SEJARAH AWAL MALAYSIA

Download Report

Transcript SEJARAH AWAL MALAYSIA

SEJARAH AWAL
MALAYSIA
ZAMAN PENJAJAHAN
PENJAJAHAN
PERLUASAN KUASA
ASING
CAMPUR TANGAN
BRITISH
KESAN
KOLONIALISME
 KOLONI= negara atau tanah jajahan yang
ditakluki oleh sesebuah kuasa asing
 KOLONIALISME= dasar yg mengekalkan
pemerintahan ke atas kawasan lain (paksaan
atau aman)
 Penaklukan boleh dilakukan secara langsung
atau tidak langsung
 Perdagangan
campur tangan penjajahan.
KOLONIALISME
PENJAJAHAN
MASA
NOTA
Portugis
1511-1641
(130 tahun)
-Terutamanya di Melaka.
-Ditentang oleh masyarakat Melayu Melaka dgn
bantuan Acheh.
-Tdk meninggalkan banyak kesan yg ketara selain
drpd penggunaan bahasa (perkataan yg dipinjam dan
tarian)
Belanda
1641-1824
(183 tahun)
-Terutamanya di Melaka.
-Tidak meninggalkan byk kesan; lebih berminat
menjajah Indonesia.
-Ditentang oleh masyarakat Melayu Melaka dengan
bantuan Bugis.
British
1824-1942
-Menjajah keseluruhan TM (semenanjung); 2 fasa.
-Meninggalkan pengaruh signifikan terhadap cara
hidup masyarakat di TM (politik, ekonomi, sosial)
1945-1957
(130 tahun)
-Ditentang hebat oleh masyarakat di Tanah Melayu.
PENJAJAHAN
MASA
NOTA
Siam
1821-1909
(88 tahun)
-Merupakan ketua negeri di kawasan utara TM sejak
sekian lama tetapi sejarah membuktikan bahawa
ianya bermula pada 1821.
-Tinggal di kawasan utara TM seperti Perlis, Kedah
dan Kelantan.
-Kesan peninggalan orang Siam amat ketara di
negeri-negeri utara terutamanya dari segi agama
(Buddha) dan kesenian.
Jepun
1942-1945
( 3 ½ tahun)
-Menjajah keseluruhan negara.
-Memberi kesan yg besar dlm kehidupan masyarakat
terutama dari segi perhubungan antara kaum.
-Ditentang di seluruh negara.
PENJAJAHAN PORTUGIS &
BELANDA
 1511- Melaka jatuh ke tangan Portugis yg diketuai
oleh Alfonso de Albuquerqe.
 Tujuan penjajahan- menguasai perdagangan
maritim di Timur dan menyebarkan agama
Kristian.
 Portugis gagal kuasai Melaka secara keseluruhan
keran ketidakseimbangan antara amalam
perdagangan dan agama yang disebarkan.
PENJAJAHAN PORTUGIS &
BELANDA
 Kesan peninggalan Portugis tdk byk kelihatan kecuali
di kawasan persekitaran kubu penjajahan mereka.
 Portugis berjaya menjatuhkan kerajaan Melayu
Melaka yg membawa kepada pembangunan
Kerajaan Melayu Johor-Riau.
 Belanda merampas Melaka dari Portugis pada 1641
dgn bantuan Johor.
 Namun, Belanda lebih berminat dgn Batavia dan
hanya ingin mendapatkan timah dari semenanjung
Malaysia.
PENJAJAHAN PORTUGIS &
BELANDA
 Belanda meninggalkan Tanah Melayu
selepas tandatangani perjanjian dgn
British pada 1824.
 Kesan perjanjian- Melaka diserahkan
kpd British.
 Belanda dan Portugis tidak banyak
meninggalkan kesan kepada negeri
Melaka.
KRONOLOGI PENJAJAHAN BRITISH
TAHUN PERISTIWA
1786
Pulau Pinang ditemui oleh Francis Light.
1819
Singapura ditemui oleh Stamford Raffles
1824
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London @
Anglo-Belanda) memaksa Belanda menyerahkan Melaka kpd
British.
1826
Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura disatukan dibawah
satu pemerintahan yg sama dikenali sbg. Negeri-negeri Selat.
1841
James Brooke mengambilalih Sarawak.
1874
Campur tangan British di Perak bermula melalui Perjanjian
Pangkor.
1874
British campur tangan di Sungei Ujung.
1878
Sultan Brunei menyerahkan Sabah kpd British.
