MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay

Download Report

Transcript MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay

MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Kandungan

• • • • •

Keboleh bacaan dan kebolehan membaca Aspek berkaitan dengan kemahiran menulis Jenis-jenis karangan Pelbagai kaedah menulis karangan Pengajaran penulisan

KEBOLEHBACAAN

0

Kebolehbacaan (readability) ialah satu konsep yang berbeza dengan kebolehan membaca (reading ability).

0

Kebolehan membaca ialah tahap kecekapan, kemahiran atau kebolehan seseorang individu memahami bahan yang dibaca.

Tahap kebolehan membaca seseorang bergantung kepada kecekapan atau kemampuan pembaca itu memahami atau bertindak balas dengan bahan bacaan tersebut.

0

Individu pembaca yang baik ialah individu yang dapat bertindak balas secara spontan dan tepat terhadap bahasa, idea dan stilistik bahan penulisan yang dibacanya. Menurut Harris, 1969 (dlm. Nadzeri, 1998: 43) seorang pembaca yang baik ialah, “one who can respond simultaneously, and appropriately,

language, ideas and stylistics of mature writing, and moreover, can

achieve these understanding with reasonable speed and fluency.

to the

KEBOLEHABACAAN

0

Menurut Khadijah Rohani (2001), kebolehbacaan ialah tahap senang-sukar sesuatu bahan bacaan itu

0

Formula kebolehbacaan ialah satu cara atau teknik yang objektif dan saintifik untuk mentaksir atau meramalkan tahap senang-sukar sesuatu bahan bacaan itu

0

Tujuan utama mengadakan pengukuran kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan adalah untuk membolehkan para pendidik, ibu bapa dan kemungkinan para penulis khasnya penulis buku teks mencuba menyesuaikan kebolehan membaca pembaca atau pelajar dengan bahan yang dibacanya

KEBOLEHBACAAN

0

Tahap kebolehan membaca murid dan tahap kebolehbacaan bahan

Tahap kebolehan membaca murid

(1) Tahap Pembacaan Bebas (TPB) (2) Tahap Pembacaan Pengajaran(TPP) (2) Tahap Pembacaan Pengajaran (TPP) (3) Tahap Pembacaan Kecewa (TPK)

Tahap kebolehbacaan bahan

(1) Tahap Pembacaan Bebas (TPB) (3) Tahap Pembacaan Kecewa(TPK)

KEBOLEHBACAAN

Tahap Pembacaan Murid

0

TPB - pembacaan tanpa bantuan - murid faham perkatan dan ayat seluruh teks secara sendirian

0

TPP - murid perlukan bantuan guru untuk membaca - tidak dapat faham bacaan tanpa bantuan

0

TPK - murid dapat teks terlalu sukar - mendatangkan kekecewaan dalam percubaan membaca

KEBOLEHBACAAN

Kebolehbacaan Bahan

0

sama seperti kebolehan membaca murid kerana pengukuran tentang kebolehan membaca murid dan kebolehbacaan bahan dijalankan serentak

0

Ada 3 peringkat

0

TPB - bahan dapat dibaca dengan mudah tanpa bantuan guru

0

TPP - bahan mudah difahami dengan bantuan guru

0

TPK - bahan tidak dapat difahami sehingga mengecewakan

KEBOLEHBACAAN

0

Cara menentukan tahap kebolehbacaan bahan (1) Menggunakan Prosedur Kloz - untuk menilai tahap kebolehbacaan sesuatubahan bacaan - diadakan berdasarkan petikan keratan bacaan - Pada setiap perkataan yang kelima digugurkan perkataan untuk membolehkan murid meneka dan mengisikan perkataan yang tepat - Ayat yang pertama dan juga ayat yang terakhir tidak diusik untuk menolong murid memahami kandungan karangan

