Mendirikan Khemah Bentuk Ridge

Download Report

Transcript Mendirikan Khemah Bentuk Ridge

PANEL PENGGUBAL KURIKULUM
BINA INSAN GURU-PPG
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK [ PPA ]
IPGM CYBERJAYA

Proses mendirikan khemah adalah satu
aktiviti yang mudah. Namun sikap sambil
lewa boleh membawa padah. Oleh itu, ketua
perlu memastikan tapak khemah perlu
sesuai, selamat dan selesa. Berikut ialah
beberapa panduan mendirikan khemah yang
boleh diaplikasikan.







SUMBER ASAS
BENTUK MUKA BUMI
PERHUBUNGAN
SINAR MATAHARI
DENAI BINATANG
ARAH KIBLAT
ARAH LALUAN ANGIN

Untuk memilih kawasan ataupun tapak
perkhemahan yang baik, perkara yang paling
utama untuk diambil kira ialah sumber alam
semulajadi terutamanya punca air. Punca air
adalah penting untuk kita memasak, minum,
membersihkan diri dan sebagainya. Namun
begitu anda DILARANG berkhemah terlalu
dekat dengan sungai dikawasan hulu atau
berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya
di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik
dengan cepat.

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah
rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut
haruslah tinggi sedikit daripada kawasan
disekitarnya untuk mengelakkan air
bertakung / banjir ketika hujan lebat.
Permukaan tanah juga seharusnya tidak
berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan
ketika tidur.

Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas
khemah anda. Anda juga tidak digalakkan untuk
mendirikan khemah di bawah pokok yang besar
ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri
dahan yang besar dari pokok tersebut akan
menghempap khemah anda. Anda juga harus
memastikan bahawa tapak perkhemahan anda
jauh dari semak dan belukar kerana kawasan
begini merupakan tempat sarang serangga
ataupun binatang merayap seperti ular, kala
jengking dan lipan.

Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam
boleh mengoyakkan khemah. Tetapi anda
juga diingatkan supaya tidak mencari
kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya
tidak jauh dari tempat anda mempunyai
pokok atau bukit untuk mengelakkan
ancaman angin. Anda juga dilarang untuk
mendirikan khemah yang terlalu dekat
dengan kaki bukit kerana bahaya tanah
runtuh.

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya
mempunyai cara untuk berhubung dengan
orang diluar kawasan perkhemahan tersebut
seperti jalan raya, telefon awam, balai polis,
rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini
untuk memudahkan anda mendapatkan
bantuan segera jika perlu. Jika anda
menjalankan aktiviti ini dikawasan yang
terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan
anda berhampiran dengan tanah lapang dan
tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan
dari udara.

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar
matahari disebelah pagi untuk tujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah
dan juga mengeringkan pakaian dan
peralatan yang basah. Pemandangan yang
indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia
dapat memberikan ketenangan kepada kita
serta perkhemahan kita menjadi lebih
seronok.

Jangan sekali-kali mendirikan khemah
dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa
rempuhan binatang yang menggunakan
denai tersebut.

Setibanya di suatu lokasi yang sesuai, yang
perlu di perhatikan adalah di mana arah kiblat
daripada kawasan tersebut, dan jadikan
kawasan tersebut di hadapan, atau wujudkan
satu lokasi untuk menunaikan Solat.
Sekiranya ada orang yang ingin mendirikan
Solat di tempat itu, dia tidak menghadap
apa-apa aktiviti menusia.

Walaupun keadaan angin tidak menentu,
tetapi ini boleh di perhatikan melalui bentuk
muka bumi dan kawasan laluan angin
"majoriti". Setelah perkara-perkara ini
diketahui, barulah kita cuba memenuhi
kriteria asas yang lainnya

Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat
tempat kediaman sementara bagi berteduh
daripada panas dan hujan. Biasanya, Khemah
diperbuat daripada kain tebal, kain layar,
campuran palastik (nilon) dan
sebagainya.Pada masa kini, khemah yang
dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia
adalah ringan dan senang dibawa ketempat
perkhemahan.

Anda seharusnya mengetahui nama bahagian
yang terdapat pada khemah. Kebiasaannya,
sebuah khemah mempunyai bahagian seperti
dinding, bumbung, pancang, tali pancang,
penahan angina, tiang daripada kayu atau besi
pintu. Sesetengah khemah mempunyai pintu
dan penahan angin. Terdapat juga khemah yang
tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain
itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti
khemah ridge.

