bab 3 slide - WordPress.com

Download Report

Transcript bab 3 slide - WordPress.com

GERAKAN PENJAJAHAN
PENGENALAN
• Membincangkan aspek-aspek yang berkaitan
dengan gerakan penjajahan yang berlaku di
negara Malaysia.
• Penjajahan oleh kuasa-kuasa asing ke atas Tanah
Melayu telah bermula pada tahun 1511 apabila
Portugis menghancurkan keagungan Empayar
Melayu Melaka diikuti Belanda, Inggeris dan
Jepun.
• Dasar kuasa asing telah mengubah corak
kehidupan di Tanah Melayu
• kehidupan tradisi masyarakat Melayu
• struktur pentadbiran yang sedia wujud
dalam masyarakat.
Perubahan ini berlaku kerana ketamakan serta
kerakusan penjajah yang ingin menguasai hasil
mahsul dan keuntungan di negara ini.
Definisi
1. Kolonialisme
• Dasar sesebuah negara yang mengeksploitasi sesuatu kawasan
serta masyarakatnya yang dianggap lemah dari berbagai sudut
seperti ekonomi, sosial, budaya, corak pentadbiran, serta politik.
• Plano dan Olton - satu bentuk pemerintahan ke atas sesebuah
kawasan dan penduduknya oleh sebuah kuasa asing dengan
menjalankan polisi imperialisme. Migrasi turut terlibat (dari
negara asal ke kawasan baru) yang membentuk satu entiti
politik baru ke atas kaum asal yang mempunyai pengetahuan
dan teknologi (kemajuan) yang rendah seperti di Asia dan
Afrika.
• Evans dan Newham - memberi ruang rakyat asing
yang minoriti mendominasikan politik dan
ekonomi negara tersebut bagi mengukuhkan
kekuasaan dan menindas golongan bawahan.
• Nadel dan Curtis - lebih menjurus kepada bentuk
penjajahan yang buruk, satu penindasan,
penghinaan dan pengeksploitasian kehidupan
masyarakat peribumi dalam bidang ekonomi,
sosial, politik, petempatan dan sebagainya.
2. Imperialisme
• Umumnya sebagai perluasan kawasan dan pengaruh satu
bangsa ke atas bangsa lain.
• Dasar meluaskan sesebuah empayar dengan menjajah
negara lain - Kamus Dewan
• Negara-negara besar atau kuasa-kuasa besar telah wujud
sejak awal sejarah manusia lagi seperti di Mesir,
Mesopotamia, Assyria, dan Persia. Imperialisme kuno
mencapai kemuncak di zaman Rumawi dan Byzantium
(Rumawi Timur).
• Karl Marx - satu tingkatan dalam perkembangan
kapitalisme sewaktu perluasan kuasa Eropah ke Asia dan
Afrika di sekitar tahun 1750an – 1914.
• Nadel dan Curtis - satu perkembangan kuasa atau
kawalan, sama ada secara langsung atau tidak dalam
politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa, atau
masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain.
• Fieldhouse - satu kecenderungan sesuatu masyarakat
atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain
dalam pelbagai tujuan.
PERKEMBANGAN GERAKAN PENJAJAHAN
Faktor-Faktor Penggalak Kolonialisme
• Para
sarjana
bersetuju
faktor-faktor
kedatangan kuasa Eropah ke benua Asia
adalah untuk memenuhi inspirasi konsep
kolonialisme yang dipengaruhi slogan "Gold,
Glory and God". Perry Marvin
telah
menjelaskan teori kebangkitan kuasa Eropah
sebagai kolonialis atau penjajah sebagaimana
berikut:
1. Gold (Keperluan kepada tanah)
• Pengaruh tamadun Islam dan Asia telah
mempercepatkan perkembangan masyarakat
Eropah.
• Sistem kesihatan dan perubatan bertambah
baik, penduduk bertambah.
• Sistem pertanian berkembang maju, tanah
pertanian berkurangan.
