majlis-majlis raja

Download Report

Transcript majlis-majlis raja

Komponen utama sistem kerajaan Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagiaan, spt yg ditunjuk di Rajah 4.2, ms 93.

MAJLIS-MAJLIS RAJA

- Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yg paling tinggi kedudukannya. Ia dianggotai oleh sembilan org sultan dan empat org gabenor atau Yang Dipertua Negeri

Antara bidang kuasa utama Majlis Raja-Raja ialah:

a) Memilih YDPA (Yang di-Pertuan Agong) dan Timbalan YDPA.

b) c) d) Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak.

Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana2 jawatan yg memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja Memikirkan tentang polisi negara dan apa2 perkara yg difikirkan patut utk pembangunan negara.

Majlis Raja-Raja mempunyai satu badan khas yg bertindak untuk memelihara hak istimewa org Melayu Majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara perlantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri iaitu: a) Perlantikan Ketua Hakim Negara, dua org Hakim Besar dan Hakim Mahkamah Agung serta dua org Hakim Mahkamah Tinggi.

b) Perlantikan Ketua Audit Negara c) Perlantikan pelbagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yg merupakan suruhanjaya bebas.

Dalam melaksanakan tugasnya, Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa budi bicara yg meliputi perkara berikut: a) memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA b) memberi nasihat tentang apa2 perlantikan c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa2 undang2 yg mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan atau kebebasan raja-raja.

d) mempersetujui atau tidak mempersetuju apa2 perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.

-

Yang di-Pertuan Agong

YDPA bertindak sebgai Ketua Negara dan secara tidak langsung juga bertindak sebgai ketua kepada tiga cabang kerajaa iaitu badan pentadbiran, badan perundangan dan badan kehakiman YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan orang raja-raja Melayu yg dipilih oleh Majlis Raja-Raja.

Antara tugas YDPA ialah: i) tugas mengikut nasihat ii) tugas mengikut budi bicara iii) Pemerintah tertinggi angkatan tentera iv) Memperkenan rang undang2 v) memperkenan rang undang2 vi) kuasa pengampunan

Dalam bidang eksekutif, YDPA bertindak sebagai Ketua Negara atau Ketua Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa2 tertentu kepada baginda sebagai ketua badan eksekutif.

Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Ini bermakna segala urusan kerjaan dijalankan atas nama baginda.

Perkara 40(1) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan baginda mesti bertindak atas nasihat yg diberikan.

Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara baginda utk melantik Perdana Mentri.

Walaupun baginda mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri, namun perlantikan PM hendaklah daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yg mendapt sokongan majoriti daripada dewan tersebut dan merupakan ketua parti yg telah memenangi pilihanraya seblumnya.

- Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 memberi kuasa kepada baginda untuk melantik jemaah menteri. Jemaah menteri dilantik atas nasihat PM.

Kuasa budi bicara seorg YDPA atau Yang Dipertua Negeri adalah terhad kerana mereka mesti menerima nasihat PM dan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing.

Menurut Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, antara perkara yg tidak boleh dilakukan oleh YDPA ialah: a) baginda tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri baginda, kecuali tugas2 baginda sebagai ketua agama Islam b) baginda tidak boleh memegang sesuatu jawatan yg baginya ada apa2 saraan.

c) baginda tidak boleh mengambil bahagian yg aktif dalam apa2 juga perusahaan.

Di Malaysia, kuasa Eksekutif dijalankan oleh pntadbiran peringkat Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan Kesemua menteri kabinet merupakan mereka yg menang secara majoriti dalam pilihan raya.

Tugas utama kabinet ialah menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara. Ia diketuai oleh PM dan diikuti oleh menteri2 lain. PM dilantik oleh YDPA, manakala menteri2 lain dilantik oleh YDPA atas nasihat PM.

