kesihatan mental menurut perspektif islam

Download Report

Transcript kesihatan mental menurut perspektif islam

PENGENALAN
•Individu yang sihat mental
berupaya mengekalkan
perhubungan yang harmoni
dengan orang lain, mengambil
bahagian dalam aktiviti
kemasyarakatan dan boleh
menyumbang di dalam masyarakat
(Definisi Pertubuhan Kesihatan
Sedunia - WHO).
Sumber: http://infosihat.gov.my
•Hari ini persoalan manusia
semakin membimbangkan
•Individu bebas dan selesa dgn
tamadun yang dicapai manusia
• Sebahagiannya lupa aspek
sptritual untuk mengisi
kekosongan rohani dan psikologi.
• Ini menyebabkan ketegangan
mental, kecemasan hati, gangguan
mental dan menghadapi tekanan,
kemurungan, fobia, neurosis,
psikosis dan sebagainya
(Kharunnas Rajab)
Pengertian Islam Di dalam Bahasa Dan Syarak
•Dari sudut bahasa perkataan Islam itu adalah nama terbitan dan kata kerjanya ialah
perkataan “Salam” yang mengandungi 3 makna:
1.
2.
3.
Tulen dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin.
Damai, aman atau sejahtera
Taat dan menyerah
• Dari sudut syarak pula ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati
kepadaNya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
• Islam dengan ajarannya yang murni, menawarkan metodologi baru bagi memulihkan dan
merawat pesakit-pesakit mental dengan menggunakan teknik, teori, dan metodologi
psikoterapi iman, ibadah dan tasawuf.
•Islam juga sebagai agama yang mengandungi nilai-nilai spiritual yang tinggi, didapati
boleh menyelesaikan masalah-masalah psikologi manusia. Kandungan ajaran Islam seperti
iman, ibadah, dan tasawuf didapati memiliki metodologi yang sistematik bagi mewujudkan
kesihatan mental.