• Golongan bangsawan mula melihat meneroka tanah yang
baru di luar negara khususnya di Asia dan Afrika sebagai
peluang keemasan.
• Asia dan Afrika merupakan kawasan yang kaya dengan
sumber ekonomi seperti rempah dan juga galian seperti
emas.
• Asia juga merupakan pusat tumpuan persinggahan
pedagang (seperti di Melaka) antara China dan India.
• Para bangsawan ini tamak dan membuat urus niaga secara
langsung dengan pihak pemilik sumber asal terutamanya
para pedagang Arab dan Asia yang lain.
2.
Glory (Permusuhan tradisi di antara negara-negara
Eropah)
• Ferdinand The Castille dan Isabella The Aragon di
Sepanyol bergabung kuasa dan berjaya menjatuhkan
kerajaan Granada di Andalusia, kerajaan Islam terakhir di
benua Eropah.
• Kerajaan Sepanyol yang baru itu merasa megah dan
berhasrat meluaskan lagi tanah jajahan mereka.
• Sepanyol bimbang dan iri hati melihat jiran mereka,
Portugal yang lebih berjaya dalam penerokaan dunia
baru seperti kejayaan Vasco Da Gama, Putera Henry dan
Bartholomiew Diaz.
• Persaingan untuk keperluan hidup dan
kekayaan telah bertukar menjadi satu
persaingan rakus memburu kemegahan.
• Kerakusan memburu kemegahan turut disertai
pula oleh Belanda, Jerman, Perancis dan
Britain.
3. God (Agama)
• Agama faktor utama membantu perkembangan
penguasaan Eropah terhadap kawasan di benua Asia
dan Afrika.
• Legenda dan mitos akan wujudnya kerajaan Kristian
di Timur yang diketuai oleh seorang "Messiah" atau
"The Great Saviour" atau seorang ‘penyelamat’
bernama Prester John.
• Pihak gereja di negara-negara Eropah yang berlumbalumba menuju ke benua sebelah timur, percaya akan
wujudnya sebuah kerajaan Kristian di situ. Mereka
percaya dan yakin apabila ditemui kelak, kerajaan Kristian
di benua sebelah timur ini akan dapat bergabung dengan
negara-negara Kristian di Eropah untuk mengalahkan
kuasa Islam yang pada ketika itu menguasai kebanyakan
kawasan di Eropah, Asia dan Afrika.
• Perasaan ini kuat melekat di hati para peneroka seperti
Putera Henry dan juga mereka yang berasal dari kawasan
Semenanjung Liberia atau Sepanyol dan Portugal.
• Selama 500 tahun mereka berjuang untuk
mengalahkan dan menjatuhkan Islam
sehinggalah musnahnya kerajaan Islam
Granada. Perasaan kuat menyokong unsur
keagamaan ini amat berkait rapat dengan
sistem
juga
norma-norma
kehidupan
masyarakat Eropah yang pada ketika itu kuat
diikat oleh pengaruh penguasaan gereja
terutamanya di Sepanyol dan Portugal.
Faktor-Faktor Penggalak Imperialisme
• Dasar-dasar imperialisme adalah lebih di dorong oleh
perkembangan
semasa
di
Eropah
yang
sibuk
memperjuangkan faham nasionalisme dan negara bangsa
(nation states). Di antara faktor-faktor penggalak yang
digariskan oleh ramai sarjana ialah:
1. Etnosentrisme
• Nasionalisme moden berkembang pada tahun-tahun 1750an
hingga 1914, konsep kemegahan melalui penjajahan
berbentuk kolonialisme telah berubah corak kepada
kemegahan dan ketinggian bangsa masing-masing.
• Idea bangsa terpilih atau
ummatan
mukhtarah telah lama diwujudkan oleh kaum
bani Israel tetapi dalam tempoh yang
tersebut, pemikiran sebegini telah semakin
bertambah subur.
