Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi

Download Report

Transcript Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
LOGO
MUHAMMAD KHAIRI MOHAMED NOR
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
0134282758
[email protected]
pmipgm.blogspot.com
bmm3105.blogspot.com
wacana bahasa.blogspot.com
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi :
Pengalaman Membantu Bakal Guru di
Sekolah Murid Orang Asli
LOGO
Muhammad Khairi bin Mohamed Nor
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
[email protected]
SKOP PERBINCANGAN
Pendahuluan
Objektif Program
Pendekatan
Kumpulan Sasaran
Pengisian Projek
Refleksi Praktikum
Analisis Isu
Penutup
MUHAMMAD KHAIRI BIN MOHAMED NOR
Galeri PKPP Zon Utara
Pengenalan
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi (PKPP) berhasrat untuk memberi
tumpuan kepada kaedah-kaedah dan pendekatan yang lebih relevan
dengan sensitiviti masyarakat Orang Asli. Program peningkatan
profesionalisme para guru di sekolah-sekolah Orang Asli harus menjurus
ke arah matlamat meningkatkan pengetahuan dalam aspek pedagogi
peribumi. Kefahaman para guru mengenai sosio-budaya masyarakat Orang
Asli menjadi faktor penting dalam usaha mengatasi isu buta huruf dan
keciciran dalam kalangan murid Orang Asli. Pelaksanaan program sebegini
memungkinkan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik
dijalankan
terutama di sekolah murid Orang Asli. PKPP Zon Utara memberi peluang
kepada pensyarah dan pelajar IPG berhubung terus dengan murid dan
masyarakat Orang Asli dan usaha ini memudahkan hasrat mencapai
kecemerlangan pedagogi di sekolah murid Orang Asli. Pengalaman pelajar
di sekolah murid Orang Asli memberi panduan bermakna untuk
penambahbaikan terutama dalam bidang pedagogi peribumi
Muhammad Khairi Mohamed Nor
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Zon Utara
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi
Zon Utara diilhamkan untuk membantu para
pensyarah dan pelatih IPG untuk pendedahan
pengalaman sebenarnya mengenai
masyarakat Orang Asli
Objektif PKPP Zon Utara
IPGKSAH sebagai Pusat Rujukan
Pendidikan Peribumi dengan
mewujudkan:




Pusat Latihan Perguruan Khas Pendidikan Peribumi
Pusat Sumber / Perpustakaan Peribumi
Pusat Kurikulum dan Pedagogi Peribumi
Galeri Peribumi / Portal Peribumi
 Pusat Penerbitan & Dokumentasi Bahan P & P,
Kamus, Cerita dan Maklumat Masyarakat Peribumi.
 Sekolah Dalam Maktab Khas Untuk Murid Orang Asli
 Pusat Penyelidikan Pendidikan Peribumi
Pendekatan PKPP Zon Utara
Pendekatan ini berasaskan kepada Strategi Amalan
Pedagogi Peka Budaya.
Prinsip-prinsip Amalan Pedagogi Peka Budaya yang
ditekankan ialah:
 Berasaskan budaya masyarakat setempat – ‘inside
out’
 Berpusatkan murid – Konstruktivisme,
Pembelajaran Kontekstual, Pengajaran melalui
Pengalaman & Kecerdasan Pelbagai
 Intergrasi Antara Disiplin, dan
 Pengajaran Multigred
SASARAN PROGRAM
Sekolah-sekolah Orang Asli terlibat ialah:
Sekolah Kebangsaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Banun
Sekolah Kebangsaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Dala
Sekolah Kebangsaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Sungai Tiang
Sekolah Kebangsaan Pos Kemar
PENGISIAN PROJEK
1. Program Murid
3 Program Waris
Kemahiran menguasai asas 3M
Program Motivasi
Kemahiran Belajar
Teknik Menjawab Peperiksaan
Program ‘Pendedahan Kepada Dunia
Luar’
 Program Peningkatan Kesedaran
Pendidikan
 Program Motivasi
2. Program Guru
4 Program Khas
Kemahiran Pedagogi Peribumi
Penghasilan Bahan Pengajaran &
Pembelajaran
Kefahaman terhadap bahasa dan sosio
budaya peribumi
Program Peningkatan kemahiran Bidang
Kemahiran ICT dalam P & P Peribumi
Program Pensiswazahan Guru
 Penyelidikan Pendidikan Masyarakat
Orang Asli
 Mendokumentasi bahan dan elemen
berkaitan Orang Asli
Perlaksanaan Program Praktikum
Analisis Isu Pendidikan di Sekolah
Orang Asli
Pengalaman pelatih praktikum di sekolah Orang Asli
menimbulkan beberapa isu yang perlu difikirkan
bersama-sama.. Beberapa isu yang difikirkan perlu
diserlahkan buat tatapan umum sebagai panduan
perancangan pendidikan murid Orang Asli pada masa
akan datang.
[1. Kesanggupan]
Kesediaan guru untuk mengajar di kawasan masyarakat Orang Asli
perlu dikenalpasti. Kesanggupan guru-guru untuk mengajar di
kawasan penempatan masyarakat Orang Asli perlu difikirkan oleh
pelbagai pihak terlibat bagi menjamin kesan yang positif dalam
pendidikan dan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik.
Sekiranya perkara ini dipandang mudah maka kesan mendalam dalam
masyarakat ini akan dirasai dalam tempoh yang panjang.
[2. Saling Membantu]
Guru permulaan terutamanya yang ditempatkan mengajar di
kawasan murid Orang Asli seharusnya dilayan mesra oleh
setiap organisasi yang terlibat dengan masyarakat Orang
Asli. Pejabat Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah,
JKOA, KEMAS, guru-guru sekolah, ketua-ketua kampung
dan masyarakat sekitar dan pihak swasta yang sama-sama
terlibat dalam pembanggunan Orang Asli agar sama-sama
membantu guru-guru permulaan ini dalam mengharungi
alam sebagai seorang pendidik
[3. Ketenangan Jiwa]
[berkongsi kediaman] / [suasana tenang ditemani unggas] /
[inspirasi pada jiwa seorang guru] Ketiga-tiga elemen penting ini
seharusnya dipandang serius kerana di dalamnya terkandung sesuatu
yang besar kesannya terhadap pendidikan terutama di kawasan
pedalaman. Suasana yang tenang dijiwa seorang pendidik
terutamanya seorang guru permulaan amat penting bagi menjamin
keseronokan untuk bertugas terutama di kawasan baru yang tidak
terbiasa bagi seseorang guru.
[4. Budi Bicara]
Pihak kementerian pelajaran, pejabat pendidikan negeri dan daerah
diharapkan boleh menggunakan budi bicara dalam banyak urusan
pentadbiran sekolah murid Orang Asli di pedalaman ini. Pegawai
pelajaran yang datang sekali-sekala ke sekolah berkenaan diharapkan
tidak terus menyalahkan pihak sekolah dalam urusan pentadbiran
sekolah agar perjalanan sekolah menjadi lebih licin dan teratur. Selalunya
beberapa urusan akan dilaksanakan mengikut keperluan setempat dan
mengikut situasi yang dirasakan sesuai dengan pengalaman guru di
sekolah kawasan pedalaman ini.
[5. Orientasi]
Pengalaman guru permulaan yang baru menempuhi cabaran
terutama di kawasan pedalaman dirasakan perlu mendapat
pendedahan awal tentang masyarakat yang tinggal di kawasan
pedalaman ini. Pendedahan mengenai masyarakat peribumi di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak amat penting agar
bakal guru akan terdedah dengan masyarakat ini sebelum mereka
ditempatkan di sekolah pedalaman ini.
[6. Persediaan Mental]
Pendedahan kepada bakal guru amat penting terutama
mengenai situasi sebenar di penempatan baru di kawasan
pedalaman. Kemudahan infrastruktur yang selalunya kurang
baik terutama di kawasan pedalaman bermula dengan jalan
perhubungan, sistem komunikasi, kemudahan infrastruktur di
kawasan sekolah, tempat tinggal, bekalan air dan elektrik dan
sebagainya menjadi cabaran yang terpaksa dilalui oleh guru
yang ditempatkan di kawasan pedalaman ini.
[7.Harapan Pada Guru]
Guru-guru di kawasan pedalaman bukan hanya berkhidmat
mengajar di sekolah tapi juga sebagai agen perubahan dalam
masyarakat Orang Asli. Harapan masyarakat Orang Asli di
kawasan pedalaman bukan sekadar mendidik anak mereka di
sekolah tetapi lebih daripada itu. Guru-guru dituntut
membantu dalam banyak hal di kawasan penempatan
masyarakat itu.
[8. Pengajaran Menarik]
Proses pengajaran dan pembelajaran kini seharusnya menggunakan
kepelbagaian teknik terutama penggunaan bahan bantu yang sesuai.
Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran akan membuatkan
suasana pembelajaran akan lebih aktif dan memberikan impak positif.
Komputer dan animasi akan membuatkan murid akan lebih berminat dan
mampu meninggalkan kesan yang baik seterusnya membuat ingatan
murid akal kekal dalam masa lebih lama.
[9. Komitmen Guru]
Pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa seharusnya dibalas dengan
rasa tanggungjawab yang wajarnya dengan memberi pelajaran kepada
anak-anak mereka. Para guru disarankan agar memberi komitmen
berganda kepada murid Orang Asli kerana mereka yang tinggal jauh di
pedalaman dan mempunyai latarbelakang yang kurang dalam pendidikan
menjadikan mereka lebih sukar menerima sesuatu terutama dalam
bidang-bidang yang baharu didedahkan.
[10. Optimis]
Pandangan negatif terhadap masyarakat Orang Asli
seharusnya dibuang dalam benak pemikiran para guru.
Guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman
seharusnya menerima segalanya yang terdapat dalam
masyarakat tersebut. Masyarakat yang tinggal jauh di
pedalaman sememangnya sukar untuk menerima sesuatu
yang baru.
[ 11. Berusaha ]
Semua pihak disarankan agar menggunakan
kelebihan yang ada untuk cuba memajukan
murid
Orang
Asli.
Guru-guru
jangan
menggunakan alasan-alasan tertentu untuk
tidak menggunakan pendekatan, kaedah dan
teknik terkini dan sesuai dalam pengajaran
mereka di sekolah berkeperluan khas ini.
Kepelbagaian Kaedah Pengajaran
Penutup
Perkembangan sistem pendidikan di negara Malaysia memang
membanggakan dengan seluruh kanak-kanak diwajibkan bersekolah dan
mendapatkan pendidikan terutama dalam pendidikan sekolah rendah.
Namun begitu, terdapat pelbagai halangan, masalah dan kekangan yang
perlu ditempuhi terutama dalam masyarakat peribumi yang mendiami
kawasan luar bandar terutama masyarakat yang tinggal jauh di kawasan
pedalaman terutama penduduk peribumi termasuklah masyarakat Orang
Asli di Semenanjung Malaysia dan etnik peribumi di Sarawak dan sukusuku minoriti di Sabah.
Muhammad Khairi Mohamed Nor
LOGO
JUMPA LAGI
INSYAALLAH
MAASSALAMAH