DEMOKRASI BERPARLIMEN

Download Report

Transcript DEMOKRASI BERPARLIMEN

DEMOKRASI BERPARLIMEN
- Demokrasi berparlimen membawa maksud
pemerintahan yg dijalankan secara perwakilan.
Demokrasi berparlimen dibentuk hasil daripada
proses pilihanraya. Dalam proses pilihanraya,
rakyat diberi mandat utk memilih pemimpin yg
akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yg
akan menjadi wakil rakyat di parlimen.
- Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
- Rakyat negara ini telah diberi pengalaman
mengenai pilihanraya sejak tahun 1952 lagi.
FAEDAH DARI PENGALAMAN SISTEM DEMOKRASI
BERPARLIMEN DI MALAYSIA
- Kerajaan boleh merangka, menggubal dan
melaksanakan strategi2 pembangunan negara.
- Kerajaan berjaya melancarkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) bertujuan membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat Malaysia bagi mencapai perpaduan
serta mengekalkan keamanan dan keselamatan
negara.
- Kerajaan menggalakkan pertumbuhan aktiviti
ekonomi utk menyediakan pluang pekerjaan,
menambah kemahiran, menggalakkan
[enggunaan teknologi moden, mempertingkatkan
daya pengeluaran, pendapatan dan kemakmuran
negara.
- Kerajaan menggalakkan penglibatan sektor
swasta dan melaksanakan dasar penswastaan
dan pensyarikatan Malaysia.
- Kerajaan menitikberatkan pelajaran dan
pendidikan.
- Kemudahan pelajaran yg disediakan hendaklah
digunakan sebaik mungkin oleh golongan belia
terutamanya di institusi2 pengajian tinggi.
PILIHANRAYA
- Pilihanraya boleh dijalankan dlm mana2
organisasi samada swasta atau syarikat,
kesatuan sekerja, MPP di institusi2 pengajian
tinggi utk memilih wakil mereka sebagai wakil
utk menyelesaikan, memperbaiki isu2
masyarakat, pekerja dan juga pelajar.
SEJARAH PILIHANRAYA DI MALAYSIA
- Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Persekutuan yg
prtama di Tanah Melayu telah diadakan. Antara
parti yg mengambil bahagian dalam pilihan raya
ini ialah;
a) Parti Perikatan yg terdiri daripada UMNO, MCA
dan MIC yg baru menyertainya. Parti Perikatan
mempertandingkan seramai 52 org calon seorang
bagi tiap2 kawasan pilihanraya.
b) Parti Negara pimpinan Datok Onn
mengemukakan 33 org calon
c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11
org calon.
- Parti2 lain yg mengambil bahagian dlm pilihan raya ini
ialah Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak (kemudian
menjadi Parti Kemajuan Rakyat), Pertubuhan
Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.
- Parti Perikatan telah memenangi 51 dari 52 buah kerusi
yg dipertandingkan. Kerusi yg sebuah lagi dimenangi
oleh PAS.
- Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah
penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan
raya umum yg diadakan setiap 5 tahun sekali.
- Sekiranya YDPA membubarkan Parlimen, pilihan raya
mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas
pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
- Di Sabah dan Sarawak tempohnya adalah lebih panjang
iaitu 90 hari utk jalankan pengundian memandangkan
ramai antara penduduknya yg tinggal di kawasan
pendalaman.
FUNGSI PILIHAN RAYA
1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
2. Mengekalkan pucuk pimpinan
3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi
kerajaan
4. Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam
satu organisasi dan komuniti politik.
Jenis-Jenis Pilihan Raya
- Primary Elections
- Pilihan raya ‘Run Off’
- Pilihan raya tempatan
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DAN PERJALANAN
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia
ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut
Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa
penubuhannya, SPR dianggotai oleh seorg
pengerusi dan dua org ahli.
- SPR telah membentuk sebuah urusetia yg
diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini
berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urusetia
berkenaan. Setiausaha pertama yg dilantik ialah
Encik H. Cassidy yg berkhidmat dari tahun 1957
hingga 1958.
- SPR merupakan sebuah badan yg bebas daripada
pengaruh politik.
