bab 6 slide - WordPress.com

Download Report

Transcript bab 6 slide - WordPress.com

BAB 6
KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH
MELAYU
PENGENALAN
• Perbincangan berkisar kepada:
– Latar belakang kewujudan Parti Komunis di Tanah
Melayu yang lebih dikenali dengan nama Parti
Komunis Malaya (PKM).
– PKM pada zaman pendudukan Jepun di Tanah
Melayu.
– Peristiwa darurat (1948 – 1960).
– Kesan akibat darurat.
PARTI KOMUNIS MALAYA
Latar Belakang Awal
• Masyarakat Cina di Tanah Melayu;
• prihatin dengan peristiwa di China melalui migrasi
berterusan.
• Tanah Melayu sebagai tempat sementara untuk
mencari rezeki.
• Kemunculan ideologi dan pengaruh komunis di
kesan pada tahun 1921 atau 1922.
• Masyarakat Cina telah pun mempunyai kesedaran
politik dan cita-cita revolusioner
• Persatuan Kemuafakatan Pusat (Chung Ho Tang) 1904
ditubuhkan di Tanah Melayu dan Singapura.
• 1906, Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Persatuan
Perikatan (Tung Meng Huim).
• Parti Kuomintang (KMT) pimpinan Dr. Sun Yat Sen
telah bertapak sejak 1911 serentak dengan
kejayaan membentuk sebuah republik di China.
KMT telah mewujudkan cawangan-cawangan
partinya.
• Kemunculan awal ideologi komunis
• dikesan melalui beberapa penerbitan komunis dalam
bahasa Cina yang tersebar
(a) Berita mengenai negeri China dan Rusia yang dihantar
terus dari Canton.
(b) Berita propaganda mengenai buruh dan wanita yang
diterbitkan di Canton.
(c) Risalah kaedah mengajar ideologi komunis di Rusia dan
China serta manifesto Parti Komunis Amerika.
(d) Buku “Komunis dan Negara China” karangan Tsz Yan.
(e) Risalah komunis yang bertajuk “Parintis” (Pioneer).
• Bahan bacaan ini sebagai bukti terhadap adanya
penyebaran ideologi komunis.
• Parti Komunis China (PKC)
• sehingga 1924 belum ada usaha mengembangkan
sayapnya ke sini.
• 1925 mula menjalin hubungan dengan masyarakat
Cina di Tanah Melayu melalui usaha Alimin (tokoh
utama Parti Komunis Indonesia) dan Tan Melaka
• mengembangkan ideologi komunis di kalangan
puak yang radikal dan revolusioner.
• terbatas kepada orang Cina sahaja setelah orang
Melayu tidak menunjukkan minat.
• Parti Komunis Nanyang (South Seas Communist Party –
PKN)
– ditubuhkan di Singapura
– Singapura dijadikan pangkalan penyebaran pengaruh
– mengawas dan menyelaras perkembangan komunis di Asia
Tenggara (kecuali Burma).
– Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pihak sayap kiri yang
menganggotai KMT.
• PKN mempunyai dua badan massa
• Kesatuan Sekerja Umum Nanyang (Nanyang General
Labour Union)
• Liga Belia Komunis (Communist Youth League)
• meresap masuk ke dalam pertubuhan pekerja dan juga belia.
Pergerakan Berorganisasi
• 30 April 1930 Parti Komunis Malaya (PKM)
ditubuhkan - Fu Ta Ching menjadi Setiausaha
Agung pertama.
• melahirkan kembali kesatuan sekerja - Kesatuan
Sekerja Umum Malaya (Malayan General Labour
Union).
• cuba mengembangkan pengaruh kepada seluruh
masyarakat Tanah Melayu
• berhasrat untuk menubuhkan sebuah republik
komunis Tanah Melayu.
• PKM kekal sebagai parti kecinaan kerana keseluruhan
pemimpin dan ahlinya terdiri daripada orang Cina
• Sokongan terhadap PKM semakin meningkat,
• menganjur tunjuk perasaan dan rusuhan antiJepun bila Jepun menyerang Manchuria pada
1931
• masyarakat Cina menubuhkan Tabung Bantuan
Perang dan Persatuan Tentera Pembebasan
Nasional (National Salvation Army Association).
• ditukar nama menjadi Liga Anti-Imperialis Malaya
(The Malayan Anti-Imperialist League).