Khemah satu tiang adalah ringan dan senang
didirikan. Khemah jenis ini sesuai untuk
perkhemahan ringkas. Ia boleh ditegakkan
dengan menggunakan satu tiang seperti
pada rajah. Khemah satu tiang juga dapat
digunakan oleh seorang atau dua orang
peserta sahaja.
Khemah Bentuk ‘A’ dapat digunakan oleh tiga hingga
enam orang peserta.
 Khemah jenis ini sesuai digunaakn untuk mengahadiri
perkhemahan ringkas dan kumpulan.
 Khemah ini juga senang dibawa dan didirikan serta
ringan. Ia boleh ditegak dengan menggunakan dua
batang tiang dan satu batang bumbung.
 Anda juga boleh menggunakan tali yang ditegangkan
bagi membentuk bumbung khemah seperti
penerangan dalam tajuk mendirikan khemah.







Khemah bentuk dinding sesuai digunakan untuk
perkhemahan kumpulan.
Khemah ini senang dibawa,disimpan dan didirikan.
Bentuk Khemah ini lebih kurang sama dengan
khemah bentuk ‘ A’ .
Khemah bentuk dinding mempunyai penahan angin
atau hujung bahagian tepi.
Penahan angin ini tingginya lebih kurang 15 -25
sentimeter.
Khemah bentuk ini mempunyai ukuran 7.75 meter
panjang dan 3.9 -4.2 meter lebar(termasuk penahan
angin).
Khemah bentuk ini sesuai bagi suatu kumpulan
patrol.
 Harganya tidak mahal berbanding
dengankhemah bentuk lain.
 Khemah ini lebih selesa digunakan dan
mempunyai ruang yang luas untuk berehat.
 Khemah ini juga sesuai digunakan oleh satu
patrol yang mempunyai ahli lebih kurang enam
hingga lapan orang.
 Cara mendirikan khemah jenis ini sama dengan
cara mendirikan khemah bentuk ‘A’.





Sekarang kebanyakan kumpulan menggunakan
khemah ridge untuk berkhemah.
Khemah ini sangat sesuai digunakan bagi
berkhemah dikawasan pergunungan, ditepi
sungai, jambori dan sebagainya.
Khemah ini sesuai untuk tiga hingga sepuluh
orang peserta.
Khemah ini boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu
 khemah ridge jenis helaian terbang (tent barque
double),
 khemah ridge dua tiang dan
 khemah ridge besar.




Khemah ridge helaian terbang sangat senang
dibawa dan ringan.
Biasanya, khemah jenis ini diperbuat
daripada nilon atau terilin.
Tiang khemah ini diperbuat daripada
aluminium atau aloi (pancalogam).
Khemah ini dapat memuatkan antara empat
hingga tujuh orang peserta.





Bentuk khemah ridge dua tiang lebih kurang
sama dengan bentuk khemah dinding.
Khemah ridge ini mempunyai dua lapis bahagian
bumbungnya.
Khemah ini lebih mahal harganya, namun
kebanyakan kumpulan menggunakan khemah
jenis ini.
Khemah ini dapat memuatkan tiga hingga enam
orang peserta.
Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada
aluminium.
Khemah rigde besar biasanya diperbuat
daripada kanvas.
 Khemah jenis ini terdapat dalam berbagai –
bagai saiz dan berat.
 Misalnya, 35 kg, 40 kg dan tank 110kg.
 Khemah jenis ini dapat menampung seramai 10
hingga 40 orang penghuni.
 Biasanya, khemah ini digunakan diperkhemahan
tertentu dan terlampau berat untuk dibawa.
 Tank 110 kg hanya digunakan oleh pasukan
tentera Negara kita.
 Khemah ridge ditegakkan dengan
menggunakan aloi.





Sesetengah khemah seperti khemah bentuk
dinding dan khemah bentuk ‘A’ tidak
mempunyai pancang yang telah siap.
Pancang khemah ini perlu dibuat dikawasan
perkhemahan.
Biasanya khemah bentuk ridge mempunyai
pancang yang telah siap.
Apabila berkhemah dikawasan berpasir, tanah
lembut dan semasa angina bertiup kencang,
pancang yang telah siap tidak sesuai digunakan.
Ini kerana pancangnya pendek.
Pancang yang dibuat daripada batang kayu sebesar
ibu jari kaki dan panjangnya 0.3 -0.4 meter boleh
dibuat dikawasan perkhemahan.
 Hujung panjang ditajamkan seperti pada rajah 4.8(a).
Pancang juga boleh dibuat daripada kayu yang leper
(papan) seperti pada rajah 4.8(b).
 Apabila memancang tali khemah, pancang yang
digunakan seharusnya diketuk dengan pengetuk
supaya kedudukannya bersudut tepat dengan tali
khemah dan bersudut 45° dengan tanah seperti pada
rajah 4.8(c).
 Setelah memastikan kedudukan pancang betul dan
teguh,anda boleh mengikat tali khemah pada
pancang tersebut






Terdapat dua cara mengikat tali khemah pada
pancangnya apabila tali khemah yang telah siap
dengan pengubahsuainya seperti pada rajah 4.8
(d),anda boleh menegang dan mengendurkan tali
khemah dengan cara mengubah kedudukan kayu
pengubahsuainya.
Cara yang kedua ialah anda boleh menggunakan
ikatan belitbagi mengikat tali pada pancangnya.
Biasanya, seorang yang belum mahir
berkhemah,akan mengikat tali pada pancangnya.
Selepas itu, barulah mereka mengetuk pancang
kedalam tanah.
Keadaan ini menyebabkan tali khemah akan menjadi
kendur dan pancang menjadi tidakteguh dan kemas.