KEBOLEHBACAAN

(a) (b) (c) (d) - biasanya menggunakan keratan bacaan yang tidak kurang daripada 250 patah perkataan. Tujuannya ialah untuk mengisi 50 item kloz (di tempat tempat kosong) - Untuk kegunaan di peringkat sekolah rendah, keratan bacaan yang panjangnya di antara 100 – 160 patah perkataan boleh digunakan * TPB = lebih 50% jawapan betul * TPP = 40 - 50% jawapan betul * TPK = kurang dari 40% jawapan betul = jumlah perkataan tepat yang diisi murid = jumlah tempat kosong Bahagi (a) dengan (b) = c Darap (c) dengan 100

KEBOLEHBACAAN

0

Inventori bacaan tidak formal - ujian bacaan tidak formal dalam kelas - untuk melihat dan menentukan tahap kebolehbacaan bahan dan kebolehan membaca murid - guru pilih teks yang belum pernah dibaca - murid baca lantang, guru catat jenis dan jumlah kesalahan dari segi gaya, penyebutan, nada suara dan intonasi - Soalan petunjuk a) Adakah murid sebut dengan betul?

b) …gantikan perkataan dengan perkataan lain

It’s called ‘reading’. Its how people install new software into their brains

Kemahiran Membaca

1) 2) 3) 4) 5) 6) Konsep Membaca Tujuan membaca Proses Membaca Faktor-faktor mempengaruhi kebolehan membaca Soalan dan Penyoalan dalam Pengajaran kefahaman membaca Taksonomi Bloom Peringkat Mengajar Bacaan 7) 8) 9) Jenis teks dan jenis bacaan Mengajar kefahaman membaca dan strategi 10) 11) Mengajar Perbendaharaan kata Kebolehbacaan

Kemahiran Menulis

Definisi: - bahasa bertulis dengan lambang-lambang bunyi - alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan - bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat - berkait rapat dengan membaca - kedua-dua mementingkan teknik dan akal - tiada bacaan jika tiada tulisan dan sebaliknya

Kemahiran Menulis

0

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

0

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Kemahiran Menulis

Konsep Menulis

0

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

0

Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Kemahiran Menulis

Fungsi Kemahiran Menulis - Ann Raimes (1983) mengemukakan 3 fungsi kemahiran menulis: (1) merangsang dan melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan (2) memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa (3) memperluas pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan dll) untuk lebih merangsangkan lagi pembelajaran

Kemahiran Menulis

0

(1) Aspek Berkaitan dengan kemahiran menulis Jenis-jenis Kemahiran Menulis - dua jenis (A) kemahiran menulis secara mekanis - peringkat awal supaya tulisan kemas dan boleh dibaca - ada 3 peringkat * peringkat menyediakan murid (tangan/mata) * Peringkat mendirikan asas – serentak dengan bacaan. Kenal lambang huruf sesuai dengan gambar, tulis ayat pendek, menulis huruf manuskrip, * peringkat latihan menulis – tulis ayat dengan kemas, bersih dan kepantasan yang sesuai (B) kemahiran untuk pelahiran (mental)

Kemahiran Menulis

Peringkat Mekanis

0

Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad.

0

Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Kemahiran Menulis

Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mekanis, guru boleh:

0 0 0 0 0 0 0 0 0

Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.

Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.

Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.

Latihan menulis huruf dalam suku kata.

Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

Latihan menamakan gambar-gambar.

Latihan menyalin frasa atau ayat.

Latihan menyalin ayat daripada buku.

Kemahiran Menulis

Peringkat Pelahiran

0

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

0

Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

0

Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

Kemahiran Menulis

Contoh Aktiviti:

0

Menulis jawapan pemahaman

0

Menulis karangan

0

Menulis ayat berdasarkan gambar

0

Membina ayat

0

Memanjangkan ayat

0

Menulis rencana

0

Mengisi silang kata

0

Melengkapkan ayat.