• ramai daripada pemimpin mereka ditangkap
termasuklah Setiausaha Agung dan Joseph Ducroix,
ejen Comintern di Singapura.
• PKM berjaya berkembang dan mendapat
sokongan kerana keadaan semasa
– Kemelesetan pada tahun 1929 hingga awal
1930an
– Serangan Jepun ke atas Manchuria pada 1931
– Serangan dan penaklukan Jepun ke atas China
pada tahun 1937.
• Sikap majikan “tidak mesra
memudahkan komunis menghasut
pekerja”
• Loi Teck (1935) seorang anggota komunis dari
wilayah Annam, telah menyusun kembali
jentera dan disiplin parti.
• menjadi Setiausaha Agung parti pada 1939.
• PKM sekali lagi berusaha menarik kaum lain
menjadi anggotanya.
• puak radikal Melayu yang berjuang untuk
menghalau penjajah dari Tanah Melayu.
• Politik semasa memerlukan wujudnya kerjasama antara
PKM dengan kerajaan.
• Perang Dunia Kedua (PDK) tahun 1939 di Eropah,
menjadikan komunis Rusia sebagai angkatan bersekutu
kepada Inggeris.
• Penglibatan Jepun dalam peperangan di Asia memaksa
kerajaan mencari jalan untuk berbaik-baik dengan
PKM.
– Kelihatan seperti PKM dan kerajaan saling memerlukan.
– Kerajaan
perlukan
PKM
untuk
sama-sama
mempertahankan Tanah Melayu yang akan diserang oleh
Jepun.
– PKM memerlukan pengiktirafan kerajaan untuk
mengesahkan kewujudan dan perjuangan mereka.
PKM DALAM ZAMAN JEPUN
• Penglibatan Jepun dalam PDK dan slogan “Asia
Untuk Asia” banyak memberi manfaat kepada
PKM.
• 8 Disember 1940, PKM tanda tangan perjanjian
kerjasama dengan kerajaan bagi menentang
Jepun.
• Kerajaan melatih rekrut-rekrut baru PKM
• peperangan secara gerila atau gerakan bawah tanah.
• Intisari perjanjian
– (a) Bebaskan semua anggota PKM yang ditangkap
pada 15 Disember 1941.
– (b) PKM akan menyatukan semua rakyat bagi
menentang Jepun dan mempertahankan Tanah
Melayu bersama British.
– (c) Membasmi semua gerombolan sayap kelima
(Fifth Colummist); ejen musuh dan pembelot.
– (d) Semua anggota parti dan rakyat akan dilengkapi
dengan senjata untuk menentang kemaraan
Jepun.
– (e) Menubuh pasukan gerakan bawah tanah bagi
menentang Jepun melalui keganasan.
• PKM mengumpul 200 orang pemuda Cina yang
terpilih dan dihantar ke Sekolah Latihan Khas 101
(101 Special Training School), Singapura
• menjadi pemangkin (nucleus) kepada Kumpulan
Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (Malayan
People’s Anti-Japanese Army – MPAJA).
• Jepun mendarat di Kota Bahru, Kelantan, pada 8
Disember, kalahkan pertahanan kerajaan di Jitra,
Kedah, sampai ke Singapura pada 8 Februari.
• Tanah Melayu dan Singapura dijajah pada 15 Februari
1942.
• Strategi MPAJA menentang Jepun
– berjaya menambahkan anggota kepada 7000 orang,
– elak peperangan secara berhadapan atau terbuka
– tumpuan kepada mengumpul maklumat dan
membuat serang hendap.
• PKM menerus usaha memantapkan organisasi
dan merekrut ahli
• menentang Jepun dan kemudiannya sebagai
persiapan menghadapi Inggeris apabila mereka
kembali semula.
• PKM dan MPAJA mendapat rangsangan baru
• kerajaan melancarkan perang
gerila melalui
Pasukan 136 (Force 136) yang mula beroperasi
pada Mei 1943.
• pemerintah Force 136 di Colombo bangga dengan
maklumat dan perjuangan MPAJA.
• Force 136 bersetuju melatih gerila MPAJA dan
memberi bantuan makanan dan logistik.
• Pemerintah
British
Asia
Tenggara
menetapkanmenduduki
kembali
Tanah
Melayu menjelang bulan November 1945.
