File - Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia
Download
Report
Transcript File - Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia
MOHD SUFRI YAKUP
PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEMESTER 5/2011
IPG KAMPUS RAJANG SARAWAK
PENDEKATAN MENGAJAR
BACAAN
Pada amnya terdapat dua pendekatan yang boleh
digunakan untuk menyampaikan pelajaran membaca :
(i)-Pendekatan Membina (Sintesis)
(ii)-Pendekatan Cerakinan (Analisis)
(i)Pendekatan Membina
Cara yang bersandarkan prinsip sintesis atau membina
atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian
yang kecil menjadi satu benda yang besar.
Contoh ayat: Nina ada baju merah.
Langkah-langkah yang digunakan:
Perkenalkan huruf (a, b ,d ,I ,j ,h ,r , u , m ,n )
Perkenalkan suku kata (ba , ni , na , ju, rah, me, da)
Perkenalkan perkataan (baju, Nina, ada, merah)
Perkenalkan rangkai kata (baju merah, Nina ada
Perkenalkan ayat ( Nina ada baju merah)
• Pada keseluruhannya, kaedah ini menggunakan kaedah
huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata
(ii) Pendekatan cerakinan
Satu cara yang berlawanan prinsipnya dengan cara
sintesis
Menggunakan prinsip analisa atau mencerakin atau
dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu
bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang
lebih kecil.
Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘ Nina ada baju
baru’
Langkah-langkah yang digunakan :
Perkenalkan ayat (Nina ada baju baru)
Perkenalkan rangkai kata ( Nina ada, baju baru)
Perkenalkan perkataan ( Nina, ada, baju, baru)
Perkenalkan suku kata (ni, na, da, ba, ju, ru, a)
Perkenalkan huruf (n, I, a, d, j, r, u)
Pada keseluruhanya, cara ini menggunakan kaedah
perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang
digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
Namun begitu, telah terbit satu cara yang lain yang
dipercayai dapat mengurangkan masalah yang
dihadapi.
Caraa ini ialah cara elektrik atau lebih dikenali dengan
nama cara campuran
o Pendekatan elektrik
• Cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah
campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu cara
membina dan cara cerakinan
• Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah
huruf dan kaedah suku kata.
• Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan,
kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah
ini disebut kaedah pandang dengar.
Kelebihan
Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca
Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid-
murid dalam pelajaran membaca dan mengikut situasi
Menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai
dengan fonem bahasa Malaysia
Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah
yang baru supaya dapat menghapuskan konflik
pendapat.
Cara mengajar
o Tujuannya ialah untuk membolehkan muri-murid membaca
ayat-ayat yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan
memehami isinya.
o Bentuk huruf : huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja.
Misalnya :
-a-ayam p-payung i-ikan
o Bentuk bahasa
- Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya:
- Ba-bakul, bawang, barang
- Menggunakan gambar
o Alat mengajar : kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad
rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya boleh digunakan.
Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh
semua murid.
PENDEKATAN BERFORMATKAN
KBSR
• Ada 4 pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan
dalam pengajaran mengikut Kurikulum Baru Sekolah
Rendah
1. Pendekatan A
-kaedah campuran yang memberatkan bentuk
Cerakinan
-kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada
peringkat awal
-dalam pengenalan huruf, penekanan adalah pada
bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan
secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya
dikuasai.
-Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut
langkah-langkah yang berikut :
a) Tunjukkan gambar : gambar baju
b) Tunjukkan kad perkataan :baju
c) Tunjukkan kad suku kata : ba ju
d) Gandingkan kad suku kata : ba ju
e) Bunyi huruf : b (beh) a (a) j (jeh) u(u)
f) Bunyi suku kata : ba ba
ju ju
g) Membaca perkataan : baju
2) Pendekatan B
-berasakan kepada kaedah fonik (bunyi),
digabungkan dengan kaedah suku kata serta
dibantu oleh kaedah pandang dan sebut.
-peringkat permulaan, dua bunyi huruf
diperkenalkan, iaitu /m/ dan /s/.
-tujuannya adalah untuk menarik minat murid
murid dan memahamkan konsep bunyi huruf.
-pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut
langkah-langkah berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
Perkenalkan huruf fonik : k
Sebut bunyi huruf : k k k k k
Gabungkan bunyi konsonan dengan
bunyi vokal untuk membentuk suku kata :ka ka ka
Suku kata tertutup : kak kak kak
Gabungkan suku kata menjadi perkataan : ka..kak
Membaca perkataan : kakak
Membaca ayat : ini kakak
3) Pendekatan C
-biasanya disebut sebagai pendekatan bunyi
kata.
-ia berdasarkan perkara-perkara berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan
fonemik
b) Suku katanya adalah jelas dan mudah
c) Perkataan yang digunakan pada permulaan
pendekatan telah pun diketahui maknanya oleh
kebanyakan murid
-pendekatan C boleh dilaksanaka mengikut
langkah-langkah yang berikut :
1) Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u
2) Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k, m
3) Mengabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki,
ku
4) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka +
ki = kaki, ku +ku =kuku
5) Membaca ayat : kaki ku, kuku kaki, kuku kakiku
4) Pendekatan D
-berdasarkan prinsip sintesis atau membina iaitu
menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi
Besar.
-menggunakan kaedah abjad atau kaedah
mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah su
Kata.
-boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah
berikut:
1) Tunjukkan gambar :
2) Namakan huruf tunggal : b a j u
3) Perkenalkan kad suku kata : ba ju
4) Perkenalkan kad perkataan : baju
5) Membaca ayat : itu baju
ini baju