Kemahiran Menulis

(2) Ejaan - berkait rapat dengan tulisan - bantu ingat, hafaz bunyi dan tulis dengan cepat (3) Jenis-jenis tulisan - huruf cap - huruf sambung (4) Ransangan Menulis - motivas - sudah bersedia - persembahan - pelaksanaan - penilaian

Kemahiran Menulis

(4) Jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan - keseragaman (pergerakan tangan/pena) - persambungan ( satu unit) - pergerakan yang tetap - menulis untuk pelahiran (mental) (B) Peringkat mengajar menulis mental - meniru - hasilkan semula - menggabung - penulisan berpandu - penulisan bebas

Aspek berkaitan dengan kemahiran menulis

0

Unsur-unsur yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah bahan penulisan: GRAFOLOGI Ejaan Tanda Bacaan Huruf besar/kecil Kemahiran Menulis Karangan SINTAKSIS Ayat/frasa Susunan kata-kata Pecahan ayat Pola ayat Ragam ayat PENYUSUNAN Isi, tepat dan jelas Ikatan dan kesatuan ayat MORFOLOGI Imbuhan, kata majmuk Kata ganti,kata adjektif, Kata nama, kata kerja, Kata hubung PEMILIHAN KATA (EKSPRESI) I) Perbendaharaan kata Peribahasa Bahasa bunga

`

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

0

bermula ketika kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti tulisan seperti membuat corak, mewarnakan bentuk, membuat lukisan berbentuk geometri, menekap dan membentuk huruf.

0

menconteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka juga merupakan asas kebolehan menulis.

0

Dengan latihan dan pengalaman asas ini yang bertujuan untuk menguasai mekanik tulisan, kanak-kanak berasa seronok dan mereka dilatih untuk mendapatkan kematangan urat saraf.

0

Latihan ini penting bukan sahaja mereka berpeluang untuk mematangkan urat saraf yang mengawal jari dan tangan tetapi mereka juga dapat menghasilkan penyelarasan kordinasi tangan dengan mata.

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

0

Pada peringkat pramenulis ini guru mengajar mereka cara yang betul memegang pensel, kedudukan badan dan perkara-perkara lain yang membolehkan mereka mula dengan tabiat yang baik serta berasa selesa ketika menulis.

0

Guru juga harus memberi peluang kepada mereka menggunakan pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis.

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

0

Setelah mereka tahu menulis dengan kemas serta dengan kepantasan yang sesuai, guru mengajar mereka kemahiran mengeja menurut strategi-strategi yang tertentu.

0

Aktiviti ini bukan sahaja mengajar mereka mengeja tetapi dapat membantu mereka untuk mengingat, menghafaz bunyi perkataan serta melatih mereka menulis dengan tepat dan pantas.

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

0

Pada peringkat sekolah rendah murid-murid boleh mengarang menurut tanggapan mereka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Mereka telah didedahkan dengan berbagai-bagai jenis karangan berdasarkan pelbagai tajuk dan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi.

0

Mereka dapat melahirkan perasaan, keinginan, menyampaikan maklumat dan idea.

Kemahiran Menulis Peringkat Menengah

0

Kemahiran yang sudah diperolehi di sekolah rendah diperkembangkan di sekolah menengah. Kecekapan mengarang amat penting pada peringkat ini.

0

Mereka perlu melakukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah menyampaikan maklumat, idea dan pendapat untuk menghadapi masa hadapan yang lebih sempurna dan berkesan.

Jenis-jenis karangan

Karangan

Naratif Argumentatif Deskriptif Kreatif • • • • • cerita berita laporan rencana ulasan • • • bahas perbincangan kritik • • • • gambaran suasana peristiwa benda perwatakan • • • puisi cerpen drama Imaginatif • pengalaman Ekspositori fakta idea Bina sebuah tajuk karangan bagi setiap jenis karangan yang diberikan.

Jenis-jenis karangan

0

Deskriptif - penggambaran yang menghuraikan sesuatu secara terperinci mengenai seseorang, tempat, suasana, pemandangan - Karangan jenis deskriptif membolehkan seseorang pembaca atau pendengar seolah-olah dapat merasa atau melihat situasi yang dihuraikan.

Jenis-jenis karangan

0

Naratif - Karangan jenis naratif menggunakan ragam bahasa sastera yang fokusnya adalah mengenai penceritaan semula sesuatu kejadian, pengalaman atau peristiwa yang telah berlaku dan diceritakan semula.

