menerima harta
◦ 4:34
KEDUDUKAN WANITA SELEPAS ISLAM
Surah an-Nisaa’ iaitu perihal perempuan yang banyak
menjelaskan hukum hakam berkenaan kaum
perempuan.
 Surah al-Hujuraat ayat 12 menjelaskan bahawa Islam
memandang sekalian manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah di bumi dan yang membezakan mereka
ialah ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t.
 Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud
“kebahagiaan anak Adam terletak pada 3 faktor iaitu
wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik dan
kenderaan yang baik”.




Surah ar-Ruum ayat 21 Allah berfirman yang bermaksud
“Dan di antara tanda2 kekuasaaan Allah ialah Allah
menciptakan isteri2 bagi kamu dari jenis kamu sendiri,
agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka.
Kemudian Allah menciptakan kasih sayang antara
kamu(iaitu suami isteri).Sesungguhnya dalam hal yang
demikian itu terdapat bukti2 bagi orang yang mahu
berfikir”.
Di dalam surah Al-A’raaf ayat 189 Allah berfirman yang
bermaksud “Dialah Allah yang menciptakan kamu dari
seorang (Adam) lalu daripadanya Allah menciptakan
isteri baginya, agar ia merasa tenteram tinggal bersamasamanya(isterinya)”.
Rasulullah bersabda yang bermaksud “Kaum wanita adalah
saudara kandung kaum lelaki”.
 Baginda bersabda lagi yang bermaksud “Perlakukanlah wanita
dengan baik kerana mereka itu diciptakan dari tulang rusuk
yang bengkok. Yang bengkok pada tulang rusuk adalah
bahagian atasnya. Bila engkau terlalu keras meluruskannya ia
akan patah tetapi bila engkau biarkan ia tetap bengkok. Kerana
itu perlakukanlah wanita dengan baik”.
 Dalam Islam, asas kekuatan dan kesatuan adalah melalui
isntitusi keluarga. Isteri merupakan tiang keluarga. Oleh yang
demikian, darjat wanita dalam Islam ditinggikan dan
dimuliakan.

Hak-Hak Wanita Dalam Islam
1. Wanita adalah saudara kandung lelaki – contohnya dalam
surah al-Hujurat:13, surah An-Nisa’:1, surah an-Nahl:72,
surah al-A’raaf :189. Hadith Rasulullah yang bermaksud
“Kaum wanita tidak lain adalah saudara2 kandung kaum
lelaki” – diriwayatkan oleh Ibn Hanbal, Abu Daud & Tirmizi
berasal daripada Aisyah r.a.
2. Iman kaum wanita sama dengan iman kaum lelaki –
contohnya dalam Surah al-Mumtahanah:10, surah alAhzaab:58, surah Al-Buruj:10, surah Muhammad:19.
3.Ganjaran pahala di akhirat bagi kaum wanita beriman
sama dengan lelaki beriman – contohnya dalam surah
an-Nahl:97, al-Mukmin:40, An-Nisa’:123 & 124,
Ali-Imraan:195, al-Ahzaab:35, at-Taubah-72.
4. Penglibatan bersama kaum wanita & lelaki dalam
upacara keagamaan, kegiatan sosial dan politik contohnya berkenaan sembahyang, menunaikan haji
dan ibadat2 yang lain diceritakan dalam surah atTaubah:71.
5. Manakala wanita juga harus bantu membantu dalam bidang
politik, ekonomi dan ketika peperangan. ContohnyaUmmu
Hani iaitu puteri Abu Thalib mengatakan di hari tertawannya
kota Mekkah ke tangan kaum muslimin “Aku memberi
perlindungan kepada dua orang lelaki mertuaku” (yang
dimaksudkan ialah mertua sendiri dan saudara mertuanya) dan
pada ketika itu Rasulullah s.a.w. berkata “Wahai Ummu Hani,
kami berikan perlindungan kepada orang yang engkau
lindungi”.
6.Hak2 wanita dalam bidang pendidikan dan pengajaran yang
mana menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu juga sama dituntut
terhadap lelaki dan wanita. Contohnya pada zaman Rasulullah
seorang wanita Quraisy bernama Asy-Syifa binti Abdullah
setelah berhijrah ke Madinah dia mengajar membaca dan
menulis kepada Hafshah binti Umar Ummul mukminin.
Rasulullah pernah bersabda menunjukkan bahawa besarnya
perhatian baginda terhadap pendidikan dan pengajaran bagi
kaum wanita yang bermaksud “Seorang lelaki yang
mempunyai anak perempuan dan ia mengajar serta
mendidiknya dengan baik serta ia menikahkannya, ia
memperolehi dua (kali) pahala”.
7. Hak-hak wanita dalam bidang harta dan kekayaan iaitu dalam
pewarisan dan juga wasiat. Hak wanita dalam Islam juga
dalam bentuk mahar dan mas kahwin serta nafkah yang
semuanya diwajibkan ke atas kaum lelaki. Dalam surah anNisaa’:7 menyatakan tentang hak wanita mewarisi harta
manakala ayat 4 surah yg sama menyatakan hak wanita
mendapatkan mas kahwin daripada suami.
Peranan & Tanggungjawab Wanita Dalam Islam
1. Wanita sebagai seorang ibu kepada anak2. – dinyatakan di
dalam surah al-Baqarah ayat 233 bahawa tanggungjawab
seorang ibu untuk menyusukan anak-anak sehingga cukup 2
tahun.
2. Wanita sebagai seorang isteri kepada suami.
3. Wanita sebagai saudara kandung lelaki
4. Wanita sebagai seorang pendidik.
5. Wanita bertanggungjawab terhadap Allah, Rasul &
agamanya.
6. Wanita bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
7. Wanita bertanggungjawab terhadap keluarga &
rumahtangga.
8. Wanita bertanggungjawab terhadap masyarakat & bangsa.
9. Wanita bertanggungjawab terhadap tanah air.