• Mereka mula memandang hina bangsa lain di
dalam benua mereka sendiri dan pada
kemuncaknya berlakulah Perang Dunia
Pertama
2. Jingoisme
• Etnosentrisme telah memupuk semangat patriotisme
melampau di kalangan kuasa-kuasa Eropah.
Akibatnya, perasaan benci yang tinggi timbul di
antara kaum dan bangsa yang hidup di Eropah pada
ketika itu dan mula meluaskan percakaran mereka
keluar negara.
• Negara-negara yang lemah di Asia, Amerika dan
Afrika sebagai sasaran menunjukkan keegoan juga
bahan penindasan bagi menunjukkan kuasa mereka.
3. Agama
• Misi agama Kristian yang membawa tugas suci
menyelamatkan umat manusia daripada penindasan dan
ketidakadilan terutama di negara-negara mundur seperti di
Asia dan Afrika telah mewujudkan fahaman "the white men
burden" atau "tugas suci orang kulit putih".
• Fahaman ini memberi maksud bangsa selain orang kulit putih
atau Kristian adalah merupakan beban yang ditakdirkan Tuhan
kepada mereka (orang kulit putih) untuk di uruskan.
• Dengan perasaan megah dan bangga diri, kuasa-kuasa Eropah
ini lebih agresif melaksanakan aktiviti imperialisme di atas
nama untuk menyelamatkan bangsa lain yang mundur.
4. Keinginan Mencapai Kuasa Besar
• Kemegahan dan kegilaan mewujudkan keinginan
menjadi kuasa besar yang menguasai
semua
manusia di muka bumi ini.
• Jerman merupakan contoh terbaik
bagaimana
perasaan nasionalisme yang dipupuk oleh Bismarck
pada tahun-tahun 1800an telah mengakibatkan
dunia terheret ke dalam kancah Perang Dunia
Pertama. Ini berlaku kerana ketamakan untuk
menguasai seluruh Eropah.
• Kolonialisme adalah merupakan satu dasar penjajahan di
mana penaklukan dibuat ke atas sesuatu tempat baru
untuk mendapatkan hasil mahsulnya.
• Hasil ketamakan mereka, kaum imigran telah dibawa
masuk dan kumpulan minoriti orang asing ini
kemudiannya secara perlahan-lahan menguasai negara
yang terjajah tersebut.
• Justeru, dalam konteks kolonialisme dasar penjajahan
dibuat atas dasar kepentingan pihak penjajah di segi
pendapatan dan menggunakan kaum imigran sebagai
batu loncatan untuk mempunyai kuasa di tanah jajahan
mereka.
• Imperialisme pula, bolehlah di katakan sebagai satu
kesinambungan atau lanjutan daripada sifat konsep
kolonialisme tetapi lebih keras.
• Penguasaan ini melibatkan proses perkembangan
kuasa dan kawalan melalui idea dan pemikiran
mereka sendiri terhadap sistem politik dan ekonomi
bagi meluaskan kuasa sesuatu empayar.
• Dasar ini lebih cenderung untuk menyebarkan idea
kebendaan dan kemegahan dari barat, iaitu dengan
menonjolkan sifat keunggulan sesuatu bangsa.
GERAKAN PENJAJAHAN BARAT DI TANAH MELAYU
• Telah wujud sejak awal lagi— dilakukan oleh kerajaan
seperti Srivijaya, Majapahit, Pasai, dan Siam.
• Tidaklah memberi kesan yang jelas seperti kuasa
barat yang datang kemudian.
Kedatangan Penjajah Barat
• Proses penjajahan barat di Tanah Melayu bermula
pada tahun 1509 apabila Portugis datang untuk
berdagang.
• Ketamakan dan rasa iri hati yang wujud di
kalangan orang-orang Melayu akhirnya
mengakibatkan penaklukan Empayar Melayu
Melaka oleh Portugis pada tahun 1511.
• Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun
1641.