SEBELUM PERISTIWA DARURAT
Pengalaman Zaman Kekosongan
• PKM dan MPAJA mendapat banyak pengalaman semasa
zaman Jepun.
• Jepun menyerah kalah
• bom atom di Hiroshima 6 Ogos dan di Nagasaki 9 Ogos 1945
• berlakunya zaman kekosongan di Tanah Melayu - Inggeris belum
sampai
• PKM dan MPAJA merayakan kemenangan.
• gerila keluar ke bandar menawan beberapa balai polis
• membunuh orang Melayu - balas dendam kerana dianggap
bersubahat dengan Jepun.
• Berlaku rusuhan kaum di beberapa tempat seperti
di Kampong Bekor, Manong, Kuala Kangsar, Sungai
Manik di Perak dan di Batu Pahat, Johor
• imej PKM tercemar di kalangan orang Melayu.
• PKM memutuskan untuk bekerjasama dan
meneruskan perjuangan kemerdekaan Tanah
Melayu melalui saluran perlembagaan atau politik.
• Pentadbiran Tentera British (BMA)
• tiba pada September 1945 telah diterima semula
oleh PKM dan penduduk.
• untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman
rakyat.
• MPAJA dengan anggota 10,000 orang dibubarkan
pada 1 Disember 1945.
• diberi ganjaran RM300 seorang
• banyak senjata dan peralatan logistik diserah
kembali.
Zaman Malayan Union dan Pengisytiharan
Persekutuan Tanah Melayu
• British
ingin
meneruskan
cengkamannya
terhadap Tanah Melayu melalui Malayan Union.
• British mengetepikan PKM yang berharap untuk
berkongsi kuasa memerintah.
• PKM memainkan semula peranan lama mereka
menerusi kesatuan sekerja
• PKM menubuhkan Malayan Democratic Union
(MDU) pada 21 Disember 1945 sebagai
organisasi depannya
• PKM mengharapkan BMA akan berkompromi
dengan
tuntutan
mereka
setelah
menghentikan perjuangan secara militan bagi
menegakkan Republik Komunis Tanah Melayu.
• Januari 1946 “kertas putih”
Malayan Union (MU) dilancarkan,
mengenai
• MDU menerimanya kerana ada syarat longgar
mengenai kewarganegaraan tetapi mendesak
kerajaan memasukkan sama Singapura.
• Atas desakan orang Melayu
– British terpaksa menangguhkan MU
– Tidak menerima cadangan MDU
– Tidak
membawa
dalam
perundingan
perlembagaan baru.
• PKM mencadangkan di tubuh satu Barisan
Bersatu Baru bersama Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dan Dewan
Perniagaan Cina bagi menentang kerajaan.
– 14 Disember 1946, Majlis Tindakan Bersama
(Council of Joint Action) ditubuhkan, ditukar
kepada Pan Malayan Council of Joint Action
(PMCJA).
• tujuan PMCJA adalah berunding dengan kerajaan
mengenai isu memasukkan Singapura, taraf kerakyatan
dan hak menubuhkan kerajaan sendiri.
• kerajaan menolak Cadangan Perlembagaan Rakyat yang
mereka kemukakan pada bulan Oktober 1947.
PERISTIWA DARURAT
Kempen Awal
• Undang-undang darurat memberi banyak kuasa kepada
kerajaan.
– 23 Julai 1948 kerajaan mengharamkan PKM dan membuat
tangkapan besar-besaran.
– 1000 orang berjaya ditangkap dan kerajaan mengenakan
hukuman mati kepada mereka yang menyalahgunakan
senjata api.
– Liew Pit yang menjadi wakil Jawatankuasa Pusat PKM juga
tertangkap.
– ahli PKM melarikan diri ke hutan dan bermulalah
perjuangan bersenjata secara rasmi apabila PKM
mengisytiharkan ‘Perang Pembebasan Anti-British’.
• PKM berjaya menghimpun kembali anggota
MPAJA kira-kira 12,000 orang
• bentuk lapan rejimen yang - Tentera Rakyat AntiBritish (Malayan People Anti-British Army –
MPABA) - menjadi Tentera Pembebasan National
Malaya (MRLA) pada Februari 1948.
• PKM membentuk sel-sel yang dikenali sebagai
Min Yuen.
• ejen mendapatkan bekalan makanan, rekrut baru
dan juga maklumat dari rakyat.
• Mengikut peraturan darurat, kerajaan diberi kuasa:
– (a) Menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa bicara
dalam tempoh dua tahun.