- Antara SPR ialah:
i) mengkaji dan membuat persempadanan
bahagian-bahagian pilihanraya
ii) menjalankan urusan pendaftran pemilih dan
penyemakan daftar pemilih
iii) menjalankan pilihanraya umum dan pilihan
raya kecil
iv) mendaftarkan calon-calon yg bertanding dan
memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan
kelayakan yg diperlukan.
- Ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja. Ahli-ahlinya terdiri
daripada seorg Pengerusi, seorg Timbalan
Pengerusi dan tiga org ahli lain yg akan
membantu SPR.
- Syarat kelayakan ahli SPR ialah:
a) berumur tidak lebih dari 65 tahun
b) seorg yg tidak muflis
c) tidak memegang jawatan bergaji yg lain
d) bukan mana2 ahli politik dari mana2 Majlis
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
PROSES PILIHANRAYA DI MALAYSIA
SISTEM PILIHAN RAYA
- Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem
politik pelbagai parti yg mana parti politik yg
memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan
Rakyat) Dewan Undangan Negeri, boleh
menubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri.
- Sistem yg digunakan di Malaysia ialah berasaskan
‘First-Past-The-Post-System’
- Calon2 yg memperoleh majoriti akan
diisytiharkan pemenang di bahagian piliahan raya
yg berkenaan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHANRAYA
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Perlembagaan Negeri
3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
5. Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya)
Pilihan Raya 1981.
6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih)
Pilihan Raya 2002.
7. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos)
Pilihan Raya 2003
ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA
- Bahagian-bahagian Pilihan Raya
- Pendaftaran Pemilih
- Kelayakan calon
- Proses Pilihan Raya
Bilangan Bahagian Pilihan Raya
- Dalam sistem pilihan raya yg diamalkan di
Malaysia, seseorang calon dipilih untuk
mewakili penduduk2 sesuatu bahagian pilihan
raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau
Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya
Negeri).
- Sehingga kini terdapat 219 kerusi Dewan
Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan
Undangan Negeri.
Persempadanan Semula Bahagian-bahagian
Pilihan Raya
- SPR bertanggungjawab utk mengkaji semula
sempadan bahagian pilihan raya parlimen dan
negeri.
- SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak
kurang daripada 8 tahun.
PENDAFTARAN PEMILIH
- Satu elemen penting dlm sistem pilihan raya ialah
seseorg itu mestilah mendaftar dengan SPR sebelum
dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
- Di Malaysia, seseorang itu layak utk mendaftar jika dia:
a) seorang warganegara Malaysia
b) berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh
kelayakan
c) seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan
raya di Malaysia
d) tidak hilang kelayakan
Hilang Kelayakan Pemilih
- Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika
sekiranya dia:
a) Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak
siuman atau sedang menjalani hukuman
penjara.
b) Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati
bersalah dan dihukum mati atau penjara utk
tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani
hukuman pada tarikh kelayakan
c) Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954
d) Telah memperoleh kerakyatan asing.
Semakan Daftar Pemilih
- Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun,
seperti yg diperuntukkan di dalam undang-undang.
- Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap tiga bulan
sekali dan ia dipamerkan selama tujuh hari bagi tujuan
urusan tuntutan dan bantahan.
- Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan
melalui siasatan awal, daftar pemilih untuk tahun
berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya di dalam
tempoh sebulan.
- Semasa semakan daftar induk, mana2 pemilih yg sudah
meninggal dunia dan yg sudah hilang kelayakan
mengikut undang2 akan dikeluarkan daripada daftar
berkenaan.
Kelayakan Calon
- Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yg
bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau
bertanding sebagai calon bebas.
