KERTAS KERJA 8 : PENDAFTARAN PENJAJA DI BAWAH

Download Report

Transcript KERTAS KERJA 8 : PENDAFTARAN PENJAJA DI BAWAH

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN PIHAK BERKUASA
TEMPATAN 2011 (JPPBT 2011), KOTA KINABALU, SABAH
KERTAS KERJA 8 :
PENDAFTARAN PENJAJA DI BAWAH
AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN
1956 (AKTA 197)
Oleh:
Muhamad Faris Othman
Pengarah, Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
No
Perkara
m/s
Pengenalan
1
SSM sebagai badan pengawal selia syarikat dan perniagaan
4
2
Entiti perniagaan
5
Pendaftaran Entiti Perniagaan dan Syarikat
3
Pendaftaran entiti perniagaan
6
4
Definisi “perniagaan” di bawah APP 1956
7
5
Jadual kepada APP 1956
8
6
Keperluan mendaftarkan perniagaan di bawah APP 1956
12
7
Tempoh pendaftaran perniagaan
13
8
Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
14
Faedah-faedah Pendaftaran Perniagaan
9
Faedah utama pendaftaran perniagaan = entiti perniagaan yang sah didaftarkan di sisi undangundang
15
10
Faedah kepada orang awam dan kerajaan bilamana entiti perniagaan berdaftar
16
11
Faedah-faedah am pendaftaran perniagaan
17
12
Mengelakkan kesan negatif tidak mendaftarkan perniagaan di bawah APP 1956 = tiada hak untuk
menguatkuasakan kontrak
18
13
Mengelakkan kesan kepada negara bagi aktiviti ekonomi yang tidak berdaftar iaitu perniagaan
yang tidak berdaftar dan tidak dikawal selia = ekonomi informal (informal economy)
19
14
Mengelakkan kesalahan di bawah APP 1956 jika perniagaan tidak didaftarkan
20
Cadangan
15
Cadangan kerjasama di antara SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan (“PBT”) agar entiti perniagaan
sah berdaftar sebelum diberikan apa-apa lesen oleh pihak PBT
22
2
www.ssm.com.my
3
1. SSM sebagai badan pengawal selia
syarikat dan perniagaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) ditubuhkan di
bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 yang
berkuatkuasa daripada 16 April 2002. SSM adalah gabungan
Pejabat Pendaftar Perniagaan dan Pejabat Pendaftar
Syarikat.
SSM bertanggungjawab sebagai badan pengawal selia bagi
syarikat dan perniagaan di Malaysia dan mentadbirkan Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 (“APP 1956”) (Akta 197) dan
Akta Syarikat 1965 (“AS 1965”) (Akta 125). APP 1956
adalah terpakai di Malaysia Barat dan Labuan sahaja.
4
2. Entiti perniagaan
Entiti perniagaan di Malaysia merangkumi
milikan tunggal, perkongsian dan syarikat.
perniagaan
Entiti perniagaan boleh didaftarkan di bawah APP 1956
dan/atau di bawah AS 1965.
SSM memberikan perkhidmatan untuk mendaftarkan semua
entiti perniagaan.
5
3. Pendaftaran entiti perniagaan
Pendaftaran entiti perniagaan boleh dilakukan di
semua pejabat SSM di seluruh Malaysia dan
melalui internet secara dalam talian menerusi
sistem
MyCoID
(http://www.ssmmycoid.com.my)bagi pemerbadanan syarikat di
bawah AS 1965 dan sistem e-Lodgement
(http://www.ssm.com.my/
perkhidmatan_eLodgement)
bagi
pendaftaran
perniagaan di bawah APP 1956.
SSM juga mengendalikan kaunter bergerak untuk
pendaftaran perniagaan di bawah APP 1956.
6
4. Definisi “perniagaan” di bawah APP
1956
Seksyen 2 APP 1956 “perniagaan” meliputi tiap-tiap bentuk tred,
perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion
atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksudmaksud mendapat keuntungan, tetapi tidak
meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau
apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja
yang dinyatakan dalam jadual;
7
5a. Jadual kepada APP 1956
AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 (AKTA 197)
JADUAL
(Seksyen 2)
1. Seseorang yang pergi dari setempat ke setempat atau ke rumah
orang lain membawa untuk dijual atau didedahkan untuk dijual apaapa makanan, minuman, barang-barang, pakaian atau dagangan
daripada apa-apa jenis jua pun atau menjual atau menawar untuk
jualan atau menyewa kemahirannya dalam kraftangan atau
pertukangan dan seseorang yang menjual atau mendedah untuk
dijual secara runcit sahaja apa-apa makanan, minuman, barangbarang, pakaian atau dagangan daripada apa-apa jenis jua pun,
kecuali seseorang yang menjalankan pekerjaan sedemikian dalam
atau dari –
(a) mana-mana bangunan atau struktur; atau
(b) kereta yang didorong oleh jentera yang mempunyai tiga roda
atau lebih; atau
(c) suatu gerai yang dikehendaki dilesenkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis.
