Mangsa-pemangsa (prey * predator)

Download Report

Transcript Mangsa-pemangsa (prey * predator)

Mangsa-pemangsa
(prey – predator)
• Pemangsa memburu dan membunuh haiwan lain sebagai
makanan.
• Haiwan yang diburu dan dibunuh dikenali sebagai mangsa.
• Pemangsa merupakan karnivor dan biasanya lebih besar
daripada mangsa.
• Biasanya pemangsa mempunyai gigi dan cakar yang tajam,
penglihatan yang baik,boleh berlari pantas dan ada yang
mempunyai bisa.
• Contoh hubungan mangsa-pemangsa:
a)ikan yu putih makan anjing laut dan singa laut
b) katak dan kodok makan lalat,nyamuk dan serangga lain
c) harimau makan rusa dan kambing
Simbiosis
• Dalam simbiosis, dua organisma dari spesies
yang berbeza hidup bersama dan
hubungannya dalam masa yang lama.
• Terbahagi kepada 3 jenis:
a) komensalisme
b) mutualisme
c) parasitisme
Komensalisme
• Dalam komensalisme, satu organisma beruntung dan
yang lain tidak terjejas.
• Organisma yang beruntung ialah komensal. Organisma
yang lain disebut perumah.
• Contoh-contoh komensalisme:
a) ikan remora ,melekat pada badan ikan yu dan
mendapatkan perlindungan dan pengangkutan. Ikan yu
tidak terjejas.
b) orkid yang hidup pada pokok mendapat untung dari
segi ketinggian pokok untuk mendapatkan lebih cahaya
matahari. Orkid membuat makanan sendiri dan tidak
menjejaskan pokok yang ditumpanginya.
Kesalingan (mutualisme)
• Dalam kesalingan, kedua-dua organisma beruntung
dari hubungan yang erat.
• Contoh-contoh kesalingan ialah:
a) liken terdiri daripada alga hijau dan kulat yang hidup
bersama. Alga menerima perlindungan dari kulat. Kulat
menyumbang karbon dioksida pada alga untuk
menjalankan fotosintesis. Kulat yang tidak dapat
menjalankan fotosintesis kerana tidak mempunyai
klorofil, menerima makanan dan oksigen dari alga.
b) semut dan afid. Semut melindungi afid dari
pemangsa dan afid merembes makanan pada semut.
Parasitisme
• Parasitisme merupakan hubungan di antara perumah
dan parasit.
• Parasit mendapat keuntungan daripada hubungan itu
dan menjejaskan perumah.
• Terdapat dua jenis parasit :
a) ektoparasit- yang hidup di luar badan perumah.
Contoh : nyamuk, pijat, sengkenit.
b) endoparasit - yang hidup di dalam badan perumah.
Contoh : cacing pita, cacing kerawit dalam usus
manusia dan haiwan.
• Parasit mendapat makanan dan perlindungan dari
perumah. Beberapa parasit akhitrnya membunuh
perumah atau menjangkitkan perumah dengan
penyakit.
Persaingan
• Persaingan berlaku apabila organisma di
kawasan yang sama berebut untuk
mendapatkan sumber-sumber sama yang
terhad.