– (b) Melarang sebarang penulisan, penerbitan dan
penjualannya, atau melarang menyebarkan
dokumen, poster, sepanduk yang pada
pandangan polis menimbulkan suasana menghasut.
– (c) Kerajaan boleh menduduki atau menggunakan manamana bangunan atau kenderaan bagi tujuan menjaga
keamanan.
– (d) Membuat kawalan ke atas semua laluan jalan raya.
– (e) Menyurai sebarang bentuk perhimpunan.
– (f) Menguatkuasakan perintah berkurung.
– (g) Menangkap sesiapa sahaja yang disyaki tanpa waran.
– (h) Mengenakan hukuman mati kepada mereka yang
menyalahgunakan senjata api.
– (i) Menghukum mana-mana individu yang sengaja
membuat laporan palsu kepada polis.
– (j) Merampas sebarang perniagaan yang keuntungannya
disalurkan kepada perjuangan komunis.
– (k) Menangkap semua penduduk yang kawasannya disyaki
sebagai tempat menyalur sumber makanan, tenaga
dan maklumat keselamatan kepada komunis.
– (l) Kerajaan boleh mengguna sebarang kekerasan terhadap
rakyat yang tidak patuh dengan arahan penggunaan
senjata api atau bagi tujuan untuk menangkapnya.
– (m) Memindahkan rakyat yang menggunakan atau
menduduki tanah kerajaan.
• menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu
• memerlukan simpati, sokongan, bantuan dan
penyertaan orang Melayu.
• kesilapan masa lalu mahu diperbetulkan dengan
mendekati kembali orang Melayu.
• rejimen khas orang Melayu ditubuhkan
• Rejimen Kesepuluh beroperasi di Lubuk Kawah,
Temerloh, Pahang.
• Angka sepuluh sempena 10 Zulhijah (Hari Raya
Korban) - tarikh penubuhannya.
• bawah pimpinan Abdullah C.D. dan Rashid Maidin.
Tindakan Awal Kerajaan
1. Memperkuatkan Pasukan Keselamatan
• 10,000 anggota polis ditempatkan di bandar dan
kampung. 10 batalion tentera ditugaskan
memburu musuh di pinggir dan dalam hutan.
• Kekuatan polis dan tentera ditambah.
• 1949, kekuatan polis 47,000 orang
• 1950, kekuatan tentera 32,000 orang
• Sistem perhubungan wayarles diperluaskan.
• Balai polis, pondok dan pos-pos baru diperbanyakkan
di seluruh negara.
• Pasukan Sempadan (Frontier Force) mengawal
sempadan Tanah Melayu-Thailand
• Perjanjian dengan Thailand menentang komunis
• tindakan yang keras terhadap penduduk yang
disyaki
• Jun hingga Disember 1948, 5097 orang Cina di pinggir
hutan ditahan tanpa bicara
2. Rancangan Briggs
• Leftenan General Sir Harold Briggs - Pengarah
Gerakan Tanah Melayu dilantik pada April 1950.
– Usaha bersepadu pasukan keselamatan meneruskan
pemburuan dan memusnahkan komunis dan dalam
masa yang sama rakyat “dimenangi hati dan
perasaan” mereka (to win the hearts and minds of the
people) untuk memberi sokongan dan kepercayaan
kepada kerajaan.
(a) Memperkenalkan Rancangan Kampung Baru
• Melalui undang-undang penempatan dalam
Peraturan Darurat (Emergency Regulations).
• penduduk Cina dikumpul ke satu kawasan yang boleh
dikawal
• lebih 650,000 penduduk ditempatkan ke 600
petempatan baru yang dikenali sebagai Kampung
Baru.
• Mengambil masa selama empat tahun dengan belanja
AS$44.3 juta.
(b) Memperkukuh Bidang Perisikan
• Pengarah Gerakan melantik Guy C. Madoc mengetuai
badan perisikan
• Cawangan Khas (Special Branch – SB).
(c) Menubuhkan Pasukan Kawalan Keselamatan Tambahan
• Pasukan Kawalan Kampong (Home Guard) dibawah kawalan
Angkatan Tentera
• Menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Perang (War
Executive Committees) melibatkan jabatan kerajaan dari
peringkat pusat sehingga ke 128 peringkat daerah.
(d) Mengistiharkan “Kawasan Hitam atau Putih”
• Ogos 1950, PKM ubah strategi
• mengurangkan tindakan mengganggu penduduk
dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
• menyusun kembali gerakan dengan bertambahnya
ahli baru - ramai pemuda Cina lari ke dalam hutan
kerana tidak mahu turut serta dalam Skim
Kerahan Tenaga dilancar pada 21 November 1950.
• lancar serangan besar-besaran bagi menggagalkan
Rancangan Briggs
• Februari hingga Ogos 1951 tertumpu kepada orang
kampung, balai dan pondok polis terpencil serta
pasukan tentera yang membuat rondaan.
• kemenangan moral
• serangan hendap dan membunuh Sir Henry Gurney,
Pesuruhjaya Tinggi British di Bukit Frazer pada 6
Oktober 1951.
• Operasi di kawasan selatan Tanah Melayu terus
berkurangan dan diberhentikan.
• diisytiharkan sebagai “Kawasan Putih”.
• Melaka - Kawasan Putih bagi seluruh negerinya pada 3
September 1953.
• Pasukan keselamatan beri tumpuan kepada kawasan di
bawah Setiausaha Agung PKM Chin Peng
• Chin Peng dan pasukannya yang berpusat di Mentakab
melarikan diri ke sempadan Tanah Melayu-Thailand di
kawasan Kroh-Betong.
• dituruti oleh rejimen lain termasuklah Rejimen Kesepuluh
(f) Pengiktirafan Politik dan Pentadbiran
• Kerajaan melihat ideologi dan perjuangan komunis
mesti diatasi dengan cara politik, selain daripada
operasi ketenteraan dan jentera pentadbiran.
• sentimen perkauman begitu meluas.
• rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina dan
komunis begitu menebal - sebut Cina tergambar
kekejaman komunis - sebut komunis, itulah orang Cina.
• tarik perhatian kaum imigran supaya merasakan Tanah
Melayu ialah negara mereka.
• Bagi menjayakan rancangan ini, beberapa program
dilaksanakan;
(i) Hak kewarganegaraan telah diperluaskan
– kaum imigran yang telah tinggal berterusan
selama lapan tahun dan boleh berbahasa
Melayu atau Inggeris serta sanggup memberi
ketaatan kepada Tanah Melayu.
(ii) Orang bukan Melayu digalakkan menubuhkan
parti politik mereka sendiri.
– Malayan Chinese Association (MCA) pada bulan
Februari 1949.
– Malayan Indian Congress (MIC) - lebih awal lagi.
(ii) Tanah Melayu akan diberi taraf bekerajaan
sendiri sebelum mencapai kemerdekaan.
– Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities
Liaison Committee) ditubuh pada 1949
– memperkenalkan Sistem Ahli (Membership
System) pada 1951,
– perkenal pilihanraya peringkat bandaran di
negeri-negeri
– kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa yang
terdekat
3. Rundingan Baling
• PKM merasakan corak dan perjuangan harus
disesuaikan
• Perjuangan bersenjata dan kekerasan tidak
praktikal
• pasukan keselamatan telah diperbesar dan
diperlengkap
• penyokong dan yang simpati telah dikawal
• rakyat telahpun selesa dengan sistem/peraturan
yang laksanakan.
• Di peringkat antarabangsa telah memperlihatkan
satu kompromi atau usaha damai antara perjuangan
komunis dengan demokrasi.
– Di Indochina dan Korea telah diadakan gencatan senjata
pada tahun 1951 dan 1953 lagi.
– Perjuangan pemberontakan Huk di Filipina telah
ditewaskan pada tahun 1954.
– Pemimpin utama komunis Russia Khruschev telah
menyarankan supaya diwujudkan suasana aman damai
– Komunis China telah menyuarakan tidak akan membantu
lagi perjuangan PKM semasa Sidang Bandung tahun 1955.
• PKM ingin turut serta dalam Pilihanraya
Umum Persekutuan Tanah Melayu pada Julai
1955.
• Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua
Menteri pada 31 Julai 1955,
• mendapat
kebenaran
kerajaan
memberi
pengampunan kepada PKM yang menyerahkan
diri mulai 9 September 1955.
• Rundingan Baling telah berlangsung selama dua hari
pada 28 dan 29 Disember 1955.
• Persidangan pertama berlangsung pada jam
1415.
• Wakil kerajaan : Tunku, David Marshall (Ketua
Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lok.
• PKM : Chin Peng, Chen Tien (menjadi penghubung
PKM dalam menjayakan pertemuan perundingan)
dan Abdul Rashid Maidin.
• Dari apa yang digambarkan oleh Tunku bahawa
Chin Peng tidak bersedia menerima syarat
menyerah diri dan meletakkan senjata.
• pertemuan kedua pada esoknya.
• Tunku tidak dapat menerima tuntutan PKM untuk
menyerah diri dan meletakkan senjata tanpa
syarat dan dibenarkan partinya bergerak sebagai
parti politik yang sah.
• PKM tidak berputus asa.
– Ada usaha untuk mengadakan rundingan kedua
setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
– ditolak oleh Tunku kerana yakin negara akan
dapat mengatasi masalah komunis.
KESAN DARURAT KEPADA KEMERDEKAAN
• Persekutuan Tanah Melayu terus mengalami
perkembangan politik.
• Perjuangan
komunis
diteruskan
dengan
menumpang dan mengembangkan pengaruh
ideologi politik melalui parti politik berhaluan kiri
• Parti Front Sosialis, Parti Rakyat, Parti Buruh, Parti
Progresif Rakyat dan Parti Pemuda Sosialis
Kesan daripada peristiwa pemberontakan PKM
dan darurat;
1. Ketegangan Hubungan antara Kaum
a) Prasangka Perkauman Memuncak
• Memperlihatkan satu suasana tegang antara
orang Cina dengan orang Melayu.
• Zaman kekosongan dan pemberontakan komunis
ini - sejarah “pergaduhan”.
• PKM mati 6,710 orang, tercedera 2,819 orang, ditawan
1,286 orang dan 2,702 orang. Dari jumlah ini sebahagian
besarnya ialah orang Cina.
• Polis biasa terkorban 511 orang dan 701 orang tercedera;
Polis Khas: terkorban 593 orang dan cedera 746 orang;
Pasukan Polis Tambahan: terkorban 242 orang dan cedera
154 orang.
• Angkatan Tentera terkorban 519 orang dan 959 orang
tercedera. Hampir keseluruhan mereka yang terlibat ialah
orang Melayu.
• Orang awam seramai 2,473 orang terkorban, 1,385 orang
tercedera dan 818 orang dilaporkan hilang tanpa dikesan
b) Petempatan yang Berasingan
• Konsep kampung baru diperkenalkan
• daripada 600 petempatan hanya 9% sahaja petempatan
untuk orang Melayu dan 4% untuk orang India serta 1%
untuk lain-lain kaum.
• Apa yang menebalkan permusuhan ini
• kemudahan asas dan infrastruktur yang disediakan oleh
kerajaan.
• 500 petempatannya didiami oleh orang orang Cina
mendapat semua kemudahan yang diperlukan.
• kampung Melayu tradisi yang berhampiran diabaikan oleh
kerajaan.
• Orang Melayu merasakan
• mereka yang sentiasa memberi sokongan dan
berkorban membantu kerajaan dalam menangani
komunis diabaikan
• pihak yang membantu ataupun menjadi tali barut
komunis diberi layanan yang baik.
• mereka kehilangan keluarga yang terkorban dalam
tugas pasukan keselamatan atau dibunuh oleh
komunis.
c) Ketaatsetiaan yang Dipertikaikan
• Skim ini mewajibkan penduduk berusia 20-30
tahun mendaftarkan diri menjadi anggota
pasukan keselamatan.
• antara bulan Februari hingga Ogos 1951 - tidak kurang
dari 10,000 pemuda mendaftar
• belia Cina melarikan diri ke negeri China
• tidak kurang juga yang masuk hutan menyertai PKM.
• dalam tempuh yang sama jumlah penumpang kapal ke
India sentiasa meningkat.
• Kerajaan dan orang Melayu marah serta kecewa
• belia-belia Cina dan India tidak menyahut seruan
kerajaan menentang komunis melalui Skim Kerahan
Tenaga yang dilancarkan pada 21 November 1950.
• sikap mereka ke atas terhadap negeri ini yang hanya
sekadar tempat untuk mencari kekayaan sematamata.
• walau bagaimanapun, ada juga pemuda Cina yang
berjiwa patriotik apabila seramai 200 orang
menyertai pasukan keselamatan
d) Hak Kewarganegaraan dan Berpolitik
• Kewarganegaraan merupakan isu yang sensitif. Ia
adalah hak mutlak rakyat asal atau pribumi sesebuah
negeri.
