SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Download Report

Transcript SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

BAB 2
SISTEM MASYARAKAT MELAYU
TRADISIONAL SEBAGAI ASAS
PEMBINAAN NEGARA
PENGENALAN
• Sistem masyarakat
Melayu tradisional
(masyarakat Melayu tradisi atau MMT),
merupakan satu perbincangan pensejarahan
yang merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu
Melaka (KMM).
• Wujudnya sebuah kerajaan yang mempunyai
sistem dan struktur tersendiri, sesetengahnya
telah dapat dikekalkan dan diterima pakai
sehingga ke hari ini.
• MMT merupakan satu istilah yang mendefinisi
siapa itu orang Melayu yang mengamalkan
sesuatu adat-istiadat yang telah sebati dan
kekal secara turun temurun dalam kehidupan
mereka. Tidak begitu terpengaruh dengan
perubahan dan suasana sekeliling. Justeru
unsur-unsur tradisi dari segi politik, ekonomi
dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu
dapat dikekalkan sepanjang zaman.
KONSEP-KONSEP PENTING
1. Sistem
“Cara atau kaedah yang teratur dan tersusun baikbaik untuk melakukan sesuatu” – Kamus Dewan
2. Struktur
Pola-pola atau corak (patern) yang wujud secara
relatif di antara elemen-elemen yang terdapat dalam
struktur itu. Elemen-elemen tersebut ialah
kelompok, institusi, hierarki, dan norma-normanya.
3. Ke -RAJA -an
Dalam MMT, Ke-Raja-an menggambarkan sebuah
pemerintahan atau sebuah kerajaan yang memerintah,
bukannya konsep negeri atau negara sebagaimana
pengertian hari ini. Ia juga sering dipanggil Ke-Sultan-an.
Ke-RAJA-an juga membawa maksud kekuasaan Raja ke
atas pemerintahannya yang berpusat. Raja itu Kuasa atau
kata-kata Raja itu ialah undang-undang. Dengan kata
lain, Raja berkuasa mutlak. Maka pada masa itu
sesebuah kerajaan akan dikenali seperti Kerajaan Melayu
Melaka atau Kesultanan Melayu Melaka, Aceh, Kedah,
Patani, Perak, Pahang, Brunei dan lain-lainnya.
4. Melayu
Gambaran tentang siapakah orang Melayu, ciriciri dan sifat-sifatnya pada masa itu telahpun
ditulis dengan panjang lebar oleh pengarang
seperti Sir Frank Swettenham, Sir Hugh Clifford,
Richard Winstedt dan lain-lainnya (Lihat huraian
mereka seperti dalam senarai bacaan). Apa yang
diistilahkan sebagai Melayu dalam perbincangan
ini ialah dari segi lokasinya iaitu orang Melayu di
Semenanjung Malaysia sebagai mewakili
sebahagian besar Melayu di Alam Melayu
PENEMPATAN
1. Lokasi
• Sesebuah Kerajaan Melayu digambarkan
bermula dengan sebuah penempatan di kuala
atau di tepi sungai
– mempunyai ciri-ciri asas seperti ada strategik
(pertahanan), berpotensi berkembang (politik dan
wilayah) dan mempunyai kemudahan jalan laluan
(ekonomi dan perdagangan).
• Rangkaian penempatan di tepi sungai/pantai
– berkembang ke pedalaman membentuk penempatan yang lebih
meluas membentuk satu kelompok pemerintahan.
– akan berkembang maju apabila ia didatangi oleh seorang Raja atau
Sultan.
• Di Kuala Sungai Melaka digambarkan telah mempunyai
perkampungan nelayan sebelum Parameswara berhasrat
membuka sebuah kerajaan di situ.
• Begitu juga dengan Perak yang telah mempunyai pemerintah
atau ketua-ketua tempatan di hulu, hilir, darat dan baruhnya
sebelum ketibaan Sultan pertama yang menubuhkan Kerajaan
Melayu Perak.
• Penempatan paling asas,
• Dikenali sebagai kampung atau nama tradisinya dusun.
• Diketuai oleh ketua kampung atau tok empat atau penghulu.
• Didiami oleh sebuah keluarga besar ataupun oleh beberapa buah
keluarga yang menjadi peneroka awal.
• Ada potensi menjadi sawah padi , dusun buah-buahan (pertanian),
tempat perlindungan daripada bencana peperangan, penindasan atau
serangan wabak penyakit berjangkit, tempat persinggahan bermalam
(sementara) bagi laluan darat.
• Penempatan yang telah berkembang,
• Rumah-rumah memanjang mengikut arah hulu sungai dan di tanam
dengan pokok kelapa dan pokok buah-buahan kekal.
• Pedalamannya dijadikan kawasan tanaman kontan, padi huma dan
getah setelah kedatangan penjajah.
