pengurusan harta dalam perundangan islam

Download Report

Transcript pengurusan harta dalam perundangan islam

PENGURUSAN HARTA DALAM
PERUNDANGAN ISLAM
Pengertian Faraid
Dalil Faraid
Dalil Al-Quran
 Ayat Mujmal
 Ayat Mufassal / Al-Mawarith
.
Dalil Faraid
Firman ALLAH SWT:
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari
peninggalan ibu bapa dan kerabat, danorangorang perempuan pula ada bahagian pusaka
dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama
ada sedikit atau banyak dari harta yang
ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah
diwajibkan (dan ditentukan oleh ALLAH).
Surah An-Nisa’: 7
Dalil Faraid
Firman ALLAH SWT:
ALLAH perintahkan kamu mengenai (pembahagian
harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian
seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih
dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta
yang ditinggalkan oleh simati. Dan jika anak perempuan
itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah ½ (separuh)
harta itu. Dan bagi ibubapa (simati), tiap-tiap seorang
dari keduanya: 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh
simati, jika simati itu mempunyai anak. Tetapi jika simati
tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya
hanyalah kedua ibubapanya, maka bahagian ibunya
ialah 1/3.
Tuntutan Belajar Ilmu Faraid
Sabda Rasulullah saw:
Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada
orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu
ini juga akan mati dan akan berlaku kacaubilau. Sehingga apabila dua orang
bertelingkah kerana harta pusaka, mereka
tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh
menyelesaikan kes mereka.
- Hadis riwayat al-hakim daripada Ibnu Mas’ud
Tuntutan Belajar Ilmu Faraid
Sabda Rasulullah saw:
Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah
kepada manusia, kerana ianya adalah
separuh daripada ilmu dan akan dilupakan.
Ia juga adalah ilmu yang pertama akan
dicabut dari umatku.
- Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah
Para Sahabat & Ilmu Faraid
Sabda Rasulullah saw:
Orang yang paling arif tentang ilmu Faraid
ialah Zaid bin Thabit.
- Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad
Pewarisan Sebelum Islam
1. Tiada hak harta pusaka ke atas golongan
wanita – isteri, anak perempuan, ibu, waris –
waris perempuan yang lain.
2. Tiada hak harta pusaka ke atas kanak –
kanak yang belum baligh.
3. Pewarisan hanya kepada golongan lelaki
yang boleh mempertahankan kabilah dan
keluarga dari serangan musuh.
4. Pewarisan hanya berlaku atas dasar
keturunan (untuk lelakiyang dewasa),
perjanjian dan anak angkat.
Pembaharuan Pwarisan Islam
Tidak menafikan hak pusaka antara jantina samada
lelaki atau perempuan, kecil atau besar.
2. Daripada 12 golongan waris ashabul furud, 8 darinya
adalah waris perempuan, 4 sahaja lelaki.
3. Hak pusaka islam berasaskan hubungan kerabat dan
akad perkahwinan.
4. Ibubapa dan anak-anak tidak digugurkan dari
menerima harta pusaka dalam apa jua sekalipun, Cuma
jadarnya mungkin berbeza berdasarkan struktur waris.
5. Apabila wujud waris lelaki dan perempuan, waris lelaki
akan mendapat 2 bahagian berbanding perempuan 1
bahagian
1.
Sebab – Sebab Pewarisan
1. Hubungan Keturunan – ikatan
kekeluargaan, kerabat, nasab
2. Perkahwinan – pernikahan yang sah