KRONOLOGI PENJAJAHAN BRITISH
TAHUN PERISTIWA
1896
Perak, Selangor, N9 & Pahang digabungkan dibawah satu
pentadbiran dikenali sbg Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
1909
Melalui Perjanjian Bangkok (Perjanjian Inggeris-Siam), Siam
menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kpd
British (dikenali sbg Negeri-negeri Tidak Bersekutu)
1914
Johor menerima seorang penasihat British.
1945
Pentadbiran Tentera British (BMA) ditubuhkan.
1946
Malayan Union diperkenalkan di Semenanjung Malaysia.
1948
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan bagi menggantikan
Malayan Union.
1957
Malaysia mencapai kemerdekaan.
PENGAMBILALIHAN PULAU PINANG
& SINGAPURA
 11 Ogos 1786- Pulau Pinang jatuh ke tangan British
selepas Sultan Abdullah (Kedah) menandatangani
perjanjian dgn Francis Light utk mendapatkan
perlindungan drpd Siam.
 Stamford Raffles memanipulasi permasalahan tempatan
di antara Ketua Pegawai Tentera Singapura, Abdul
Rahman dgn Sultan Abdul Rahman di Riau.
 6 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya takluki
Singapura.
 Penaklukan Pulau Pinang, Singapura dan Melakabermula zaman penjajahan Jepun di TM.
Tanah Melayu pada
tahun 1922.
•Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu (Biru)
•Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (Kuning)
•Negeri-negeri Selat
(Merah)
Rumusan Campur Tangan British Di
Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan
Sarawak
NEGERI
SARAWAK
(1842)
PERISTIWA
 James Brooke membantu Pangeran Muda Hashim
(Brunei) mematahkan pemberontakan Datuk Patinggi
Ali yg mahu membebaskan Sarawak drpd
cengkaman Brunei.
 Sultan Brunei bersetuju menandatangani perjanjian
yg mengisytiharkan Brooke sebagai Gabenor
Sarawak.
 1842- Brooke diangkat menjadi Raja Sarawak oleh
Sultan Brunei selepas diancam oleh British.
NEGERI
PERAK
(1874)
PERISTIWA
 British campur tangan dgn alasan utk melindungi
kepentingan pedagang Inggeris.
 Keadaan kucar-kacir disebabkan oleh Perang Larut di
antara kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin
(berebut laluan air ke kawasan lombong bijih timah) dan
perang saudara antara Raja Abdullah dan Raja Ismail
yang berebut takhta.
 Pembesar Perak (Ngah Ibrahim) dan Raja Abdullah
meminta bantuan British utk mengawal keadaan di
Perak.
 Kebimbangan British terhadap kuasa Eropah lain yg
dikhuatiri akan mencampuri urusan pentadbiran Tanah
Melayu.
 Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20Januari
1874.
 J.W.W Birch dilantik sebagai residen yg pertama.
NEGERI
SELANGOR
(1874)
PERISTIWA
 Perang Saudara melibatkan Raja Mahadi dan Raja
Abdullah.
 Tengku Kudin dan Yap Ah Loy menyokong putera
Sultan Selangor, Raja Abdullah manakala Sayid Masyor
menyokong Raja Mahadi.
 Hasrat British utk campur tangan tidak berjaya kerana
pembesar-pembesar Selangor tidak mahu campur
tangan British dalam urusan pentadbiran mereka.
 1873- kapal kargo British telah diserang lanun dan
British menggunakan alasan tersebut utk campur
tangan dlm urusan pentadbiran Selangor.
 Ogos 1874- Frank Swettenhem dilantik sbg pembesar
rasmi Sultan dan J.G Davidson sbg Residen.
NEGERI
SUNGAI
UJUNG
(1874)
PERISTIWA
 Perebutan kuasa di Sungai Linggi diantara Dato’
Kelana Sayid Abdul Rahman dan Dato’ Bandar Kulup
Tunggal.
 Dato’ Kelana meminta bantuan British dan seterusnya
dilantik menjadi Ketua Sungai Ujung.
 Pelantikan tersebut dan kedatangan British di Sungai
Ujung mendapat tentangan hebat drpd Dato’ Bandar
Kulup Tunggal.
 Tentera British yg diketuai oleh W.A pickering berjaya
mengalahkan Dato’ Bandar.
 Sungai Ujung menerima penasihat British, W.I Tatham.
NEGERI
PAHANG
(1880)
PERISTIWA
 Perang saudara diantara Wan Mutakhir dan Wan
Ahmad tercetus akiba perebutan kuasa Ketua Menteri
di Pahang.
 British risau dgn cadangan Sultan Ahmad utk
memberikan konsesi perdagangan kpd kuasa Barat.
 Februari 1988- seorang rakyat British keturunan Cina
telah mati dibunuh di Pekan, Pahang dan British ambil
kesempatan utk masuk campur urusan pentadbiran
Pahang.
 Sultan Ahmad menerima Residen British J.P Rodger.
NEGERI
SABAH
(1946)
PERISTIWA
 Sejak kurun ke-16, sebahagian daripada kawasan
Sabah berada di bawah naungan Sultan Brunei.
 1865- Sabah telah dipajakkan kepada Charles Lee
Moses dan dijual kepada Baron Von Overbeck.
 1878- Sultan Sulu bersetuju untuk melepaskan tanah
mereka di Sabah kepada Overbeck dan Dent.
 Syarikat Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan utk
mentadbir negeri Sabah.
 15 Julai 1946- Sabah diisytiharkan sbg koloni British.
PENJAJAHAN JEPUN
 10 Disember 1942- dua buah kapal tentera laut British yg
terbesar, Prince of Wales dan Repulse yg ditugaskan
mengawal pantai timur Tanah Melayu (TM) telah
ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan dan
Johor.
 8 Disember 1942- Jepun mula mendarat di TM melalui
pantai timur iaitu Kota Bharu, diikuti Singgora, Siam dan
terus mara ke selatan hingga Johor tanpa banyak halangan.
 15 Februari 1942- seluruh TM termasuk Singapura berjaya
ditawan oleh Jepun.
PENJAJAHAN JEPUN
 16 Disember 1941- Di Sarawak, tentera Jepun
mula menawan Miri
 24 Disember 1941- Jepun menawan Kuching.
 Januari 1942- Jepun menawan beberapa buah
bandar utama Sabah seperti Labuan, Beufort,
Jesselton dan Sandakan.
 Awal Mei 1942- seluruh negeri sabah jatuh di
bawah kekuasaan Jepun.
FAKTOR KEJAYAAN TENTERA
JEPUN
 Persiapan perang yang terapi dan teratur.
 Tentera menjalani latihan peperangan yang rapi.
 Mengkaji kedudukan pertahanan British di TM.
 Kelengkapan perang yang canggih dan sesuai dengan
persekitaran tempatan.
 Mempunyai semangat tinggi.
 Sanggup berjuang demi Maharaja Jepun.
 Mempunyai pengalaman perang dgn China.
FAKTOR KEJAYAAN TENTERA
JEPUN
 Strategi peperangan yang sesuai.
 Strategi menggunakan basikal memudahkan
pergerakan kerana keadaan muka bumi TM yg
berhutan.
 Pakatan kerjasama dengan Siam.
 Berjanji tidak akan menyerang Siam dengan
syarat Siam memberi keizinan tentera Jeun
mendarat di Siam sebelum menyerang TM
melalui kawasan utara.
FAKTOR KEJAYAAN TENTERA
JEPUN
 Kelemahan tentera British
 Tidak bersedia untuk berperang dan tidak dapat
menduga strategi Jepun.
 Menjangkakan Jepun menyerang Singapura
kerana itu merupakan kubu pertahanan British.
 Anggota tentera British di TM sangat lemah dan
kurang terlatih kerana tentera yg berpengalaman
telah pulang utk peperangan dgn Jerman di
Eropah.
FAKTOR KEJAYAAN TENTERA
JEPUN
 Kejayaan menggunakan pelbagai slogan untuk menarik
sokongan dan simpati penduduk tempatan.
 Serangan ke atas Asia Tenggara merupakan
sebahagian daripada rancangan menubuhkan
Pemerintahan Bari Asia Timur Raya yg
menganggap rantau ini sebagai satu Lingkungan
Kemakmuran.
 Mempengaruhi askar-askar India di TM
menyebarkan propaganda anti-British.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
1. DASAR DISKRIMINASI KAUM
 Memberi layanan baik kepada kaum Melayu,
mengiktiraf kuasa dan kedudukan Raja-raja Melayu
untuk menarik sokongan orang Melayu.
 Memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk
memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun.
 Mengamalkan dasar anti-China dengan menganggap
orang Cina sebagai musuh (kesan peperangan ChinaJepun pada 1937 dan sikap masyarakat Cina di TM yg
masih menunjukkan taat setia kepada negara China.)