8
5b. Jadual kepada APP 1956
2. Seseorang yang (bukan seorang yang sebaliknya menjalankan
sesuatu perniagaan dalam erti Akta ini) –
(a) di pasaria mingguan atau pasaria lain yang sama tidak lebih
daripada dua hari berturut-turut dalam seminggu; atau
(b) di mana-mana pasaria Melayu atau pasaria yang sama
jenisnya yang ditubuhkan, ditaja atau dibantu oleh syarikat
kerjasama,
menjual atau mendedahkan untuk dijual secara runcit sahaja apaapa makanan, minuman, barang-barang, pakaian atau dagangan
yang ditanam, disediakan, dikilangkan atau diproseskan sematamata dalam Persekutuan.
9
5c. Jadual kepada APP 1956
3. Mana-mana daripada orang yang berikut, dengan syarat bahawa mereka
melibatkan diri secara aktif dan secara persendirian untuk kepentingan diri
mereka sendiri dan bagi maksud mendapatkan mata pencarian mereka
sendiri:
(1) nelayan dan pembiak ikan dalam kolam ikan;
(2) pemotong kayu dan pembuat arang kayu;
(3) penternak ayam itik dan ternakan;
(4) (i) penanam mana-mana daripada tanaman berikut:
(a) getah;
(b) beras (padi);
(c) kelapa atau kelapa sawit;
(d) buah-buahan, bunga atau sayur-sayuran;
(ii) orang-orang yang melibatkan diri dalam apa-apa kerja pertanian,
perhutanan, atau kampung lain yang diluluskan oleh Pendaftar;
Dengan syarat bahawa mengenai seseorang yang menuntut pengecualian
daripada peruntukan-peruntukan Akta ini, kawasan yang dipegang, diduduki
atau ditanam itu tidak pada agregatnya melebihi 25 ekar dan bilangan orang
yang diambil kerja oleh orang yang menuntut pengecualian daripada
peruntukan-peruntukan Akta ini tidak melebihi lima orang pada bila-bila
masa sepanjang tempoh tuntutan bagi pengecualian itu berkaitan.
10
5d. Jadual kepada APP 1956
4. Seseorang tukang (bukan orang yang menjalankan
profesion sebagaimana diperihalkan dalam perenggan (d)
seksyen 4 atau seseorang yang sebelum menjalankan
pertukanganya bagi maksud-maksud keuntungan dikehendaki
mendaftar dengan atau mendapatkan suatu permit atau lesen
daripada mana-mana pihak berkuasa yang mengawal
perjalanan pertukangan itu) yang –
(a) menjalankan pertukangannya di premis domestiknya
sendiri;
(b) tidak mempamerkan hasil pertukangannya untuk dijual
di khalayak ramai; dan
(c) tidak mengambil kerja mana-mana orang selain
daripada anggota rumah tangganya bagi maksud
pertukangannya.
11
6. Keperluan mendaftarkan
perniagaan di bawah APP 1956
Jika sesuatu perniagaan tidak didaftarkan sebagai sebuah syarikat di
bawah AS 1965, perniagaan tersebut perlu didaftarkan di bawah
seksyen 5 APP 1956 (rujuk seksyen 4(a) dan 5(1) APP 1956).
PENDAFTARAN, PEMBAHARUAN DAN PENAMATAN PERNIAGAAN
“4. Pemakaian.
Akta ini hendaklah tidak dipakai kepada –
(a) Sesuatu perniagaan yang dipunyai sepenuhnya dan dijalankan
oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat
1965.”
“5. Pendaftaran.
(1) Orang yang bertanggungjawab bagi suatu perniagaan
hendaklah, tidak lewat dari tiga puluh hari dari tarikh permulaan
perniagaan itu, memohon kepada pendaftaran bagi pendaftaran
perniagaan itu.”
