Perlembagaan - IPG Kampus Sultan Mizan
Download
Report
Transcript Perlembagaan - IPG Kampus Sultan Mizan
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD HUSSEIRI BIN CHE HUSSEIN
MOHAMAD KHAIRUL AMRIE BIN SABRI
MOHAMAD IZHAM BIN ABD MAJID
PENSYARAH PEMBIMBING:
EN. GHZALI BIN ISMAIL
Pengenalan
Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu
dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang
juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti
perkara di bawah:
Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain
dibenarkan
Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera tetapi hak
etnik lain tidak boleh dilucutkan
Konsep Perlembagaan
Definisi
Perlembagaan ialah mengandungi satu set peraturan tentang hak,
kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan
memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang
lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang
menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara
dibahagikan dan digunakan
Jenis Perlembagaan
Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu
Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan
disusun dalam satu dokumen
Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang
tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang
diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah
Perlembagaan Malaysia adalah
Bertulis
Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif
Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak
istimewa dan sebagainya
Tujuan Perlembagaan
Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan
merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah
negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan
sesebuah negara.
Sebagai satu panduan bagi pembentukan undang-undang
sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja
Pindaan Perlembagaan (3)
i.
Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara
boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap
dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan
ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara
dan meluputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara
lain.
ii.
Pindaan Perlembagaan
Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh
dipinda, perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan
dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak
bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti
bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa
bumiputera, imegresen.
iii.
Pindaan Perlembagaan
Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan
perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara
seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang
Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan
dan agama persekutuan.
Konsep Ketertinggian Perlembagaan
Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang boleh
mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman
dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah
tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia
Contoh:
1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan tertakluk kepada
sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan
3. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu
perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika
undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
setakat mana ia bercanggah.
Ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata
Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undangundang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang
yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan
adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.
Sejarah Penggubalan
Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang Melayu
Perjuangan berdarah
Antara perjuangan berdarah menentang penjajah i.
Penentangan
terhadap penjajahan Siam di Zaman Melaka.
ii.
Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka.
iii.
Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka.
iv.
Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Naning, Selangor,
Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu.
v.
Penentangan terhadap penjajahan Jepun.
Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang penjajahan
digerakkan melalui semangat kebangsaan.
Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek Melayu yang sedar
bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata
tetapi juga melalui perundingan.
Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai, Pak Sako,
Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos dan ramai lagi telah bangkit
menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.
Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan Melayu
Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Selangor)
Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam, Majlis, Utusan
Melayu, Saudara) digunakan sebagai medium untuk menentang
penjajah.
Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan semula
British ke Tanah Melayu pula, telah berlaku kekacauan dan
huru-hara yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya
selama 14 hari.
Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan orang
Melayu dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah
orang Cina.
Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan Pentadbiran
Tentera British (British Military Administration – BMA) dan
seterusnya digantikan dengan Malayan Union
Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober
1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil British untuk
mendapatkan tandatangan dari Raja-Raja Melayu. Berikut sebab-sebab
Malayan Union diperkenalkan:
1.
Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan
pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan sistem
pentadbirannyaa adalah terpisah.
2.
British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu
bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union
dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu.
3.
Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi
memerintah negara sendiri.
Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah:
1.
Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah
pemerintahan Gabenor British. Gabenor pula, dalam menjalankan kuasanya
akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.
2.
Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
3.
Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan
boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat
Melayu sahaja.
4.
Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira
bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum
Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur
18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan
Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir
di Tanah Melayu.
Tentangan orang Melayu kerana:
i.
Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran
negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan
mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
ii.
Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah
jajahan Inggeris.
iii. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk
asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan
Union, secara terus menjadi warganegara.
iv. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu
penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
v.
Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah
diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau
dilucutkan dari tahta pemerintahan.
Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh disaksikan
apabila di Alor Setar pada Januari 1946, sejumlah 50,000
orang Melayu telah mengadakan demontrasi, begitu juga di
Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 orang dan di Johor
pada 10 Februari 1946, lebih 150,000 orang telah
mengadakan demontrasi.
Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu,
Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan
Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama.
British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya Union lalu
menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri
daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam
pegawai British
Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan
baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.
Selepas itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada
Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India
dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1
Februari 1948. Berikut adalah ciri-ciri terpenting dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:
1.
Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk
Pulau Pinang dan Melaka. Manakala Singapura kekal menjadi tanah
jajahan yang berasingan.
2.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan
Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
3.
Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu
tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.
4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
yang terdiri daripada 14 ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan
Negeri, dua wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang
dan 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing.
5.
Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
6.
Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah
lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun.
Selain itu, seorang pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun.
Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan
mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
7.
Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama
antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.
Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan
Masyarakat 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah
berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan,
politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang
berlainan daripada pelbagai etnik.
Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi pertama
ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan
berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan
istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai etnik
berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang
wujud dan dicari jalan penyelesaiannya.
Antara tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini
ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan
Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham dan ramai
lagi.
Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai
objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri, tetapi ia
adalah satu permulaan yang baik dalam membentuk
kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem Ahli bertujuan memberi peluang
dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah
secara demokrasi.
Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantik iaitu:
Menteri
Jawatan
Dato Onn Jaafar
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C Thuraisingham
Ahli Pelajaran
Tunku Yaakob
Ahli Pertanian dan Perhutanan
Lee Ting Keng
Ahli Kesihatan
Dato Mahmud Mat
Ahli Tanah, Perlombongan
dan Perhubungan
J.D Mead
Ahli Kerja Raya dan perumahan
J.D Hodgkinson
Ahli Perindustrian dan
Perhubungan Sosial
O.A Spencer
Ahli Hal Ehwal Ekonomi
Kerjasama ini terus terjalin erat melalui beberapa siri
Pilihanraya dan pembentukan Perikatan
Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur telah diadakan dan 12 kerusi dipertandingkan di mana
UMNO dan MCA telah membuat pakatan secara tidak rasmi, yang
akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan pada tahun 1953
Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
menyebabkan diadakan satu Perundingan Meja Bulat antara UMNO
dan MCA. Ia bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara
dua etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan.
Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3 Februari 1953 itu
telah dihadiri oleh wakil UMNO yang terdiri daripada Tunku Abdul
Rahman, Tun Dr. Ismail, Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan
Syed Nasir Ismail.
MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong Yew Koh, S.M
Yong dan T.H Tan.
Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama) memberi
implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia.
Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup
tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang
melibatkan pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual
Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata
Perikatan yang didominasi oleh UMNO telah membuat
pengorbanan dan kompromi yang cukup besar kerana telah
meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti
pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah
Melayu (84.2%).
Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep
perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja,
MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi
Parti
Peruntukan Peratusan
Kerusi
Kerusi
Peratusan
Pengundi
UMNO
35
69
84.2
MCA
15
28
11.2
MIC
2
3
3.9
Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban
dan persefahaman telah ditegaskan oleh Tunku Abdul
Rahman iaitu
" … orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang
munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang
Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak
daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada
bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak
negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat
oleh orang Melayu".
Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin
bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan
"… mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon
Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka
melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi
milik mereka, malah mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk
calon-calon Cina dan India".
Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan
orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London
yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Lapan orang wakil
itu terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan
iaitu:
Wakil Raja-raja Melayu:
1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai
ketua.
2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor.
3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri Besar
Johor.
4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri
Besar Kelantan
Wakil Perikatan:
1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.
2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran.
3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.
4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi.
Setiausaha: T.H. Tan
Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah
ditandatangani pada 8 Februari 1956.
Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu:
1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.
4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah
Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan
Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat
tempatan.
Suruhanjaya Reid
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.
Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings
(British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan
Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan
telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.
Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati
kerana Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan
daripada bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga orang ramai,
individu-individu dan Raja-raja Melayu.
Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Malaysia sekarang
ini telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat
Malaysia.
Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan
bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat
penting kepada kestabilan negara.
Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah
diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli.
Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam
perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu
dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu
Perjanjian London juga telah menetapkan agar
perlembagaan yang ingin digubal perlu mengambilkira
perkara-perkara berikut:
Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang
kuat.
Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak
Raja-Raja Melayu.
Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang Di Pertuan
Agong.
Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak
yang sah milik kaum-kaum lain.
Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam
untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Unsur-Unsur Tradisi
Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan
yang meliputi:
bahasa,
agama,
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan
Sarawak) dan
pemerintahan beraja
Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana
Ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan
pada tahun 1957.
Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang
dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya
perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi,
ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957
Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi
sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap
sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu
perbincangan awam.
Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang
telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan
Melayu. Ini bermakna:
Orang Melayu diberikan hak istimewa,
Islam menjadi agama persekutuan dan
Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat
penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah
menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang
wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu
pada ketika itu.
Unsur-Unsur Tradisi
Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam
Perlembagaan Malaysia
I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas
diamalkan
II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan
pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan
istimewa Melayu dan seumpamanya.
III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara
daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang
Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang
Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh
kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa
Melayu dan Islam.
Unsur-Unsur Tradisi
V. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat
istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak,
kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.
VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak
bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang
Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.
Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963,
merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi
tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai
Malaysia.
Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai
imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan
Sarawak.
Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan
dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.
Unsur-Unsur Tradisi
Difokuskan kepada tiga
Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya
memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain.
Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran
bahasa lain dalam persekutuan.
Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan
tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di
mana-mana bahagian persekutuan.
Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan
terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai
hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
bahawa setiap agama mempunyai hak untuk:
Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud
agama atau khairat.
Memperolehi dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirnya mengikut undangundang.
Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang
termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam
beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3
(1) iaitu:
Perkara 11 (4) :
Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan
boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam’.
Perkara 12 (2):
‘...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan
atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan
melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud
berkenaan’.
Perkara 121 (A)
‘ Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah
boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara
dalam bidang kuasa mahkamah syariah’.
Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orangorang Melayu tanpa menafikan kedudukan
yang sah kaum lain.
Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain
iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di
Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak
mereka yang sah menurut peruntukan lain.
Begitu juga perkara ini tidak boleh
dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan
sebarang jawatan awam yang dipegang oleh
sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau
keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain
atau perlucutan atau penamatan permit lesen
yang dipegang olehnya
Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah
yang dikatakan orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam
Perlembagaan Malaysia (Perkara 160),
Melayu itu ditakrifkan sebagai:
Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
Menganut agama Islam.
Mengamalkan adat istiadat Melayu.
Manakala takrifan bumiputera ;
Sarawak
terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun,
Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit
atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.
Sabah
anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah
dilahirkan di Sabah.
Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah
peruntukkan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab
orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang
perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan
perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.
Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen
Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu,
dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh
juga dianggap sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang
Melayu
Kerasionalan Perkara 153
Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan
Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara – undi
pilihanraya dan hak-hak lain sebagai warganegara
Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang
diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama
rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan
Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan
Cara Pendaftaran
Tahun
Bilangan
1957 (31 Ogos – 31
Disember 1957
120078
1958
822567
1959
67227
1960
77858
Sumber: Pendaftar Besar Warganegara
Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi
Kaum
Kaum
1955
1959
Melayu
84.2
56.2
Cina
11.2
35.9
India / lain-lain 4.6
7.8
Jumlah
100
100
Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya
Kerasionalan Perkara 153
Rasional Perkara 153 dipecahkan kepada tiga
1. Perkhidmatan Awam
Menentukan rezab bilangan jawatan
Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada
Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi 36% saja (1968)
Rujuk Jadual IV
Melayu
Bukan Melayu
Jumlah
Perkhidmatan pentadbiran
706
515
1221
Akitek, jurutera dan
pegawai profesional
73
370
443
Pegawai kesihatan dan
perubatan
64
693
727
Ahli Sains Fizikal
13
51
64
Ahli sains Sejati
60
108
169
Prangkawan Profesional
38
166
204
Perkhidmatan UndangUndang
70
37
107
Perkhidmatan beruniform
331
369
700
Pengangkitan dan media
massa
67
188
255
Jumlah
1392
2447
3839
Perkhidmatan
Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat.
Kerasionalan Perkara 153
2. Ekonomi
Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) (rujuk Jadual V)
Jurang Pendapatan melebar antara etnik
Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur
Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970
Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat
mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)
Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat
Berhad, 1995 dan 1999
1995
1999
Bumiputera (Individu, Institusi dan
Agengsi Amanah)
20.6
19.1
Cina
40.9
37.9
India
1.5
1.5
Rakyat Asing
27.7
32.7
Syarikat Nomini
8.3
7.9
Jumlah
100
100
Kumpulan Hak Milik
Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan
Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi
masih belum mencapai sasaran 30%
Matlamat
Pencapaian
1970
1990
1990
2002
• Bumiputera
2.4
30.0
19.3
18.7
• Bukan Bumi.