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
1. DASAR DISKRIMINASI KAUM
 Akibat perasaan anti-China, Jepun bertindak kejam
dan zalim terhadap masyarakat Cina di TM.
 Hampir 4000 orang Cina dibunuh secara beramairamai oleh tentera Jepun semasa menawan
Singapura.
 Orang India diberikan layanan baik kerana Jepun
memerlukan kerjasama orang India untuk mengusir
British dari negara India.
 Jepun menyeru orang India untuk bersatu dgn
slogannya Challo to Delhi (Mari ke Delhi).
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
1. DASAR DISKRIMINASI KAUM
 Dua organisasi ditubuhkan utk menggerakkan
perjuangan kemerdekaan di India, iaitu Indian
Independence League (INL) dan National Army (INA).
 Dasar diskriminasi memberi kesan kepada hubungan
kaum di TM. Langkah Jepun mengambil orang Melayu
menjadi polis Jepun (kempitai) utk mengawasi orang
Cina menimbulkan syak wasangka dan kebencian
orang Cina kepada orang Melayu.
 Ini memberi kesan buruk kpd hubungan kaum di TM
khususnya dlm kalangan orang Melayu dan orang
Cina sehingga menimbulkan permusuhan antara
mereka.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
2. KESAN SOSIAL
 Jepun mengamalkan dasar penjajahan
budaya dgn memaksa penduduk tempatan
mempelajari bahasa Jepun.
 Bahasa Jepun menjadi bahasa perantaraan di
semua wilayah taklukan Jepun.
 Alat-alat sebaran am (radio, akhbar dan
wayang gambar) dijadikan alat menyebarkan
propaganda Jepun.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
2. KESAN SOSIAL
 Perasaan curiga dan tidak percaya merebak
dengan meluas dlm kalangan penduduk
berlainan kaum.
 Taraf kesihatan merosot dengan teruk dan
penyakit mula merebak.
 Jumlah kematian meningkat akibat
kekurangan zat.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
3. KESAN EKONOMI
 Pemerintah Jepun mengambil alih semua
kegiatan ekonomi yang dahulunya dikuasai
oleh penguasa Eropah dan orang Cina.
 Bekalan makanan tidak mencukupi dan harga
barangan melambung tinggi.
 Barangan utama seperti beras dikenakan
kawalan ketat melalui pengeluaran permit
khas.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
3. KESAN EKONOMI
 Masalah inflasi timbul akibat kekurangan
barangan.
 Pemerintahan Jepun menggalakkan kegiatan
ekonomi sara diri dengan menanam makanan
sendiri.
DARURAT
Penubuhan
Kuomintang (1912)
Melancarkan
pemberontakan
bersenjata (1948)
Gabungan
Kuomintang dan
Parti Komunis
China (1924 dan
1937)
Penubuhan Parti
Komunis Malaya
(PKM) (1930-an)
Bergerak melalui MPAJA
semasa pendudukan
Jepun (1942-1945)
DARURAT
 Pengisytiharan darurat di seluruh TM dan
Singapura diumumkan pada 23 Jun 1948.
 Kerajaan British menguatkuasakan undangundang darurat di seluruh TM, serta
mengharamkan PKM, dan penubuhan dibawah
naungannya.
 PKM meneruskan kegiatan secara gerila melalui
gerakan ‘bawah tanah’
DARURAT
 TINDAK BALAS KERAJAAN
 Kejayaan PKM tidak berpanjangan berikutan langkah
kerajaan menambah anggota pasukan keselamatan
untuk menghadapi komunis.
 PKM semakin lemah dan bilangan anggota semakin
merosot.
 1952, markas PKM dipindahkan dari Bentong,
Pahang ke selatan Thailand kerana dianggap lebih
selamat.
 PKM mula mengatur strategi lain utk mencapai citacita politiknya.
DARURAT
 RUNDINGAN BALING
 Selepas kemenangan besar Parti Perikatan pada
pilihan raya pertama, Tunku Abdul Rahman
menawarkan pengampunan secara beramai-ramai
kepada komunis.
 Menyedari kemerosotan pengaruh komunis yg tidak
mendapat sokongan rakyat, PKM setuju berunding
dgn kerajaan.
 28 & 29 Disember 1955, rundingan antara PKM dan
kerajaan diadakan di Baling, Kedah.
DARURAT
 RUNDINGAN BALING
 Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan
menerima pengampunan kerajaan.
 Pemimpin PKM, Chin Peng sebaliknya mahu PKM
diberi kebenaran utk bergerak sendiri sebagai parti
politik yg sah.