• Kawasan paya yang luas dan subur dijadikan sawah semasa musim
hujan dan tempat makan binatang ternakan pada musim panas.
2. Kegiatan Kemasyarakatan
• Masjid atau surau dan pasar-pasar sehari menjadi tempat
masyarakat berkumpul untuk aktiviti harian.
• Sesebuah masjid mengandungi
• ruang sembahyang, anjung tempat berbicara yang terpisah dari ruang
sembahyang dan tempat wudhuk.
• Di luar bangunan terdapat tempat memasak terutamanya untuk
kegiatan bulan puasa atau hari-hari perayaan kebesaran agama.
• Syarat bagi mendirikan masjid bagi sesebuah kariah mestilah
pemastautin lelaki balighnya melebihi 40 orang. Beberapa buah
kampung yang dikumpulkan menjadi mukim, disitulah yang akan
didirikan masjid. Kampung yang tidak mempunyai masjid, surau
akan memain peranan.
• Pasar Sehari
• tempat berjual beli dan bertukar-tukar barangan.
• mengamalkan kehidupan yang mudah atau secukup hidup.
• lokasinya di kuala sungai atau anak sungai kerana faktor
jalan laluan dan pengangkutan yang mudah
mempertemukan orang ramai.
• Mereka bergerak secara berkumpulan
• kerana faktor keselamatan, kuatir karam dalam sungai atau
dirompak di tengah perjalanan.
• mengiratkan silaturrahim dan berada dalam suasana
bermuafakat kerana amat berpegang kepada adat dan
agama
• adat dan agama telah dapat menyatu dan memperatkan
perhubungan dan pergaulan dalam MMT.
3. Faktor Penyatuan
• Penyatuan yang boleh memberikan persamaan kepada semua MMT
di seluruh pelusuk Alam Melayu ialah
– penggunaan bahasa Melayu dan perkembangan sastera yang sama,
– kehidupan sederhana yang penuh dengan budi bahasa dan susur
budayanya,
– agama Islam yang menjadi anutan
– pegangan serta pemilikan ke atas tanah adalah hak-milik Raja (tidak
ada pemilikan kekal kecuali atas anugerah).
• tidak ada batas sempadan kekal (tetap) yang bertanda, yang akan memisahkan
antara sesama penduduk tetapi hanya ada perakuan kawasan dan tanda
kesetiaan.
• Kekuatan sesebuah kerajaan diukur pada bilangan (ramai)
penduduk yang memperakui kekuasaan pemerintahan dengan
memberi kesetiaan, bukannya kepada keluasan kawasan secara
mutlak.
PENDUDUK
• MMT boleh diklasifikasikan
pemerintah dan rakyat.
kepada
dua
kelas,iaitu
– Golongan pemerintah terdiri daripada Raja/Sultan, kerabat
terdekat, pembesar istana dan pembesar tempatan.
– Golongan rakyat terdiri daripada rakyat bebas dan golongan
hamba. Mereka ini tinggal di sepanjang tepi sungai yang sesuai
dan di tepi laut dengan membentuk sebuah penempatan yang
berkembang menjadi mukim, daerah/jajahan dan negeri (dalam
istilah hari ini). Penempatan juga berkembang ke pedalaman
(darat), iaitu ke hulu lembahan sungai yang berakhir ke kaki
bukit.
• Kedudukan sesuatu penempatan
pekerjaan penduduknya.
mencorakkan
jenis
• Mencari hasil bumi dan galian, hasil hutan atau
hasil laut dibuat secara sambilan berselang seli
dengan kerja utama. Bagi yang kerja utamanya ke
laut, mereka akan beralih ke kerja galian dan
hutan semasa musim tengkujuh.
• Secara keseluruhannya, penduduk mempunyai
satu sistem kehidupan yang sederhana dengan
ekonomi sara diri dan bertukar barangan
perniagaan antara penduduk di tepi pantai, di
tepi sungai dan lembahannya. Orang tengah
(pengantara) dalam perniagaan ialah pemerintah
dan pemimpin tempatan.
Pemerintah
• Susun-lapis
tertingginya
golongan
pemerintah
dari
kedudukan
– Raja atau Sultan.
– Kerabat terdekat - dari kalangan isteri-isteri, ibu-ibu, anak-anak,
adik beradik dan bapa serta emak saudara bersama anak-anak
mereka.
– Pembesar istana yang diketuai oleh Bendahara, diikuti oleh
Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, Ketua
Hulubalang (Hulubalang Besar) dan lain-lain Orang Besar Istana.
– Pembesar Tempatan yang diistilahkan sebagai Orang Besar
Empat Lipatan dengan gelarannya Orang Besar Empat, Orang
Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga
Puluh Dua, Dato’ Penghulu dan Ketua Kampong.
