Transcript File
Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr. Zaitul Akma Binti Zainon Hamzah Nama : Siti Norsyahida Binti Mohd A. Rashid No Matrik : 156960 o Konsep homonim Homonim dalam bidang linguistik ialah sekumpulan perkataan yang berkongsi ejaan serta sebutan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya seperti, kata "bisa". "bisa" mempunyai dua erti / makna iaitu: dapat dan racun. o Homonim , homofon dan homograf merupakan tiga istilah yang sering berkait rapat di antara satu sama lain kerana ia merupakan kata dalam lingkungan yang sama. Memang ketiga-tiga kata ini hampir sama tetapi penggunaan dan maknanya adalah berbeza. Seterusnya pengertian tentang homonim, homofon dan homograf dengan contoh kata dan ayat akan dijelaskan dengan lebih terperinci. Homofon Homofon ialah sebutan adalah sama, tetapi ejaan dan maknanya adalah berlainan. Contohnya : Bank: Institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan. Bang: Panggilan untuk orang laki-laki. Bang : Seruan atau panggilan untuk bersembahyang. Homograf Kata homograf merujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan. Lazimnya, homograf merujuk kepada perbezaan makna dalam ayat yang dibina. Contohnya : Bela : Menjaga / memelihara balik Bela : tuntut / membalas Bagi menganalis komponen homonim, teori yang sesuai digunakan ialah teori analisis komponen. Teori ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan hubungan kekeluargaan. Analisis komponen ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna-makna yang terkandung pada setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu. Antara data-data yang dikumpul adalah: Homonim : haus, buku, nanar, kali, sila, pasang, ketam, kala Homofon : bank/bang, kari/qari, duit/duet, baka/baqa Homofon : bela, rendang, perang, serak, semak Contoh-contoh homonim dan analisis kompenannya: Haus : Haus mengandungi tiga pengertian iaitu: kering tekak, kekurangan tebal tapak kasut, kekurangan kasih sayang. Contoh ayat : 1) “Saya hendak membeli air kerana sungguh haus”. Maksud : terasa kering tekak 2) Tapak kasut adik sudah haus. Maksud : berkurangan besarnya atau ketebalannya kerana tergosok. 3) Dia haus kasih sayang kedua ibu bapanya kerana dia telah menjadi anak yatim piatu sejak kecil lagi. Maksud : kekurangan kasih sayang Haus Dahaga Ketagih Nipis Kurang Tekak kering + _ _ _ Ketebalan tapak kasut _ _ + + Kasih sayang + _ _ + Ketam Contoh ayat : 1) Ayah meletakkan ketam di bawah bangsal dapur. Maksud : pisau tidak berhulu untuk menuai padi 2) Ali menggunakan ketam bagi melicinkan kayu. Maksud : alat bertukang yang digunakan untuk melicinkan kayu. 3) Emak memasak lauk gulai ketam untuk masakan malam. Maksud : binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh. Fitur distingtif Ketam Manusia Binatang Benda/ Peralatan Pisau untuk menuai padi _ _ + Alat bertukang _ _ + Makanan _ + _ Data Nanar Nanar bermaksud berasa agak pening kerana kena pukul atau ditumbuk,pening lalat; menjadi bingung kerana kesusahan,tercengang-cengang,terpinga-pinga,tidak tentu haluan;sangat marah,meradang. Contoh ayat: Azhar nanar tiba-tiba apabila dia mendapati tayar basikalnya pancit. (Maksud : pening) Cikgu Dilmi menasihati muridnya agar tidak sekali-kali membuat nanar di Kem Solat Bestari. (Maksud : Nanar - nakal (kelakuan) Nanar Terpingapinga Fitur Tidak tentudistingtif Tercengang hala -cengang Sakit kepala Bingung Pening + + + + + Nakal _ + _ _ _ Homofon (kari / Qari) Data Contoh ayat : 1) Emak memasak kari ayam untuk diberi kepada nenek. Maksud : kari ( gulai daging, ikan dan lain-lain yang dimasak dengan rempah ) 2) Suara Qari itu sangat merdu sehinggakan dia memperoleh tempat pertama dalam tilawah Al-Quran itu. Maksud : qari (pembaca Al-Quran lelaki) Fitur distingtif Kari/ Qari Sedap Lazat Merdu Kari + + _ Qari + _ + Homograf Data Perang Contoh ayat : 1) Perang di antara negara Amerika Syarikat dengan Iraq sudah tamat. Maksud : perkelahian ( pertempuran ) dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri dan lain-lain. 2) Rambut budak perempuan itu berwarna perang. Maksud : warna merah kehitam-hitaman Fitur distingtif Perang Manusia Binatang Tumbuhan Benda Perkelahian + + _ _ Warna + + + + Kesimpulan Dapat disimpulkan bahawa homonim membawa maksud makna dan merupakan salah satu kajian dalam bidang semantik. Manakala bidang semantik pula merupakan sebahagian daripada bidang linguistik. Seperti yang telah diterangkan, homonim mempunyai tiga cabang di bawah aspek homonim iaitu meliputi homonim sendiri, homofon dan seterusnya homograf dan ketiga-tiga aspek ini mempunyai peranan kata yang tersendiri walaupun terdapat beberapa persamaan. Penggunaan kata yang betul dalam konteks yang bersesuaian akan membawa makna yang dapat difahami oleh penutur bahasa tersebut. Mengikut teori analisis komponen, makna bagi sesuatu perkataan akan dianalisis sebagai satu hubungan komponen-komponen yang kompleks. Teori yang digunakan dalam menganalisis komponen homonim ini juga dapat menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terperinci dan memasukkan unsur-unsur persamaan dan pertentangan. 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.ht m http%3A%2F%2Fazamq.blogspot.com%2F2012%2F10 %2Fcontoh-kata-homonim-homofon-homograf.html http://bl4ckz0mbi3.blogspot.com/2011/11/contohkata-homonim-homograf-dan.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Homonim Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim bt. Hj Abdul Karim, 2003. Bahasa Jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: K. Publishing Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M.onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. SEKIAN, TERIMA KASIH