Tali khemah pada pancang seharusnya
dikendurkan sedikit ikatannya sewaktu hujan.
Tali khemah akan menjadi semakin tegang
sewaktu hujan kerana proses pengecutan dan
ditimpa hujan.
Tali yang terlampau tegang boleh
menyebabkan khemah mudah rosak dan
koyak.


Setelah menetapkan kawasan untuk
mendirikan khemah, kitahendaklah
mengetahui cara mendirikan khemah.
Secara amnya terdapat dua cara mendirikan
khemah, iaitu cara mendirikan khemah
bentuk ‘A’ dan dinding serta nara mendirikan
khemah bentuk ridge.





Kedua- dua jenis khemah ini boleh didirikan
dengan menggunakan duabatang tiang dan satu
batang kayu bumbung.
Potong kayu atau buluh yang tingginya antara
1.2 – 1.5 meter untuk tiang khemah.
Kemudian, tanamkan kedua –dua tiang khemah.
Selepas itu, ikat kayu bumbung dengan
menggunakan ikat seraya.
Seterusnya pasang helaian khemah seperti
pada rajah 4.9
Kadangkala semasa kecemasan, kita boleh
mendirikan kedua-dua jenis khemah ini dengan
menggunakan seutas tali.
 Kita seharusnya mencari dua batang pokok yang
jaraknya sesuai untuk membentang khemah.
Ikat batang poko tersebut dengan
menggunakan lilit dua simpul.
 Kemudian, pasangkan hekaian khemah seperti
rajah 4.10 kita seharusnya membalut pokok
tersebut untuk mengelakan berlakunya
kerosakan disebabkan oleh talipada pokok yang
digunakan.


Khemah ridge dua tiang merupakan khemah pasang siap. Khemah jenis ini dapat
didirikan dengan membentangkan ground sheet ditempat yang akan didirikan
khemah.
1. Pancangkan keempat – empat penjuru dengan tegang seperti pada rajah 4.11 (a ).
2. Pasang semua tiang dan besi bumbung khemah
3. Sambungkan tiang dan batang bumbung dengan sambungan yang
betul seperti rajah 4.11( b ).
4. ketuk pancang dan ikat tali dipancang pada rajah 4.11 ( c ).
5. Dirikan tiang khemah perlahan – lahan pada rajah 4.11 ( d ).
6. Ikat dengan tegang tali khemah seperti pada rajah 4.11 ( e ).

Beberapa peringatan yang harus diikuti oleh setiap peserta semasa
mendirikan khemah ialah:
1.
Parit –parit kecil disekeliling khemah seharusnya dibina supaya air hujan
yang turun dapat mengalir jauh dari khemah.
2.
Tali khemah seharusnya diikat dengan tegang dan betul ke
pancangnya supaya khemah tidak menggelendong.
3.
Jarak antara khemah tidak terlalu hamper. Keadaan ini boleh
menyebabkan pergerakan dalam khemah merbahaya.Jarak yang
terlampau jauh pula akan menyukarkan perhubungan antara peserta
.Jarak yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.
4.
Apabila berkhemah dihutan, kita seharusnya membawa ubat
nyamuk
dan serbuk sulfur(belerang). Serbuk sulfur ditaburkan
disekeliling
khemah untuk mengelakkan binatang berbisa daripada
memasuki
khemah pada waktu malam.

Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam
atau terlalu hampir dengan khemah.

Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau
menyidai pakaian.

Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.

Digalakkan makan di luar khemah untuk
mengelakkan semut atau binatang lain dari memasuki
khemah.

Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di
dalamnya.

Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa
berkeadaan bersih dan kemas.

Merokok adalah di larang sama sekali di dalam
khemah.

Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh
dan selamat untuk digunakan

Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul

Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.

Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau
bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia

Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan
selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat
yang kering.

Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan
khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.
Bil.
Nama
Jabatan / Institut
Penyelaras
Pengarah
Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
En.Baharuddin bin Ab. Latiff
Pen.Penyelaras
Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
3
En. Ahmad Sukri b. Mustaffa
Ahli
IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman
4
Tuan Haji Ruslan bin Saad
Ahli
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman
5
En. Mohamad Hafedz b. Salleh
Ahli
IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman
6
En. Hishamuddin bin Hassan
Ahli
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT
7
En.Zakaria bin Mustaffa
Ahli
IPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
8
Tuan Haji Norhizan b. Zainol
Ahli
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT
9
En.Zulkapli bin Wagini
Ahli
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
1
Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid
2
SEKIAN, TERIMA KASIH