warna - Cikgu Salsabila Tang

Download Report

Transcript warna - Cikgu Salsabila Tang

UNSUR SENI KE-3
WARNA
1. PENGENALAN
 Manusia menggunakan warna untuk
pelbagai tujuan:




Sebagai simbol
Sebagai unsur menarik perhatian
Menggambarkan perasaan
Menggambarkan budaya masyarakat
2. RODA WARNA
 Roda warna merupakan bahan rujukan
asas dalam menganalisa dan memilih
warna yang sesuai.
 Jenis-jenis warna yang terkandung
dalam roda warna ialah:



Warna utama (asas)
Warna Sekunder
Warna Tertier

Gambar rajah Roda Warna
2.1 - WARNA UTAMA (ASAS)
 Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan
campuran warna-warna lain tetapi warna-warna
ini dapat menghasilkan warna lain.
2.2 - WARNA SEKUNDER
 Dihasilkan melalui campuran dua warna utama (asas)
 Warna-warna itu: Jingga, Ungu dan Hijau
2.3 - WARNA TERTIER
 Dihasilkan melalui campuran satu warna asas
dan satu warna sekunder iaitu warna yang
bersebelahan dalam roda warna.
3. NILAI WARNA
 Nilai warna terbahagi kepada dua iaitu:


Tona warna
Kroma warna
3.1 – TONA WARNA
 Kadar kegelapan dan
kecerahan warna
 Ton warna cerah
hasil campuran
dengan warna cerah
iaitu putih
 Ton warna gelap
hasil campuran
dengan warna gelap
iaitu hitam
3.2 – KROMA WARNA
 Nilai ukuran kuasa sesuatu warna dan ia merujuk
kepada kecerahan dan kepudaran warna
 Campuran warna-warna penggenap menurunkan nilai kuasa
(kroma) warna.
4. GUBAHAN WARNA
 Gubahan warna
boleh ditafsirkan
melalui tiga cara
iaitu:
 Gubahan sewarna
dan monokroma
 Warna penggenap
 Warna harmoni
Gubahan yang menggunakan satu
warna dalam beberapa ton.
4.1 – GUBAHAN SEWARNA
ATAU MONOKROMA
 Kesan gubahan satu
warna yang dihasilkan
dalam pelbagai ton
 Dapat dihasilkan
dengan mencampurkan
warna putih atau air
untuk mendapatkan
kesan terang dan
campuran warna hitam
untuk melahirkan warna
gelap.
Teknik warna sewarna
menghasilkan kesan
ruang jauh dan dekat.
4.2 – WARNA PENGGENAP
 Warna-warna yang
bertentangan dalam
Roda Warna
 Memberi kesan
kontra, kejelasan,
pertentangan dan
getaran.
 Campuran dua
warna penggenap
akan menghasilkan
warna neutral
4.3 – WARNA HARMONI
 Warna-warna yang terletak bersebelahan
dalam roda warna dan dikenali sebagai warna
sekeluarga.
 Menimbulkan rasa selesa, tenang, tenteram,
lembut dll.
5. SUHU WARNA
 Terdapat dua jenis suhu.
 Warna panas
 Warna sejuk
Warna sejuk memberi ilusi
kebelakangan, jauh, aman,
tenteram dan dingin.
Warna kuning, jingga dan merah
dikaitkan dengan warna
matahari, api dan kepanasan.
6. WARNA BERTINDAK
 Warna bertindak ialah kesan yang timbul dari
penggunaan dua atau lebih warna
7. PERSPEKTIF WARNA
 Warna boleh
menimbulkan ilusi
ruang, jarak dan
perspektif.
 Warna-warna gelap,
jelas dan panas
menunjukkan jarak
yang dekat manakala
warna yang cair,
kabut, lembut dan
sejuk menunjukkan
jarak yang jauh.