- Seseorg itu layak menjadi calon dalam mana2
pilihan raya jika memenuhi syarat2 berikut:
a) warganegara Malaysia dan bermastautin di
negara ini
b) berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada
hari penamaan calon
c) tinggal di negeri mana dia akan bertanding
- Seseorg calon akan hilang kelayakan sekiranya
dia:
a) telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman
b) bankrap
c) memegang jawatan berkepentingan ‘office of
profit’
d) gagal mengemukakan laporan berbelanjaan
pilihan raya
e) telah didapati bersalah oleh mahkamah di
Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara utk
tempoh tidak kurang dari setahun atau denda
tidak kurang dari RM2000 dan belum dapat
pengampunan.
f) telah memperoleh kewarganegaraan asing
- Pilihan raya utk Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri seperti yang ditetapkan oleh
undang-undang, diadakan sekali dalam tempoh
lima tahun, kecuali jika dewan dibubarkan lebih
awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam
tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
- Pilihan Raya Kecil juga diadakan dalam tempoh 60
hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan
oleh kematian, perletakan jawatan atau
seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri itu hilang kelayakan.
- Dalam hal ini, tarikh kekosongan kerusi akan
ditetapkan oleh SPR.
Proses Pilihan Raya
- Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil
bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya
oleh SPR kepada Pegawai Pengurus.
- Pada masa yg sama, satu notis akan
diwartakan utk menetapkan tarikh2 hari
penamaan calon dan hari mengundi
Hari Penamaan Calon
- Hari penamaan calon merujuk kepada hari yg telah
ditetapkan oleh SPR bagi calon2 mengemukakan
kertas2 penamaan utk bertanding dalam pilihan raya
kepada pegawai pengurus.
- Kertas2 penamaan boleh dikemukakan oleh calon,
pencadang dan penyokong atau salah seorg daripada
mereka. Kertas2 penamaan calon mestilah
dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
pada hari penamaan.
- Kertas2 penamaan calon akan dipamerkan dari jam
10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan
menerima sebarang bantahan
- Dalam kes di mana seseorg calon sahaja yg
dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan
calon itu menang tanpa bertanding.
Deposit
- Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi
kerusi Parlimen dan RM5000 bagi kerusi
negeri perlu diserahkan kepada Pegawai
Pengurus sebelum atau pada hari penamaan
calon.
- Calon akan hilang wang deposit sekiranya
gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi
yg diperoleh semua calon yg bertanding di
dalam sesuatu bahagian pilihan raya
berkenaan.
Penggunaan Simbol
Seseorg calon yg mewakili sesuatu parti politik
boleh menggunakan simbol parti jika dia
mendapat kebenaran bertulis daripada ketua
parti berkenaan. Calon2 bebas perlu memilih
mana2 simbol yg telah disediakan oleh SPR
utk dicetak pada kertas2 undi.
Kempen
- SPR telah merangka peraturan2 khas utk
berkempen, spt yg tertera di dalam Akta
Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002.
kempen hnya boleh dimulakan selepas selesai
proses penamaan calon dan mesti dihentikan
pada jam 12.00 malam sebelum hari
mengundi.
Hari Mengundi
- Hari mengundi merujuk kepada hari pemilih2
membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula
selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan
pengumuman keputusan pilihan raya.
- Waktu membuang undi ditetapkan dari 8.00 pagi
hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.
- Bagi kawasan pendalaman, unit2 bergerak digunakan
bagi memastikan kelancaran proses membuang undi.
- SPR akan mengeluarkan notis utk memaklumkan org
ramai tentang perkara2 pilihanraya spt:
a) tarikh mengundi
b) Lokasi tempat mengundi
c) Waktu mengundi di semua tempat mengundi
d) Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
- Pengundian dilakukan di tempat2 mengundi yg
telah diwartakan. Setiap tempat mengundi
mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yg
mengawal selia proses pengundian. Beliau
dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira
undi.
Kebenaran untuk memasuki Tempat Mengundi
- Hanya pemilih2 yg nama mereka terdapat di
dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat
mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk utk
membuang undi. Kad Pengenalan diri pemilih yg
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
digunakan sbagai pengenalan diri dan perlu
ditunjukkan di tempat mengundi
- Bagi memastikan keadaan terkawal dan
menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai2
berikut yg dibenarkan memasuki tempat
mengundi:
a) ahli dan pegawai2 Suruhanjaya Pilihan Raya
b) Ketua Tempat Mengundi dan kakitanganya
c) calon2 dan wakil calon
d) Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi
e) mereka yg dibenarkan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya.