-

Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri akan dijalankan oleh Raja/Sultan/Yang DiPertua Negeri. Semua perlembagaan negeri mengandungi syarat Seksyen 1 (2) di dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yg membolehkan raja bertindak menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas2 berikut: a) Melantik Menteri Besar b) tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Undangan Negeri

- Raja/Sultan/Yang DiPertua Negeri berkuasa utk memperkenankan perlantikan yg berjaya memenangi undi majoriti dalam pilihanraya peringkat negeri. Raja/Sultan/Yang DiPertua Negeri juga akan memperkenan perlantikan ahli2 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri.

Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri perlu melantik seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar daripada kalangan seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) utk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Atas nasihat Menteri Besar, Raja, Sultan atau Yang Dipertua Negeri perlu melantik tidak lebih daripada lapan atau tidak kurang daripada empat orang ahli daripada kalangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Peranan EXCO adalah lebih kurang sama dengan peranan kabinet di peringkat persekutuan. EXCO memainkan peranan memberi nasihat kepada Sultan/Raja/Yang DiPertua Negeri dalam menjalankan pemerintahan.

Selain ahli DUN yg menang dlm pilihan raya yg dilantik ke dalam EXCO, terdapat tiga org anggota perkhidmatan awam negeri yg turut menjadi anggota EXCO sebagai ex-officio, iaitu: a) Setiausaha Kerajaan Negeri b) Penasihat undang2 c) Pegawai Kewangan Negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri dan bukan kepada Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri.

Seseorg Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil bahagian dalam apa2 aktiviti perdagangan, perniagaan atau profesion yg ada kaitannya dengan jabatan2 tertentu.

Dalam pentadbiran peringkat negeri, segala urusan pentadbiran tertakluk kepada Perlembagaan Negeri yg diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah memperuntukkan perkara-perkara yg menjadi tanggungjawab kerajaan negeri spt agama, pertanian, pendidikan, perhutanan, pentadbiran tanah, air dan sebagainya yg berkepentingan utk kemajuan di negeri tersebut.

Pentadbiran di peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa org penolong. Pegawai Daerah juga dibantu oleh beberapa org penghulu. Pelaksanaan pentadbiran peringkat negeri juga dibantu oleh agensi2 kerajaan spt Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan jabatan2 kerajaan yg lain.

Di Sarawak, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Menteri yg dibantu oleh Timbalan dan Ahli Majlis Tertinggi.

Struktur pentadbiran Sarawak terbahagi kepada empat, iaitu: a) Bahagian – ditadbir oleh Residen b) Daerah – Pegawai Daerah c) Daerah Kecil – Pegawai Anak Negeri d) Kampung – Penghulu

Manakala di Sabah pula, hanya terdapat dua peringkat pentadbiran, iaitu: a) Daerah – Pegawai Daerah (dibantu oleh Ketua Anak Negeri) b) Kampung - Ketua Kampung (dibantu oleh orang tua) Pentadbiran kerajaan tempatan dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis Bandaran. Fungsi utama kedua-duanya adalah untuk memajukan kawasan pekan/bandar saja.

Pentadbiran kerajaan tempatan diketuai oleh Yang Dipertua Majlis terdiri daripada Pegawai Daerah. Ketua Pentadbir sesebuah Majlis tempatan ialah Setiausaha Majlis Tempatan

Badan perundangan peringkat Persekutuan terbahagi kepada: Yang di-Pertuan Agong Majlis Raja-Raja Parlimen

Dalam melaksanakan kuasa legislatif atau perundangan, Parlimen memainkan peranan yg amat penting. Fungsinya dapat dilihat semasa proses penggubalan undang2 dijalankan.

Struktur Parlimen Malaysia mengandungi komponen berikut: Parlimen Dewan Negara Dewan Rakyat

-

Parlimen

Perkara 44 Bahagian 4, Bab 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan kuasa perundangan Persekutuan terletak pada Parlimen yg mengandungi YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara

- Keanggotaan Dewan Negara telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. Melalui peruntukan ini, Dewan Negara mempunyai 69 org ahli atau senator.

   -

Dewan Rakyat

Keanggotaan Dewan Rakyat ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada Bahagian 4, Bab 4 Perkara 46. Dalam peruntukan ini Dewan Rakyat mempunyai: 195 org ahli (182 org daripadanya adalah dari negeri2 dalam Malaysia, 10 org dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan). Umur:21 tahun ke atas.

Antara perkara yg menyebabkan seseorg itu hilang kelayakan utk memegang jawatan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat ialah: a) kurang siuman b) bankrap atau muflis c) memegang jawatan bergaji d) mungkir utk menghantarkan penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Parlimen/Dewan Negeri dalam tempoh yg ditetapkan iaitu 33 hari selepas keputusan pilihan raya disiarkan.

e) Disabitkan melakukan kesalahan jenayah f) memperoleh kewarganegaraan asing dengan kerelaan sendiri.

-

Fungsi dan Kuasa Parlimen

Dalam bidang perundangan, Parlimen berkuasa utk membuat undang2 yg ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 66 – 68, Bahagian 4, Bab 5.

Antara fungsi Parlimen ialah:

a) kuasa perundangan iaitu kuasa membuat, meminda/memansuhkan undang2.

b) mengenakan cukai2 baru, tambahan atau memansuhkan mana2 cukai c) meluluskan belanjawan negara bagi satu2 tahun tertentu

Parlimen mempunyai kuasa membuat undang2 dengan cara Dewan Negara dan Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang2 serta telah dipersetujui oleh YDPA. Segala rang undang2 yg telah dibuat perlu dimulakan dalam salah satu Majlis Parlimen, kecuali rang undang2 yg berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan dalam Dewan Rakyat kerana Dewan Rakyat berkuasa dalam hal-ehwal kewangan.

Setiap rang undang2 yg diluluskan oleh sesebuah Majlis Parlimen akan melalui empat peringkat sebelum diluluskan, iaitu: a) Bacaan Pertama b) Bacaan Kedua c) Perbincangan peringkat jawatankuasa d) Bacaan Ketiga

-

Peringkat Undang-undang dibahas di Parlimen

Setelah undang2 ini melalui empat peringkat, iaitu Dewan Rakyat, sesuatu rang undang2 tersebut akan dikemukakan kepada Dewan Negara. Jika rang undang2 itu diluluskan oleh Dewan Negara, ia akan dipersembahkan pula kepada YDPA. Undang2 tersebut akan menjadi undang2 atau akta setelah mendapat perkenan daripada YDPA dan baginda akan menurunkan Cop Mohor Besar.

Sekiranya sesuatu undang2 itu tidak diperkenan oleh YDPA, rang undang2 tersebut akan dibahas semula dalam Dewan Rakyat dan dikemukakan kepada YDPA buat kali yg kedua.

Namun sekiranya YDPA tidak juga memperkenankannya, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan dalam masa 30 hari, rang undang2 tersebut akan dianggap sudah diperkenan oleh baginda.

-

KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Tidak seorg pun boleh didakwa bagi apa juga yg diucapkan atau apa2 undi yg diberikan oleh ahli Parlimen semasa mengambil bahagian dalam satu perbahasan atau pengundian yg berlangsung dalam sidang Parlimen.

Namun, kebebasan ini ada hadnya di mana Akta Perlembagaan 1971 melalui Akta A30 (pindaan) yg berkuatkuasa mulai 10 Mac 1971 menyekat kebebasan seseorang individu bagi maksud keselamatan dan ketenteraman awam Dalam hal ini juga, mana2 ahli Parlimen yg cuba menimbulkan isu-isu yg sensitif juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yg dipinda oleh Ordinan Darurat Nombor 45, 1970.

Seseorg itu tidak boleh dibicarakan dalam mana mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa juga yg diterbitkannya dalam mana2 Majlis Parlimen.

-

Kuasa Perundangan Peringkat Negeri

Kuasa perundangan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri Badan Perundangan Negeri mengandungi Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

-

Keanggotaan Dewan Perundangan Negeri (DUN)

Tugas utama Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri adalah utk memanggil DUN supaya bermesyuarat, memberhenti dan membubarkannya Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri juga bertindak untuk memberi persetujuan kepada undang-undang negeri yg telah diluluskan oleh DUN

-

Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Kelayakan seorg ADUN ialah seseorg yg berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin tetap di negeri berkenaan. Perkara ini juga terpakai utk negeri Sabah dan Sarawak.