12
7. Tempoh pendaftaran perniagaan
Pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi satu jangka
masa yang tidak melebihi 5 tahun (rujuk seksyen 5(3) APP
1956)
“5. Pendaftaran.
(3) Apabila diterima suatu permohonan bersama dengan
maklumat yang diperlukan di bawah subseksyen (1) dan
apabila fee yang ditentukan dibayar, Pendaftar hendaklah
mendaftarkan perniagaan itu bagi satu jangkamasa yang
hendaklah tidak melebihi lima tahun dan mengeluarkan satu
sijil pendaftaran bagi perniagaan itu mengikut peruntukanperuntukan lain Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini.”
13
8. Pembaharuan Pendaftaran
Perniagaan
Pembaharuan pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat dalam masa 30
hari sebelum tarikh tamat pendaftaran atau pembaharuan terdahulu dan
tempoh pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi satu
jangka masa yang tidak melebihi 5 tahun pada setiap pembaharuan
Seksyen 5A(1) dan (2) APP 1956 –
“5A. Pembaharuan pendaftaran.
(1) Suatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan
hendaklah dibuat di dalam borang dan cara yang ditetapkan kepada
Pendaftar dalam masa tiga puluh hari sebelum tarikh tamat pendaftaran
atau pembaharuan terdahulu.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), apabila diterima suatu
permohonan bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan dan apabila fee
yang ditentukan dibayar. Pendaftar hendaklah membaharui pendaftaran
perniagaan itu bagi satu jangkamasa yang tidak melebihi lima tahun
pada setiap pembaharuan.”
14
9. Faedah utama pendaftaran perniagaan = entiti
perniagaan yang sah didaftarkan di sisi undang undang
Seksyen 5(F) –
“5F. Sijil Pendaftaran adalah bukti muktamad.
(1) Sijil Pendaftaran yang mempunyai nombor pendaftaran, dan membawa
nama pemohon atau nama perniagaan, yang dikeluarkan di bawah Akta ini
oleh Pendaftar hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa kesemua
keperluan-keperluan Akta ini berkenaan dengan pendaftaran dan perkaraperkara duluan dan sampingan kepada pendaftaran itu telah pun dipatuhi, dan
perniagaan yang dirujuk dalam sijil itu telah didaftarkan di bawah Akta ini.”
Seksyen 6(1) –
“6. Kesan pendaftaran.
(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata kemudian dari ini, jika
dan selagi seseorang itu direkodkan di dalam mana-mana daftar sebagai
seorang sekutuniaga, adalah menjadi keterangan terhadapnya atau seseorang
yang menuntut melalui atau di bawahnya bahawa dia adalah seorang
sekutuniaga melainkan dibuktikan bahawa orang itu bukanlah pada bila-bila
masa yang matan seorang sekutuniaga dan bahawa dia telah direkodkan
sedemikian dalam daftar kerana kesilapan bona fide, atau tanpa diketahuinya
dan dengan cara memfraudkannya. ”
15
10. Faedah kepada orang awam dan
kerajaan bilamana entiti perniagaan
berdaftar
Maklumat perniagaan boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk, rujuk
Kaedah 14 Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 –
“14. Pemeriksaan Daftar, fail dan cabutan salinan kemasukan, dll.
Mana-mana orang dengan permohonan bertulis dalam bentuk
sepertimana yang ditentukan oleh Pendaftar dan apabila membayar fee
yang ditetapkan oleh kaedah 19 boleh –
(a)memeriksa Daftar Perniagaan;
(b)memeriksa fail pendaftaran perniagaan;
(c)mendapatkan salinan sah kemasukan yang diperakui berkenaan
dengan mana-mana perniagaan yang telah didaftarkan;
(d)mendapatkan salinan tak sah kemasukan yang tidak diperakui
berkenaan dengan mana-mana perniagaan yang telah didaftarkan;
(e)mendapatkan salinan yang diperakui mana-mana sijil pendaftaran
perniagaan;
(f)mendapatkan data statistikal berkenaan dengan perniagaan yang
didaftarkan di bawah Akta ini; dan
(g)mendapatkan apa-apa maklumat lain mengenai perniagaan
berdaftar sepertimana yang dianggap patut oleh Pendaftar untuk
dibekal.
16
11. Faedah-faedah am pendaftaran
perniagaan
 Dapat membina imej dan penjenamaan sebagai entiti
perniagaan;
 Memberikan keyakinan kepada pembekal/pelanggan
bilamana berurusan dengan entiti perniagaan berkenaan;
 Boleh menghadiri latihan berhubung dengan perniagaan dan
keusahawanan di SSM dan lain-lain agensi kerajaan seperti di
Institut Keusahawanan Negara (Insken), rujuk
http://www.insken.gov.my/home ; dan
 Boleh mendapatkan bantuan kewangan keusahawanan.