0

Imaginatif - berkait rapat dengan pengalaman dan yang berbentuk kreatif

Jenis-jenis karangan

0

Argumentatif - perbincangan, perbahasan dan kritikan - karangan jenis ini memerlukan pendapat atau pandangan tentang sesuatu perkara - dalam karangan jenis perbahasan, biasanya penulis akan mengambil satu sudut pandangan atau pendirian sama ada menyokong atau menentang - berbeza dengan karangan jenis perbincangan yang mana penulis akan memberi pendapat mengenai aspek kebaikan dan juga keburukan

Jenis-jenis karangan

0

Ekspositori - karangan yang mendedahkan sesuatu fakta, idea dengan tujuan untuk memberitahu mengenai sesuatu atau menjelaskan sesuatu perkara - kekuatan karangan jenis ekspositori terletak pada sejauh mana penulis dapat berhujah mengenai sesuatu isu yang dibincangkan itu.

Kaedah Menulis Karangan

0

Penulisan mengikut 3 peringkat: 1) 2) 3) Peringkat prapenulisan Peringkat menulis Peringkat pasca penulisan

Kaedah Menulis Karangan

0

Peringkat prapenulisan sumbang saran perbincangan dalam kumpulan kecil/kelas mencari isi melalui pembacaan buat rangka kasar mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain membuat peta minda atau carta alaira cerita menentukan watak menyaring bahan menulis draf

0

Kaedah Menulis Karangan

0

Peringkat menulis mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan menentukan format tulis apa sahaja yang terlintas di otak mengenai tajuk yang dirangkakan beri bukti/alasan bina dan kembangkan isi buat perenggan untuk memperlihatkan kesinambungan isi dan idea mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana berikan tanda baca yang sesuai mengambil kira aspek kohesi dan koherens

Kaedah Menulis Karangan

0

Peringkat penulisan semula - penulis memeriksa/menyemak apa yang ditulis - mempertimbangkan bahagian yang perlu dibaiki - betulkan tanda baca, perenggan, ejaan, perkataan dan frasa - kurang atau tambah fakta, idea - susun semula ayat atau perenggan - semak kesesuaian tajuk, isi, pendahuluan dan penutup

Format Menulis Karangan

0 0 0

Pendahuluan pendek dan menarik Isi menimbulkan pertanyaan mengemukakan pendapat mengemukakan sesuatu seruan dari kenyataan susun ikut urutan satu isi dalam satu perenggan setiap perenggan berkaitan Penutup menggulung isi atau pendapat tidak tambah isi baharu meninggalkan persoalan agar pembaca berfikir ulang peribahasa/sedutan dalam pendahuluan klimaks dalam cerpen gunakan satu petikan kata-kata hikmat/puisi

TMA02

Question 1 (Total 50 marks)

0

Teknik penyoalan dan bentuk soalan merupakan aktiviti penting dalam pengajaran bacaan dan kefahaman. Terangkan teknik penyoalan dan cara menyoal dengan berbagai-bagai jenis soalan menurut Taksonomi Bloom. Beri contoh-contoh tertentu bagi setiap bentuk soalan. (50 marks)

Question 2 (Total 50 marks)

0

Raimes (1983) telah mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan. Pilih tiga jenis pendekatan dan jelaskan dengan contoh-contoh tertentu. (50 marks)

Rujukan

0 0 0 0 0

Khadijah Rohani Mohd. Yunus (2001). Kebolehbacaan dalam Buku Teks. Bahan Kursus Penulisan Buku Teks Sekolah Menengah, Bahagian Buku Teks, KPM dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Keith, J. Readability. (On-line). Available: http://www/timetabler.com /reading.html

Nadzeri B. Hj. Isa (1998). Tahap Kebolehbacaan Bahan Bacaan. Jurnal Pendidikan Bahasa, Bil. 16. 42-48. http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2005/t ayjp2005.pdf

Harmer, Jeremy. The Practice of English Language Teaching. Harlow: Pearson Education Limited, 1991.

Terima Kasih