Sifat Semulajadi Manusia

Dorongan Tingkahlaku

Penyakit Mental

Manusia yang berfungsi sepenuhnya

Psikoterapi Islami
SIFAT SEMULAJADI MANUSIA
Imam Al-Ghazali :
•Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT
(Al-Insan, Al-Ins, An-Nas, Al-Ashar)
•Manusia dicipta daripada 2 unsur:
1. Material (jasmani)
2. Spiritual ( roh)
Sifat Semulajadi Manusia
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya;
Kimia Kebahagiaan
menerangkan:
“ Sebahagian sifat manusia adalah bersifat
kebinatangan, sebahagian pula bersifat
kesyaitanan dan bakinya bersifat kemalaikatan.
Tugas binatang adalah makan, tidur, berkelahi.
Tugas syaitan menyesatkan manusia. Tugas
malaikat pula hanya sujud kepada Allah SWT.”
Sifat Semulajadi Manusia
 Imam Al-Ghazali; manusia dipengaruhi oleh
nafsu, akal, roh, hati, hidayah, tarbiyah dan ibadat
Psikoterapi Islam adalah usaha Islamisasi sains (Islamization of
knowledge). Metode yang diguna adalah melalui pencerahan dan
aplikasi nilai-nilai al-Qur’an dan al-Sunnah.
Kandungan al-Qur’an mahupun al-Sunnah yang diambil adalah
kandungan yang berkaitan dengan masalah iman, ibadah, dan
tasawuf.
Psikoterapi seperti ini, boleh membuat psikologi manusia
menjadi tenang, tenteram, selesa, dan secara disedari mahupun
tidak, mampu mewujudkan kesihatan mental.
Konsep psikoterapi Islam adalah suatu kajian baru, yang boleh
dijadikan suatu metodologi psikoterapi bagi mewujudkan
kesihatan mental, mencapai kebahagiaan, dan memperolehi
ketenangan. Islam adalah agama Allah SWT; agama wahyu yang
diturunkan kepada Muhammad s.a.w, di mana ajarannya rasional
serta dapat membantu umat manusia dalam mencapai
kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan hidup.
Dorongan Tingkahlaku
 Imam Al-Ghazali dalam kitabnya; Bimbingan Mukmin:
i) Hati (al-qalb)
ii) Nafsu (an-nafs)
iii) Akal (an-naql)
Dorongan Tingkahlaku
Faktor-faktor yang mempengaruhi
Imam Al-Ghazali dalam bukunya;
Bimbingan Mukmin mentakrifkan
Akal yang sentiasa mengingati Allah akan
melahirkan hati yang mempunyai nur
dan dapat mengawal nafsu hingga
mempamerkan tingkahlaku yang positif
tetapi sebaliknya jika akal yang tidak
mengingati Allah maka akan melahirkan
hati yang gelap dan wujud nafsu yang
tidak terkawal hingga mempamerkan
tingkahlaku yang negatif
Penyakit Mental dari Perspektif Barat
Carl Rogers;
 Manusia/organisma yang sihat adalah organisma yang menuju ke
arah penyempurnaan kendiri
 Sejak lahir lagi manusia telah cuba memenuhi dan bergerak ke
hadapan jika suasana positif disediakan.
 Manusia yang dapat berfungsi sepenuhnya maka ia merupakan
lambang kesempurnaan organisma manusia.
Imam Al-Ghazali;
 Kesempurnaan kendiri ialah manusia yang mengutamakan iman
dari nafsunya.
 Jiwa disulami nafsu sentiasa melanggar perintah dan ingkar
untuk menjadi hamba Allah SWT yang taat.
“ Maka ingatkanlah (orang yang lalai), kerana sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang
beriman.”
(Al-Dzariat: 55)
Penyakit Mental dari Perspektif Islam
Prof Dr. Haron Din di dalam bukunya; Manusia Dan Islam
menyatakan:
 Manusia berada di dalam 2 naluri :
1. Naluri yang membina – tunduk di bawah akal yang waras yang
boleh membezakan antara baik dan buruk, salah dan benar dan
sebaliknya .
“ Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi
bakhil dan kedekut), apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah
gelisah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka
yang tetap mengerjakan sembahyangnya.”
(Al-Ma’rij: 19-22)
Penyakit Mental dari Perspektif Islam
(Sambungan )
2. Naluri yang merosak/meruntuh – tunduk di bawah pengaruh nafsu
seperti marah,angkuh,tamak,dengki, ganas dll.
“ Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di atas bumi! Kata
mereka (malaikat) apakah Engkau menjadikan di dalamnya orang yang
akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, walhal kami
sentiasa memuji kebesaran Engkau dan mentakdiskan Engkau!”
(Al-Baqarah: 30)
Penyakit Mental dari Perspektif Islam
Imam Al-Ghazali menyatakan Martabat Insan Kamil