3. Wala’ – pembebasan hamba; bekas
pemilik hamba dianggap asabah bil nafsi
4. Islam – Baitul Mal berhak atas harta
seorang muslim yang tiada waris
Rukun – Rukun Pewarisan
1. Al-Muwarrith – Pewaris / simati yang
hartanya boleh diwarisi.
2. Al-Warith – Waris yang akan menerima
harta pusaka dan disyaratkan hidup pada
masa kematian pewaris
3. Al-Mauruth – Harta yang dipusakai; iaitu
harta peninggalan yang ditinggalkan oleh
pewaris, sama ada harta alih atau tak alih
dan hak-hak yang berkaitan dengan harta
selepas kematiannya
Syarat – Syarat Pewarisan
1. Kematian pewaris (orang yang meninggalkan
harta untuk diwarisi) – telah disahkan atau
dianggap telah mati.
2. Waris disahkan masih hidup pada saat
kematian pewaris.
3. Hubungan waris dengan simati diketahui
sama ada melalui hubungan kekeluargaan,
pernikahan atau wala’.
4. Tiada halangan pewarisan seperti
pembunuhan, perhambaan dan perbeaan
agama.
Hak-Hak Ke Atas Harta Pusaka Simati
- Wajib berdasarkan nas-nas al-Quran, Sunnah dan Ijma ‘Ulama’
1. Belanja Pengurusan Jenazah
2. Tanggung Hutang – Agama
3. Tanggung Hutang – Manusia
4. Bahagian Harta Sepencarian
5. Peruntukan Wasiat (terhad 1/3 HPB)
6. Pembahagian Mengikut Hukum Faraid
3 Kategori
1. Waris Ashabul Furud – waris yang telah
ditetapkan bahagiannya
2. Waris ;Asabah – waris yang mendapat
baki lebihan selepas pembahagian kepada
waris Ashabul Furud
3. Waris Dzawil Arham – waris yang
mempunyai hubungan kerabat atau darah
dengan simati selain daripada Ashabul
Furud dan ‘Asabah
Waris Ashabul Furud
 Telah ditetapkan bahagian / pecahan
 12 golongan waris – 8P, 4L
 Waris paling utama dan didahulukan dalam
pembahagian pusaka berbanding Waris
‘Asabah dan Dzawil Arham
 Menerima salah satu bahagian ½, ¼, 1/6,
1/8, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki.
 Dibahagi kepada tiga golongan. Waris
Utama, Waris Gantian, Waris sisi.
Waris Ashabul Furud
 Waris Utama – suami, isteri, ibu, bapa dan
anak perempuan – mereka tidak digugurkan
untuk menerima pusaka secara mutlak
 Waris Gantian – datuk, nenek dan anak
perempuan kepada anak lelaki. Datuk ganti
tempat bapa, nenek ganti tempat ibu, dan
anak perempuan kepada anak lelaki ganti
tempat anak perempuan
 Waris Sisi – saudara perempuan seibu sebapa,
saudara perempuan sebapa dan saudara lelaki
dan perempuan seibu.
Memahami Faraid
Langkah – langkah memahami Ilmu Faraid
1. Tentukan Struktur Keluarga
2. Tentukan Pertalian Waris
3. Tentukan Jenis Baki (Asabah)
Carta Struktur Keluarga
ISTERI
ANAK
PEREMPUAN
SUAMI
ANAK LELAKI
Langkah Kedua
Waris Fardhu / Utama
Sentiasa berhak kepada pewarisan.
Tidak boleh dikecualikan dari pembahagian,
Bagaimanapun jumlah bahagian yang
diterima
Tertakluk kepada struktur sesebuah keluarga
SIAPAKAH MEREKA??
Waris Fardhu / Utama
Isteri / Suami
Ada / Tiada Anak
¼ ; 1/8
½ ; 1/4
1/3 ; 1/6 ; 1/3B
1/6 ; 1/6 + A ; A
Ibu
Ada / Tiada Anak
1/38 – Kes Umaryyatain
Bapa
Anak L/P Tiada
1/2 ; 2/3 ; ABG
Anak Tunggal
2 atau Lebih P
ABG – Bersama L
A ; ABG
Anak P
Anak L
Anak Tunggal
atau lebih L
ABG – Bersama P
Waris Ganti
Dikecualikan dengan adanya Waris Fardhu.
SIAPAKAH MEREKA ?
Waris Ganti
Isteri / Suami
Nenek
(sebelah ibu & bapa)
Ibu
Anak P
Cucu Perempuan
(Daripada Anak Lelaki)
Datuk
(sebelah bapa)
Bapa
Anak L
Cucu Lelaki
(Daripada Anak Lelaki)