Antara perkara yg menyebabkan seseorg hilang kelayakan menjadi Ahli DUN ialah: a) Dia didapati/diisytiharkan sebagai sseorang yg tidak sempurna akal.

b) dia seorang bankrap yg belum dilepaskan c) dia memegang jawatan berpendapatan d) setelah dinamakan untuk pilihanraya bagi mana-mana satu Majlis Parlimen atau bagi DUN atau setelah bertugas sebagai ejen pilihan raya, dia tidak menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya spt yg dikehendaki oleh undang2 dalam tempoh masa yg ditetapkan.

e) Dia telah disabitkan dengan satu kesalahan oleh sesebuah mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun atau denda tidak kurang daripd RM5000 dan tidak mendapat keampunan.

f) Dia kehilangan kelayakan di bawah mana2 undang2 mengenai kesalahan berkenaan dengan pilihan raya bagi mana2 satu Majlis Parlimen atau bagi DUN g) Dia dengan sengaja memperoleh kewarganegaraan negara asing.

- Seseorg itu tidak boleh menjadi ahli DUN bagi lebih daripada satu bahagian pilihan raya pada suatu masa. DUN akan berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya.

Dewan yg baru hendaklah dipanggil bermesyuarat pd satu tarikh yg tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran tersebut. Sesuatu kekosongan luar jangkaan juga mesti dipenuhi dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.

Menjalankan Kuasa Perundangan

- Kuasa DUN ialah meluluskan undang2 dan dipersetujui oleh Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri.

Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tentang keistimewaan DUN. Keadaan ini dapat dilihat pada perkara2 berikut: a) sahnya apa2 perjalanan dalam mana2 DUN tidak boleh dipersoalkan dalam mana2 mahkamah.

b) tidak seorang pun boleh didakwa dalam apa2 perbicaraan dalam mana2 mahkamah mengenai apa yg diucapkan atau apa2 undi yg diberi olehnya semasa mengambil bahagian dalam perjalanan DUN bagi mana2 negeri atau mana2 jawatankuasa mengenainya.

c) Tidak seorang pun yg boleh didakwa mengenai apa2 pembicaraan dalam mana2 mahkamah tentang apa juga yg disiarkan di bawah kuasa mana2 badan perundangan negeri.

-

Pindaan Perlembagaan Negeri

Peruntukan yg terkandung dalam perlembagaan berkenaan warisan taktha kerajaan dan kedudukan para pembesar pemerintah dan pembesar adat Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.

-

Penyata Kewangan Tahunan

Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri bagi tiap2 tahun kewangan, mengarahkan agar dibentangkan dalam DUN suatu penyata anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi negeri utk tahun tersebut.

Anggaran perbelanjaan hendaklah mengandungi perkara2 tersebut: a) Jumlah wang yg dikehendaki utk membiayai perbelanjaan yg dipertanggungjwbkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan b) Jumlah wang yang masing2 dikehendaki utk membiayai tajuk2 perbelanjaan lain yg dicadangkan utk dibayar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan

Sejarah Perundangan Negara Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Tanah Melayu telah pun mempunyai sistem perundangan sendiri. Dalam hal ini, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu menggunakan Undang undang Adat Melayu sementara di Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Undang-undang Adat Bumiputera.

Undang2 yg wujud pada waktu itu banyak dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam.

Pada zaman tradisional ini, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelompok adat, iaitu masyarakat matrilineal dan masyarakat patrilineal.

Masyarakat matrilineal mengikut Adat Perpatih dan masyarakat patrilineal mengikut Adat Temenggung. Setelah kedatangan Islam, sistem patrilineal atau Undang-undang Adat Temenggung telah diperkukuhkan, terutama pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan kerajaan Melayu Melaka di mana Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah menjadi asas kepada kuasa perundangan di Melaka.