• British mengambil alih Melaka setelah
perjanjian Straits Settlement ditandatangani
pada tahun 1824.
Faktor penyebabkan Tanah Melayu menjadi tarikan,
iaitu:
1. Kedudukan Geografi Tanah Melayu
• Jalan perdagangan di antara benua timur dan barat
strategik sebagai sebuah pusat perdagangan.
• Selat Melaka jalan laut yang selamat dan terlindung
dari taufan, ribut dan gelora lautan.
• Faktor geografi selamat untuk jalan perdagangan dan
perlindungan dari ancaman semula jadi ataupun
yang dilakukan manusia.
2. Bahan Mentah
• Tanah Melayu terkenal dengan gelaran
Golden
Chersoneves ataupun Suvarnabhumi, kaya dengan
hasil buminya seperti emas dan timah.
• Tanah Melayu sering digunakan sebagai pelabuhan
entrepot yang mengumpulkan hasil-hasil hutan seperti
kayu manis, buah pala, rotan, sagu selain bekalan air
dan makanan untuk bekalan perjalanan mereka.
• Penemuan bijih timah secara meluas, Tanah Melayu
menjadi bertambah penting bagi kuasa-kuasa penjajah.
3. Pasaran Baru
• Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak
dengan projek penjelajahan dan penemuan.
• Revolusi perindustrian menyebabkan kuasa besar di
Eropah keluar dari benua Eropah dan mencari
penempatan dan pasaran baru bagi perdagangan
mereka.
• Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan
perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa Eropah Tanah Melayu sebagai pusat pasaran dan
perdagangan.
• Pasaran di Eropah sukar dan persaingan sengit
untuk mendapatkan lokasi dan pasaran baru
pengeluaran masing-masing.
• Keperluan terhadap bahan mentah yang
berkaitan dengan industri seperti bijih timah
dan besi meningkat dengan mendadak.
4. Pangkalan Tentera
• Kedudukan yang sesuai menjadi pangkalan tentera.
• Sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah Melayu
bukan sahaja untuk mencari sebuah pelabuhan persinggahan tetapi
juga kerana strategi ketenteraan untuk keselamatan angkatan atau
rombongan mereka.
• Kapten Francis Light ke Pulau Pinang yang dipajak oleh
British dari Kerajaan Kedah sebagai pelabuhan persinggahan
dan pangkalan tentera untuk mengawal ancaman lanun
serta kuasa asing seperti Belanda, Perancis, dan Jerman dari
menggugat kapal-kapal perdagangan mereka yang
menggunakan laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang
kemudiannya telah menjadi antara tempat terawal dalam
senario perluasan kuasa British di Tanah Melayu
5. Prester John
• Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang
Messiah atau The Great Saviour atau penyelamat
agung bernama Prester John yang akan muncul di
benua sebelah timur.
• Kepercayaan ini menyebabkan orang-orang Kristian
seperti Putera Henry dari Portugal telah melancarkan
gerakan mencari Prester John di sebelah timur
dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah
timur dan kerajaan Kristian mereka dapat
menjatuhkan empayar Islam secara keseluruhannya.
Dasar Campur Tangan British di Tanah Melayu
• Datang hanya untuk mengaut hasil keuntungan di
Tanah Melayu tanpa peduli dan campur tangan
dalam hal ehwal urusan orang Melayu dan negerinegeri Melayu.
• Pada tahun 1874 secara rasmi British mula campur
tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu
dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.
• British terus mengekalkan kuasa dan pengaruh di
negeri-negeri Melayu yang lain sehinggalah
kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
Di antara faktor-faktor campur tangan British di Tanah
Melayu
1. Faktor Ekonomi
• Revolusi industri di Eropah, keperluan bahan mentah
seperti bijih timah meningkat.
• Sektor perlombongan bijih timah yang kebanyakannya
dikuasai oleh saudagar-saudagar British dan Cina yang
berkerakyatan British.