• Memberi kerakyatan yang membawa kepada
persamaan taraf terhadap kaum imigran, merupakan
satu pengorbanan yang semestinya diberi timbal balas.
Setelah orang Cina diberikan hak kewarganegaraan,
sekali lagi kerajaan menunjukkan sikap kasih kepada
mereka dengan mendorongkan penubuhan MCA bagi
menghilangkan prasangka atau prejudis “Cina itu
Komunis, Komunis itu Cina”.
• Setelah kedua-dua ini diberi, rasa kasih mereka terhadap
negeri ini masih lagi berbelah bagi. Rasa kecewa orang
Melayu sekali lagi terasa setelah adanya orang-orang
Cina di Pulau Pinang dan Melaka yang mahu terus
menjadi warganegara Kerajaan Queen dan tidak mahu
mencapai kemerdekaan bersama.
2. Peruntukan Keselamatan yang Meningkat
• Untuk tujuan pertahanan, dianggarkan
sebanyak $136,239,000.00 telah dibelanjakan
oleh Kerajaan Persekutuan
• Secara keseluruhan, kira-kira $721.9 juta yang
dibelanjakan dalam dalam usaha mencapai
kemerdekaan.
3. Ekonomi Negara Hampir Lumpuh
• Keganasan oleh gerila komunis serta tindak balas
pasukan keselamatan menjejaskan ekonomi
negara.
• Banyak ladang getah dan lombong tidak dapat
beroperasi dengan sempurna kerana pekerja menjadi
takut.
• Komunis juga mengganggu mereka yang bercucuk
tanam di tepi kampung atau pinggir hutan.
• menjejaskan hasil sayuran dan tanaman
• Catuan makanan kerana kekurangan beras apabila
orang Melayu tidak dapat mengusahakan sawah padi
dan berhuma dipinggir hutan - tahun 1948
• kawasan tanaman padi seluas 95,757 ekar telah
berkurangan menjadi 67,465 ekar pada tahun 1951.
4. Hubungan Baik
• Parti politik yang bersemangat nasionalis kanan
mendapat keuntungan setelah diwujudkan usaha
menyatukan kaum-kaum yang ada.
– UMNO mengajak orang Melayu bersatu menentang
komunis dan berusaha untuk mencapai kemerdekaan
- ramai pegawai Melayu dilantik ke jawatan dan
pangkat sewajarnya menggantikan pegawai Inggeris
– Menuntut Kerajaan British memberi bantuan 10 juta
pound atau kira-kira $85 juta bagi memajukan bidang
pertanian dan ekonomi orang Melayu dalam tempoh
lima ke sepuluh tahun.
• Teruji kefahaman Islam orang Melayu menolak fahaman komunis yang tidak
mempercayai wujudnya Tuhan.
– Chong Yin Nam menyamar sebagai Islam dengan
nama Haji Hashim untuk mempengaruhi orang
Melayu.
– Tokoh komunis Melayu - Abdullah C.D., Rashid
Maidin dan Musa Ahmad tidak banyak membawa
kesan. Mereka ini sendiri dikatakan lebih
mengamalkan prinsip “Islam didahului, barulah
Komunis”,
KESIMPULAN
• Darurat tidak pernah menghalang cita-cita utama
sebahagian besar rakyat yang mahukan kemerdekaan.
• Pembanterasan komunis mula menampakkan kejayaan
setelah orang Melayu melibatkan diri dalam pasukan
keselamatan.
• Orang bukan Melayu (terutamanya orang Cina) telah
menunjukkan sikap bekerjasama dengan tidak
membantah apabila dipindahkan.
• Gerakan intensif PKM semuanya berakhir dengan
kegagalan.
• Peristiwa darurat menjadikan orang Melayu
terus bersatu.
• PKM telah gagal dalam Perundingan Baling dan
perjuangan PKM kian pudar.
• Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31
Ogos 1957.
• Darurat diisytiharkan tamat pada 19 April
1960 di Parlimenl berkuatkuasa pada 31 Julai
1960.
• setelah kawasan hitam semakin mengecil.
• Perjuangan selama 12 tahun satu bulan dan
15 hari telah berakhir dengan sia-sia dari segi
perjuangan bersenjata mahupun politik.