ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

Download Report

Transcript ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

ETIKA DALAM
TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENGENALAN
• Isu berkenaan etika dalam teknologi maklumat
menjadi suatu perkara yang hangat
diperkatakan lebih-lebih lagi pada era teknologi
maklumat
• Isu etika perlu dilihat bagi memastikan tidak ada
pihak teranainya dan menganainya orang lain.
• Etika sangat penting bagi memastikan setiap
orang tidak melakukan sesuatu yang menyalahi
batas-batas keagamaan tata susila
PENGENALAN
• Definisi Etika
“Ilmu berkenaan tingkahlaku manusia serta
prinsip-prinsip yang mentafsirkan tentang
tindakan moral yang betul dan salah”
PENGENALAN
Aliran Etika
• Egoisma: apa yang terbaik bagi seseorang
adalah dianggap betul
• Hukum Tabii (Natural Laws): berdasarkan
kepada apa yang telah ditetap oleh tuhan
sama ada baik atau buruk
• Utilitarisma: Sebesar-besar kebahagiaan
berdasarkan seramai mungkin orang yang
dapat kesan dari sesuatu perbuatan
PENGENALAN
Pandangan Islam berkenaan Etika
• Mempunyai pandangan yang berbeza
berkenaan etika
• Islam mempunyai konsep lain yang
dikenali sebagai akhlak
• Etika berasaskan pemikiran manusia
semata-mata yang senantiasa berubah
mengikut situasi dan persekitaran
• Akhlak adalah datang dari Allah
PENGENALAN
Definisi Akhlak
• Bahasa
Kata jama’ dari khuluq: sifat-sifat dalaman
• Istilah
“Suatu hal keadaan yang tetap dalam jiwa
manusia di dalam melakukan suatu
tindakan dengan senang dan mudah
tanpa perlu kepada daya pemikiran kerana
ianya sudah menjadi kebiasaan”
KENAPA PERSOALAN ETIKA SANGAT
PENTING DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT?
• Kebolehan aturcara komputer
menjalankan apa disuruh oleh
pengaturcara
• Faktor kepercayaan bahawa komputer
boleh mengubah secara drastik amalan
kebiasaan kita: kampung sejagat
• Semua operasi komputer berjalan secara
terselindung (tidak nampak)
Sebab-Sebab Etika Komputer Perlu
Dipelajari
• Sebagai garis panduan menggunakan komputer.
• Mengelakkan jenayah, penyalahgunaan dan
malapetaka komputer.
• Mengelakkan dari berlakunya kepincangan pada
polisi.
• Teknologi dan penggunaan komputer mengubah
sebahagian daripada isu etika seperti isu hak
intelektual.
• Penggunaan teknologi komputer sentiasa
mencipta isu etika yang memerlukan kajian
khusus.
• Isu etika yang senantiasa berubah-ubah.
HAK MASYARAKAT TERHADAP TEKNOLOGI
MAKLUMAT
Menurut Prof. Deborah Johnson;
• Hak mencapai komputer
• Hak kepada kemahiran komputer
• Hak kepada pakar komputer
• Hak kepada membuat keputusan
berkomputer
DIMENSI ETIKA
• Maklumat telah membentuk modal
intelektual manusia
• Namun teknologi maklumat membolehkan
seseorang mencuri modal intelektual
manusia
DIMENSI ETIKA
PAPA (privacy, accuracy, property &
accessibility) Prof. Richard Mason:
• Privacy (persendirian): bolehkan maklumat
peribadi seseorang boleh didedahkan: spam
• Accuracy (ketepatan): siapakah yang
bertanggungjawab ke atas ketulinan, kesetiaan
dan ketepatan maklumat?
• Property (pemilikan): siapa pemilik sesuatu
maklumat
• Accessibility (kecapaian): apakah jenis
maklumat yang seseorang atau organisasi
berhak untuk mencapai, di bawah keadan apa
dan dengan perlindungan apa?
KOD ETIKA PROFESIONAL
• ACM (Association for Computer Machinery)
• DPMA (Data Processing Management
Association)
• ICCP (Institute for Certification Computer
Profesional)
• ITTA (Information Technology Association of
America)
• BSC (British Computer Society)
• CIPS (Canadian Information Processing
Society)
KOD ETIKA TEKNOLOGI
MAKLUMAT DI MALAYSIA
Menyentuh berkenaan persoalan e-mel,
penggodam, keselamatan dan kerahsiaan
maklumat peribadi dsb.
• Universiti Utara Malaysia (UUM)
• Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
• Kementerian Pendidikan Malaysia
• Arkib Negara Malaysia
• Unit Permodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU)
PRINSIP ETIKA
Persoalan yang dapat menentukan sesuatu
tindakan beretika atau tidak (John McLeod);
• Adakah satu penghormatan? Pada sesiapa yang
anda hendak sembunyikan tindakan itu?
• Adakah kejujuran? Adakah melanggar kejujuran
atau pengkhianatan kepercayaan?
• Adakah mengelak kemungkinan pertentangan
kepentingan? Adakah pertimbangan lain yang
memungkinkan keputusan berat sebelah?