17
12. Mengelakkan kesan negatif tidak
mendaftarkan perniagaan di bawah APP 1956
= Tiada hak untuk menguatkuasakan kontrak
Seksyen 8 APP 1956 –
“8. Kesan kerana tidak mendaftar dan hak
menguatkuasakan kontrak.
(1) Selagi butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan
seseorang yang menjadi atau mendakwa menjadi seorang
sekutuniaga tidak direkodkan dalam daftar, hak seseorang itu
di bawah atau berbangkit daripada sesuatu kontrak yang
dibuat atau diikat oleh atau bagi pihak orang itu berhubungan
dengan perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan
melalui guaman atau prosiding undang-undang lain sama ada
atas nama perniagaan tersebut atau atas nama individunya
atau selainnya: …”
18
13. Mengelakkan kesan kepada negara
bagi aktiviti ekonomi yang tidak berdaftar
iaitu perniagaan yang tidak berdaftar dan
tidak dikawal selia = ekonomi informal
(informal economy)
Ekonomi informal = transaksi aktiviti ekonomi yang tidak
dilaporkan/tidak boleh diukur oleh pihak kerajaan untuk tujuan
pengiraan Pendapatan Negara Kasar (Gross National Income GNI) dan Keluaran Negara Kasar (Gross National Product GNP).
19
14a. Mengelakkan kesalahan di bawah
APP 1956 jika perniagaan tidak
didaftarkan
Seksyen 12 APP 1956 –
Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 2
tahun atau kedua-duanya.
“12. Kesalahan.
(1) Seseorang yang –
(a) menjadi seorang yang diperlukan untuk mendaftar
perniagaannya di bawah Akta ini menjalankan
perniagaan itu tanpa mendaftarkan perniagaan itu atau;
(b) meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas
tamat tempoh pendaftaran; atau
(c) tanpa sebab yang sah gagal mematuhi mana-mana
saman atau kehendak Pendaftar di bawah seksyen 10;
atau
20
14b. Mengelakkan kesalahan di bawah
APP 1956 jika perniagaan tidak
didaftarkan
(d) Membuat apa-apa penyataan atau memberi apa-apa
maklumat kepada Pendaftar di bawah peruntukan-peruntukan
Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya sama
ada penyataan tersebut adalah secara lisan atau bertulis, yang
adalah palsu mengenai apa-apa butir matan atau oleh sebab
ketinggalan apa-apa butir matan dan yang dia sama ada
diketahui atau mempunyai sebab mempercayai adalah palsu;
atau
(e) Menentang atau menghalang Pendaftar, mana-mana
pemeriksa atau mana-mana pegawai Suruhanjaya itu yang lain
atau mana-mana pegawai awam dalam melaksanakan tugastugas; atau
Melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jka disabit
dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.”
21
15. Cadangan kerjasama di antara SSM dan Pihak
Berkuasa Tempatan (“PBT”) agar entiti perniagaan
sah berdaftar sebelum diberikan apa-apa lesen
oleh PBT diberikan apa-apa lesen oleh pihak PBT
Dengan hormatnya adalah dicadangkan agar penyelarasan keperluan
mendaftarkan entiti perniagaan dipertimbangkan selari dengan
peruntukan seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
bahawa setiap lesen atau permit adalah tertakluk kepada syarat yang
boleh ditetapkan oleh PBT berkenaan.
 Sehubungan dengan itu, adalah bersesuaian dan selari dengan
undang-undang negara jika semua entiti perniagaan disyaratkan
oleh pihak PBT untuk mempunyai pendaftaran yang sah sama ada
di bawah APP 1956 atau AS 1965 ketika memohon apa-apa lesen
termasuk lesen penjaja dan tempoh pendaftaran perniagaan
tesebut masih sah semasa tempoh lesen berkenaan kerana hanya
entiti perniagaan yang berdaftar sahaja boleh diiktiraf sebagai
entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang.
 Di dalam Jadual kepada APP 1956 juga disyaratkan bahawa
seseorang yang berniaga daripada sebuah gerai yang dikehendaki
dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mesti
mendaftarkan perniagaan tersebut.
22
TERIMA KASIH & SESI SOAL JAWAB
23