• Sekatan perdagangan oleh Belanda terhadap pengaruh
kuasa lain di Indonesia menyekat kemaraan British di
kawasan lain di rantau ini menyebabkan tumpu perhatian
kepada Tanah Melayu bagi mendapatkan hasil yang
diperlukan.
2. Faktor Ancaman dan Persaingan Pengaruh Asing
• Kuasa-kuasa lain turut berminat dengan Tanah
Melayu
• Bijih timah
• Jalan perdagangan dunia – timur dan barat
• Penguasaan penuh Belanda di Indonesia dan
Sepanyol di Filipina.
• Persaingan imperialisme di kalangan negara-negara
besar dari Eropah untuk membuka tanah jajahan.
3. Pergolakan Politik di Tanah Melayu
• 1860an hingga 1880, negeri pantai barat berada dalam
keadaan huru hara kerana perebutan takhta dan perang
saudara
melibatkan
kawasan
perlombongan
dan
membabitkan buruh imigran Cina yang dibawa masuk oleh
British.
• Perlombongan tidak dapat dijalankan kerana buruh Cina yang
menganggotai kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San
terlibat dalam pergolakan politik. Peralatan perlombongan
musnah akibat pergaduhan dan peperangan.
• Bimbang pergolakan akan merebak ke kawasan atau negeri
lain - perang saudara di Larut Perak dibimbangi merebak ke
Pulau Pinang yang juga ramai imigran Cina.
4. Perubahan Pucuk Pimpinan di Britain
• Parti Konservatif yang diketuai oleh Disraeli telah
memenangi pilihan raya di Britain pada tahun 1873
dan mengubah dasar Pejabat Tanah Jajahan untuk
masuk campur tangan dalam urusan pentadbiran
negeri-negeri di Tanah Melayu.
• Perubahan ini di lihat jelas dipengaruhi oleh
perkembangan semasa, di mana bentuk penjajahan
berbentuk imperialisme yang ditunjangi oleh
kemegahan nasionalisme dan jingoisme.
Dasar-Dasar Penjajahan British di Tanah Melayu
• Laksana pelbagai dasar meliputi sosial, ekonomi,
dan politik yang mengubah wajah asal Tanah
Melayu dan sistem kehidupan masyarakat Melayu
yang sedia ada.
• Laksana banyak dasar ‘pecah dan perintah’ secara
berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah
berlaku secara semula jadi.
1. Sosial
• Dasar paling utama British ialah kemasukan tanpa had
imigran asing dari China dan India ke Tanah Melayu sebagai
buruh-buruh di lombong dan ladang.
• Suatu ketika telah hampir mengatasi jumlah penduduk asal
negara ini.
• Mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari Tanah Melayu
tanpa memperdulikan keadaan masyarakat Melayu.
• Imigran tersebut telah membentuk masyarakat baru dalam
negara ini dan diletakkan di kawasan-kawasan yang
terpisah daripada kaum-kaum lain untukmenghalang
kewujudan perpaduan antara kaum - dasar pecah dan
perintah.
• Dasar pendidikan British berdasarkan sistem vernakular
yang mana pendidikan dibuat berdasarkan kaum masingmasing
• Sekolah Cina dan Tamil dengan bahasa pengantar
dan sukatan pelajaran yang diambil terus daripada
negara asal mereka.
• Sekolah British dijalankan oleh mubaligh Kristian
dan berasaskan pendidikan British yang diambil
daripada negara Britain sepenuhnya.
• Sekolah Melayu pula masih berasaskan pelajaran
agama dan bercampur sedikit dengan pendidikan
akademik yang mempunyai pengaruh British.
• British memastikan taraf pendidikan di sekolah tidak
akan seragam dan taraf pendidikan yang diterima
terutamanya orang Melayu adalah di tahap yang rendah Tanah Melayu belum mampu untuk bebas dan mentadbir
negara bersendirian.