bergantung kepada :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Berdukacita kerana Allah- tidak dapat menyempurnakan hak Allah
Kasih hanya kerana Allah- tiada lain yang disanjung melainkan Allah
SWT.
Jaganya(hidup) hanya untuk urusan yang diredhai
Tidurnya kerana Allah- buka keletihan membuat
kemungkaran/kemaksiatan
Kerja hanya mencari keredhaan Allah
Pertuturannya tidak lekang menyebut kebesaran Allah SWT.
Fikirannya hanya tertumpu mencari keredhaan Allah SWT.
Manusia yang berfungsi sepenuhnya
Ada 3 perkara pokok yang perlu dihayati:
Menurut Abdul Fatah di dalam bukunya Aqidah Ahli Sunnah Wal
Jama’h menyatakan:
1. Akidah- kepercayaan kepada Allah
a) Tauhid Rububiah-yakin Allah sahaja yang mentadbir,menguasai,
memiliki,menentukan segalanya.
b)Tauhid Uluhiyyah- hanya Allah sahaja yang layak disembah.
c)Tauhid sifat wal Asma – mengEsakan Allah pada segala nama
Manusia yang berfungsi sepenuhnya
2. Syariah- Aturan Allah SWT untuk menyatukan hubungan antara manusia dengan manusia,
manusia dengan dirinya dan manusia dengan alam.
Ketiga-tiga hubungan ini tidak akan terlaksana kecuali melalui hubungan ibadat dan
muamalat.
“Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” (Surah At Talaq:3)
Kerana itu hadapi permasalahan sesuai kadar timbangannya dan hindarilah kezaliman dan
tindakan melampui batas.
3. Akhlak- dasar pokok terhadap pembentukan hati nurani manusia
a) Akhlak manusia terhadap penciptanya
b) Akhlak manusia terhadap makhluk
- makhluk bukan manusia ( jin,malaikat,haiwan dan tumbuhan)
- makhluk manusia (keluarga,jiran tetangga)
* Ibn Taimiyyah berkata: seseorang mukmin itu tidak pernah menuntut, mencela dan tidak
memukul orang lain.
Manusia yang berfungsi sepenuhnya
Menurut Prof Dr.Haron Din didalam bukunya; Manusia Dan Islam :
I
II
III
Lingkaran I : Roh bersifat ghaib
Lingkaran II: Fikiran objektif dan subjektif
atau akal, penghubung
antara I & II.
(Aktiviti akal dimungkinkan
kerana adanya roh)
Lingkaran III : Jasad
•Frederik W.Bailes mengistilahkan pemikiran dengan fikir objektif dan rasa dengan fikir subjektif.
•Islam mengistilahkan akal yang menunjuk aktiviti budi(fikir) dan aktiviti kalbu (rasa).
•Apa yang terjadi pada jasad(baik tingkah-laku dan perbuatan atau gejala-gejala seperti penyakit)
bukanlah berasal dari roh tapi dari fikir dan rasa.
PSIKOTERAPI ISLAMI
* Menggabungkan pendekatan kognitif-behavioral
dan pendekatan psiko-spiritual.
Pendekatan kognitif-behavioral : menekankan
penggunaan kesedaran atau akal fikiran manusia
untuk membantu menyelesaikan sesuatu masalah.
Pendekatan psiko-spiritual : mendekatkan diri
dengan Allah Azza Wa Jalla, yang merupakan
sumber ampunan, idea, ketenangan dan sebagainya.
PSIKOTERAPI ISLAMI
Tahap Pembersihan Diri – bertujuan dapat mengenali,menguasai dan
membersihkan diri dari sifat-sifat,cara berfikir atau kebiasaan buruk yang
sudah melekat dalam diri seseorang.
Tahap Pengembangan Diri- setelah bebas(kekurangan diri,penyakit hati
dll) manusia perlu dibawa kepada situasi baru iaitu pengembangan
diri.Tujuannya menumbuhkan sifat-sifat terpuji dalam diri .Teknik yang
digunakan adalah teknik internalisasi asmaul husna, teknik teladan rasul
dan teknik pengembangan hubungan baik sesama manusia.
Tahap Penyempurnaan Diri- merupakan tahap peningkatan hubungan
dengan Allah Azza Wa Jalla dan hubungan sesama manusia.
 Menurut Uthman Najati dalam Fariza Md.Sham (2005)
menjelaskan bahawa manusia menghadapi gangguan dan
ketidaktenteraman jiwa atau emosi apabila berlakunya konflik
psikis atau pertembungan antara dua jiwa manusia iaitu jiwa
yang beriman kepada Allah dan jiwa yang menurut hawa nafsu.
 Menurut Nik Mustapha Nik Hassan( 2010), tekanan mental
adalah gangguan terhasil daripada kesihatan yang terganggu
dengan penghayatan dalam hidup Islam dapat mengurangkan
tekanan dan mereka yang terlibat perlu mengambil langkah
proaktif dengan menjaga kesihatan(roh,akal & jasad)
Terima Kasih
&
Wassalam
faizahothman.wordpress.com
marhainidamia.wordpress.com