 Rundingan Baling menemui kegagalan apabila
kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.
DARURAT
 TINDAKAN MEMERANGI KEGIATAN KOMUNIS
 Menambah kekuatan Pasukan Keselamatan.
 1949- pasukan keselamatan disusun semula; 48,000
anggota polis ditambah dan jungle squad ditubuhkan.
 1950- menguatkan pasukan tentera darat- 3 batalion
pasukan pengawal dari England ditambah dan tentera
darat bertambah seramai 32,000 orang.
 Kegiatan gerila semakin dapat dikawal.
DARURAT
 MEMPERKENALKAN RANCANGAN BRIGGS
 Sir Harold Briggs memperkenalkan Rancangan Briggs
utk mematahkan aktiviti komunis melalui strategi
pemindahan kawasan setinggan pinggir hutan ke
kawasan gunung.
 Pemindahan tersebut dimulakan pada 1 Jun 1950 di
Johor dan menjelang Februari 1952 lebih 400,000
orang Cina berjaya dipindahkan.
 Tujuan- menghalang orang Cina memberikan
makanan, ubat dan maklumat kepada komunis di dlm
hutan.
DARURAT
 MEMPERKENALKAN RANCANGAN BRIGGS
 Jawatankuasa Kerja Perang ditubuhkan untuk
mengawal keselamatan.
 Majlis Perang Persekutuan ditubuhkan di bawah
jawatankuasa tersebut.
 Majlis Perang Persekutuan dianggotai oleh Pengarah
Gerakan, Ketua Setiausaha Persekutuan, Setiausaha
Pertahanan, Pesuruhjaya Polis, Komander Tentera
Darat dan Komander Tentera Udara.
DARURAT
 MEMPERKENALKAN RANCANGAN BRIGGS
 Peringkat Negeri- ditubuhkan Jawatankuasa Kerja
Perang Negeri yg diketuai oleh Menteri Besar dan
dibantu oleh pegawai kanan negeri.
 Peringkat Daerah- Jawatankuasa Perang Daerah
diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu pemimpin
tempatan (Penghulu @ Ketua Kampung)
 Berjaya mengawal gerakan komunis.
DARURAT
 MELANCARKAN PERANG PSIKOLOGI
 Menawan hati dan mempengaruhi fikiran rakyat supaya
menyokong kerajaan.
 Sir Gerald Templer mengambil inisiatif perang psikologi
utk menarik minat rakyat termasuk dgn cara memberi
pengampunan beramai-ramai kpd PKM, melonggarkan
syarat kpd orang bukan Melayu utk mendapatkan taraf
kerakyatan, dan memperkenalkan sistem ‘kawasan
Hitam dan kawasan Putih’
DARURAT
 MELANCARKAN PERANG PSIKOLOGI
 Melaka- negeri pertama diisytiharkan kawasan Putih.
 Perang psikologi merupakan faktor penting yg berjaya
menawan hati rakyat sekaligus menghapuskan
kegiatan komunis.
 Rakyat Melayu (Islam) tidak menyokong komunis
kerana bertentangan dgn syariat Islam.
 Orang India dan Cina mengambil peluang berkecuali
kerana mahu mendapatkan kerakyatan.
DARURAT
 PENGISYTIHARAN UNDANG_UNDANG DARURAT
 Mewajibkan pendaftaran penduduk.
• Melancarkan sistem kad pengenalan.
• Memudahkan pengenalan penduduk.
• Tindakan penduduk dapat dikawal.
DARURAT
 PENGISYTIHARAN UNDANG_UNDANG DARURAT
 Peruntukan khas di bawah undang-undang darurat.
• Kuasa menahan seseorang tanpa had masa dan tanpa
•
•
•
•
dibicarakan.
Kuasa menggeledah dan menangkap tanpa waran.
Kuasa mengisytiharkan perinta berkurung.
Kuasa memenjarakan seseorang yg terlibat dgn
komunis – 10 tahun.
Kuasa menembak sesiapa sahaja tanpa amaran jika
berada di kawasan hitam.
DARURAT
 PENGISYTIHARAN UNDANG_UNDANG DARURAT
 Peruntukan khas di bawah undang-undang darurat.
• Kuasa memindahkan sesiapa sahaja yang bersubahat
dengan komunis.
• Kuasa mengadakan sekatan makanan di tempattempat tertentu.
• Menguatkuasakan undang-undang buang negeri.
SEKIAN, TERIMA KASIH