Setelah kedatangan penjajah British, undang2 asal telah banyak mengalami perubahan. Undang2 Inggeris telah digunakan secara meluas, terutama Common Law dan Kaedah kaedah Ekuiti. Undang2 Malaysia pada hari ini diperolehi daripada lima punca yg utama, iaitu: a) Undang-undang bertulis, iaitu perlembagaan dan Perundangan Persekutuan dan Negeri b) Keputusan-keputusan Mahkamah c) Undang-undang Inggeris d) Undang-undang Islam e) Undang-undang Adat

-

Kuasa Kehakiman di Malaysia

Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia dalam Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

-

Kebebasan Badan Kehakiman

Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada kedudukannya yg tidak memihak dan bebas daripada kawalan dua cabang kerajaan yg lain, iaitu perundangan dan pentadbiran serta seseorang individu.

Kebebasan badan kehakiman dpt dilihat pada perkara perkara berikut: a) seseorang hakim (Hakim Mahkamah Agung/Hakim Mahkamah Tinggi) setelah dilantik tidak boleh dilucutkan jawatannya oleh YDPA sebelum mencapai umur bersara, iaitu 65 tahun, kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya (tubuh badannya uzur) atau sebab-sebab lain yg boleh memberi kesan ke atas tugasnya, barulah ia boleh dipecat.

Pemecatan ini pula perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat Perdana Menteri) yg dilantik oleh YDPA.

Tribunal ini mengandungi lima atau lebih hakim yg telah bersara atau sedang memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara Komanwel.

Saraaan seorang hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yg lain tidak boleh diubah.

Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen, kecuali ia telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut.

-

Perlantikan Hakim

Perlantikan hakim dibuat oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

Sebelum perlantikan hakim dibuat, Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara.

Dalam hal perlantikan Hakim Besar Tanah melayu, PM harus berunding dengan dua org Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Manakala dalam soal perlantikan Hakim Besar Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Bagi perlantikan Hakim Mahkamah Agung, PM harus berunding dengan dua org Hakim Besar.

Untuk perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi, PM harus berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yg berkenaan sebagai tambahan kepada kepada Ketua Hakim Negara.

Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh YDPA atas cadangan Hakim Besar .

Majistret Kelas Pertama bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh YDPA.

Perlantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh Raja/Sultan/Gabenor atas cadangan hakim besar.

Majistret Kelas Kedua bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh YDPA dan bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/Raja/Gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar.

Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia

Mahkamah Mahkamah Persekutuan Mahkamah Negeri Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan seperti yg diamalkan oleh negara-negara spt Amerika Syarikat, Kanada dan India.

Mahkamah di Malaysia pada hari ini berdasarkan sistem persekutuan memandangkan pembentukan makamah mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Majistret, Mahkamah Tentera, Mahkamah Buruh, Mahkamah Merinyu Kanan Galian berbentuk Persekutuan di mana mahkamah2 ini dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan Negeri.

Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua:

Mahkamah Persekutuan

•

Mahkamah Atasan

•

Mahkamah Rendah

•

Mahkamah Khas

Mahkamah Negeri

•

Mahkamah Syariah

•

Mahkamah Adat

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

1. Mahkamah Atasan 2. Mahkamah Rendah 3. Mahkamah Khas • Mahkamah Agung • Mahkamah Rayuan • Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo • Mahkamah Sesyen • Mahkamah Juvana • Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II • Mahkamah Tuntutan Kecil • Mahkamah Penghulu • • • • • Mahkamah Tentera Mahkamah Perusahaan Mahkamah Buruh Mahkamah Khas Raja-Raja Mahkamah Negeri

MAHKAMAH NEGERI

1. Mahkamah Syariah 2 Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak) • Mahkamah Syariah Rayuan • Mahkamah Tinggi Syariah • Mahkamah Adat Daerah • Mahkamah Pegawai/Ketua Adat • Mahkamah Penghulu Mahkamah-mahkamah yg dikuasai oleh kerajaan negeri ialah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat di Sabah dan Sarawak.

-Sistem mahkamah ialah perkara negeri memandangkan undang2nya dibuat oleh badan perundangan negeri.

-Manakala Mahkamah Syariah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan terletak di bawah kuasa persekutuan.