PRINSIP ETIKA
Persoalan yang dapat menentukan sesuatu
tindakan beretika atau tidak (John McLeod);
• Adakah dalam jangkauan kemahiran? Adakah
mungkin usaha terbaik anda tidak mencukupi?
• Adakah adil? Adakah menidakkan kepentingan hak
orang lain?
• Adakah bertimbang rasa? Adakah melanggar
kerahsiaan, atau keperibadian atau menyinggung
perasaan orang lain.
• Adakah konservatif? Adakah membuang masa?
KOD ETIKA
Cadangan Computer Ethics Institute;
1. Tidak menggunakan komputer untuk
membinasakan manusia
2. Tidak menggangu kerja komputer orang
lain
3. Tidak membelek fail komputer orang lain
4. Tidak menggunakan komputer untuk
mencuri
5. Tidak menggunakan komputer untuk
menjadi saksi palsu
KOD ETIKA
Cadangan Computer Ethics Institute;
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang
tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain
tanpa kebenaran atau sebarang bayaran
8. Tidak menggunakan tanpa kebenaran output
intelektual orang lain
9. Memikirkan akan kesan sosial program atau sistem
yang dibangunkan
10. Menggunakan komputer dengan memberi
pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.
KOD ETIKA PENGGUNAAN
INTERNET
Anda tidak boleh melakukan perkara berikut:
• Menyalur sebarang bahan haram
• Menggalakkan perilaku yang boleh
menyebabkan kekacauan dan ketegangan.
• Menganjurkan perbuatan yang boleh
membahayakan individu, organisasi atau
masyarakat secara keseluruhannya.
• Menghantar iklan yang tidak dikehendaki
(unsolicited advertisements/spam) atau
sebarang bentuk amalan perdagangan yang
mengelirukan (deceptive marketing).
KOD ETIKA PENGGUNAAN
INTERNET
Anda tidak boleh melakukan perkara berikut:
• Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan
aktiviti haram
• Melakukan pengeboman mel (mail bombing).
• Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada
banyak kumpulan berita (newsgroup).
• Memalsukan kepala e-mail (forged headers) bagi
tujuan mengelirukan penerima.
• Melakukan aktiviti haram seperti mengambil,
menyimpan dan mengedar harta intelek, paten,
rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi
hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undangundang negara dan antarabangsa
KOD ETIKA PENGGUNAAN
INTERNET
Anda tidak boleh melakukan perkara berikut:
• Mencerobohi peralatan (hacking) yang dimiliki oleh
pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain.
• Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan
melakukan usaha bagi meningkatkan bebanan
perkhidmatan (to overload a service) dan
percubaan merosakkan komputer utama (to crash
the host).
• Memberikan maklumat yang salah dan tidak benar
pada sebarang borang, kontrak atau permohonan
dalam talian (online).
KOD ETIKA PENGGUNAAN
INTERNET
Anda tidak boleh melakukan perkara
berikut:
• Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan
rangkaian (network monitoring) bagi mencuri
(intercept) data yang bukan ditujukan
kepadanya.
• Membatalkan posting yang dibuat oleh orang
lain kepada mana-mana kumpulan berita
kecuali pengendali (moderator) yang
menjalankan tugasnya
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGELAKKAN PENYEBARAN KOD JAHAT
• Jangan buka fail yang dikepilkan.
• Untuk memastikan fail yang dikepilkan
selamat, sila hubungi pengirimnya untuk
mendapatkan keterangan mengenai fail yang
dikepilkan itu.
• Jika fail yang dikepilkan itu adalah program,
pastikan perisian antivirus dapat mengimbas
fail untuk memastikan tiada virus.
• Pastikan perisian antivirus anda sentiasa
dikemaskini untuk senarai virus yang terbaru.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGELAKKAN PENYEBARAN KOD JAHAT
• Jika komputer anda menunjukkan sifat yang
tidak normal selepas membuka fail yang telah
dikepilkan, hubungi pengirimnya atau hubungi
Pentadbir Jaringan (Network Administrator).
JANGAN HANTAR SALINAN FAIL YANG
DIKEPILKAN kepada mereka tetapi tunggu
hingga diarahkan berbuat begitu.
• Apabila semua yang dilakukan di atas gagal
maka anda perlu membuat pengaduan ke
MyCert dengan menggunakan emel
[email protected] untuk tindakan
selanjutnya.
KESIMPULAN
• Kod Etika diwujudkan untuk memberi
garis panduan kepada seseorang
pengguna teknologi maklumat.
• Di samping itu bagi mengelakkan dari
berlakunya pelbagai penyalahgunaan
teknologi maklumat seperti penggodam,
bom e-mel dsb.