File - mohd rizal mohtar MSU Shah Alam

Download Report

Transcript File - mohd rizal mohtar MSU Shah Alam

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

MOHD RIZAL BIN MOHTAR

Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Konsep

: Pendidikan Jasmani & Kesihatan merupakan satu proses yang bertujuan untuk meningkatkan kesempurnaan dari segi rohani, intelek, emosi dan sosial serta fizikal manusia melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Oleh itu pendidikan jasmani dan kesihatan berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan yang optimum dan keadaan baik, memperoleh pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Definisi PJK

     

Bucker 1960

aktiviti fizikal.

: ia adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Ianya adalah satu bidang penyertaan yang bertujuan meningkatkan jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial(JERIS) individu melalui media

Voltmer Esslinger 1967

pergerakannya. : ia merupakan satu proses di mana perubahan dalam individu dihasilkan melalui pengalaman

Jenny 1961 :

fizikal.

ia memberikan pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ia sebenarnya juga melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak

Barrow 1971 :

meletakkan pendidikan jasmani dalam konteks ‘ Pengalaman Pendidikan Seluruhan’ dan menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dalam seumur hidup individu.

Baley & Field 1976 :

ia adalah satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan aestetik hasil daripada aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

Freeman 1979

: merupakan satu proses pembangunan segala aspek individu secara keseluruhan melalui kaedah fizikal.

Matlamat

:

   Dapat membantu pelajar menjadi cergas.

Memberi peluang yang sama kepada pelajar mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan.

Supaya pelajar meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

Tujuan :

Sasaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan adalah untuk mengoptimumkan pembangunan fizikal, sosial dan mental individu yang bersepadu dan terselaras menerusi arahan dan penyertaan yang terpilih untuk mengoptimumkan penggunaan badan dikendalikan berdasarkan piawaian sosial dan hygenik.

Objektif :

        Memberi sumbangan positif tehadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental .rohani dan emosi Menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan dan kegiatan kreatif.

Menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas gimnastik.

Mengetahui kebolehan diri sendiri serta hubungan dengan alam persekitaran.

Mencapai tahap displin diri yang tinggi.

Merasa gembira ketika menglibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di dalam dan di luar bilik darjah.

Menggunakan masa lapang dengan berfaedah.

Menyedari peranan sukan dalam kehidupan, masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian sebagai peserta dan penonton.

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Sekolah

Kepentingan PJK Dalam Kokurikulum Sekolah

Pengenalan

 Suatu proses yang membolehkan seseorang individu memperolehi kemahiran-kemahiran fizikal, mental, sosial serta kecergasan jasmani yang optimum melalui kegiatan fizikal.

 Program pendidikan terbaru membantu kanak kanak dan para remaja mengembangkan potensi mereka dalam pergerakan fizikal dan tidak terbatas kepada permainan atau senaman biasa.

 Ia bertindak secara kreatif dan bertimbang rasa dan tidak pentingkan diri.

Pengenalan

 O Pendapat Jesse William (1964;325) “Pendidkan jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepempinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial.

Merupakan matapelajaran teras dalam KBSR & KBSM 

Mementingkan aspek-aspek teori dan amali dan ciri ciri berikut:

 Kesedaran tentang anggota tubuh badan dan apa yang berlaku semasa tubuh badan bergerak  Kesedaran tentang arah pergerakan dalam ruang persekitaran  Kesedaran kepantasan tentang kualiti tenaga kuasa dan  Kesedaran tentang persekitaran sosial dan fizikal dan hubungannya dengan pergerakan

3 komponen program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan i) ii) Kecergasan Permainan dan olahraga iii) Pendidikan pergerakan

i)

Kecergasan

- kanak-kanak sekolah rendah hendaklah diajar bukan sahaja tentang kecergasan tetapi juga pemahaman tentang kualii kecergasan fizikal.

- kanak-kanak sekolah menengah berkesempatan untuk peroleh pengalaman serta pilih aktiviti-aktiviti kecergasan yang memberi manfaat dan merangsang mereka.

        Penekanan dalam kurikulum pendidikan jasmani B ekalan pengetahuan dan pengalaman dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan dan mmbantu para pelajar kekalkan kecergasan sepanjang hayat Membina kekuatan, ketahanan dan fleksibiliti kelompok kelompok otot utama Masalah kompleksiti tentang kecergasan fizikal dapat difahami dengan jelas melalui 4 komponen: K ecergasan kardiovaskular K ecergasan kekuatan dan ketahanan otot O kecergasn kelenturan o kecergasan berat badan

ii)

Permainan dan olahraga

takrifnya : aktiviti yang melibatkan hanya seorang kanak kanak atau lebih yang bergiat dalm permainan jenis persaingan atau kerjasama yang gunakan objek bergerak dalam rangka peraturan tertentu galakkan kanak-kanak mencipta dan merangka permainan permainan baru membantu kank-kanak dalam uasaha menyelesaikan masalah di samping suburkan pemikiran kreatif.

iii)

Pendidikan Pergerakan

membimbing kanak-kanak membina potensi mereka supaya dapat bergerak dengan cekap dan mahir dalam pelbagai situasi dan latar belakang pergerakan.

- Konsep-konsep pergerakan  Gimnastik  Pergerakan kreatif

Pergerakan Asas

 Pergerakan asas merupakan komponen yang paling utama dalam Pendidikan Jasmani. Setiap pergerakan adalah merangkumi gerak laku lokomotor,bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif.Pakar pakar dalam pendidikan jasmani (Gallahue,D>L. 1996;Gabbard,C.LeBlanc,B.& Lavy,S.,1994:Burton,1977) membahagikan pergerakan asas kepada 3 iaitu:

Pergerakan Lokomotor

 Pergerakan ini memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokonotor terbahagi kepada 2 iaitu;  Pergerakan ritma sakata atau Asas (satu elemen). -Contohnya berjalan, berlari dan melompat.

 Pergerakan ritma tidak sekata (kobinasi dua atau lebih elemen). -Contohnya, memanjat, melongsor dan skip.

Pergerakan Bukan Lokomotor

  Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan.

Contoh pergerakan Lokomotor ialah membongkok, meregang, mengilas, memusing, menolak dan menarik.

Pergerakan Manipulatif

 Pergerakan ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi saga, kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, batang rotan, tali dan relang getah. Pergerakan manipulatif terbahagi kepada 2:   Bersifat rejangan - contohnya, menggolek bola, membeling, menyepak, memukul dan melatun.

Menerima/menyerap -contonhnya, menangkap atau menyambut, menahan (dengan kaki).

Tujuan Pergerakan Asas

    Pergerakan asas merupakan suatu kemahiran yang perlu ada pada seseorang supaya setiap pergerakan yang hendak dilakukan adalah dengan cara yang betul Pergerakan yang menggunakan cara yang betul dapat mengelak dari sebarang kecederaan anggota fizikal.

Pergerakan asas juga dilakukan terlebih dahulu untuk tujuan memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti yang lebih lasak.

Kesimpulannya, pergerakan asas sangat penting kepada kita supaya aktiviti yang dilakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan fizikal.