• Taraf pendidikan orang Melayu sering di banding dengan
taraf pendidikan di Britain. British sering menanamkan
kata-kata bahawa masyarakat Melayu adalah malas dan
mudah berpuas hati. Hakikatnya masyarakat Melayu
adalah rajin berasaskan pekerjaan dalam sistem ekonomi
tradisi tetapi
tidak diberi kesempatan mendapat
pendidikan yang terbaik.
• Imigran-imigran asing dari India dibawa
bekerja sebagai pendidik di Tanah Melayu.
Taraf pendidikan masyarakat Melayu terus
kekal tidak dapat melebihi taraf pendidikan
Inggeris yang sebenar kerana mereka hanya
dididik
oleh pendidik dari negara yang
terjajah juga - ketidakikhlasan British
memajukan pendidikan orang-orang yang
mereka jajah
2. Ekonomi
• Bermula dengan kewujudan hasil bijih timah di Perak yang
menghasilkan Perjanjian Pangkor 1874.
• Mengubah hala tuju ekonomi tradisi di Tanah Melayu yang
berasaskan ekonomi sara diri kepada bentuk ekonomi moden
bersifat komersial dan keuntungan - dasar kolonialisme
• Dilakukan oleh British secara berhati-hati bagi memastikan tujuan
asal dasar kolonialisme British untuk mengenepikan masyarakat
Melayu daripada sebarang kemajuan kerana di lihat sebagai
ancaman kepada pentadbiran penjajah.
• Pembesar Melayu terlibat dalam sektor perlombongan , rakyat
bawahan disisihkan kononnya
• menghormati sistem ekonomi tradisi
masyarakat Melayu menaman padi, menangkap ikan dan menternak dan mencari hasil
hutan.
• Sektor perlombongan - buruh-buruh yang murah dari negara
China yang sedang menghadapi pelbagai masalah bencana alam
seperti gempa bumi, banjir, dan kebuluran.
• Sektor perladangan getah - buruh-buruh dari India.
• Melayu terus kekal dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak
menguntungkan dan pembekal keperluan makanan kepada
British dan buruh-buruh asing yang di bawa masuk.
• Konsep kolonialisme awal telah bertukar menjadi lebih agresif
hasil daripada sikap tamak untuk menguasai segala-galanya di
Tanah Melayu.
• Konsep imperialisme yang lebih campurtangan dan menguasai
segalanya di tanah jajahan dilaksanakan. Ini berdasarkan
keperluan semasa di mana negara.
3. Politik
• Cuba memastikan raja-raja Melayu atau sultan-sultan akan
berada di bawah telunjuk mereka.
• Selepas Perjanjian Pangkor 1874, sistem residen dilaksanakan di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu—Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang.
• Nasihat residen dalam hal-hal selain agama Islam dan adat
istiadat orang Melayu haruslah diikuti raja-raja.
• Raja Abdullah, salah seorang waris raja di Perak bersama
pembesar dan rakyat bangkit membunuh Residen JWW Birch.
• Campur tangan ke atas negeri Melayu telah lebih awal ke atas
Negeri-Negeri Selat - Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
British memerintah secara terus dari Pejabat Tanah Jajahan di
London gabenor British Negeri-Negeri Selat.
• Sistem Penasihat Negeri
di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu - Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor .
Penasihat British akan membantu pentadbiran raja-raja dan
sultan-sultan Melayu melainkan dalam hal-hal agama Islam dan
adat istiadat orang Melayu.
• Penguasaan British menerusi sistem Residen dan Penasihat telah
mewujudkan persekutuan, cadangan Malayan Union dan
kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
• Selepas pilihanraya 1952 dan 1955 sistem kerajaan berketua
Menteri dan kabinet untuk pentadbiran telah dilaksanakan.
Menerusi peringkat yang telah anda lihat, secara sedikit demi
sedikit raja-raja disisihkan dari rakyat dan tanggungjawab
pemerintahan
Kesan Gerakan Penjajahan Barat di Tanah Melayu
• Tanah Melayu bebas dan merdeka pada 31 Ogos
1957. Setelah lebih kurang 400 tahun di bawah
cengkaman penjajah barat.