Rakyat
• Terbahagi kepada rakyat bebas dan golongan hamba.
– Rakyat bebas - orang kaya (berharta), ahli agama, orang yang
ada kepandaian yang dikenali sebagai utas, tukang, pemuzik
atau ahli Nobat, kerja perbomohan serta mengurut, peniaga dan
pedagang, dan orang biasa yang menjadi petani, penternak atau
nelayan.
– Boleh dinaikkan taraf mereka dengan kehendak pemerintah
kerana telah membuat jasa dan bakti atau melalui perkahwinan.
Maka wujudlah di kalangan mereka ini Orang Bernama, Berjasa
atau Bergelar.
– Golongan hamba - mereka menjadi sedemikian kerana warisan
dari keturunan, berhutang, hukuman, tawanan atau kerana
kemahuan sendiri untuk menghambakan diri atas sebab dan
alasan tertentu.
MASYARAKAT SETEMPAT
• Masyarakat Melayu meliputi satu rumpun suku-kaum yang besar.
Penempatannya, ia meliputi dari kawasan Champa di Indo-China
sampai ke kepulauan Madagaskar di Afrika.
• Suku-kaum yang ada di Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada
tiga kelompok utama.
– Pertama ialah orang Melayu yang berasal di sini
– Kedua ialah orang Melayu datang dari Sumatera, Kalimantan,
Jawa, Bugis, Patani dan Siam yang mengamalkan adat istiadat,
cara kehidupan dan agama orang Melayu.
– Ketiga ialah orang luar daripada kalangan orang Arab dan India
Muslim yang telah mengasimilasikan kehidupan dengan orang
Melayu melalui perkahwinan dan Orang Peranakan (Anak
Mami).
BIDANG PEKERJAAN DAN HASIL KELUARAN
• Pekerjaan utama MMT banyak dipengaruhi oleh
tempat tinggal mereka.
– Tepi laut – nelayan, pedagang.
– Tepi sungai dan pedalaman - petani atau “buat
bendang”.
• Di luar musim kerja utama iaitu bertani, mereka
menternak, mencari hasil hutan dan menjalankan
kerja-kerja yang bersesuaian.
NILAI-NILAI MURNI MMT: SATU PENGAMATAN KEMBALI
• Keadaan penempatan, corak pekerjaan dan suasana
pemerintahan MMT telah membentuk satu corak masyarakat
yang tersendiri. Mereka telah menghasilkan satu nilai
kehidupan yang tidak sama dengan masyarakat lain.
• Sistem Politik
Asas hubungan politik Melayu berteraskan kepada perjanjian
dan perakuan antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat)
dengan Sang Si Perba (mewakili Raja atau Pemerintah).
• Perjanjian dan perakuan ini berbunyi:
- Demang Lebar Daun
“Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan
menjadi hamba ke bawah duli yang dipertuan, hendaklah ia
diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku, dan jika ia berdosa,
sebesar-sebesar dosanya pun, jangan difadilatkan, dinista
dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh,
itu pun jika berlaku pada hukum syara.”
- Sang Si Perba
“Hendaklah pada akhir zaman kelak, anak cucu bapa
hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim
dan jahat pekerti sekalipun.”
-
Demang Lebar Daun
“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak-buah tuanku dahulu
mengubahkan ia, maka anak cucu patek pun
mengubahkannya.”
-
Sang Si Perba
“Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
• Inilah perjanjian awal yang telah mengikat kesetiaan dan
memberi perlindungan di antara pemerintah dan rakyat
dalam MMT.
• Wujud beberapa konsep yang menjadi pengikat dan pengerat
hubungan antara kedua pihak, iaitu
1. Konsep Taat Setia dan Penaung
• Rakyat memberikan taat setia kepada pemerintah.
Pemerintah pula memberi perlindungan kepada rakyat
melalui pemerintahan yang adil dan saksama.
• Dalam erti kata
lain, rakyat memperakui ketuanan
pemerintah dan pemerintah menjadi penaung dan pelindung
kepada rakyat.
2. Konsep Budi dan Anugerah
• Rakyat memberi perkhidmatan kepada Raja (kerajaan)
• Pemerintah memberi anugerah kepada rakyat dengan
pangkat, gelaran, tanah atau kawasan sebagai pegangan.
• Namun sering digambarkan kita tentang kezaliman,
penindasan dan pekara buruk yang dilakukan oleh
pemerintah
– Sebagai tindak balas adanya penderhakaan atau rakyat melarikan diri
dari pemerintahan yang zalim.
• Keadaan ini berpunca dari kedua-dua pihak atau salah
satunya kerana tidak lagi berpegang pada janji dan perakuan
yang dinyatakan di atas.
• Tidak mengikut kriteria dan garis panduan dalam membuat
perlantikan raja atau pemerintah.
–
–
–
–
–
–
Anak lelaki sulung
Berakal
Berilmu
Seboleh-bolehnya anak gahara
Mendapat sokongan para pembesar dan ketua-ketua
Dilantik dengan penuh adat istiadat
• Rasa tidak
puas hati di kalangan pewaris, keluarga dan
pengikutnya—mungkin berakhir dengan pemberontakan yang
mengakibatkan huru hara.
• Kesetiaan dan sokongan membantu melicinkan pemerintahan
sesebuah kerajaan.
– Dalam catatan “Sejarah Melayu” digambarkan Sultan Alauddin
Syah terpaksa melakukan penyamaran dengan berkawal dan
meronda bagi menangkap pencuri dan perompak kerana Datuk
Temenggung tidak menjalankan tugas dengan sempurna.
– Begitu juga dengan nasib yang menimpa Raja Muhammad yang
tidak dapat menjadi waris takhta KMM setelah Bendahara
Paduka Raja Tun Perak menyatakan: “…tetapi janganlah kita
bertuankan anak raja seorang ini.” Penolakan ini terpaksa
diakuri oleh Sultan Mansor Syah dan menyerahkan Raja
Muhammad kepada Seri Bija Diraja untuk disuruh rajakan di
Pahang
Sistem Ekonomi
• Pada asasnya MMT mengamalkan ekonomi sara diri.
– kurang mementingkan keuntungan yang berlebihan tetapi lebih
kepada perkhidmatan sosial (kemasyarakatan).
– Ikut ajaran Islam yang menetapkan keuntungan perniagaan
sehingga tidak sampai ke peringkat menindas pengguna.
– Konsep sedekah jariah, sering berlaku memberi lebih dari nilai
harga barang
– Dilakukan sendiri oleh orang Melayu (penduduk tempatan) yang
menjadi pembuat dan penjual dan kemudian
– Catatan dari penulis-penulis sebelum ini telah menyatakan
bahawa orang Melayu juga merupakan pedagang dan pelaut
terkenal.
Sistem Sosial
• Kehidupan penduduk sentiasa dalam suasana
bermasyarakat, bergotong royong dan bekerjasama.
• Kerja-kerja pertanian, dibuat secara gotong royong dari
meneroka hutan sehinggalah mendapatkan hasil.
– Teknologi direka cipta sendiri - buat baji untuk menebang
pokok serta membelah kayu, pasang pelita dan unggun api
untuk meluruskan taliair dan dan batas sawah atau
bendang, lesung bagi mengisar padi , arah angin,
persenjataan, alat pertukangan, alat memasak, alat
tenunan serta pembinaan kapal layar untuk perdagangan.
• Muafakat dalam aktivti keagamaan semasa mengerjakan
ibadah puasa dan menyambut hari raya.
– Berbuka puasa, memadai dengan membuat sejenis kuih
dan menghantar kepada keluarga sekeliling, tuan rumah
tersebut akan mendapat balasan.
– Hari Raya selain menziarahi kubur pada sebelah paginya
beramai-ramai, kunjung mengunjung ke rumah saudara
mara, mengunjung keluarga yang lebih tua dari segi usia
atau kedudukannya dalam keluarga. Semua ini berlaku
kerana kuatnya ikatan kekeluargaan dan juga berpegang
pada adat serta mengikut ajaran keagamaan.
KESIMPULAN
• Gambaran murni yang menjadi amalan kehidupan MMT
sebahagiannya masih diamal sehingga ke hari ini.
• Nilai-nilai murni ini telah berjaya meletakkan orang Melayu
kepada satu tahap kehidupan yang menjadi sebutan kepada
dunia melalui kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dan
kemudiannya diteruskan oleh kerajaan Melayu lain.
• Kegemilangan ini mula lenyap setelah kerajaan Melayu
dicerobohi oleh penjajahan barat secara terus yang
mengamalkan dasar “pecah dan perintah” mereka.
• Sejauh manakah kesungguhan menghidup dan mengamalkan
kembali nilai-nilai murni MMT setelah negara ini mencapai
semula kemerdekaannya.
• Ada usaha-usaha untuk mempertidakkan kepentingan dan
tingginya nilai-nilai murni orang Melayu yang pernah wujud
satu ketika dahulu di negara ini.
• Sama-samalah kita menilaikan diri kita sendiri, di manakah
kedudukan kita dalam menghayati kehidupan sebagai seorang
Melayu khususnya, dan amnya kita sebagai rakyat Malaysia
yang berteraskan kebudayaan Melayu.
• Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Sesuatu bangsa itu
akan lenyap jika tidak dapat mengenal lagi sejarah, tradisi
budaya dan adat-istiadat serta agamanya sendiri.