Cara-cara mengundi
- Seseorg pemilih hnya boleh memangkah seorg
calon sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’
bersebelahan nama calon yg dipilih. Selepas
menandakan kertas undi, pengundi perlu
melipatnya mengikut garisan di kertas undi dan
seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi
yg disediakan.
- Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas2
undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke
dalam peti undi yg berasingan yg telah ditanda
dengan sama ada ‘PARLIMEN’ dan ‘NEGERI’.
Undi Pos
- Undi pos dihantar dengan pos seawal yg
mungkin kepada pemilih yg layak mengundi
melalui pos.
- Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai
Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang
pada hari mengundi. Prosedur2 yg lengkap
telah disediakn utk menjaga kerahsiaan undi.
Ejen Mengundi
- undang2 membenarkan calon melantik ejen
mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan
calon di setiap tempat mengundi di sepanjang
masa.
- Peranan ejen adalah utk memastikan proses
pengundian dijalankan mengikut undang2 dan
peraturan yg berkaitan.
Pengiraan Undi
- Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat
Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat
pengiraan undi yg telah ditetapkan. Undi pos bagi
sesuatu bahagiaan pilihan raya dikira oleh Pegawai
Pengurus di pusat pengiraan undi yg ditetapkan.
- Semasa undi dikira, mereka yg dibenarkan sahaja boleh
memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:
a) ahli-ahli dan pegawai2 SPR
b) Pegawai yg dilantik oleh SPR
c) Kerani mengira undi
d) Calon, wakil dan ejen mengira undi
Kehadiran ejen2 calon adalah utk memastikan pengiraan
undi dijalankan mengikut proses yg betul spt yg tlah
ditetapkan oleh undang2 dan peraturan bagi
memastikan urusan2 pengiraan undi itu betul, adil dan
telus.
Penjumlahan Rasmi Undi
- Selepas selesai pengiraan undi di tempat2
mengundi dan pusat pengiraan undi,
keputusan2 pengundian akan dikemukakan
kepada Pegawai Pengurus di pusat
penjumlahan undi.
- Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian
pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yg
mendapat undi majoriti sebagai wakil yg
terpilih bagi bahagian pilihanraya yg
berkenaan.
Petisyen Pilihan Raya
- Keputusan pilihan raya boleh dicabar di
mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas
sebab2 berikut:
a) sogokan, peras ugut, atau sbarang salah laku yg
mungkin telah menjejaskan pilihan raya
b) ketidakpatuhan undang2 dan peraturan
pilihanraya oleh mana2 pihak.
c) perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi
undang2 yg dilakukan oleh calon dan ejen2.
d) calon atau ejen2nya didapati tidak layak
menyertai pilihan raya.
- Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke
Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas
tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam
Warta.
- Selepas menjalankan perbicaraan ke atas
petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya
memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan
terbatal, SPR akan mengeluarkan notis yg
mana pilihanraya baru akan diadakan di
bahagian pilihanraya tersebut.
Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
- Seseorg calon adalah layak membelanjakan wang bagi
pilihan raya, tetapi tidak boleh melebihi:
a) RM200,000 bagi Dewan Rakyat
b) RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
-
-
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada
Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari
selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di
dalam Warta.
Kegagalan utk mengemukakan penyata perbelanjaan
pilihanraya atau kegagalan utk mengemukakannya di
dalam tempoh yg ditetapkan merupakan satu
kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954.
Penyimpanan dan Pelupusan
- Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah
penyimpanan kertas2 undi dan dokumen2 lain yg berkaitan.
Dokumen2 ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti2
khas dna dikunci dengan disaksikan oleh ejen2 calon.
- Peti2 khas ini akan disimpan selama 6 bulan di bawah
pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah Pilihan Raya
Negeri akan menyimpan daftar pemilih yg telah ditandakan
dan juga counter foils kertas undi.
- Ini adalah untuk menjamin kerahsiaan undi. Peti2 itu hnya
boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada
kes2 petisyen.
- Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus (selepas
mendapat kebenaran daripada SPR) akan melupuskan
kertas2 undi dan dokumen2 berkenaan. Pegawai Pengurus
kemudiaannya akan mengemukakan sijil pelupusan kepada
Pegarah Pilihan Raya Negeri.