• Penjajahan
dengan
penerapan
dasar-dasar
kolonialisme dan imperialisme meninggalkan kesan
kepada pelbagai sudut kehidupan termasuk ekonomi,
politik dan sosial masyarakat di Tanah Melayu.
1. Sosial
• Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu majmuk .
• Tanah Melayu asalnya di diami masyarakat Melayu sahaja
telah dipaksa menerima kedatangan imigran.
• Masyarakat majmuk semasa kerajaan Melayu Melaka
bersifat sementara kerana mereka adalah pedagangpedagang, yang berkahwin mengasimilasikan diri
mereka ke dalam kebudayaan dan adat resam
masyarakat Melayu dan tidak mengubah suasana
asal masyarakat terutamanya strukur politik,
ekonomi, dan sosial.
• Sikap British tidak berhasrat membantu kemajuan
orang Melayu dalam pendidikan menjadi mereka
paling ketinggalan. Melayu cerdik pendidikan
menjadi masalah kepada British. Sukatan pelajaran
dan bahasa yang digunakan di sekolah vernakular
tidak sedikit pun melambangkan suasana negara ini
dan tidak merangsang berlakunya perpaduan di
antara kaum.
2. Ekonomi
• Ubah sistem ekonomi tradisi berasaskan ekonomi
sara diri kepada sistem ekonomi bermatlamatkan
keuntungan.
• Memisahkan setiap kaum mengikut kegiatan
ekonomi – India sebagai penoreh getah, Melayu
sebagai nelayan atau penanam padi dan Cina sebagai
pelombong.
• Masyarakat di Tanah Melayu terasing mengikut
lokaliti kegiatan ekonomi masing-masing - masalah
perpaduan kaum.
3. Politik
• Kekuasaan raja dan sultan Melayu telah dikurangkan ke
peringkat hanya menjadi lambang kepada negeri atau
negara.
• Semasa pemerintahan Melayu Tradisi segala kerja
pentadbiran dijalankan oleh masyarakat Melayu, tetapi
setelah kedatangan kaum imigran asing
proses
pentadbiran telah turut melibatkan mereka.
• Melalui sistem pilihanraya, perdana menteri dan
kabinet juga pegawai daerah mula mengambil alih
segala tugasan pentadbir Melayu Tradisi, iaitu sultan
dan pembesar.
KESIMPULAN
• Kolonialisme dan imperialisme adalah berlainan dari
sudut dasar, perlakuan atau aktiviti penjajahan.
• Kolonialisme ianya jelas dipengaruhi faktor-faktor
agama (god), kemegahan (glory), dan keuntungan
atau kekayaan (gold).
• Imperialisme memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang
menggambarkan
kesinambungan
sifat-sifat
kolonialisme seperti kemegahan, nasionalisme dan
etnosentrisme yang memuliakan kaum sendiri.
• Mengubah kehidupan asal yang ada di negara ini meliputi
aspek sosial, ekonomi, atau politik.
• Dasar-dasar kemasukan imigran, pendidikan vernakular,
pemecahan ekonomi mengikut kaum, sistem residen
dan dasar pemerintahan berpusat telah mengakibatkan
cara hidup tradisi terhimpit dan tidak dihiraukan oleh
penjajah British.
• Sistem pemerintahan bertunjangkan sistem beraja dan
pembesar dan telah berjaya mengharungi kehidupan
ratusan tahun akhirnya hilang sedikit demi sedikit.
• Muncul masyarakat majmuk yang terdiri daripada
berbilang kaum dan bangsa, satu sistem ekonomi
moden yang mementingkan keuntungan dan
mengamalkan sistem pentadbiran berpusat .
• Wujud Tanah Melayu sebagai negara baru
dengan rakyat dan sistem kehidupan yang
baru.