32.3
40.0
46.8
43.2
– Cina
45.5
40.9
– India
1.0
1.5
– Lain-lain
0.3
0.8
25.4
28.9
8.5
9.2
100.0
100.0
• Asing
• Nomine
JUMLAH
63.3
30.0
2.0
100.0
100.0
Kemiskinan
% Isi 60
rumah Malaysia
50
40
30
20
10
0
1970
1990
2002
Jumlah
49.3
16.5
5.1
Luar Bandar
58.6
21.1
11.4
Bandar
24.6
7.1
2.0
3.9
1.0
Ketermiskinan
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
dari PLI.
Jurang pendapatan antara kaum
Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah
Luar Bandar : Bandar
Bumiputera : Cina
Bumiputera : India
1970
1980
1: 2.1 1: 1.8
1: 2.3 1: 1.9
1: 1.8 1: 13
1990
1999
2002
1: 1.7 1: 1.8 1: 2.1
1: 1.7 1: 1.7 1: 1.8
1: 13 1: 1.4 1: 1.3
Kerasionalan Perkara 153
Pendidikan
Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih
rendah antara Melayu dan bukan Melayu
Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan
bumiputera 84.3% 1970
Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah bercanggah dengan Penyata
Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar
pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat
dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
beransur-ansur”.
Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan
Awam Tempatan, 1995-2005
1995
2000
2005
Peringkat
Pendidikan
Ijazah
75,709
170,794
244,527
Diploma
46,480
92,304
148,025
Jumlah
122,189
263,098
392,552
Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan
Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002
INSTITUSI
BILANGAN
INSTITUSI
BILANGAN
PELAJAR
IPTS Bertaraf Universiti
11
29,747
IPTS Bertaraf Universiti
(Kolej Universiti)
1
488
IPTS Bertaraf Universiti
(Kampus Cawangan Dalam Negara)
3
6,836
IPTS Bertaraf Universiti
(Kampus Cawangan Luar Negara)
4
4,740
IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej)
518
252,789
Keseluruhan IPTS
534
294,600
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia
Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat,
1990-2003
1990
Profesion
Bumi Cina
2002
India
Bumi
Cina
India
• Akauntan
• Arkitek
• Doktor
11.2
23.6
27.8
81.2
74.4
34.7
6.2
1.2
34.4
20.0
43.6
38.5
74.6
52.6
29.9
5.1
1.3
27.5
• Doktor Gigi
• Doktor Veterinar
• Jurutera
24.3
35.9
34.8
50.7
23.7
58.2
23.7
37.0
5.3
38.2
40.1
43.5
40.3
29.8
50.1
19.1
25.7
5.3
• Juru Ukur
• Peguam
JUMLAH
44.7
22.3
29.0
49.6
50.0
55.9
3.7
26.5
13.2
46.0
35.1
37.2
49.3
38.4
50.1
3.1
25.8
11.2
Kerasionalan Perkara 153
Pendidikan
Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi
yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu
IPT mengikut etnik dibenarkan – UiTM, UTAR dan Kolej Tafe
Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi
Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan IPTS
Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN
Rasional Perkara 152
Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat
bahasa ibonda lain
Menjadi bahasa lingua franca
Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi
Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu
Kata-kata Tan Siew Sin, “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan
yang besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai
contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak
menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembang bahasa Cina
dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada
pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit
menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina
dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya
sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar
bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan
berpandangan luas”.
Rasional Perkara 3
Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan agama lain
Telah bertapak 600 tahun lalu
Perkara 160 mendefinisikan Melayu
Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat istiadat Melayu
tidak dicampuri oleh penjajah
Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu mengecualikan perkara ini
Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti dalam kes Ramah
lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa
undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah
hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut
Kesimpulan
Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan
yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
dan rela berkongsi kuasa.
Perjanjian sosial atau social contract ini perlu
diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
mempersoalkannya lagi.
Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada
berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh
merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin